Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Hiking : Cara Mendaki Yang Betul

Semua orang mendaki namun tidak semua mempunyai cara yang sama berdasarkan faktor keupayaan badan dan juga pengalaman. Mungkin anda boleh mencuba cara yang ini pula. Simple tapi bukan hipster. Kihkihkih....


1 - Makan Berat 2/3 jam sebelum mendaki, jika emergency nak makan ubat, badan bersedia bukan dalam situasi perut kosong.

2 - Warming Up / Personal Warming Up itu wajib . Secara asasnya ini yang semua orangg perlu tau. Gunalah minyak panas or krim serta calf protector, ikut keperluan sendiri jika perlu .

3 - Doa secara kumpulan untuk baraqah, tambahlah doa untuk diri sendiri & jaga adab serta nawaitu .

4 - Pengamalan dalam trek, pernafasan terutama kawasan sejuk elakkan banyak bernafas dengan mulut menyebabkan rongga mulut kering faktor kekerapan nak minum bila mulut/tekak kering & mulut tiada filter seperti hidung .

5 - Kerap pernafasan dengan mulut sangat tidak baik , Kekurangan bekalan oksigen serta terbatas juga menganggu ransangan darah dlm badan & cepat lemah .

6 - Minum air, kekerapan minum air lebih dari keperluan membuatkan badan kita lebih teruk bekerja dan cepat penat . Jika dikawasan sejuk kerap membuang air, badan kita juga kehilangan haba dlm badan dengan cepat sebab kerap buang air.

7 - Posis pergerakan, kawasan landai dengan jalan langkah besar & kawal penafasan , Menurun pula dengan kaki lebih berposisi terbuka , kekuda kaki . Mendaki jangan kerap gunakan sebahagian hadapan tapak kaki sahaja, momentum keberatan sangat tinggi ditanggung oleh kaki untuk sepanjang perjalanan.

8 - Elakkan berhenti rehat ditengah laluan pacak , faktor keselamatan & untuk memulakan semula selepas rehat dengan pacak sangat kurang sesuai untuk dptkan momentum.

9 - Elakkan mengurut kaki semasa di puncak or camp site ketika rehat , kecuali anda seorang yg terlatih & tau sport massage. Lebih baik diamalkan dgn melunjur kaki & releks sambil regangkan otot untuk rehat - serta kelancaran perjalanan darah dlm bdn. Tak tahu takpe tp jgn memandai2.

10 - Elakkan ambil ubat pemakanan tanpa nasihat doktor . Bab ubat ni lebih baik standby sendiri & maklumkan pada rakan ubat peribadi anda disimpan dimana .

11 - Habis atau selesai pendakian buat la warming down .. sebelum nak tawan semua puncak , tawan dulu keperluan kepentingan badan anda.

Kita berpotensi lebih lama dalam hobi ini .




Untuk korang yang sedang mencari barangan tu bolehlah terjah ke


Take Note : Sebahagian besar ilmu yang berkaitan hiking ni aku perolehi dari group "Malaysia Primitive". Group  ni salah satu group yang aktif dalam berkongsi ilmu-ilmu hutan, ilmu alam, ilmu hiking dan segalanya yang berkaitan dengan hutan. 

1 ulasan

  1. tips yang amat menarik...
    cuma ada beberapa perkara yang mungkin kita boleh fikirkan bersama.
    selepas makan (walau banyak mana) iaitu 2 jam, perut kita sudah kosong. Jika tanya kepada ahli farmasi bagaimana nak makan ubat yang diarahkan makan sebelum makan, jawapannya adalah makan setengah jam sebelum makan berat atau makan selepas 2 jam makan makanan berat kerana kedua masa ini perut kita kosong.
    Yang keduanya, bernafas dengan mulut lebih baik ketika beraktiviti kerana oksigen lebih banyak masuk dalam badan.
    Kenapa kita menguap? Badan kita kekurangan oksigen dan cara bagaimana badan ingin dapatkan oksigen dengan cepat adalah dengan menguap.
    Semoga kita dapat sama2 belajar.
    Maceh

    BalasPadam