Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan terseksa di akhirat.
Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kawinlah dengan lelaki soleh yang akan bimbing kita ke jannah, bukan ke Jahannam.
Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf dosa yg telah dilakukan dari suaminya setiap hari sebelum tidur.
Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.
Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan akan jaga batas2 wanita.
Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurang2nya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.
Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandang tetapi tidak boleh disentuh.
Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agungnya di Jannah.
Perempuan yang bertudung tetapi buat maksiat jangan keji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.
Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.
Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah
Apabila isteri hamil ia dicatit sebagai seorang syahidah dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.
Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.
Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.
Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haram ia mencium bau syurga.
Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami
Renung2kan & selamat beramal
inshaallah
BalasPadam