Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara Memilih Tembikai Yang Bagus

Pernah beli tembikai? Tahukah korang ada beberapa cara untuk memilih tembikai? Asyik duk citer camna nak pilih jodoh ja. Haa, ini antara tips yang boleh korang gunakan semasa membeli tembikai

1. Field spot. 

Asal bagi semua tembikai adalah hijau. Perasan tak warna kuning atau krim ada pada kulit tembikai. Perubahan warna ini berlaku kerana bahagian itu tidak terdedah cahaya matahari. semakin pudar warna menandakan semakin lama masa antara buahnya dipetik. Jadi elakkan field spot yang sudah putih.

2. Tangkai


Warna tangkai tembikai menunjukkan kematangan buah. Elakkan dari mengambil tangkai yang masih hijau. Sebaiknya ambillah tangkai yang agak kering dan agak layu menandakan buah sudah masak baik untuk dipetik.

3. Bunyi bahagian bawah tembikai.

Jangan pelik kalau tengok orang duduk ketuk masa beli tembikai. Ada bunyi tertentu menunjukkan bahawa tembikai itu masak atau tidak. Bagi yang kurang masak atau terlebih masak akan menghasilkan bunyi yg agak tak menarik.

4. Jantina.

Tembikai pun ada jantina tau. Kalau agak lonjong itu jantan dan yang agak bulat itu betina. Ikutlah citarasa anda, kalau jantan lebih sweet, kalau betina lebih banyak air.

5. Saiz.

Terserahlah. tapi biasanya yang besar tak selalu manis. Sederhana lebih baik. Tengok juga beratnya, saiz yang sama tapi berat berbeza menunjukkan perbezaan air dalam tembikai.

6. Urat pada tembikai.


Urat pada tembikai terhasil dari berapa banyak lebah bersentuh dengan bunganya semasa proses persenyawaan. Lebih banyak urat menandakan lebih banyak lebah bersentuh dengan bunga. Urat yang lebih banyak biasanya adalah lebih manis.


Okay, korang dah tahu cara pemilihan tembikai yang betul. Jadi lepas ni, bolehlah praktikkannya ketika sesi membeli tembikai ye :)


3 ulasan

  1. Nice sharing awak. Boleh bagitahu dekat abah nie. Dia selalu jugak beli beli tembikai hikhik

    BalasPadam
  2. nice sharing tapi tembikai skrg susah nak cari yg bijinya hitam. semuanya putih je..huhuh

    BalasPadam