Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Petua selepas bersalin



PETUA SELEPAS BERSALIN

Nenek moyang kita memang kaya dengan petua tradisional. Jika diamalkan ia diakui memang memberikan kesan yang mengagumkan. Kepada ibu-ibu selepas bersalin, jom amalkan petua-petua berikut untuk kesejahteraan diri dan kecantikan luar dan dalam.

1. Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.

2. Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.

3. Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.

4. Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.

5. Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.

6. Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.

Credit : sini

Selamat mengamalkan bagi wanita yg lepas bersalin.

Tiada ulasan