Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Selamat Pagi Dunia

Assalamualaikum, Selamat pagi.

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ni. Ucapkan rasa kesyukuran kita kepada-Nya.

Pagi ni, rutin harian aku seperti biasa. Bangun pagi, berebut tandas. Hahaaa adatlah situasi di asrama, kan. Tapi seperti kebiasaannya juga, aku merupakan salah seorang yang terawal bangun di aras aku jadi takde lah bersesak sangat toilet waktu tu.

Pagi ni, seperti biasa selepas perhimpuan pagi jam 7 setengah pagi nanti aku akan terus ke kelas. Berdebar.. cuak.. takut pun ada ni. Pagi ni aku ada kuiz untuk subjek Matematik Kejuruteraan. Fuhhhh ! Baru minggu lepas start kelas, minggu ni dah ada kuiz. Kau rasa?

Apapun aku harap aku mampu lakukan yang terbaik. Disebabkan semester ni merupakan semester terakhir, jadi aku perlu berusaha dengan lebih gigih lagi. Subjek-subjek semester ni pun majoriti killer sangat jadi, tabahlah wahai diri.

Okaylah, tak guna berleter panjang pagi ni. Huhuuu jam pun dah pukul 7 pagi. Jadi ada lagi setengah jam untuk aku perhimpunan pagi. Semoga hari ni berjalan dengan mudah dan indah. Semoga aku tabah melalui hari ini dan hari-hari mendatang. Sesungguhnya, tiada kejayaan tanpa usaha. Morning gais


Tiada ulasan