Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Aiken Tea Tree Oil


Assalamualaikum

Kebelakangan ini aku agak aktif bersukan. Ditambah dengan kerja yang berpanas hujan. Memang habis terbakar hangus muka. Hahaaa sang jerawat dan jeragat jangan ditanya. Semestinya akan muncul bagai cendawan selepas hujan.

Sejujurnya, aku tidak selesa dengan keadaan muka aku. Sebelum ni aku menggunakan sabun beras sebagai pencuci muka. So far, sabun beras tu bagus. Tapi rasanya dah terlalu lama aku guna dan kesannya tidak begitu berkesan untuk muka aku. Jadi aku ambil keputusan untuk tukar pencuci muka.

AIKEN. TEA TREE OIL.
Untuk pengetahuaan korang, keluarga aku memang menggunakan shower gel Aiken. Bau dia wangi, bau seakan herba, ubat ubatan gitu. Best. Kebetulan aritu aku teman kawan ke Tesco, Nilai. Katanya nak beli toner, sebab dah kehabisan stok. Okay, alang-alang teman, aku pun carilah pencuci muka yang agak bersesuaian dengan aku. Aiken. Mula-mula aku tengok pencuci muka tu, teringat dekat mak kat kampung.. hehee sbb mak pengguna shower gel jenama Aiken.


Facial Cleanser + Make - Up Remover
Ini merupakan botol kedua yang aku guna. Selesa sangat menggunakan pencuci muka ni. Lepas cuci muka, kulit rasa tegang dan lembut. Serius best! Terbaik lah nyah! Bau pun wangi. Bau herba, ubat ubatan.

Untuk 2minggu pertama penggunaan pencuci muka ni, aku rasa selesa. Muka dah kurang berminyak. Muka pun dah tak kering. Tak menggelupas. Jerawat semakin mengecut dan hilang. Paling penting buih yang sedikit dan muka tidak berasa pedih ketika mencuci. Okay, aku dah jatuh hati dengan pencuci muka ni.





8 ulasan

  1. AIKEN memang best. Satu jenama yang dipercayai.

    BalasPadam
  2. Sy bru je guna...tp pkai ni kulit muka xbermnyk mcm dulu.trrima kasih AIKEN

    BalasPadam
  3. Sy bru je guna...tp pkai ni kulit muka xbermnyk mcm dulu.trrima kasih AIKEN

    BalasPadam
  4. Nk tnye ..kan aiken ni utk makeup remover jugak kan ..time nk remove makeup tu kne pkaii kapas mukaa dulu ke or terus je cuci mukaa?

    BalasPadam
  5. Salu kalau cuci muka..basahkan muka dlu..pasto picitkan di muka..baru gosok..atau picit kan di tpak tgn dlu

    BalasPadam
  6. Kalau nak pakai facial cleanser kmudian tambah dgn makeup remover boleh ke

    BalasPadam
  7. Bukan kr kandungan dy ni ada ASL yg mna xbaik utk kulit klw d guna dlm jangka masa yg pnjang.ASL sma mcm SLS..sy da google

    BalasPadam