LIMA perbuatan kecil (little things) yang akan diingati anak sampai bila2
.
1. Beritahu bahawa mereka berani, cerdik, baik hati, lembut. Di hadapan orang lain. Ini akan membentuk jati diri & keyakinan diri mereka.
.
2. Setiap kali selepas anak tantrum. Ingatkan anak yang dia akan selalu disayangi. No matter what. Dan akhiri dengan satu dakapan hangat.
.
3. Berebut dengan pasangan (pretend). Siapa yang nak mandikan anak. Siapa yang nak tidurkan anak. Siapa nak suapkan anak makan. Ini akan membuatkan mereka rasa istimewa sampai ibu bapa berebut untuk luangkan masa dengan mereka.
.
4. The 10/10/10 Rule :
Beri perhatian & extra effort kepada mereka pada tiga masa ni
- 10 minit pertama selepas mereka bangun tidur
- 10 minit pertama apabila berjumpa dengan mereka
- 10 minit terakhir sebelum mereka tidur.
.
5. Apabila mereka buat 1 tindakan/perbuatan. Puji & puji mereka,
"Good job, little guy!!!"
"Mama sangat bangga dengan awak" & etc.
.
Jadikan lima ini sebagai habit. Dan mama akan lihat perubahan anak mama nanti 🥰🥰🥰
Credit : Cahaya Mata
TAKE NOTE : Alhamdulillah, anak solehah ibu dah 2y3m bulan ni. Syukur, anak ibu cerdik pandai bijak cerdas. Ibu pun kadang kala jem dengan akalan anak solehah ni. Hahaaaa! Telatah nakal dia tu kadang kala buat ibu tergelak sorang diri. Ada kalanya akalan dia diluar jangkauan ibu sampaikan stress ibu nak hadap. Tapi takpe, ibu be positive sentiasa dengan anak solehah ibu ni.
nampak macam mudah tapi tak semua parents mampu buat ni
BalasPadamSering kali kita sebagai parents terlepas pandang akan hal hal macam ni.
Padam