Hari ni dah pun masuk ramadhan yang ke 9. Tapi hakak masih lagi belum berkesempatan untuk berbuka puasa bersama sama keluarga. Oichhh sedih. Ini lah pengorbanan yang terpaksa dihadapi bila berjauhan dengan keluarga. Tak apalah, demi ilmu, ku relakan juga.
Penantian satu penyeksaan. Memang pun. Sebenarnya hakak sedang menanti ni. Menanti tamatnya waktu kerja. Hehee dari pagi tadi lagi menghitung detik. Cepatlah jam 4:30 petang. Cepatlah habis kerja. Cepatlah balik kerja. Cepatlah.. cepatlah.. sampaikan semua kerja yang hakak buat hari ni macam tak keruan. Punyaah menanti kan.
Kenapa hakak menanti? Sebenarnya semalam hakak ada apply cuti. Setelah berfikir panjang, barulah hakak apply. Hakak ambil cuti sebab nak balik kampung. Okay lettuw aplly cuti dua hari. Ditambah lagi cuti hujung minggu jumaat dan sabtu, jadi empat hari hakak berpeluang mereput di kampung. Yeyeehhh!
Sebenarnya peang semalam, waktu nak mintak cuti tu cuak lah jugak. Mintak cuti last minute, lepas tu mintak dua hari pulak tanpa alasan kukuh. Hehee nasib baik Kak Emy bagi. Dia pun tak tanya banyak, disuruhnya hakak isi borang cuti, lepas tu dia sign dan hakak pergi minta sign big bos, Richard. Waktu nak mintak sign big bos tu cuak sikit. Big bos tanya dua tiga soalan. Ingatkan dia tak nak sign. Hehee akhirnya dia sign. Yeyehhh cuti dah diluluskan. Petang semalam punyalah hakak happy giler. Excited nak balik kampung der. Balik kerja petang semalam, terus packing kain baju. Giler kan?
Pagi ni excited hakak tak berkurang sebaliknya makin bertambah dan ditambah lagi kegusaran. Hakak pandang langit, gelap semacam je pagi tadi. Sekarang pun langit masih gelap tapi tade lah segelap lagi tadi. Risau sebenarnya, bimbang takut hujan turun. Hurmmm habis musnahlah harapan hakak nak balik kampung satgi. Tapi apapun, hakak harap sangat petang ni cuaca baik. Janganlah hujan, janganlah guruh, janganlah macam-macam. Hakak nak balik kampung ni. Nak jumpa mak ayah dan adik-adik. Nak buka puasa dengan diaorang. Semoga niat suci murni tulus ikhlas hakak ni dipermudahkan, Aamin.
Penantian satu penyeksaan, masih terus menanti.
Jam 4:30 petang masih tak berkunjung tiba.
bestnya dapat balik kg..sekarang nih plak ptg selalu sgt hujan..harap dipermudahkan yer..amin.
BalasPadamsyok kan dapat balik kg
BalasPadamTetiba rindu dengan mak ayah pulak.. huhu
BalasPadamalhamdulillah selamat sampai.. mesti rindu kan
BalasPadamjemput join GA :)
BalasPadamhttp://ciksukataip.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina_97.html
Betul, penantian satu penyiksaan
BalasPadam