Malam ni merupakan malam terakhir aku lepak bersama geng TTJ. Tapi lepak malam ni tak cukup geng. Huhuu Apis takde sebab masih beraya nun di kampung Negeri Kelantan tercinta katanya. Jadi malam ni, aku lepak je dengan Alef, Rizal dan Wawa.
Habis kerja petang tadi aku ajak Wawa teman pergi TTJ. Niat asal, pergi sana hantar buku log Rizal je tapi melarat pulak lepak, borak-borak. Syok berborak, perut lapar tekak dahaga. Nak masak, memang dah malas. Penat kerja katanya Alef. Nak suruh si Rizal memasak memang terbakarlah dapur tu nanti. Maka lepas maghrib, hala tuju kami ke kedai makan. Port lepak biasa kami, kedai makan amy. Makan sambil berborak, santai. Topik pun ringan-ringan je. Gurau senda, gelak tawa akhirnya perut kenyang. Biasalah si Alef, lepas mkn mesti cari rokok. Okay sambil tunggu si Alef habis merokok, kami sambung borak.
Tetiba Alef tanya aku dengan soalan-soalan maut. Fuhhhh.. si Alef tanya soalan chargeman A1 pada aku. Aku macam.. alamakkkk nak jawab terkial kial, gagap, blur, tak tahu! Aku tanya mereka, pengalaman ambil peperiksaan chargeman A1 dengan Suruhanjaya Tenaga (ST). Bla.. bla.. bla... mereka bercerita. Aku yang dengar rasa berdebar. Takut pun ada. Rasa macam fizikal dan mental aku tak siap sedia lagi. Jujur aku cakap, tetiba aku rasa macam takut nak masuk asrama petang esok, takut nak masuk kelas hari isnin minggu depan. Takut !
Alef dan Rizal ada tanya aku serba sedikit soalan mengenai talian atas (overhead), talian bawah (underground), lampu jalan (street lighting), papan suis utama (PSU), kawalan motor (motor control) dan transformer (alatubah).
Berapa jarak antara satu tiang elektrik ke tiang elektrik yang lain, berapa lubang yang ada pada satu tiang elektrik, berapa panjang tiang elektrik. Okay, soalan yang agak sukar untuk aku jawab. Setahun setengah aku praktikal tapi langsung takde praktikal dalam bidang overhead dan underground. Aku praktikal bahagian Instrument & Analayzer System, PSU dan kontraktor TNB. Hurmmm.. risaunya aku.. yang aku tahu terdapat lima lubang pada setiap tiang. Lubang pertama untuk red, lubang kedua untuk yellow, lubang ketiga untuk blue, lubang ke empat untuk street lighting dan lubang ke lima untuk neutral. Untuk soalan lain, aku dah lupa jawapannya.
Alef tanya, kita di Malaysia pakai sistem pembumian apa. Yang ni semamangnya aku tahu. jadi dengan bangganya aku jawab, Sistem TT. Okay betul! Ditanyanya lagi, apa maksud T pertama dan apa maksud T kedua. Glupp ! Aku dah tak ingat. Dah lupa. Hampa...
Alef tanya lagi, boleh ke tidak kalau motor 3 phase kita nak jadikan single phase. Soalan power sangat ni. Rasanya macam tak pernah lagi aku fikir pasal soalan macam gini. Dengan tergagap-gagap aku jawab boleh. Ya, memang boleh. Tanyanya lagi, macam mana kita nak buat untuk dijadikan single phase. Hurmm soalan ni aku krikk.. krikk.. takde jawapan. Lalu Alef pun jawab, kita boleh menggunakan kapasitor. Alef ada jelaskan macam mana cara sambungannya dengan detail pada aku. Bolehlah aku faham serba sedikit. Harap aku ingat ilmu tu.
Rizal plak tanya aku berkenaan akta dan peraturan elektrik. Dalam akta apa mengenai pengudaraan bagi bilik lvdb, akta apa berkenaan kipas exzos fan, akta apa tentang PSU, dan banyak lagi soalan berkenaan akta. Jujur cakap, bab akta dan peraturan elektrik ni aku memang lost.
Rizal dan Alef tanya aku berkenaan transformer. HV atau LV yang ada neutral bagi step down. Okay, aku macam ingat ingat lupa. Untuk soalan ni sahaja sampai berkait dengan litar star delta. Ditanyanya pada aku, di HV atau LV kita gunapakai litar star dan begitulah sebaliknya. Aku rasa macam.. alamakkk soalan apakah ini. Tak terjangka dek akal aku. Lantas diaorang terangkan satu persatu pada aku. Alhamdulillah, bolehlah aku faham serba sedikit. Heheee..
Borak, bersembang sampai tak sedar dah hampir tengah malam. Huhuuu... Wawa plak dengan setianya jadi pendengar kami bersoal jawab. Setelah difikir semula, baru aku sedar yang aku perlu berusaha keras bagi semester terakhir ni. Banyak benda yang perlu aku hafal, ingat, dan faham. Banyak formula yang perlu aku ingat, banyak kira-kira yang perlu aku faham. Ya, banyak dan banyak sangat. InsyaAllah, aku cuba buat satu persatu. Aku cuba untuk mulakan dari awal. Aku cuba untuk tidak hanyut di awalan ni supaya di musim exam nanti aku tak terkial kial.
Thanks Alef dan Rizal. Korang tak pernah lokek ilmu. Tiap kali lepak, mesti ada jugak sedikit sebanyak yang korang bincangkan tentang kerja dan secara tak langsung aku pun dapat ilmu yang korang perkatakan itu. Hehee harap korang takkan jemu lepas ni dengan soalan aku yang bertubi-tubi. Hehee korang akan jadi sebahagian dari guru aku.
Tetiba macam sayu plak rasa. Esok aku dah gerak ke Sepang. Esok aku dah kembali masuk asrama, maka bermulalah kembali hidup aku sebagai budak hostel selama enam bulan, insyaAllah. Aku harap, aku dapat lalui kehidupan ni dengan tabah dan sabar. Sayu rasa hati sebab lepas ni dah tak dapat nak lepak selalu dekat TTJ. Dah tak boleh nak meronda malam dengan dengan geng TTJ. Sedihhh ! Apapun aku doakan semoga persahabatan kami berkekalan. InsyaAllah, hujung minggu ada kelapangan aku akan ke TTJ lagi. iLOVEu SAHABAT. Semoga persahabatan kita utuh
iLOVEu SAHABAT Tak sempat nak selfie time lepak tadi so aku selit pic ni. Huhuuu.. selit sekali pic Apis. Memori 2532017 Port Dickson |
Tiada ulasan