*Semakin berusia semakin kabur matanya kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.*
*Semakin berusia semakin sensitif kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.*
*Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya.*
*Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.*
*Semakin berusia semakin rambut putih kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.*
*Begitu juga hati, semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.*
*Akhirnya, hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.*
Didoakan semoga kita semua:-
● *Diberkati usia*
● *Dimurahkan rezeki*
● *Ditetapkan keimanan*
● *Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik*
● *Kesihatan yang baik*
● *Berjaya di dunia & akhirat*
● *Sentiasa mendapat rahmat dariNya*
Amiin ya Robbal alamin.
*آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن.*
#
Harimau tidak selamanya mengaum
Ayam tidak seharian berkokok
Manusia tidak selamanya muda
Dan tua bukan syarat untuk mati
Allah lagi suka saat senang kita ingat pada-Nya daripada bila susah baru cari..
BalasPadamsentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..
BalasPadam