Seperti yang kita sedia maklum, menjadi pendidik ni bukan lah sesuatu yang mudah. Ada yang mengatakan pendidik ni milik masyarakat. Jadi para suami, isteri, mak, ayah dan anak anak kepada pendidik perlulah berkongsi dengan masyarakat.
Sedia sibuk sepanjang masa.
- Dari buka mata, sampai nak tutup mata, sentiasa sibuk. Kekadang nak pergi kenduri kahwin kawan-kawan pun tak sempat.
Wajib menjadi pendengar yang baik
- Dengar, faham dan cuba duduk dalam kasutnya. Sesekali beri respon. Seorang cikgu mampu bercakap 8jam tanpa henti
Populariti
- "Awak ni cikgu kan?". Macam tu lah popularnya seoang cikgu. Tanpa diberitahu pun orang boleh meneka.
Sudi menjadi suri rumah
- Bagi lelaki yang mahu memperisterikan seorang cikgu anda hendaklah bantu dia mengurus rumahtangga, bukan sebab takut bini ye.
Pembantu rumah
- Sekarang trend dua-dua bekerja sampai tak ada masa untuk rumahtangga. mendapatkan pembantu rumah satu idea yang baik untuk difikirkan bersama.
Bercuti dengan kadar yang tinggi
- Seorang cikgu hanya boleh bercuti pada cuti sekolah dan biasanya musin cuti sekolah harga melambung tinggi.
"Sesungguhnya Allah dan malaikat,
penghuni langit serta bumi sehinggakan
semut yang berada di dalam
lubangnya dah ikan-ikan (di lautan)
berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia"
(Hadis Riwayat Tirmizi)
salam ramadhan.. thanks for the tips..")
BalasPadam