Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Team Raya Di Perantauan


Selamat Hari Raya dari kami #teamrayachargemanA1

Hari ni, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang telah mengadakan majlis Hari Raya bersama pelajar dan turut dihadiri oleh alumni. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Untuk majlis hari ni, kami telah membuat persiapan selama tiga hari yang lepas. Majlis kali ni sedikit unik. Kenapa? Sebab tahun ni, setiap jabatan perlu mengambil bahagian/ handle sebuah booth. Setiap jabatan perlulah menyediakan menu mengikut pilihan sendiri. Menu pilihan untuk Jabatan Senggaraan adalah buah-buahan dan pasembur. Alhamdulillah, pasembur laku keras. Kihkihkihhh.. Buah-buahan pun hanya tinggal sedikit sahaja di penghujung majlis. 

Kemeriahan majlis raya memang terasa. Tapi aku tak sempat nak merasai semua tu. Sedis.. sedis.. tak sempat nak menghayati kemeriahan yang diberikan. Kenapa? Sebab aku sibuk handle booth. Layan tetamu yang berkunjung ke booth kami. Oichhh lupa nak cakap, kali ni ada pertandingan booth tercantik tau. Antara kateria yang dipertimbangkan termasuklah, layanan kepada pengunjung, kekemasan booth, kemeriahan booth, kebersihan booth dan beberapa ciri yang lain lagi. Alhamdulillah, booth kami menang tempat ketiga. Okaylah tu.. tapi macam tak percaya pun ada. Sebab kami settlekan semua ni dalam masa tiga hari sahaja. Sebenarnya tak mengharapkan apa-apa pun. Alhamdulillah, booth kami berjaya menambat hati juri. Menang tempat ketiga. Yesss team chargeman A1 berjaya !!! :)


Tiga hari yang lepas, kami diberi kotak dan juga beberapa item yang lain. Okay, kami cuba kreatifkan diri waktu kepala sedang tepu. Sebearnya waktu ni, kami tak tahu menahu pun tentang booth tu. Last minute dapat tahu, memang kelam kabut. Tak cukup masa dan tenaga. Menggunakan kotak tu kami plan untuk buat rumah 3D. Huhuhuuu.. buat.. buat.. buat.. kelam kabut.. dengan bahan yang tak berapa nak cukup. Time ni kamu buat dalam bilik lecture. Perhhh nikmat sungguh, buat kerja dalam aircond. Kihkihkihhh..


Sementara siap kan rumah 3D, sebahagian dari kami sedang gigih berusaha siapkan booth dalam dewan. Waktu ni, mereka sedang sibuk deco meja untuk letak buah-buahan dan juga pasembur. Gunalah kretiviti yang ada untuk mencantikkan meja tu.


Hari ketiga, akhirnya rumah 3D kami siap. Sangat simple sebenarnya tapi kami puas hati. Puan Lin, lecture yang handle kami pun puas hati. Alhamdulillah. Inilah team kami yang design rumah 3D. Pisttt korang lepas ni, kalau ada yang nak bina rumah bolehlah rojer kami ye. Heheheheee...


Tadaaaa... Siap sebahagian dari hiasan booth kami. Gunalah segala macam bahan yang ada dipersekitaran untuk hiasan. Waktu ni kami sedang kalut nak dirikan rumah 3D kami. Huhuuu..


Rumah 3D hasil kretiviti kami. Simple je. Tapi inilah yang menarik perhatian juri dan pengajar-pengajar yang lain. Inilah port lepak mereka waktu majlis berlangsung tadi. Fuhhh.. kami sibuk layan tetamu di booth, pengajar sibuk lepak depan rumah 3D kami, di belakang booth.


Kawasan kami agak sempit. Kenapa? Sebab booth sebelah dah ambil sedikit kawasan kami. Hurmmm, sakit hati jugak sebenarnya. Sesuka hati je ambil bahagian orang, dah lah tak minta izin, tak minta maaf. Kami terpaksa adjust balik kedudukan booth kami. 


Siap. Inilah hasil yang tercipta dengan sedikit tenaga yang kami sumbangkan.


Pengajar sedang lepak. Itulah port lepak diaorang sepanjang majlis berlangsung tadi. Rumah 3D kami menjadi pilihan mereka. Bukan sahaja pengajar dari jabatan kami tau, pengajar jabatan lain pun turut sama melepak dekat sini. 




Menu kami, pasembur dan buah-buahan. Untuk buah-buahan aku tak sempat nak tangkap gambar. Sedis. Sebab time ni dah mula kalut melayan tetamu. Tak sempat nak pegang telefon.

Ini je yang sempat posing sebelum muka masing-masing comot berpeluh. Huhuuu, sebahagian dari rakan sekelas. Selamat hari raya dari kami #teamrayachargemanA1.

Ini merupakan jamuan raya terakhir kami di IKTBN, Sepang. InsyaAllah lepas ni dah boleh join alumni IKTBN, Sepang. Huhuhuuu.. doakan kami semua berjaya ye. Tak sabar nah habis belajar !

2 ulasan

  1. woaah meriahnyaaa siap ada rumah 3D sangay kretip hehe..

    BalasPadam
  2. wow.best entry ni. boleh dapatkan idea untuk hiasan props pentas n backdrop untuk sambutan raya kat tempat i

    BalasPadam