Yahoooo nak balik kampung lagi. Hanya itu yang mampu hakak ucapkan. Sebenarnya hakak tak plan pun nak balik kampung minggu ni. Sebab minggu lepas hakak dah balik, 4hari berada di kampung. Nak sangat balik kampung kan, hakak sanggup apply cuti 2 hari ditambah cuti hujung minggu 2 hari maka jadilah 4 hari (rabu, khamis, jumaat, sabtu) dikampung minggu lepas. Anda boleh baca dekat sini "Penantian satu penyeksaan". Dia punya rasa excited nak balik kampung tu lain macam je. Hahaa fanatikkk fantastik gitu, ala-ala sayu hati menunggu.
Untuk minggu ni, hakak langsung tak plan. Memang tak terfikir langsung nak balik kampung. Ya, taulah esok cuti sempena Hari Nuzul Quran. Tapi cuti hari rabu sehari je pun, hari khamis tu kerja macam biasa kan. Jadi, hakak pun imaginlah, cuti esok hakak mereput je dekat bilik. Huhuuu kawan ada ajak pergi MesraMall, tapi macam malas plak nak berjalan.
Tengah syok hakak berblogging tadi tetiba ws dari adik kesayangan hakak masuk. Dia tanya esok hakak cuti tak? hakak pun jawablah cuti. Ditanya lagi, petang ni hakak nak balik kampung tak? Hakak pun jawablah tak, sebab cuti sehari je kan. Diajaknya hakak balik sekali dengan dia petang ni. Katanya petang ni balik petang esok datang semula. Eh, macam malas pulak hakak nak balik sehari je. Macam tak puas pulak nanti. Ting! tetiba akai jahat hakak datang. Hahaa kenapa tidak hakak apply cuti je untuk hari khamis kan. Heheee malas nak fikir panjang terus hakak apply. Alhamdulillah, nasib baik Kak Emy luluskan cuti hakak. Katanya cuti jelah sementara tengah tade job skrg ni. Settle!
Hakak pun dengan excited ws adik kesayangan hakak, bagitahu jadi balik petang ni. Yes, macam happy je budak tu. Padahal dia pun dah balik minggu lepas. Maka kesimpulannya, petang ni kami balik kampung. Esok petang dia kembali ke Dungun sebab khamis kerja macam biasa. Tapi hakak masih di kampung sebab khamis hakak cuti. Dipendekkan cerita, hakak akan mereput di kampung selama 4hari, sama macam minggu lepas. Olalalaaa senangnya dalam hati :)
Okay lah, happy tu happy jugak. Sebenarnya minggu depan merupakan minggu terakhir hakak di sini. Tak sangka pejam celik pejam celik dah pun penghujung praktikal hakak untuk semester ni. Maknanya minggu depan merupakan minggu terakhir hakak dekat sini. Buku report masih lagi tak bersentuh. Comfrem, minggu depan hakak akan menjadi orang yang tersibuk di sini. Hehee sibuk nak siapkan report. Sibuk nak dapatkan gambar gambar untuk report. Sibuk nak dapatkan tandatangan supervisor dan bigboss. Sibuk nak settlekan segala bagai urusan yang berkenaan. Okay takpe. Minggu ni kita relek dulu. Hehee minggu depan baru kita kerja keras ye.
Doakan semoga perjalanan balik ke kampung petang ni berjalan lancar ye. #iLOVEuFamily :)
Seronoknya ada kampung...
BalasPadammerasa balik kampung...
Teringin nak ada kampung jugak...
Huhuuu Moh ler kita balik kampung kak :)
PadamSalam :) Bakat vs Bakat
PadamSalam :) Ramadan
Meyambut salam empuNya Salam-Salam disambut empuNya Alam.
Nice blog.. Done follow #1772.. Follow me back ;)
BalasPadamThanis ye :)
PadamDOne followback (:
Salam :) Bakat vs Bakat
PadamSalam :) Ramadan
Meyambut salam empuNya Salam-Salam disambut empuNya Alam.
enjoy your time at kampong ok :D
BalasPadamTerima kasih sis (:
Padamhati2 blek kampung tu
BalasPadamInsyaAllah. Thanks yaya :)
Padamhehe
BalasPadamtemplete sama