27 Julai 2018

Kerja Dan Pekerjaan Aku
Kerja.
Kadang kala buat aku stress
Kadang kala buat aku happy
Kadang kala berjalan lancar
Kadang kala penuh kepayahan

Kerja
Ada yang tanya aku
Kenapa pilih kerja tu
Kenapa kerja dalam bidang tu
Ada yang perli aku
Ada yang perlekehkan aku
Ada yang memandang aku sebelah mata

Kerja
Aku tak mengharapkan pandangan korang
Aku tak minta pendapat korang
Aku tak perlukan simpati korang

Kerja
Aku suka dengan kerja yang dilakukan
Aku selesa dengan kerja aku
Aku bahagia dengan apa yang aku lakukan

Kerja
Jangan pandang rendah pada aku
Jangan perlekehkan aku
Jangan jatuhkan semangat aku
Jangan!

Kerja
Berikan aku sedikit semangat
Berikan aku secebis kekuatan
Agar aku ada kudrat untuk teruskan kerja ini

Kerja...

23 Julai 2018

Kesilapan Ketika Melakukan Senaman
5 KESILAPAN LAKUKAN SENAMAN.
.

Ramai orang suka bersenam utk turunkan berat badan. Tapi tak tahu tentang kesilapan yang biasa dilakukan ketika bersenam.
.
1. Minum air kosong sahaja ketika bersenam
- ketika bersenam, sepatutnya minum air kosong yg ditambah sedikit dengan air isotonik. Ini adalah untuk menggantikan 'garam' dalam badan yang keluar bersama peluh
.
2. Makan makanan berat
- elakkan makan makanan berat sebelum bersenam. Tiada alasan 'carbo loading' sebelum bersenam kerana boleh menyebabkan perut tidak selesa semasa bersenam.
.
3. Salah pilih kasut sukan/tak pakai kasut sukan
- pilih lah kasut sukan yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan. Elakkan daripada tidak memakai kasut kerana boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian buku lali.
.
4. Bersenam berlebihan (over limit)
- cuba bersenam melebihi keupayaan diri sendiri. Kita perlu tahu tahap keupayaan diri supaya tidak mengalami kecederaan.
.
5. Berhenti mengejut
- lepas bersenam terus berhenti tanpa buat aktiviti cooling down. Ini boleh menyebabkan otot terkejut dan terjadinya 'cramp'
.

19 Julai 2018

Durian Selamat Dimakan Sewaktu Mengandung
Durian selamat makan sewaktu mengandung

Kebaikan makan durian:

1. Sumber tenaga yang bagus
- sumber gula fruktose dan sucrose

2. Kurang lemak jahat
- rendah cholesterol jahat (LDL), rendah lemak tepu

3. Fiber yang tinggi

4.Kaya vitamins
- Vit B Kompleks,niacin,thiamin,riboflavin

5. Tingkatkan peredaran darah
- tinggi mineral seperti kuprum, manganese, zat besi & magnesium membantu pembentukan sel darah merah & bantu perkembangan janin di dalam kandungan.

Ibu mengandung boleh sahaja makan durian tapi bersederhana. 2 ulas durian yang sederhana dalam 60 kalori, jadi hati-hati jangan sampai terlebih kalori.

Ibu mengandung yg menghidap kencing manis sewaktu mengandung perlu hati-hati makan kerana gula & glycemic index yang tinggi kerana ini akan menyebabkan peningkatan mendadak tahap gula (glucose) dalam badan. Seulas dua ok. Tapi jika bacaan gula itu tak terkawal, elakkan terus

Kerana tinggi kalori, makan yang tidak terkawal boleh menyebabkan berat badan ibu mengandung bertambah.

Ibu mengandung boleh makan durian tapi makanlah dengan sederhana.

Take note : Untuk lebih detail korang boleh tanya dan bersoal jawb dengan doktor Khairul Hafidz di laman twitter beliau. Korang boleh search username beliau khairul_hafidz

14 Julai 2018

Adab - Adab Sebelum Tidur
ADAB² SEBELUM TIDUR

Antara adab - adab tidur yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah memaafkan semua orang sebelum tidur.

Tidur adalah waktu rehat bagi manusia. Tidur juga adalah ' mati' yang sementara. Sebelum kita menutup mata dan merehatkan badan setelah seharian melakukan pelbagai kerja dan aktiviti, disarankan kita bermuhasabah diri dan memaafkan sesiapa sahaja yang mungkin ada kesalahan dengan kita. Mengapa?

Kerana hari esoknya belum tentu lagi kita masih hidup, maka biarlah kita pergi tanpa ada sangkut-paut dengan sesiapa. Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah yakni contoh terbaik buat seluruh umat. Sifat pemaaf dan kasih sayang baginda amat tinggi, sehingga membuatkan orang kafir jatuh cinta dengan Islam hanya disebabkan akhlak baginda yang mulia.

Begitulah tingginya sifat pemaaf Rasulullah s.a.w. Terbukti juga dengan sifat pemaaf baginda tatkala umat Islam berjaya menawan semula kota Makkah dari tangan Arab Quraisy, ramai yang memeluk Islam termasuk pemimpin mereka, Abu Sufyan.

Sifat maaf diserasikan dengan hidup berkasih sayang. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Sayangilah apa yang ada di muka bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh yang di langit ( para malaikat )." ( Riwayat Thabrani )

Apatah lagi bagi seorang da'ie yang ingin mengajak manusia kepada Islam. Seperti kata Hassan al-Banna, " Dakwah kita membawa manusia mengenal Allah, dan katakanlah kepada mereka, Kami sayangkan kamu dan ingin sama-sama menuju Allah."

Apabila kita maafkan semua orang, hati kita menjadi tenang dan apabila mata celik esok harinya, segala masalah sesama manusia telah pun terhapus. Saya minta maaf dgn tuan dan puan kalau ada salah dan silap.....



Berhati-Hati Dengan Hati
Hati....

Apabila seseorang itu menutup *hatinya* buatmu...percayalah dia bukan terbaik buatmu..

Apabila seseorang itu membuka *hatinya* buatmu ..walau tahu kekurangan dan keburukan Mu, percayalah itu Rahmat Allah buatmu ..

*Hati* itu hanya milik Allah dan bukan sesiapa walau sebesar zarah sekalipun..

sesungguhnya Allah tidak mendatangkan keburukan kepada hambanya melainkan kebaikan ..

Hanya Allah bisa membolak balikkan *Hati* Manusia


12 Julai 2018

Aku Dan Masa
Aku penat
Aku penat dengan permainan dunia
Aku penat dengan percaturan yang diatur
Aku penat nak hadapi semua ini

Aku tabah
Aku cuba untuk tabah
Aku perlu tabah
Aku mesti tabah

Hidup ini tak semudah yang kita sangka
Kadang kala kita diatas
Kadang kala kita dibawah
Kadang kala kita senyum bahagia
Kadang kala kita senyum menutup luka

Ada kalanya kita bebas
Ada kalanya kita terpenjara
Ada kalanya kita ingin bebas
Ada kalanya kita ingin dijaga

- Manusia pelik