Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sifat Lelaki Yang Tidak Menyakitkan Hati Wanita

Wanita dan lelaki mempunyai ciri-ciri dan perangai berbeza. Atas dasar itulah kita disaran supaya memahami karakter jantina berlawanan supaya dapat menilai seseorang itu dengan sebaiknya. Jom kita fahami tiga sifat lelaki.

1) KURANG BERCAKAP

Lelaki memang kurang bercakap. Jadi, usahlah anda sakit hati jika ada soalan anda yang dia malas hendak menjawabnya. Malah ada juga lelaki tidak mahu berkongsi masalah yang dia hadapi dengan anda. Baginya, lebih baik dia cuba selesaikan sendiri.

Kekurangan lelaki dalam bercakap ada kala mencetuskan sakit hati dan geram dalam hati wanita. Bak kata orang, sepuluh anda tanya, sepatah dia jawab. Semakin anda mahu mendengar cerita daripadanya, dia sukar untuk bercerita.

Jadi, lebih baik anda fahami sifat lelaki yang sememangnya kurang bercakap.

2) KURANG MENGKRITIK

Lelaki bukanlah pengkritik yang baik. Jika anda bertanya, “OK tak tudung saya ni?” Dia hanya akan mengangguk atau sekadar mengatakan “OK”. Sedangkan banyak yang boleh diperbaiki pada tudung itu.

Begitu juga dalam soal masakan. Jika anda bertanya soalan kepadanya, mungkin jawapannya, “Kalau emak masak, selalunya macam ni.” Kalau begitu jawapannya, lebih baik anda tidak perlu bertanya soalan kepadanya. Biar dia yang kritik jika memang dia mahu memberi komen terhadap masakan anda.

3) KURANG ROMANTIK

Memang ada lelaki yang dalam hatinya ada taman namun tidak ramai. Sebaliknya ramai lelaki yang kurang romantik. Usahlah tertipu dengan aksi dalam drama yang menunjukkan lelaki hadir bersama bunga untuk insan tersayang. Berapa ramai yang pernah mendapat jambangan bunga daripada pasangannya? (baik mengaku)

Lelaki juga sukar mengucapkan kata cinta kepada pasangannya. Jika anda ternanti-nanti ucapan itu (terutamanya selepas bertahun-tahun berkahwin), mungkin anda perlu menanti ucapan itu bagai menunggu buah yang tak gugur, atau menunggu kucing bertanduk.

Justeru, terimalah hakikat mengenai sifat-sifat lelaki. Jika anda dapat terima hakikat, maka hati anda tidak akan sakit...


Sumber : FB

3 ulasan

  1. Eh..yg x menyakitkn ke yg menyakitkn hati tuu..haha..konpius

    BalasPadam
  2. Terima kasih kongsi ni kak yong

    BalasPadam
  3. kalau jumpa lelaki yang egonya terlalu tinggi macam mana?

    BalasPadam