Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

4 Cara Saidina Umar Mendidik Anak

 Anak adalah anugerah terindah yang Allah kurniakan kepada kita. Lahirnya anak didunia ini sesuci kain putih yang tidak dicemari noda dan cemar. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk anak anak sedari mereka kecil. Didiklah mereka dengan sebaiknya agar besar nanti mereka akan menjadi anak yang soleh dan manusia yang berguna kepada agama dan bangsa.

Cara didikan anak yang dipraktikkan oleh Saidina Umar terbahagi kepada empat peringkat iaitu,

Anak 7 tahun ke bawah

- Anggap mereka seperti Bunga. Sentiasa dimanja, dibelai, disayangi walau mereka melakukan kesalahan. Anggap kesalahan itu kerana mereka tidak tahu apa-apa.

Anak 8 hingga 14 tahun

- Jadikan mereka seperti Hamba. Arah mereka melakukan kerja. Tujuannya agar anak-anak pandai berdikari. Melakukan kerja tanpa disuruh.

Anak 15 hingga 21 tahun

- Jadikan mereka sebagai Musuh. Jangan mudah percaya apa yang mereka cakap/. Selidih terlebih dahulu.. (anak-anak sekarang terdedah dengan pelbagai teknologi dan pergaulan bebas).

Anak 22 tahun ke atas

- Jadikan mereka sebagai Sahabat. Selalu berkongsi cerita dan pandangan. Terima juga pandangan mereka selagi tidak bertentangan dengan agama agar anak-anak rapat dengan ibu bapa melebihi kawan-kawan. Juga agar anak-anak tidak takut menceritakan masalah yang mereka hadapi.



1 ulasan