Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kursus Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan IKTBN Sepang


Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan ini adalah salah satu jabatan/bahagian yang bergerak aktif dalam segi pembelajaran / kerja-kerja senggaraan samada mekanikal dan elektrikal di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Terdapat dua kursus di tawarkan iaitu Juruteknik Industri Tahap 3 dari MLVK dan Penjaga Jentera Elektrik A0 dari Suruhanjaya Tenaga. Pelatih-pelatih di jabatan ini akan diajar dalam bidang Juruteknik Industri Tahap 3 dan Penjaga Jentera Elektrik A0.

Matlamat utama jabatan ini adalah melahirkan tenaga mahir dalam bidang senggaraan samada dari segi mekanikal dan elektrikal dengan melatih pelatih dalam bidang berkenaan. Pelatih-pelatih yang telah menamatkan pengajian mereka boleh bekerja di industri perkilangan, bangunan untuk tujuan senggaraan dalam organisasi kerajaan atau swasta.

Pelatih-pelatih yang tamat kursus akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) untuk Kursus Juruteknik Industri Tahap 3(MMM) dan mendapat Sijil Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A0 (Chargeman A0) oleh Suruhajaya Tenaga (JBE dan Gas) untuk kursus Penjaga Jentera Elektrik A0 (MME). Kedua-dua kursus ini juga mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang sendiri.

KURSUS DITAWARKAN
1. Juruteknik Industri Tahap 3 (MMM)
2. Penjaga Jentera Elektrik A0 (MME)

1. Kursus Juruteknik Industri Tahap 3
Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.

Kelayakan
Lulus SPM dan mempunyai sijil Kemahiran Malaysia (Mekanik Industri tahap 1 dan 2) yang sah dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian Sumber Manusia.

Tempoh Kursus : 18 Bulan (sepenuh masa di Institut)

2. Kursus Penjaga Jentera Elektrik A0.
Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang di tetapkan akan mendapat Sijil Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A0 (voltan rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (JBE dan Gas) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.

Kelayakan
Lulus SPM dan mempunyai Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Satu dengan Pengujian (PW2) atau Pendawai Fasa Tiga dengan Pengujian (PW4) yang sah, dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan pengalaman sekurang-kurangnya selama 1 tahun dalam bidang kerja-kerja elektrik voltan rendah keadaan radas hidup. *menjalani latihan praktikal di tempat yang berkaitan boleh dianggap sebagai
pengalaman kerja.

Tempoh kursus : 12 Bulan (6 bulan di Institut, 3 bulan latihan praktikal di industri dan
3 bulan di Institut)

Untuk detail korang boleh ke laman sesawang Institut Kemahin Tinggi Belia Negara, Sepang. atau KLIK SINI

Sumber : IKTBN Sepang

Tiada ulasan