Ramai ibu bapa masih tertanya-tanya, “Perlu ke hantar anak ke tadika? Kan kat rumah pun boleh ajar…”
Jawapannya: perlu, sangat perlu. Bukan sebab kita tak mampu ajar sendiri, tapi kerana suasana dan pengalaman di tadika tak dapat ditiru di rumah.
Tadika bukan sekadar tempat anak belajar membaca dan mengira. Ia adalah medan latihan untuk hidup dalam dunia sebenar — dengan rutin, peraturan, rakan sebaya dan guru. Di sinilah tempat mereka belajar berdikari, bersosial, mengurus emosi dan mengenal siapa diri mereka.
Di rumah, anak raja. Di tadika, anak belajar giliran. Belajar tunggu. Belajar cakap elok-elok. Belajar minta maaf. Semua ini nampak kecil, tapi sebenarnya asas besar dalam pembentukan akhlak dan keyakinan diri.
Tadika juga melatih kemahiran motor halus dan kasar melalui aktiviti seperti mewarna, memanjat, melompat dan bermain peranan. Ini semua bukan main-main — ia penting untuk perkembangan otak, kawalan badan dan persediaan menulis.
Lebih menarik, anak juga mula kenal dunia luar: hari minggu, bulan Islam, cuaca, haiwan, bentuk, warna, emosi, nilai murni… semuanya melalui aktiviti yang menyeronokkan, bukan duduk diam 3 jam dengar cikgu bercakap.
Dan yang paling penting — anak yang pergi tadika lebih bersedia untuk ke sekolah rendah. Mereka dah biasa dengan jadual, dah tahu macam mana nak ikut arahan, dah boleh kawal perasaan bila kena tegur. Tak terkejut. Tak terlalu ‘blur’. Mereka masuk darjah satu dengan kepala yang lebih tenang, hati yang lebih berani.
Tadika bukan tempat akademik semata. Ia tempat ‘pemanasan badan’ untuk hidup. Dan lebih awal anak mula, lebih besar ruang mereka berkembang.
Credit : mukabuku
TAKE NOTE : Aku plan nak hantar anak aku ke tadika tahun depan, waktu umurnya 3tahun. Tadika depan rumah aku je. Niat hati aku hantar untuk anak belajar berkawan, kawal emosi dan belajar terima serta dengar arahan. Semoga dipermudahkan niat suciku ini. Tapi tulah.. kalau dah namanya mak mak, semestinyalah akan ada rasa tak sampai hati nak berjauhan dengan anak. Hahahaaa.. mak hati tisu betullah aku ni. Apapun, kita tunggu tahun depan ye. Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. Aamin.
wah...awal hantar tadika...good luck...anak2 linda proper masuk tadika bila umur 5tahun...
BalasPadamsebelum tu hanta taska(semata-mata taska) @ rumah pengasuh je
Kebetulan tadika depan rumah. Dia selalu duk tunjuk school tiap kali nampak tadika. Tu yang plan nak hantar dia toun depan. Blh belajar cara nak berkomunikasi dan faham arahan dengan baik.
PadamSemoga dipermudahkan segala urusan si ibu dan anak
BalasPadamAamin.
PadamTadika ni sebagai pendedahan awal untuk persekolahan. Banyak juga anak-anak dapat belajar di peringkat awal.
BalasPadamDania dulu seawal 4 tahun akak dah hantar tadika..ini untuk perkembangan awal kanak- kanak dari segi sosial, asas pendidikan, disiplin dan meningkatkan keyakinan diri untuk ke sekolah rendah
BalasPadamkalau ada Tadika Permata yg dekat area rumah pun boleh daftar jugak sbb di Permata anak-anak seawal usia 2 tahun diajar asas berkawan & lain-lain hehe
BalasPadam