Kadang kita terlepas pandang kekuatan kita dan airmata bukanlah tanda kelemahan dan apa yang kau hadap hari ni tak bermakna hidup kau cuma tentang kesedihan ini, bahagia akan tiba semula nanti kau cuma tinggal percaya.
Memaparkan catatan dengan label Peringatan bersama. Papar semua catatan
Antara kekuatan dan Airmata
17 Julai 2021
Teruskan Menolong Pada Jalan Kebaikan
11 Mei 2018
Teruskan Menolong Pada Jalan Kebaikan ~
Seorang lelaki diminta mengecat sebuah perahu,
Ia pun mengecat perahu tersebut..
Saat mengecat,
Ia menemukan sebuah lubang kecil di lambung perahu,
dan menambalnya diam diam.
Begitu selesai mengecat,
ia terima upahnya dan pergi.
Tak lama berselang,
Pemilik perahu menemui lagi lelaki tersebut
dan memberinya cek yang nilainya sungguh tidak diduga.
Si tukang cat terkejut dan berkata,
"Anda sudah membayar upah saya, Tuan".
"Tapi ini bukan upah untuk mengecat.
Ini kerana anda sudah menampal satu lubang di lambung perahuku".
"Ah,
Itu kan cuma hal kecil.
Anda tidak perlu memberi saya wang sebanyak ini untuk pekerjaan sekecil itu".
"Mungkin anda tidak mengerti.
Saat saya minta anda mengecat kapal itu,
saya lupa memberi tahu tentang lubang tersebut.
Ketika cat perahu sudah kering,
anak-anak saya langsung pergi memancing dengan naik perahu itu.
Mereka tidak tahu tentang lubang itu,
Sementara saya tidak berada di rumah saat mereka pergi.
Ketika saya pulang dan menyedari mereka telah membawa perahu itu pergi,
saya jadi sangat khuatir kerana saya tahu kalau perahu itu bocor.
"Alangkah leganya saya ketika melihat mereka semua pulang dgn slmt".
Lalu saya mendapati bahawa Anda telah menampal lubang kapal yang bocor itu.
"Anda telah menyelamatkan anak2 saya"
Yg sudah Anda lakukan bukan hal kecil,
Kerana itu telah menyelamatkan nyawa org lain.
Sesungguhnya wang tidak bernilai utk membayar kebaikanmu itu.
"Teruslah menolong,
Meringankan beban org lain dan perbaikilah setiap "lubang" yg anda temukan.
Anda tidak akan prnh tahu bila bantuan anda bermanfaat".
Kerana sesungguhnya kita tidak akan pernah tau bila PERBUATAN BAIK kita berbuah,
Tapi PASTI AKAN BERBUAH.
"Saat kita berusaha menciptakan hal yg bermanfaat bagi org lain,
ita tentu saja menerangi jln kita sendiri."
Jadilah penerang bagi org lain
Insya Allah...
Susu Dutch Baby Tiruan
12 Februari 2018
Tadi ada terbaca luahan hati seorang kawan. Katanya risau dgn keadaan baby yang baru lagi. Dan juga risau dengan susu anaknya yang sulung disebabkan sekarang kecoh penipuan terhadap susu dutch baby. Baru baru ni dia ada beli susu tersebut combo set untuk dijadikan stock ketika dia dalam pantang. Tetiba dah jadi macam ni, dia pun risaulah susu ru tiruan ke ori. Nak bagi anak minum pun takut, waswas. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku kemudian hari.
Aku plak, kebetulan tadi ada terbaca maklumat yang berkaitan penipuan susu tersebut dalam whatsapp group keluarga. Makanya aku pun copy dan paste artikel tersebut diruangan facebooknya. Semoga dapat membantu melegakan hati si ibu yang sedang dalam berpantang tu.
Disini aku kongsikan juga artikel tersebut. Semoga dapat membantu serba sedikit para ibubapa di luar sana.
Kecoh pasal susu dutch baby 6-12 kod 102 punye simptom muntah2 cirit birit ruam..
Terlanjur ade 1 pack susu 102 selamat x bg ammar minum dulu..
Ammar pon minum susu ni,td tgk kod beza 101 dgn kod 102 memg jauh beza..
Ni jan share ea,beza kod susu 101 (ori) 102 (copy)
Warna beza biru dy kalu tgk bebetul..
Ejaan kalsium dgn calcium pon beza..
Made from pon berbeza..
Selamat dpt kenalpasti awal2
Semoga anak kite terhindar yg bukan2...
Balik umah tgk pack susu memasing...
(Credit :Nuruljannah Mohd Hushairi)
Semoga dapat membantu.
Aku plak, kebetulan tadi ada terbaca maklumat yang berkaitan penipuan susu tersebut dalam whatsapp group keluarga. Makanya aku pun copy dan paste artikel tersebut diruangan facebooknya. Semoga dapat membantu melegakan hati si ibu yang sedang dalam berpantang tu.
Disini aku kongsikan juga artikel tersebut. Semoga dapat membantu serba sedikit para ibubapa di luar sana.
Kecoh pasal susu dutch baby 6-12 kod 102 punye simptom muntah2 cirit birit ruam..
Terlanjur ade 1 pack susu 102 selamat x bg ammar minum dulu..
Ammar pon minum susu ni,td tgk kod beza 101 dgn kod 102 memg jauh beza..
Ni jan share ea,beza kod susu 101 (ori) 102 (copy)
Warna beza biru dy kalu tgk bebetul..
Ejaan kalsium dgn calcium pon beza..
Made from pon berbeza..
Selamat dpt kenalpasti awal2
Semoga anak kite terhindar yg bukan2...
Balik umah tgk pack susu memasing...
(Credit :Nuruljannah Mohd Hushairi)
Semoga dapat membantu.
5 SEBAB KENAPA RAMAI SUSAH NAK KURUS ? APA ITU TOKSIN
31 Januari 2018
5 SEBAB KENAPA RAMAI SUSAH NAK #KURUS ? APA ITU TOKSIN ?
Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja – dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang
5 SEBAB KENAPA RAMAI SUSAH NAK KURUS ?
1. Makan Tak On Time
2. Selalu Makan Fastfood
3. Kafein Berlebihan
4. Kurang Minum Air Masak
5. Tidur Tak Menentu
Sumber : SINI
So nak tak sis bagitahu cara mudah untuk #Kurus ?
🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
www.wasap.my/0136462960
www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
www.instagram.com/medinadesire.ain
Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja – dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang
5 SEBAB KENAPA RAMAI SUSAH NAK KURUS ?
1. Makan Tak On Time
2. Selalu Makan Fastfood
3. Kafein Berlebihan
4. Kurang Minum Air Masak
5. Tidur Tak Menentu
Sumber : SINI
So nak tak sis bagitahu cara mudah untuk #Kurus ?
🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
www.wasap.my/0136462960
www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
www.instagram.com/medinadesire.ain
Penawar Buat Yang Sedang Bersedih Kerana Cinta
27 November 2017
Penawar Buat Yang Sedang Bersedih Kerana Cinta
Cinta itu hakikatnya adalah satu perasaan yang sangat positif. Segala perkara jadi baik belaka. Tiada cacat cela walau hakikatnya ada cacat cela pada manusia. Orang yang bercinta dengan Allah, hatinya bergentar di saat disebut nama Allah.
Seperti hati kita bergetar saat kita mendengar orang lain menyebut seseorang yang kita suka. Kita jadi tersentap. Itu adalah ciri-ciri kita mencintai Allah. Seperti dalam firman Allah,“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat- ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” Surah Al Anfaal: 2
Cinta Selain Allah Berpotensi Menyakitkan
Kata Ibn Qayyim,
“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah (mencintai wanita / lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya.”
Bukan semua orang yang kita cinta, akan mencintai kita sepertimana kita mencintai dia. Adapun orang yang mencintai kita, kita tidak dapat mencintainya sepertimana dia mencintai kita.
Orang yang terkenal kebiasaannya ada ramai peminat. Namun sedikit sekali yang mampu menghargai peminat sebaiknya. Antara dialog biasa, “Teringin nak jumpa _____.”
Bagi orang itu, ia perkara biasa dan tidak memberi apa-apa makna. Sedangkan peminatnya itu begitu bersungguh menunjukkan betapa minatnya dia dengan selebriti tersebut.
Sehingga apa yang dipakai selebriti itu ditanya dan dipakai. Yang merefleksi ketaksuban dengan selebriti itu. Apabila selebriti itu tidak melayan peminat tegar dengan sebaiknya, kemungkinan besar, peminat tegar akan kecewa dan tawar hati.
Kehilangan Adalah Tanda Mendapat Pengganti Yang Lebih Baik
Seseorang pernah berpesan,
“Wahai sahabatku, janganlah kamu bergusar hati kerana masih tidak punya pasangan, kerana cintamu itu terlalu mahal untuk dipermainkan. Kerana cintamu itu hanya layak untuk mereka yang benar-benar mampu memilikimu.”
Justeru, jangan bersedih dalam mencari pasangan hidup. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, Dia akan berikan pengganti yang lebih baik. Kehilangan sesuatu boleh jadi petanda, kita akan dapat sesuatu yang lebih baik.
3 Aset Penting Untuk Dicintai
Dalam satu hadis riwayat Anas bin Malik r.a.: Ada seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW : “Bilakah kiamat itu tiba?”
Rasulullah bersabda: “Apa yang telah kamu persiapkan untuk itu?”
Lelaki itu menjawab: “Cinta Allah dan Rasul-Nya.”
Rasulullah menjawab: “Kamu akan bersama orang yang kamu cintai.”
Hadis Riwayat Muslim, No. 4775
Maka penting kita menapis siapakah yang kita cintai di dunia ini.
1. Allah
Aset asas dan paling penting untuk dihargai dan dicintai. Andai dalam sehari kita mampu hidup tanpa Allah, barangkali kita tidak hidup.
Oksigen yang kita hirup, sudah berapa oksigen yang Allah beri kepada kita.
Namun, sedikit sekali yang bersyukur dengan-Nya. Dia sudah beri terlalu banyak nikmat kepada kita, tetapi kita buta untuk menilainya.
2. Rasulullah
Jika tidak kerana Rasulullah S.A.W., mungkin kita tidak hidup sebagai seorang umat Islam. Hatta mungkin Islam tidak sampai pada zaman sekarang. Sepatutnya dengan hanya berselawat kepada Rasulullah S.A.W. sudah membuat kita berasa istimewa di sisi Allah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” Sahih Muslim 0408
a Rasulullah S.A.W., mungkin kita tidak hidup sebagai seorang umat Islam. Hatta mungkin Islam tidak sampai pada zaman sekarang. Sepatutnya dengan hanya berselawat kepada Rasulullah S.A.W. sudah membuat kita berasa istimewa di sisi Allah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” Sahih Muslim 0408
Analoginya begini. Kita mengenali seorang multijutawan yang dikenali oleh jutaan orang di dunia ini. Pada suatu hari, kita sempat berjumpa dengannya. Saat bertemu, dia sebut nama kita.
Masya-Allah, pasti kita rasa sangat gembira dan bersyukur kerana antara jutaan orang yang mengenalinya, kita adalah antara individu yang dia ingat nama.
3. Ibu bapa
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun.” Surah Al Ahqaf: 15
Sesuatu yang asas namun ada yang mengabaikannya. Mereka hanya berdua. Tetapi mereka tetap mampu menjaga 3–4 orang anak sekaligus. Namun ketika anak-anaknya dewasa, mereka yang berempat itu belum tentu dapat menjaga ibu bapanya yang hanya dua orang.
Adakalanya di saat si bapa tidak mempunyai wang yang banyak, dia sanggup berlapar untuk memberi anaknya makan. Di saat ibu kekurangan wang, dia sanggup memberi wang yang terakhirnya buat si anak.
Begitulah bersungguhnya mereka berkorban kerana kita yang lebih layak mendapat cinta dan kasih sayang daripada mereka.
Copypaste info Remaja
Jangan Resah Jika Ada Yg Membenci
Jangan Resah Jika Ada Yang Membenci
Kenapa ada orang suka kita dan ada orang benci kita?Kerana ALLAH nak jaga kita, kalau semua orang puji dan sanjung kita, kita mudah lupa diri dan bangga.
ALLAH tak nak kita lalai...Sebab ALLAH sayang Kita...
Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa. Namun seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia. Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.
Orang tak suka ??
“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali
Cara Tenangkan Hati Dan Jiwa
10 KUNCI AGAR HATI & JIWA KITA TETAP TENANG*
Setidaknya ada 10 kunci agar hati kita tetap senang dan jiwa kita tetap tenang, iaitu :_*1. TIDAK MEMBENCI*
Jangan sekali-kali membenci seseorang walaupun dia berbuat kesalahan kepadamu.
*2. TIDAK MERENGUT*
Jangan berkeluh kesah, sebaliknya perbanyaklah berdo'a kepada Alloh Azza Wa Jalla.
*3. HIDUP SEDERHANA*
Hidup sederhana walaupun punya kedudukan tinggi & harta melimpah.
*4. BERPRASANGKA BAIK*
Sentiasa berfikir positif meskipun kerap ditimpa musibah.
*5. SELALU TERSENYUM*
Senyumlah walaupun hati terluka.
*6. SELALU MEMBERI*
Gemar memberi sedekah walaupun lagi susah.
*7. BERDO'A TANPA PENGETAHUAN MEREKA*
Jangan putus mendo'akan kebaikan untuk saudaranya tanpa pengetahuannya.
*8. TIDAK DENGKI & IRI HATI*
Jangan iri & dengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdo'alah semoga anda juga berjaya seperti dia, jika anda dengki dengan mengaibkan dia.. ingatlah bahwa segala amal baik anda pasti hangus.. kerana Allah tidak terima amal kebajikan orang yang hasad, iri dan dengki.
*9. MUDAH MEMAAFKAN*
Jangan merasa malas dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain, kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan di dalam memaafkan
*10. HINDARI PERMUSUHAN*
Jangan menganggap orang yang berbeza pendapat sebagai lawan, namun dia pun kawan anda..
Sumber : Group Whatsapp Family :)
Dunia Dikejar Dan Akhirat Dicari
03 November 2017
Dunia Dikejar, Akhirat Dicari .
Selamat Pagi....Sedang sibuk bergegas ke tempat kerja ke? Sibuk kan nak cari duit untuk bayar rumah, kereta dan macam-macam lagi? Ye la, saham dunia kena cari, bukan jatuh dari langit! Tapi, saham akhirat macam mana pulak? Dengan solat, sedekah, zakat, puasa semua tu korang yakin cukup ke pahala nak di bawa ke akhirat nanti?
Okay,mari kita lihat 3 cara yang korang boleh buat untuk topup saham akhirat. Senang je untuk korang semua amalkan!
1. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat
Jika kita menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada orang lain, ilmu itu berguna kepada mereka dan jika mereka mengamalkan ilmu tu, kita akan dapat pahala sehingga kita mati.
Senang je tau nak collect pahala ni sebenarnya. Yang penting kena ikhlas dengan semua perkara yang dilakukan termasuklah menuntut dan tidak lokek memberi ilmu kepada orang lain. Saling tolong-menolong itu kan bagus!
2. Anak soleh dan solehah
Bila kita ada anak yang soleh dan solehah, insya-Allah anak-anak kita akan sentiasa mendoakan kita dan menjaga silaturahim dengan keluarga. Perkara ini juga adalah salah satu kunci untuk mendapatkan pahala dan sahamextra untuk di bawa ke akhirat kelak tau. Jadi, didiklah anak kita sebaik mungkin, insya-Allah pahala kita akan melimpah ruah nanti!
3. Bersedekah – tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima
Antara sedekah yang korang boleh mula buat hari ini adalah sedekah senyuman, menyelesaikan masalah orang lain, membuang atau mengalihkan sesuatu yang telah menghalang laluan dan sebagainya. Sebab sedekah bukanlah semata-mata wang atau harta ye. Perbuatan yang baik juga dikira sebagai sedekah.
Oh ya, sedekah jariah pula dapat memberi pahala berterusan walaupun setelah seseorang itu meninggal dunia, contohnya amalan BERWAKAF.Cubalah usahakan mewakafkan sesuatu untuk kegunaan yang berterusan.In sha Allah akan mendapat pahala yang berterusan juga.
Mudahkan untuk mengumpul saham akhirat ?
Mari kita dedikasikan diri untuk sentiasa berbuat kebajikan pada orang lain.
In sha Allah kehidupan kita juga akn sentiasa beroleh bahagia .
Sumber : tazkirah
Take Note : Bagi aku, perlu cari kedua duanya tapi biarlah seimbang. Dunia. Akhirat. Hitunglah kebun dari banyak bunga bukan dari banyak daun yang jatuh. Hitunglah hidup dari banyak amal bukan dari banyaknya dosa dan jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita adalah tanah. Jangan bangga dengan rumah mewah dan besar kita kerana rumah terakhir kita adalah kubur. Jangan bangga dengan baju berjenama kita kerana baju terakhir kita adalah kain kafan. Jangan bangga berkereta besar kerana kenderaan terakhir kita adalah keranda. Maka sebarkan kebaikanmu kepada insan yang memerlukan kerana itu akan membantumu di sana kelak. Wassalam
Program 'Go Green' di IKTBN Sepang
25 September 2017
Apa itu 'Go Green'?
Go Green adalah satu program / cara menyelamatkan bumi yang pada ketika ini telah mengalami kerosakan dan pemanasan global yang teruk akibat dari sikap kerakusan manusia. Go Green juga disebut 'penghijauan kembali'.
Tujuan 'Go Green'
Go Green bertujuan menyedarkan kita dalam menjaga dan melestarikan bumi ini bukannya merosakkannya dengan sikap tidak bertanggungjawab manusia.
Sempena menyahut seruan IKTBN Sepang dalam program Go Green, kami di Jabatan Mekanikal Senggaraan telah menanam beberapa pokok di sekitar bengkel kami.
Antara pokok yang kami tanam adalah pokok kunyit, pokok cili, pokok pandan, pokok kelapa pandan, pokok nanas, dan pokok rambutan. Itu baru sebahagian hasil tanaman. InsyaAllah yang selebihnya bakal menyusur nanti
Tujuan 'Go Green'
Go Green bertujuan menyedarkan kita dalam menjaga dan melestarikan bumi ini bukannya merosakkannya dengan sikap tidak bertanggungjawab manusia.
Sempena menyahut seruan IKTBN Sepang dalam program Go Green, kami di Jabatan Mekanikal Senggaraan telah menanam beberapa pokok di sekitar bengkel kami.
Kisah Teladan | Kisah seekor kupu-kupu
03 Jun 2017
Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya.
Namun,dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu.Namun, harapannya hanya tinggal harapan.
Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.
Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.
Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.Kita mungkin tidak akan pernah dapat 'terbang' jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati...Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..
Kita memohon kebijaksanaan...Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.
Kita memohon kemakmuran...Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.
Kita memohon cinta...Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untukdiselamatkan dan dicintai.
Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati...Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti. Begitulah cara Tuhan membimbing Kita...Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.
Hukum melintas di depan orang sedang solat .
02 Jun 2017
Kalau tak Faham Hukum Ini Sia sia saja Pergi Masjid.
Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat.
Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan ‘penghadang’ khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri.
Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :-
لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]
Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-
إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]
Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat.
Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.
Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-
فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي
صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ
Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]
Sambungan....
Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas. Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.
Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersbeut boleh dikawal di Malaysia. Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini.
Sekian
Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Dasyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur
Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi SAW :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing
Cadangan doa ketika berbuka puasa
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan
Semoga memberi manfaat buat semua.
Sumber FB Ustaz Iqbal Zain.
Budaya Ini Patut Di Padamkan
18 Mei 2017
Beratnya jadi lelaki. Disebalik mereka lihat setannya perangai lelaki-lelaki, di sebalik mereka lihat mudahnya jadi lelaki boleh kahwin empat, mudahnya lelaki boleh buat apa sahaja yang mereka nak buat, orang perempuan terlupa untuk pandang sesuatu yang hari ini telah membunuh lelaki dalam senyap.
Untuk pengetahuan semua perempuan, jadi lelaki ini nampak mudah kerana bebanan mereka semua mereka simpan kemas dalam hati dan digantikan pula dengan senyuman yang acah tiada masalah. Lelaki di Malaysia telah dikerah gila-gila seawal perkenalan dengan perempuan. Entah budaya orang gila mana yang buat yang mana lelaki perlu jadi "bank" bagi perempuan sebelum kahwin. Kononnya lelaki perlu gentleman. Gentleman kepala zionis kau!
Lelaki di pau teruk seawal perkenalan pertama. Mula bercinta, setiap makan luar, setiap berjalan bagai lelaki di galakkan sponsor perempuan. Full sponsor. Gentleman lah konon. Padahal belum konfem pun jadi hak milik. Kau bayangkan, lelaki nak keluar untuk berkenalan pun kadang terpaksa kerja 2,3 hari untuk buat duit belanja semata nak keluar dengan kau. Dan kau pula perempuan, cuma dengan sengih sahaja dh cukup untuk keluar pada sesi perkenalan. Tak payah bawak purse okey! Standby je kot laki gak bayar, kau terus minta putus cakap yang lelaki tu lelaki tak guna.
Bila dah mula serius berkenalan, masuk ke part bertunang. Lelaki mula berkira-kira duit gaji, tengok ibu ayah pula bukan orang senang. Maka bermulalah edisi kumpul duit dan kerja keras lelaki. Nak lepaskan trend tunang style meriah punya pasal. Anggaran RM2,000 sekrang ni. Konon gentleman dan romantik! Kerja lah siang malam si lelaki untuk ikat si perempuan. Perempuan waktu itu hanya pegang pada janji lelaki yang ingin ikat dia jadi tunang. Tinggal nak pilih baju cantik ala princes, dan lelaki hulur duit bayarkan guna duit berhempas pulas kerja. Selamba kerja bagai nak rak nak kejar duit modal untuk tunang. Lepas tu hangus sekejap je income yg sebulan dua kau kumpul tu.
Di bisikkan pula, hantaran RM10,000. Ternganga kejap lelaki. Ahh, demi kau perempuan, demi cinta. Terus lah lelaki mengelabah cari kerja yang kedua. Sehari buat dua tiga kerja semata untuk halalkan kau. Berpeluh-peluh lelaki. Kadang sampai jatuh sakit nak halalkan kau punya pasal. Hingga ada yang smpai terpaksa ikat perut, terpaksa potong duit belanja bulanan mak ayah. Akhirnya dapat kumpul. Selepas berkotor tangan, bersepah peluh. Kau pula perempuan waktu itu sedang sibuk mencari apa-apa yang cantik, sedang bahagia terbayang nak jadi princes. Nak jadi cantik gila waktu kahwin. Dasyat pengorbanan lelaki nak bahagiakan kau.
Tapi siapa sahaja perempuan lihat pengorbanan lelaki tu?
Bab hantaran ni yang sbnrnya banyak matikan ramai lelaki. Lelaki bagai nak gila ada yang sanggup buat loan berpuluh ribu, yang sanggup tidur sehari cuma 2-3jam semata untuk kerja nak cukupkan duit halalkan kau. Kau bayangkan sahaja, lelaki perlu modal yang sangat tinggi sehingga sanggup gadai kesihatan, gadai keringat untuk "beli" tanggungjawab yang paling berat dalam dunia ni daripada ayah dan ibu kau. Tanggungjawab yang sangat berpotensi untuk di humban ke api neraka. Semua untuk kau tau perempuan. Dia ambil tanggungjawab utk tanggung semua dosa kau daripada bapak kau. Dari bapak kau tau bukan kepala bapak kau. Sori, saja aku nak bikin panas.
Sebaiknya hantaran ni, belah perempuan sepatutnya ambil tanggungjawab untuk ringankan beban si lelaki yang bakal pikul tanggungjawab besar nak mampps tu. Woi, kau ingat senang ke nak kumpul 10k? Ada pula sampai 20k! Lelaki juga ada tanggungjawab pada emak ayah, pada keluarga. Entah bila nak dapat kumpul duit sebanyak tu semata untuk kau. Kau senang lah cakap bila lelaki tak cukup duit je kau kata lelaki tak serius.Apakah kau pernah hargai keringat lelaki ini? Yang kau tahu, bercerita tentang romantiknya lelaki lain yang buat surprise pada pasangan dorang. Sibuk cerita bahagia orang lain. Kau try kumpul duit tengok. Set 3bulan ke 4bulan ke kumpul duit hantaran tu. Dalam masa yang sama, kau wajib bagi duit belanja dekat mak bapak kau setiap bulan, wajib ajak pasangan kau tu keluar setiap minggu. Kau bawa kereta isi minyak semua sendiri, makan semua kau bayar. Cuba kau tengok dapat kumpul ke tak.
Senangnya kerja kau.
Dan bila dah halalkan kau, kau dah jadi isteri. Bermakna semua tanggungan, segala hutang pemiutang kau dah jatuh atas tanggungjawab suami. Tak kisah lah apa jenis hutang pun termasuk hutang Ptptn. Semuanya lelaki perlu bertanggungjawab untuk sara segalanya. Bertambah lagi komitmen laki. Kau boleh bayangkan waktu itu apa yang ada dalam fikiran lelaki? Lelaki cuma belanja senyuman, untuk kau lihat dia tenang. Kuat. Keluar lagi lelaki bersepah peluh memikirkan kau, urat-urat tangan berselirat timbul membuat kerja berat, tidak cukup tidur, memikirkan keluarga kandungnya, memikirkan ibu ayah kau. Apa sahaja sanggup mereka buat demi bahagiakan semua yang tersayang. Tak habis dia berkira-kira incomenya untuk kau
#COPY/PASTE
Kelebihan Zikir Ya Latiff
12 Mei 2017
1.Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya .
2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) , Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh..
3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga… Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 ( seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insya Allah mudahan berjaya
4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir Ya Latiff sebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir …
5. Ketika ribut petir maka eloklah di perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff ni , InsyaAllah akan redalah ribut petir...
6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian..
Semoga bermanfaat buat semua...
Istimewanya Wanita Maka Bersyukurlah
07 April 2017
Istimewanya Wanita..maka Bersyukurlah..
Wanita..
Dalam Al-Quran wanita mendapat tempat kehormatan yang tidak diberikan kepada kaum pria. Terdapat surat An-Nisa (wanita) namun tidak terdapat surat Ar-Rijal (laki-laki).
Dan diantara bentuk penghormatan kepada wanita di dalam Al-Qurān, wanita begitu dijaga dan dilindungi kehormatan dan kesuciannya, tidak diumbar keindahannya meskipun hanya sekedar namanya. Karena tanpa ditampakkan sekalipun naluri laki-laki normal pasti akan mencarinya.
زين للناس حب الشهوات من النساء ..
"Telah dihiasi bagi manusia (laki-laki) kecintaan terhadap syahwat berupa wanita.." (QS. Ali Imran : 14)
Silahkan anda cari nama wanita selain Maryam Ibunda Nabiyullah Isa alaihimas salam yang Allah ta'ala sebutkan di dalam Al-Qurān. Tidak ada. Itupun Allah sebutkan dalam rangka membantah orang-orang yang mengklaim Isa anak Allah, untuk menegakkan tauhid dan meruntuhkan kesyirikan.
****
Secantik-cantik wanita adalah yang sedikit bicaranya dan banyak diamnya..
Seindah-indah wanita adalah yang banyak berkreasi dengan kesabarannya dan suka membahagiakan selainnya..
Dan sebodoh-bodoh wanita adalah yang suka bersolek dengan penampilannya namun buruk perilakunya.
Oleh: Ust. Ridwan Abu Raihana hafidzahullah
#copypaste
Tags:
agama,
Info,
Peringatan bersama,
Perkongsian bersama
Rahsia Wanita Mengekalkan Keayuan..
19 Mac 2017
1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
2) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
3)Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
4) Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
5) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.
6) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
7) Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
8) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
9) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
10)Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
11)Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
12) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.
Credit : Mingguan Wanita
Tags:
Gaya hidup,
Info,
Kecantikan,
Kesihatan,
Peringatan bersama,
Perkongsian bersama,
Sihat,
Tips
8 Makanan Yang Ternyata Beracun Kalau Dipanaskan. Wanita, Isteri Dan Ibu Sila Ambil Tahu!
14 Mac 2017
Kadang-kala kita merasa sangat sayang dengan lebihan makanan. Lalu esoknya kita panaskan bakinya. Semua ini sudah jadi seperti amalan biasa. Tetapi tahukah kita ia sebenarnya amat bahaya kepada kesihatan kita.
1. Berhenti menghangatkan lebihan nasi. Sebaiknya masaklah sekadar mencukupi sahaja.
Nasi merupakan makanan wajib sehari-hari, kerana kandungan karbohidrat dan kalorinya menjadikan sumber energi utama. Namun, ketika kamu memanaskan kembali nasi yang sisa, maka akan menyebabkan pertumbuhan spora dan ketika suhu nasi tersebut mendingin kembali, spora tersebut akan berkembang biak. Spora ini akan menghasilkan bakteri dan kuman yang menyebabkan diare dan muntah-muntah.
Menurut kajian dari Martin Goldberg, ahli mikrobiologi, dijelaskan bahawa memanaskan kembali nasi sangat tidak digalakkan. Bakteria Bacillus cereus yang ditemukan dalam nasi boleh bertahan selama proses pemasakan. Ketika nasi sudah sejuk, spora akan membiak dan mengeluarkan neurotoksin yang boleh menyebababkan sakit terutama pencernaan.
Menurut Food Standards Agency, sebenarnya yang membuatkan ia beracun bukan memanaskannya, tetapi cara menyimpan nasi sebelum dipanaskan lagi. Kalau nasi tidak disimpan dengan betul, akan muncul spora bakteria yang tidak akan mati meskipun nasi dipanaskan lagi.
Sebaiknya nasi yang telah masak disejukkan terlebih dahulu dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 12 jam sebelum dipanaskan kembali.
2. Ayam memang favorite semua orang. Boleh dihangatkan jika memang terpaksa, tetapi dengan api yang perlahan. Ketika daging ayam dimasak kembali atau dipanaskan, komposisi protein yang dikandungnya akan berubah dan akan menimbulkan masalah kesihatan dan pencernaan.
Meski begitu, tetap boleh memanaskan daging ayam tetapi perlu dipastikan ia panas hingga ke dalam, jangan hanya dipanaskan luarnya saja. Gunakan api kecil dalam waktu singkat, angkat sekiranya ayam sudah cukup hangat.
Pemanasan akan membuat protein bahan terdenaturasi sehingga kemampuan mengikat airnya menurun. Hal ini terjadi kerana tenaga panas akan mengakibatkan terputusnya interaksi pada struktur asas protein.
3. Telur yang rebus dengan kuning telur di dalamnya, punya risiko tinggi ketika dipanaskan.
Telur merupakan sumber protein yang memiliki banyak nutrisi baik untuk tubuh Bermula dari vitamin A, kalsium, Vitamin B6 dan B12, fosforus dan tentunya protein dengan kadar yang tinggi.Ketika telur dimasak pada suhu tinggi ketika dipanaskan, meskipun hanya bertujuan untuk menghangatkan, ini akan menyebabkan munculnya kandungan racun dalam telur khususnya bahagian kuning telurnya, yang akan mengganggu sistem pencernaan.
4. Bayam yang dihangatkan kembali memunculkan zat karsinogenik yang memicu kanser pada tubuh manusia Bayam merupakan jenis sayuran yang banyak mengandung zat besi, kaya vitamin, mineral dan serat tinggi. Itulah sebabnya sayur ini akan tampak berwarna kehitaman setelah beberapa jam dimasak.
Jika ternyata masih ada lebih dan boleh dimakan, sebaiknya jangan dipanaskan kerana Kandungan nitrat dalam bayam akan berubah menjadi nitrit dan bersifat zat karsinogen atau pemicu kanser.
5. Memanaskan cendawan berulang tidak baik buat pencernaan, parahnya, hingga mempengaruhi jantung. Selain sebagai sumber protein, cendawan juga kaya akan kandungan mineral, vitamin, asid amino dan anti oksidan. Namun sebaiknya pengambilan makanan yang mengandungi cendawan hendaklah dimakan ketika masakan masih baru.Jika dipanaskan, kandungan protein akan berubah komposisi dan menyebabkan masalah pencernaan dan kamu juga kehilangan manfaat zatnya.
6. Kentang mengandung bakteria langka dan berbahaya bagi tubuh ketika dipanaskan.
Kentang banyak mengandung zat besi dan tembaga yang sangat baik untuk nutrisi otak. Bukan itu sahaja, kentang juga diketahui memiliki kandungan karbohidrat yang mudah dicerna dan mampu menyihatkan perut.
7. Buang potongan saderi yang terdapat dalam sup ketika dipanaskan, jika tidak mahu keracunan
Sederi seringkali digunakan pada makanan berkuah sebagai bahan asas untuk mempertajam rasa makanan tersebut. Saderi mengandung cukup banyak vitamin yang baik untuk tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, B2, B3, B4, B5, B6, vitamin C, K dan E yang baik untuk sistem imunisasi manusia, melancarkan aliran darah, menghambat penuaan dan mencegah berbagai macam penyakit.
Bayam dan saderi jika dipanaskan berulang kali, akan terjadi proses oksidasi. Proses Oksidasi adalah proses pengikatan oksigen atau proses penambahan bilangan oksidasi. Maka, Fe2+ pada bayam akan berubah menjadi Fe3+ atau senyawa Ferri yang beracun bagi tubuh akibat pemanasan tersebut.
8. Jangan Goreng Semula Makanan Bergoreng.
Yang ini juga yang selalu dilakukan. Menggoreng semula makanan bergoreng seperti pisang goreng, tempe dan seumpanya, akan membuatkan kandungan lemaknya semakin tinggi
Semoga bermanfaat untuk kita semua
Credit : Majalah Rasa
Kerja vs Berniaga Online
12 Mac 2017
Maafkan saya mak sebab tak boleh nak banggakan mak, 😭😭😭
Duduk kat ofis , pakai baju elok2
KERJA vs BERNIAGA.
Munah : Anak kau keje apa Jah?
Jah : Niaga barang online je (nak jawab pon malu)
Munah: hmmm anak aku si Hisham tu keje opis kat KL, gaji RM2,500 setiap hari ada orang buatkan air untuk dia.... bla bla bla bla bla sampai ke senja (muka bangga)
Leha : Anak aku si Nora keje bank, gaji 2,000 tak lama lagi naik pangkat manager bla bla bla bla
.............. bila balek rumah si Jah berborak dengan anak-anak .
Si Jah cakap , "Mak malu! Bila dengar anak-anak orang semua berjaya gaji beso-beso , setiap hari ada orang orang buat air.. Anak-anak mak semua tak jadi apa"
(Muka sedih & frust)
Si anak hanya mampu tenangkan ibunya
"Maaak...... Biarlah mak, orang nak bercerita pasal anak dia itu ini , mak tak payah cerita pon hal anak mak, biar orang menilai je satu hari nanti.. Mak sabar, mak tengok je"
Hari ni...
Munah: Anak kau keje apa skang Jah? Kete beso-beso semua sekarang?
Jah: Niaga barang online je aku tengok main bungkus-bungkus barang je 😊 (muka bangga)
Munah: Alhamdulillah berjaya anak kau Jah.. Nanti aku nak soh anak aku belajar la ngan anak kau, berniaga online..
Leha: Aah la anak aku si Nora da benti keje lepas kawin , duduk rumah je. Nanti nak soh lah belajar dengan anak kau Jah..
Moralnya: Jangan pandang rendah pada peniaga online yg jd agen / reseller / dropship. Mungkin bekerja tak pakai baju segak , tak pakai kasut kilat, tapiiiii... kcing! kcing! bunyiknye 💰💰💰💰
Sambil duk umah goyang kaki, sambil lyn anak2, sambil layan movie, 4 ,5,6 angka sbln dalam tangan. Yang penting apa?? USAHA 💪
P/s: Yang berniaga online kalau nak kcing-kcing 💰💰💰, jangan malas, jangan putus asa,Jangan menuding orang kalau kite gagal. Tanya jauh mana usaha kite. Kalau rajin, maka "rajinlah" hasilnye....
#copypaste
#agentmedinadesiresenawang
#teamkaktila #teamkaktilacod
#codsenawang #codseremban
Duduk kat ofis , pakai baju elok2
KERJA vs BERNIAGA.
Munah : Anak kau keje apa Jah?
Jah : Niaga barang online je (nak jawab pon malu)
Munah: hmmm anak aku si Hisham tu keje opis kat KL, gaji RM2,500 setiap hari ada orang buatkan air untuk dia.... bla bla bla bla bla sampai ke senja (muka bangga)
Leha : Anak aku si Nora keje bank, gaji 2,000 tak lama lagi naik pangkat manager bla bla bla bla
.............. bila balek rumah si Jah berborak dengan anak-anak .
Si Jah cakap , "Mak malu! Bila dengar anak-anak orang semua berjaya gaji beso-beso , setiap hari ada orang orang buat air.. Anak-anak mak semua tak jadi apa"
(Muka sedih & frust)
Si anak hanya mampu tenangkan ibunya
"Maaak...... Biarlah mak, orang nak bercerita pasal anak dia itu ini , mak tak payah cerita pon hal anak mak, biar orang menilai je satu hari nanti.. Mak sabar, mak tengok je"
Hari ni...
Munah: Anak kau keje apa skang Jah? Kete beso-beso semua sekarang?
Jah: Niaga barang online je aku tengok main bungkus-bungkus barang je 😊 (muka bangga)
Munah: Alhamdulillah berjaya anak kau Jah.. Nanti aku nak soh anak aku belajar la ngan anak kau, berniaga online..
Leha: Aah la anak aku si Nora da benti keje lepas kawin , duduk rumah je. Nanti nak soh lah belajar dengan anak kau Jah..
Moralnya: Jangan pandang rendah pada peniaga online yg jd agen / reseller / dropship. Mungkin bekerja tak pakai baju segak , tak pakai kasut kilat, tapiiiii... kcing! kcing! bunyiknye 💰💰💰💰
Sambil duk umah goyang kaki, sambil lyn anak2, sambil layan movie, 4 ,5,6 angka sbln dalam tangan. Yang penting apa?? USAHA 💪
P/s: Yang berniaga online kalau nak kcing-kcing 💰💰💰, jangan malas, jangan putus asa,Jangan menuding orang kalau kite gagal. Tanya jauh mana usaha kite. Kalau rajin, maka "rajinlah" hasilnye....
#copypaste
#agentmedinadesiresenawang
#teamkaktila #teamkaktilacod
#codsenawang #codseremban
5 Perkara Perlu Tahu Untuk Dapatkan Jodoh Secara Online
07 Mac 2017
PESANAN BUAT MUSLIMAH :
Ramai orang yang merasakan lebih susah untuk mencari jodoh di zaman sekarang. Dengan peredaran zaman, ramai yang mahu cuba mencari jodoh secara online. Cara ini sebenarnya ada baik dan buruknya. Berikut adalah beberapa perkara yang anda patut fikirkan semasa dalam proses menjadi jodoh secara online.
1. Jangan sekali-kali beri maklumat peribadi di awal perkenalan
Di dunia online, ramai orang yang kata mereka sedang mencari bakal suami / isteri. Tapi sayangnya, tak semua orang berniat baik. Ada yang akan cuba mengumpan anda dengan ayat-ayat Islamik untuk menarik minat anda. Hati-hati. Sebelum anda beri apa-apa maklumat peribadi, tanya pendapat wali anda tentang calon yang anda temui ini. Kalau perlu, beri nombor telefon wali.
Mereka lebih tahu cara untuk menguji keikhlasan calon pasangan anda. Kalau calon anda ada menelefon wali anda dan mereka nampak serius, anda boleh teruskan cuba mengenali mereka jika anda mahu.
2. Terus terang tentang niat anda.
Jelaskan yang anda hanya berminat untuk mencari pasangan hidup. Jangan bazirkan masa anda bercakap tentang perkara yang sia-sia. Lebih-lebih lagi jika dia mahu bercakap tentang perkara-perkara yang anda hanya patut kongsi dengan suami atau isteri anda.
Jangan sampai anda terpedaya. Juga, hati-hati dengan orang yang sentiasa mengelak bercakap dengan wali anda. Mungkin dia hanya mahu mempermainkan anda.
3. Sentiasa libatkan keluarga / wali anda
Semakin hari, semakin ramai anak muda kahwin lari tanpa pengetahuan ibu bapa. Memang ada kes di mana ibu bapa tak memahami, tapi sekurang-kurangnya keluarga tetap perlu tahu.
Restu keluarga penting untuk bina keluarga yang diberkati. Dan paling penting, walau apa pun yang terjadi, keluarga anda akan sentiasa bersedia untuk bantu bila anda ada masalah nanti.
4. Selidik latar belakang si dia
Cuba sendiri atau minta wali anda bercakap dengan orang yang kenal calon pasangan anda. Selain itu, ada baiknya kalau anda boleh berjumpa dengan calon keluarga mertua anda.
Banyak perkara yang anda boleh belajar tentang si dia dengan cara ini. Sambil itu boleh tahu apa yang mereka harapkan dari anda jika hubungan anda berdua berkekalan dan apa peranan anda sebagai menantu dalam keluarga itu nanti.
5. Berdoa
Akhir sekali, perkara paling penting untuk membantu anda berjaya dalam proses ini adalah doa kepada Allah SWT. Selain itu, Nabi Muhamad SAW juga menyarankan kita solat Istikaharah bila perlu membuat keputusan – jadi lakukan. Petunjuk takkan dating dalam bentuk mimpi yang mengujakan tapi tetap lakukan dengan ikhlas, di samping dapatkan nasihat orang-orang yang boleh dipercayai dan buatlah keputusan.
InshaAllah, anda takkan menyesal dengan keputusan yang dibuat kerana adalah dah lakukan semua ikhtiar yang patut dilakukan
Walau apa pun yang terjadi, ingatlah bahawa tujuan perkahwinan adalah untuk berjalan menuju ke SyurgaNya jadi jangan pilih seseorang hanya kerana dia ada rupa atau harta. Memang rupa dan harta itu penting, tapi ia bukanlah perkara yang paling penting. Kalau anda nak pasangan yang baik, pastikan anda juga sedang berusaha untuk menjadi orang yang baik.
Tags:
agama,
Peringatan bersama,
Perkongsian bersama,
Renungan,
Tips
Langgan:
Catatan (Atom)











































Pengalaman Dua Minggu Pertama Bekerja

