Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Susu Dutch Baby Tiruan

Tadi ada terbaca luahan hati seorang kawan. Katanya risau dgn keadaan baby yang baru lagi. Dan juga risau dengan susu anaknya yang sulung disebabkan sekarang kecoh penipuan terhadap susu dutch baby. Baru baru ni dia ada beli susu tersebut combo set untuk dijadikan stock ketika dia dalam pantang. Tetiba dah jadi macam ni, dia pun risaulah susu ru tiruan ke ori. Nak bagi anak minum pun takut, waswas. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku kemudian hari.

Aku plak, kebetulan tadi ada terbaca maklumat yang berkaitan penipuan susu tersebut dalam whatsapp group keluarga. Makanya aku pun copy dan paste artikel tersebut diruangan facebooknya. Semoga dapat membantu melegakan hati si ibu yang sedang dalam berpantang tu.

Disini aku kongsikan juga artikel tersebut. Semoga dapat membantu serba sedikit para ibubapa di luar sana.


Kecoh pasal susu dutch baby 6-12 kod 102 punye simptom  muntah2 cirit birit ruam..
Terlanjur ade 1 pack susu 102 selamat x bg ammar minum dulu..

Ammar pon minum susu ni,td tgk kod beza 101 dgn kod 102 memg jauh beza..

Ni jan share ea,beza kod susu 101 (ori) 102 (copy)
Warna beza biru dy kalu tgk bebetul..
 Ejaan kalsium dgn calcium pon beza..
Made from pon berbeza..
Selamat dpt kenalpasti awal2

Semoga anak kite terhindar yg bukan2...
Balik umah tgk pack susu memasing...

(Credit :Nuruljannah Mohd Hushairi)







Semoga dapat membantu.

1 ulasan

  1. Bahaya betul lah sekarang nie... Semua nya nak kaya cepat... Cari jalan mudah nak dapat duit tanpa peduli keselamatan orang lain.

    BalasPadam