Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tips Memikat Hati Mertua

Kebahagian bukan sahaja dengan pasangan anda sahaja malah dengan keluarga baru anda. Lebih lebih lagi mertua.

Jangan tersilap langkah dalam mengambil hati ibu bapa pasangan kita.

Jom kongsi tip bagaimana memikat hati mentua dan keluarga baru anda.



 First Impression 
Ingat bagaimana kali pertama anda bertemu dengan bakal suami dulu? Macam itu jugalah persiapan untuk bertemu dengan bakal mentua. Fizikal harus kemas dan sopan. Tidak semestinya lengkap berbaju kurung buat bakal mentua menyukai anda, dengan gaya kasual sekalipun, asalkan kemas dan tidak terdedah sana sini sudah memadai.

 Tutur 
Harus rendah suara dan ringan mulut. Orang tua kalau kena cara dilayan mereka akan cepat dekat dengan anda. Komunikasi berkesan tentu sahaja mampu membuatkan hubungan anda dengan mentua erat. Tawan hati mereka dengan tutur kata lembut dan penting untuk anda sentiasa mendengar apa pun cerita yang mereka ingin kongsikan. Jika mereka sudah mula mahu bercerita dengan anda maknanya mereka sudah percaya akan chemistry yang tercipta.

 Jadi Diri Sendiri 
Susah untuk jadi diri sendiri depan mentua? Tidak juga, kuncinya mudah, anda hanya perlu faham cara mereka. Apa yang disukai dan tidak. Jika anda betul² faham tiada masalah untuk anda menjadi diri sendiri dan perlahan-lahan mentua akan melihat juga menerima siapa anda dengan janji lakukannya dengan jujur bukan terpaksa.

 Sense Of Humor 
Berbalik soal komunikasi. Fakta yang perlu anda tahu, orang tua suka diusik jika isunya dekat dengan apa yang mereka suka. Jika perbualan yang dikongsi membosankan anda, ‘twist’ cerita mereka dalam nada bergurau tetapi jangan berlebihan dan kalau boleh berpakat dengan pasangan bagi meyakinkan setiap ‘jenaka’ yang cuba dijual untuk memikat hati mereka.

 Bangun Awal 
Sesekali bila pulang ke rumah mentua jangan lewat bangun tidur. Rajinkan diri untuk yang pertama bangun dan yang terakhir tidur. Bunyinya mungkin sukar tapi ini merupakan praktis terbaik untuk anda menjadi isteri dan menantu yang faham akan maksud tanggungjawab. Tidak sukar sebetulnya, lama kelamaan hal ini akan menjadi rutin yang berguna terutama apabila sudah masa menimang cahaya mata nanti.


2 ulasan