Bukan saja lelaki, wanita juga tidak suka ditipu dan didusta. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau ayat lebih hormat, bohong sunat.
Sebenarnya tak perlu bohong sunat pun, lebih baik menyatakan kebenaran dengan cara paling 'manis'. Biar kenyataan itu terlalu pahit; nyatakanlah kerana wanita boleh memaafkan kesilapan dan keterlanjuran tetapi takkan mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan pendustaan. Lantas, duhai lelaki sentiasalah amalkan sikap jujur dan berterus terang.
Dalam hubungan perkahwinan; ramai suami yang tidak ambil berat isu berkata benar ini. Ramai yang memegang prinsip; daripada katakan yang benar boleh lukakan hati, biarlah berbohong sedikit. Masalah akan jadi lebih besar bila isteri mengetahui tentang pembohongan tersebut. Isteri sukar terima penipuan untuk menjaga hati sebab isteri percaya; jika suami benar ikhlas dan sayang; suami perlu berterus terang.
Sama juga dalam isu khianat kasih, bila si suami mempunyai ORANG KETIGA. Isteri yang mengetahui secara tulus daripada si suami akan lebih bersedia memujuk hati dan menerima hasrat suami berbanding suami yang menduakan dirinya dalam diam.
Ambil Berat Dan Prihatin
Wanita akan mengenepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya. Keprihatinan seorang lelaki akan membuatkan wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatannya, emosinya, ujian kehidupannya, perkara kegemarannya malah cerita-cerita kelakarnya. Dia tak perlukan nasihat bagai kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya.
Wanita ideal tidak dambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.
Komunikasi Unggul
Wanita ingin sentiasa didampingi; bukan berdampingan daripada aspek fizikal semata-mata tetapi dampingi wanita secara emosi. Sentiasalah bertanya khabar dan jangan biarkan dirinya tertunggu-tunggu jawapan khabar daripada anda. Penantian tanpa sebarang maklumbalas daripada lelaki boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak
Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberikan kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada. Kepercayaan dan kebebasan tanpa batas boleh buatkan wanita merasakan dirinya tidak diperlukan.
Terima Dia Seadanya
Wanita sanggup melakukan apa saja atas nama cinta. Paling penting, terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh diubah, lafazkan dengan penuh hikmah; bukan mencerca tetapi sebagai mendidik ke arah yang lebih baik. Wanita sanggup berusaha sedaya upaya jika anda boleh menerima dirinya seadanya dan lakukan sedikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita lain. Lantas, dalam usaha mendidik, jangan bandingkan dia dengan orang lain walau dengan ibu atau saudaranya sendiri.
Jika anda sanggup menerima wanita pilihan anda seadanya, anda akan jadi manusia paling bahagia dlm hdp
Pantang bagi kaum wanita adalah orang yang suka menipu. sekali suami menipu, ia akan meninggalkan kesan dalam hati isteri.
Begitu juga dgn isteri..Sentiasalah jujur dengan suami dalam apa juga perkara yang kita lakukan. Beranilah berkata benar kerana ia boleh menyelamatkan keadaan.
Tiada ulasan