Pengalaman Pertama Kali Claim MyKasih



 

Baru ada kesempatan untuk berkongsi cerita. Baru baru ni aku pergi Family Store (FS) untuk claim MyKasih. Mula mula berdebar juga, risau kot nanti dah ambil barang tetiba sampai kat kaunter katanya tak boleh nak claim plak. Huhuu..haru nanti nokk! 

Kisahnya, sampai je FS, aku tanya terus pada yang jaga kaunter tu boleh ke tidak nak bayar pakai MyKasih. Walaupun dah ada label 'Boleh Claim MyKasih' tetap jugak nak tanya demi kepastian.
Okey, boleh guna katanya. 

Aku pun apa lagi, dengan pantas ambil trolly. Haha gitchu, macam banyak je nak shopping erk. Wehh dalam ic aku ada RM200 tau. *cehh dasar riakkk! 
Hahaaa... Bulan lepas aku tak claim so campur yang bulan ni punya jadilah RM200 tu. 

Okey berbalik pada cerita tadi, barang pertama yang aku ambil adalah susu anak aku. Yesss! Benda wajib beli tiap kali pergi FS. Dekat FS harga susu Dutch Lady 123 perisa coklat ni murah sikit berbanding Speedmart, Maydin dan Giant. Lepas tu adalah beberapa barang lagi yang aku beli. Aku pun pening jugak sebenarnya apa yang nak dibeli. Aku pusing dua tiga kali dalam FS tu tengok label apa yang boleh dan tak boleh claim.

Tetiba entah macam mana teringat aku ada download app MyKasih. Yesss! Senang kerja aku. Barang yang aku nak beli tu, aku scan codebar dia. Dalam app tu akan bagitu barang yang kita scan tu layak ke tidak untuk di claim. Memang memudahkan kerja aku. Alhamdulillah. 

DOWNLOAD APP MyKasih

Log in MyKasih.
Inilah bahagian dalamnya.
Tekan kat semak barang.

Tekan semak barang pastu akan jadi macam ni.
Nak mudah guna je imbasan kod bar tu.

Aku try scan sabun serbuk jenama Top.
Yes! boleh claim.

Aku try scan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras, tepung gandum.
Yes! boleh claim.

Ni aku try scan serbuk perasa meggi, serbuk kunyit.
Yes! boleh claim

Aku try scan biskut.
Opss! tak boleh claim.

Aku try scan jajan.
Opss! Tak boleh scan.


Tiba masa nak bayar. Untuk bayaran, ada kaunter yang dikhaskan bagi bayaran menggunakan MyKasih. Penjaga kaunter akan minta ic untuk setkan kata laluan bagi akaun untuk bayaran My Kasih kita. Lepas penjaga kaunter scan semua barang barang tersebut, waktu pembayaraan tu penjaga kaunter akan minta kita masukkan kata laluan kita. Alaaa senang cerita konsepnya seperti kita bayar pakai kad bank. kita bayar guna pin (kita masukkan kata laluan) bukannya bayar guna paywave (kita just tap kad pada machine bayaran tu).
Hah gitchu. Faham tak?

Dah settle bayaran, aku tarik nafas lega. Alhamdulillah, jimat duit dan ringan sikit rasa bebanan aku. Lepas ni bulanan bolehlah aku claim lagi barang barang keperluan yang penting penting. Pisttt.. paling penting susu dan pampers anak aku. Rasa memang jimat betullah kalau beli menggunakan MyKasih.

Tahun tahun yang lepas aku tak pernah dapat MyKasih ni. Alhamdulillah, tahun ni rezeki anak aku dapat peluang rasai MyKasih ni. Terima kasih kepada pihak yang berkenaan.



4 ulasan

  1. wah bestnya,, boleh register lagi eh nak claim mykasih ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuna semakan dalam app MyKasih. Just masukkan no ic shja.

      Padam
  2. Alhamdulillah.
    Rezeki Allah. Syukur selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Rezeki anak. Bolehlah buat beli susu pampers anak.

      Padam