31 Januari 2016

jodoh itu rahsia Allah

Sekuat mana kau setia
Sehebat mana kau merancang
Selama mana kau menunggu
Sejujur mana kau menerimanya

Jika sudah takdir Allah menentukan
yang kau bukan untuknya,
jadi kau takkan bersama dengannya

Jika Allah menulis jodoh kau bersamanya
Kau tetap akan bersama dengannya
kerana tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan
tertukar dan akan bertemu pada masa yang tepat

Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah
dirancang dan sebaik baik rancangan
adalah dari Allah.


Ayat Kursi

Pada suatu hari di negeri ontahmano berhampiran kutub selatan planet Marikh. Seorang perawat telah dijemput oleh pesakit ke rumahnya.. selesai rawatan, mereka pun berbual2...

kakabc: Apa amalan yang leh saya guna sebagai ikhtiar ?

perawat: "Ayat Kursi"

kakabc: saya puas dah amal ayat kursi tak jadi apa pun?? takde ke ayat lain ke yang power2 sikit??? sikit2 ayat kursi..huh

perawat: cuba akak baca ayat kursi, saya nak dengar boleh ?

kakabc: erkkkk.. (baca sampai habis..)

Perawat:
Patut la kak.. maaf ye, bacaan akak ni tak kemas. Sebutan pun tak berapa betul tu... bila sebutan takbetul, maksud ayat dah jadi lain..
Satu lagi saya nak pesan.. bukan ayat yang memberi bekas.. semuanya Allah SWT semata-mata yang mengizinkan.. Yakin dengan Allah..
kalau baca itu ini tak berkesan.. mintalah ampun pada Allah.. Mungkin ada silap mana2.. bertaubat pada dia.. kadang2 ade benda yang membusuk dalam hati yang tak kita sedari.. muhasabah diri

Kakabc:
oh... huhuhu


Kisah suami isteri bercerai dan gelas

Seorang suami menyesal selepas menceraikan isterinya lalu menelefon isterinya..

Suami : Syg, saya minta maaf. Saya mahu kita rujuk kembali
Isteri : Ada gelas tak di sekitar abg?
Suami : hah? gelas tak de. Kenapa?
Isteri : Kalau macam tu pergi ambil dekat dapur.
Suami : Aikkk kenapa pulak kena ambil gelas ni. Ya lah saya pergi ambil..
Isteri : Okay, cuba abag hempas gelas tu ke lantai..
Suami : ya, abag sudah hempaskan.
Isteri : Sekarang cuba cantumkan balik gelas tu seperti asal. Tak dapatkan. Macam tu lah hati saya yang abang dah ahncurkan..
Suami : tapi gelas ni tak pecah. Abang baling gelas plastik..
Isteri : Ishhh.. ya lah, ya lah.. Cepat datang ambil saya..



Take Note : Tak semua orang memiliki peluang kedua dalam hidup. Adatlah kita sebagai manusia, pasti akan ada buat salah dan silap. Belajar hargai setiap apa yang kita miliki. Jangan nanti bila dah hilang baru gagau mencari.

Pemenang SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, berakhir sudah "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2016" yang diadakan selama seminggu. Semalam, tepat jam 5:00 segmen tersebut telah tamat secara rasminya. Ecececehhh.. skema pulak ayat.

Okaylah, ioll tak nak merapu panjang lebar berjela jela. Pemenang bagi segmen ni ioll pilih menggunakan khidmat En. random.org tau. Pemilihan random dilakukan secara 10 kali sahaja. Maknanya, sekali random utk seorang pemenang. Tak adanya ioll nak random berpuluh puluh kali untuk mencari seorang pemenang *eh, faham tak ayat aku yang ni*.

Nak tahu uoll menang ke tidak, sila semak url dibawah. 



Tahniah kepada semua pemenang.

Take Note : Terima kasih kepada semua peserta kerana sudi join segmen yang ioll anjurkan. Tahniah kepada semua pemanang. Mintak ampun mintak maaf diatas kekurangan masa dan perhatian sepanjang segmen ini berlangsung. Semoga untuk segmen seterusnya mendapat sambutan yang lebih meriah. Salam ukhwah.



Senarai Peserta SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016
Assalamualaikum

Terima kasih kepada uoll yg sudi join ye. Sila semak link anda ada ke tidak.
Senarai pemenang, insyaAllah akan ioll keluarkan dalam masa terdekat.


1. http://www.sayidahnapisah.com/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
2. http://bluechoralpearl.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
3. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
4. http://akuainkausiapa.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
5. http://cikpinky2704.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html

6. http://www.mialiana.com/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
7. http://aienienka.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
8. http://www.pokcikblogger.com/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
9. http://ainpunyeceritalah.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
10. http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html

11. http://akhalilah.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
12. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
13. http://nurainahanis.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
14. http://www.sheilainspire.com/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
15. http://www.mamamyja.com/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html

16. http://mezquitalifestyle.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
17. http://huhahuhajerr.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
18. http://fififizahresepi.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
19. http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
20. http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html

21. http://theonlygirl98.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
22. http://nurulimankehidupanku.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
23. http://najwazahid94.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
24. http://www.nurfuzie.com/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
25. http://sikacamatasukamenaip.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html

26. http://sigadisberkacamata.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
27. http://acuasha.blogspot.my/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
28. http://lokmanamirul.blogspot.com/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html 
29. http://www.aimisyahirah.com/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html
30. http://www.keladionline.com/2016/01/segmen-pencarian-bloglist-feb-mac-2016.html





Tamat : 30 Jan 2016 [ 5:00 ptg]

30 Januari 2016

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016


**10 URL yang terpilih akan dimasukkan dalam bloglist bulan Feb - Mac 2016**
**Pemilihan 10 url bertuah tersebut akan dilakukan secara random.org**

TERMA DAN SYARAT 


2. CIPTA SATU ENTRY MENGGUNAKAN BANNER DIATAS.
     NAMAKAN ENTRY TERSEBUT ''SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016"

3. LINKKAN ENTRI TERSEBUT KE SINI.

4. SILA TINGGALKAN URL PENYERTAAN ANDA DI KOTAK KOMEN.

Sekian

TAMAT : 30/01/16 [ 5:00 ptg ]

27 Januari 2016

Adakah nama anda tercatat dalam pendaftaran milik Allah
Assalamualaikum

❀"ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH ?"❀

Kisah seorang tukang besi bermusykil seorang Ustaz:
"Ustaz. Mengapa Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga..! Terus hambar,
tak tentu arah dan tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkan nya?"

Ustaz pun menjawab : "Ooooh..! Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya?Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan : "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

✿Dicari diantara kumpulan Sholat Dhuha tak ada. Dicari diantara kumpulan Sholat Tahajjud tak ada.

✿Dicari diantara kumpulan Puasa Sunnah juga tak ada. Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.

✿Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana. Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

✿Dicari diantara orang2 yang Khusyuk Sholatnya, tak ada. Dicari dimajlis Maulidurrasul dan majlis Selawat tak ada. Dicari diantara yang menuntut ilmu Agama pun tak ada.

✿Allah Swt nak mencari tuan dimana? Cuba tuan beritahu!

Maka Menangislah si tukang besi sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.

Segeralah kembali kepada Allah! Dekatkan diri mu pada Allah. Hanya Allah sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita.

❀PASTIKAN NAMA KITA  SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT❀
Selamat Berjuang Saudaraku.
Inn Shaa Allah... Allah! akan kurniakan Rahmat bagi Mu.

❀PENAWAR DALAM ISLAM:
✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Ithnin dan Khamis.
✿Wajah gelap = sholat tahajud
✿ Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qua'an
✿Tidak bahagia = sholatlah tepat pada waktunya.
✿Cepat marah = berwudhu' dan perbanyakan istighfar.
✿Gelisah= perbanyakan berdo'a.
✿Tertekan= perbanyakan berzikir "lahaula walaquwwata illa billah"
✿Rezeki Kurang beraqah= sering berdo'a untuk orang tua mu.
✿Hidup Miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfa'at!..

26 Januari 2016

Pesan Roh Kepada Orag Yang menguruskan Jasadnya | Tazkirah Selasa | 26 Jan 2016
Assalamualaikum

PESANAN ROH KEPADA ORANG2 YANG MENGURUSKAN JASADNYA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut."

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:

"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" 

. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan:

"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya."

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:

"Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:

"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku."

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari...............



Take note : Ringkasan cerita nie telah dikongsi oleh salah seorang saudara sy dalam group ws family. Saya terpanggil untuk coretkan kembali disini. Mungkin serba sedikit dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua. Semoga bermanfaat gais.

25 Januari 2016

Tazkirah Isnin | 25 Jan 2016 | Keutamaan 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah
Assalamuaaikum

Hadist-hadist berikut menjawab tentang keutamaan 2 ayat terakhir surah Al baqarah tersebut :

1. Dari Ibnu Abbas ra. Dia berkata, “Pada saat Jibril duduk bersama Nabi saw. Tiba-tiba beliau mendengar suara gemuruh dari atas beliau, maka beliau pun menengadahkan kepalanya keatas. Jibril berkata, ‘Itu adalah suara pintu dari langit. Hari ini pintu tersebut dibuka dan pintu itu tidak pernah dibuka sama sekali kecuali pada hari ini. Kemudian turunlah malaikat dari langit’ Jibril berkata, ‘Ini adalah malaikat yang turun ke bumi, dan ia tidak pernah turun sama sekali kecuali pada hari ini’. Selanjutnya malaikat itu memberi salam dan berkata, ‘Bergembiralah dengan dua cahaya yang diberikan kepadamu, dan dua cahaya itu tidak pernah diberikan kepada Nabi sebelum kamu. Dua cahaya itu adalah surat Al Fatihah dan ayat-ayat terakhir dari surat Al Baqarah. Tidak satupun huruf yang engkau baca darinya melainkan akan dikabulkan (permintaan yang terkandung padanya)’.” (HR. Muslim).

2. Dari An-Nu’man bin Basyir ra.dari Nabi saw. Beliau bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menulis kitab dua ribu tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Di dalamnya Allah menurunkan dua ayat yang menutup surat Al Baqarah. Tidaklah kedua ayat tersebut dibaca dalam sebuah rumah selama tiga hari, melainkan syetan tidak akan mampu mendekatinya.” (HR. Tirmidzi). Tirmidzi menilai hadits ini Hasan Di riwayatkan juga oleh An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Al Hakim, tetapi redaksi Al Hakim adalah, “Dan tidaklah dua ayat tersebut dibaca dalam sebuah rumah, melainkan syaitan tidak akan sanggup untuk mendekatinya selama tiga malam.” Menurut Al Hakim hadits ini Shahih, sesuai syarat Muslim.

3. Dari Abu Mas’ud Al Badri ra. Bahwa Nabi saw. Bersabda, “Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah pada suatu malam, niscaya dua ayat itu akan mencukupinya.” (HR. Bukhari-Muslim). Maksud dari sabda beliau, “Niscaya dua ayat itu akan mencukupinya” adalah mencukupinya dari shalat malam di malam tersebut. Pendapat lain mengatakan: niscaya dua ayat itu menjadi penangkal dari syetan di malam itu. Ada juga pendapat lain yang mengatakan: dijaga dari segala bencana. Pendapat yang lainnya: dicukupkan dengan keutamaan dan pahala. Wallahu A’lam.

4. Diriwayatkan Dari Abu Mas’ud ra. dia berkata, Rasulullah saw. pernah bersabda, “Barangsiapa membaca dua ayat di akhir surat Al-Baqarah dalam satu malam, maka cukuplah dua ayat tersebut sebagai penyebab perlindungan Allah kepadanya.” (HR. Bukhari, Muslim).

3. Bersabda Nabi saw., “Barangsiapa membaca dua ayat akhir-akhir surat Al Baqarah pada malam hari, niscaya keduanya akan memelihara dia (dari bencana).” (HR. Abu Dawud).

4. Dari Abu Dzar ra. Berkata Nabi saw. Bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menutup surat Al Baqarah dengan dua ayat yang diberikan padaku dari pembendaharaan dibawah arsy, maka pelajarilah olehmu dan ajarkan pada isteri dan anak-anakmu, sebab ia sebagai shalat, dan bacaan serta do’a.” (HR. Al Hakim).

5. Dari Al-Rabik bin Abdullah Al Kala’iy, berkata, “Seorang lelaki berkata, Wahai Rasulullah saw. ayat manakah yang ada di dalam Al Qur’an yang paling agung?” Rasulullah saw. menjawab, “Ayat Kursi.” Lelaki itu bertanya lagi, “Ayat manakah di dalam Al Qur’an yang anda suka untuk anda dapatkan dan umat anda?” Rasulullah saw. menjawab, “Akhir surat Al Baqarah, karena dia berasal dari gedung rahmat yang berada di bawah Arsy Allah swt. Dan dia mencakup semua kebaikan di dunia dan akhirat.” (HR.Darimi)


24 Januari 2016

Tazkirah Ahad | 24 Jan 2016 | 7 Sunnah Hebat
Assalamualaikum

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari.Mulai hidupmu dengan bersedekah.Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


بارك الله فيكم..



23 Januari 2016

Segmen Pencarian Gambar Ucing
http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/01/segmen-pencarian-gambar-uk.html

Hi Gambar Muka Ucing Sudah Hilang.! Anda Ingin Jadi Dectective.? Jika " YA" Anda Cari Di Google Dengan Menaip "muka..................."  (Ayat Bertitik tu Anda Cari Sendiri.)

Segmen ini adalah segmen pencarian gambar di google,Para blogger yang dapat Gambar Tersebut hendak lah Save dan ikuti Syarat Mudah di bawah :

1) Follow Blog Uk Atau Google +
2) Buat Tajuk Post "Segmen Pencarian Gambar Ucing" Berserta Gambar.
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Dan Jawapan Anda ke Ruangan Komen ini.

Url Post Anda Akan Saya Senaraikan Untuk Penyertaan Blogwalking Nanti.Tamat Segmen 27-1-2016.

JAWAPAN

KLIK SINI UNTUK GOOGLE
Selamat bersegmen gais !

Tamat : 27 Jan 2016

22 Januari 2016

21 Januari 2016

Praktikal | 21 jan 2016
Assalamualaikum

Diam tak diam, dah hampir tiga minggu aku praktikal.. rasa macam kejap je padahal lama tu.. lama ke? agak lama terasa sebab kerja tengah tade sekarang ni.. katanya job tgh tade.. ayokk.. memang tade langsung.. ruang dalam workshop pun kosong je.. huhuuu selalunya padat dengan barang-barang katanya..

Praktikal.. sebenarnya aku berfikir-fikir nak tukar tempat praktikal.. hurmm kenapa? entah! maybe sebab aku merasakan tempat yang aku praktikal sekarang ni jauh dari skop aku kowt.. apa skop aku? chargeman a1.. lebih kepada talian atas.. overhead.. psu.. motor.. tapi tempat yang aku praktikal skrg ni lebih kepada instrument analyzer.. sejujurnya ni kali pertama aku mengadap instrument analyzer secara face to face..

Kalau diikutkan, waktu mula lapor diri dulu.. aku tak tahu pun syarikat yang aku praktikal ni.. apa yang syarikat ni buat.. product apa yang dia buat.. bla bla blaaa.. ambekawww.. hari pertama lapor diri aku dikejutkan dengan perkataan  instrument analyzer ni.. fuhhhh! agak gabra.. cuakk.. takott.. terus hilang keyakian aku.. bimbang aku tak mampu harungi.. eh, sebenarnya bimbang kena repert semester sebab praktikal di luar skop.. huhuuu..

Dalam pada aku berfikir.. nak tukar tempat praktikal ke tidak.. nak teruskan praktikal dekat sini ke tidak.. rupa-rupanya dah tiga minggu aku bertapak dekat sini.. hurmmm rasa sayanglah pulak nak tinggal rakan-rakan sekerja dekat sini.. ya, rakan sekerja.. hanya rakan sekerja bukan rakan seasrama.. okay, itu dah masuk next story..

Tiga minggu aku praktikal dekat sini.. buku log langsung tak terusik.. nak usik macam mana.. kerja pun tak buat.. so apa yang nak dikarangkan dalam buku log tersebut.. kekadang pening jugak aku fikir pasal buku log tu.. alahaii apa yang nak ditulis.. dah tiga minggu dekat sini.. satu kerja pun tade dibuat.. setakat kerja kerja biasa tu adalah.. tapi macam tak sesuai je tu nak masukkan dalam buku log.. kang tak pasal pasal lecture lecture kasayangan aku reject terus buku log aku.. fuhhh! tidakkkk!!!

Tiga minggu dekat sini.. aku belajar welding.. aku belajar menggunakan mesin canai.. aku belajar sembur cat.. aku belajar buat plat.. aku belajar bertukang.. aku belajar tentang kayu kayan.. banyak sebenarnya yang aku belajar.. huhuu tapi luar dari skop yang sepatutnya.. takpe lah janji ilmu jugak.. kan..


20 Januari 2016

Tazkirah Rabu | 20 Jan 2016 | Hari-hari yang ganjil
Assalamualaikum

Baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda (mafhumnya):-

Akan tiba masanya atas ummat ku di mana  kekhusyu'kan dlm solat akan hilang.
Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut.
Akan Tiba masanya atas ummat ku  banyaknya gempa2 bumi.
Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang dia kenal shj.
Akan tiba masanya atas ummat ku  banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.
Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga-bangga dengan perbuatan maksiat mereka.

Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?
Rasulullah saw menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

Hampir kesemua yg disebut itu berlaku di zaman kita.

1-Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil. 
Ibu2 & bapa2 hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yg cantik2 shj terhadap anak-anak mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kpd anak2 mereka.

2-Hari-hari yang ganjil.
Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan / sedikit.  Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

3-Hari-hari yang ganjil 
Pemuda dan pemudi berjam-jam menghabiskan waktu mereka jalan-jalan dan berpeleseran di Mall atau di Pasaraya.  Namun mereka merasa letih dan berat utk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat.

4-Hari-hari Ganjil. 
Pemuda dan pemudi asik mendengar lagu-lagu dengan hati yang girang gembira.  Namun jika utk mendengar firman-firman Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-olah mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

5-Hari-hari sangat ganjil. 
Kita  bersungguh2 berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak-enak dan yang bagus-bagus, murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedlm tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali utk dimasukkan kedlm tabung derma.

6-Hari-hari yang  ganjil. 
Kita set alarm sblm tidur takut terlambat bangun utk pergi kerja.  Namun kita lupa utk setkan alarm utk bangun menghadap Allah ketika solat subuh.

7-Hari-hari  sangat ganjil 
Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir" .

8-Hari-Hari yang ganjil. 
Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah " Maha Suci Allah yang telah menggerakkan kendaraan ini utk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".

9-Hari-hari yang ganjil.
Ibu2 & bapa2 membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kpd org lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing2 dll....

10-Hari-hari yang ganjil.
Pada saat pesan ini sampai kepada mu, maka dengan engkau telah menjadi salah seorang yang berkongsi dalam memberikan peringatan tentang peraturan serta syariat Allah dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad sollallaahu alaihi wa sallam.

Apa yang kami harapkan darimu adalah turut serta menghidupkan sebahagian dari sunnah Nabi saw ini walau hanya dengan satu perbuatan sunnah shj.

Memelihara Hadis yang mulia dengan demikian anda telah bersama2 dengan kami dalam menyebarkan sunnah-sunnah Rasulullah sollallaahu alaihi wa sallam.

Jadilah anda salah seorang  yang mengajak kepada kebaikan.



Take note : Tazkirah ni telah di kongsi oleh salah seorang dari saudara aku di ws group family. Hati aku terpanggil untuk dikongsikannya di sini. Semoga ada yang bermanfaat untuk kita

19 Januari 2016

18 Januari 2016

Tazkirah Isnin | 18 Jan 2016 | Langkah menuju Syurga
Assalamualaikum

Langkah menuju Syurga

Tengok Pertandingan 90 minit...
Tengok Drama bersiri 60 minit...
Tengok Movie 130 minit...
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja...
Di dalam api neraka Jahannam sepanjang hayat...

Untuk akal yang maju!!
Renungkanlah...

Di Whatsapp 300 kawan...
Di Blackberry 500 kawan...
Di Contact phone 80 kawan...
Di Kampung 50 kawan...

Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan...

Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya.

Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini...

Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup...

Pada Hakikatnya:
"Tidak ada yg dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu"...

Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.

Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla.

Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.

LANGKAH MENUJU SYURGA...

Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.

Bagaimana caranya???

1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya.

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya.

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.

5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah
Laa ilaaha Illallah.

Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal2 soleh.

Sahabatmu dlm perkongsian...
Wallahu A'lam...



Take note : Tazkirah diatas dikongsi oleh salah seorg daripada saudara aku dlm ws group kami. Aku terpanggil untuk copy dan paste kan ia disini. Semoga ada ilmu yang dapat kita ambil. Aku suka dan terkesan dgn ayat-ayat yang digunakan dalam tazkirah ni. Bila difikir-fikirkan balik, ada betulnya apa yang diperkatakan tu.

17 Januari 2016

Tazkirah Ahad | 17 Jan 2016
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                           
Ya Allah terimalah usaha kami dan amalan  kebaikan kami dan jadilah kami  ikhlas tanpa ada  perasaan bermegah.

Ya Rabb kami memohon ampun dan perlindungan Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keimanan yang sempurna, keyakinan yang sebenar  bahawa tiada sesuatu yang akan menjadi milik kami melainkan apa yang telah Engkau tetapkan.        
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilmu yang berguna agar dapat kami membaiki diri serta memberi manfaat kepada keluarga dan masyarakat setempat.

Ya Allah Ya Tuhan kami, lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, tenteramkanlah hati kami agar kami sentiasa khusyu' beribadat kepadaMu, dengan lidah yang tidak kering selalu menyebut namaMu.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal serta sifat pemurah agar kami terdorong untuk berbakti kepada sesiapa yang memerlukannya.

Ya Allah lindungilah kami daripada segala bencana, mala petaka, fitnah , khianat serta inaya daripada sumber yang nyata atau tersembunyi.

Ya Allah kami berlindung kepada Mu dari kejahatan diri kami dan nafsu yang menyuruh pada keburukan.

Ya Allah kami berlindung kepada Mu dari kejahatan syaitan yang sentiasa menjurus kepada kejahatan.

Ya Allah kami berlindung denganMu dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh, penguasa yang kejam.
Ya Allah ,

Ya Allah jadikan kami diantara pasukan-Mu, karena pasukanMu saja yang beroleh kemenangan.

Ya Allah jadikan kami diantara kekasih-kekasihMu, karena kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.

Ya Allah baikkan agama kami, karena itulah sandaran urusan kami.

Ya Allah baikkan akhirat kami, kerana itulah kampung kembali kami, tempat lari menjauhi kejahatan kami.

Ya Allah jadikanlah kehidupan ini tempat menambah kebaikan, jadikanlah kematian tempat istirahat dari kesusahan.

Ya Allah sampaikan shalawat dan salam kami kepada Nabi Muhammad SAW , kepada keluarganya dan  kepada para sahabatnya.

Ya Allah janganlah biarkan pada diri kami dosa kecuali Engkau maafkan.

Ya Allah jangan biarkan pada diri kami kesusahan kecuali Engkau hilangkan.

Ya Allah jangan biarkan pada diri kami musuh kecuali Engkau damaikan.

Ya Allah kami memohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaMu.

Ya Allah kami mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya redhaMu.

Akhirilah hidup kami dengan keampunan.

Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                    
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ



14 Januari 2016

Rindu nak aktif
Assalamualaikum

Hari khamis dah hari ni.. macam tak pecaya je.. padahal mmg hari yang ditunggu tunggu pun.. almaklumlah khamis merupakan hari terakhir bekerja bagi setiap minggu di sini.. di terengganu.. so memang khamislah hari fav.. hehee.. tak kisahlah fav ke tidak.. yg penting esok jumaat dan lusa sabtu.. CUTI!

Alhamdulillah.. pagi ni aku masih berkesempatan utk berblogging.. sempat blogwalking beberapa blogger yg tinggalkan jejak di sini.. nak jugak aku terjah blog korang? meh tinggal je link dekat sini.. insyaAllah nanti aku terjah menerjah ye..

Pagi ni mood agak lain macam sikit sebenarnya.. rasa rindu nak aktifkan blog mcm tahun lepas.. hehee waktu zaman study.. duduk hostel.. ada wifi free.. bila tade kelas je terus on blog.. itu tahun lepas.. tahun ni aku dah praktikal.. so kena pandai cari masa untuk on blog.. kalau diikutkan penat tu mmglah penat tapi itulah.. sila pandai pandaikan diri anda dlm pembahagian masa dan ketika.. cewahhh..





13 Januari 2016

12 Januari 2016

Luahan hati | 12 Jan 2016

Apa motif kau masej aku? apa motif kau call aku? hurmmm.. sejujurnya aku terkejut.. tak percaya pun ya jugak.. dah lama kau hilang.. sepikan diri.. tetiba semalam kau muncul dengan sekeping masej kosong.. untuk hari ni kau muncul dgn tiga kali misscall.. misscall sebab kau call waktu aku tengah kerja.. kebetulan aku tinggal fon tu.. hurmmm maybe tade rezeki untuk kita kembali contact kowt.. ye ke? entah!

Sebenarnya, malam ni aku tergerak hati nak luahkan dekat sini.. dah sarat sangat aku pendam.. rasa macam dah tak tertanggung lagi.. banyak sangat persoalan yang bermain dalam kepala hotak aku.. apa motif kau cari aku lagi?? tak cukup lagi ke aku disound dulu?? sampai ke hari ni aku tertanya tanya siapa yang sound aku.. wife kau? bila kau kahwin?

Life kau penuh dengan teka teki.. kan? dari zaman kita sekolah dulu lagi.. sehingga hari ni.. hidup kau penuh dengan teka teki.. macam puzzle.. aku penat nak berfikir tentang kau.. mohon kau memahami kepala hotak aku ni.. dah hampir sembilan tahun dah kita tinggalkan alam persekolahan.. tapi aku tetap masih tak dapat memahami kau.. apa yang kau nak sebenarnya.. kau cakap sayang tetiba kau hilang.. aku belajar lupakan kau.. tetiba kau muncul.. aku belajar terima kau kembali.. tetiba kau hilang.. aku cuba hidup tanpa kau.. tetiba kau datang semula.. berapa juta peluang kau nak sebenarnya dari aku.. padakau maybe aku macam tak bersungguh sunggguh menyayangi kau.. tapi sedar tak kau.. jauh disudut hati aku sebenarnya aku terkilan dengan sikap kau.. aku belajr untuk sayangkan kau.. aku bagi peluang pada kau.. aku pujuk hati ni untuk terima sikap kau.. tapi kesudahannya apa yang aku dapat..

Sakit hati aku pernah kau ambil tahu? sedih jiwa aku pernah kau peduli? mana kau waktu aku jatuh? mana kau ketika aku nak berkingsi rasa happy? mana kau pegi sebenarnya.. hurmm.. aku ingat untuk tahun ni kau dah tak wujud lagi dalam hidup aku.. tapi tak sangka pulak.. di awalan tahu.. awalan bulan kau dah mencari aku kembali.. apa motif kau? apa tujuan kau? tak cukup lagi ke kau bagi harapan pada aku.. tak cukup lagi ke kau buat aku berharap.. siapa sebenarnya aku dalam hati kau.. nak saja aku bertanya.. tapi entah.. tak tertanya.. kalau betul kau sayangkan aku.. tunjukkan.. kalau betul kau serius dengan aku.. bertindak.. bukan sekadar tarik tali.. aku manusia yang ada hati perasaan.. aku kenal apa itu kekecewaan.. aku kenal apa itu putus asa.. so jangan sampai aku kecewa dan putus asa..

Untuk malam ni.. hati aku tertanya tanya tujuan kehadiran kau kembali.. apa motif kau sebenarnya.. CMHCA

Gila tapi berhati mulia | Kehidupan

Kekadang aku terfikir, apa sumbangan kita dalam hidup ni. Hurmmmm.. kita dikira normal. Cukup sifat, diberi akal yang sihat, mampu menguruskan diri sendiri tapi bagaimana dengan hati kita? adakah kita mempunyai hati yang bersih? adakah kita berperikemanusiaan.

Sebenarnya tanpa kita sedar, ada perkara yang tak sepatutnya telah kita lakukan. Sebagai contoh, peminta sedekah datang dekat kita untuk meminta sedekah. Apa reaksi kita? Hurmmm ada diantara kita yang mengusirnya dengan kasar. Ada yang caci maki mereka. Pada yang memberi tu, alhamdulillah. Entah.. bila aku fikir fikirkan, kekadang banyak kekejaman yang aku lakukan dalam sedar mahupun tidak..


Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink
klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat

11 Januari 2016

Kejupenyet nak blogwalking | Part 1
Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2016... rasa mcm dah terlewat untuk aku wish 'selamat tahun baru'.. tapi hentam sajalah labu.. almaklumlah skrg susah sikit nak berblogging.. kenapa? hurmmm sebab sandwich wifi dah tade.. hehee sandwich wifi tu hanya wujud di hostel iktbn sepang.. aku skrg berada di hostel Hyperwave System Eng. Sdn. Bhd.. aku praktikal dekat sini..

Untuk tahun 2016.. baru hari ni aku berkesempatan online secara aman damai.. tapi tadelah damai sangat.. sekejap sekejap mata tengok jam.. hehee takut terlajakk.. kan tak pasal pasal tak tertidur.. biasalah aku ni.. kalau on lappy.. sign in blog.. comfrem tak ingat dunia dah.. -_-'

Disebabkan dah banyak hari aku tak blogging.. so mesti banyak benda yang aku dah terlepas.. kekawan blog apa khabar erk? hehee.. insyaAllah aku akan usahakan untuk blogwalking uoll satu persatu ye..

Disini ioll nak mintak uoll tinggalkan link untuk ioll blogwalking.. insyaAllah dalam masa terdekat ioll akan blogwalking uoll ye.. tak perlu buat entry bagai.. hanya tinggalkan link uoll..


Sila tinggalkan link uoll untuk ioll blogwalking 



10 Januari 2016

Dosa seumur hidup | Sesal sepanjang hayat
Assalamualaikum

Dosa Seumur Hidup

Kita lihat jangka masa manusia membuat dosa.Ada yang satu minit,sejam dan sebagainya.Ada orang buat dosa separuh hari atau sepanjang hari.Dan ada orang yang berdosa seumur hidup!Siapakah orang yang berdosa seumur hidup?

Dia adalah orang yang tidak lepas belajar soal-soal fardhu ain.Sebab itu jangan pandang ringan soal fardu ain.Antara perkara pokok dalam ilmu fardu ain ialah mengenal Allah.Jika seseorang tidak kenal Allah,kepada siapakah Ibadah dan amal baktinya hendak diberikan?

Tidak kenal Allah juga menyebabkan kita tidak akan menyintai Allah sampai bila-bila.Oleh sebab itulah kita mesti belajar sungguh-sungguh mengenai ilmu fardu ain ini.Bilamana kita belajar mengenal Allah,walaupun belum sampai ke tahap menyintai-Nya,kita harap Allah akan ampunkan dosa kita.Tetapi selagi kita tidak belajar,bagaimana dosa ini akan terampun?

(Ust Pahrol Mohamad Juoi - Mukmin Professional)

07 Januari 2016

Adab - adab ketika memasak | Tip untuk memasak
Assalamualaikum

Adab2 Memasak

Memasak ni sangat penting sahabat2. Tok2 guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun sebut bab ini

Saya dapat khidmat sebagai penyedia makanan dan memasak untuk para jemaah yang keluar di jalan Allah

Saya nak kongsi adab2 memasak dari mudzakarah masturat. Sangat2 hebat mereka para2 isteri para jemaah menjaga adab masakan pada suami dan anak2

1. Berwuduk dan solat 2 rakaat

2. Baca doa masuk dapur surah alkahfi ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa
yang di sisi Allah adalah kekal

4. Doa cuci beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi
kami makanan yang lebih baik darinya

5. Doa letak beras dalam periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar

6. Doa letak air dalam beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

7. Doa mengacau sayur ke arah kanan dan lawan arah jarum jam
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu
selain Allah

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

9. Doa cuci sayur
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

10. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3

Kalau tak mampu buat macam ni cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan alquran, zikir dan JANGAN bercakap hal2 dunia semasa memasak. InsyaAllah

Sila amalkan untuk mendapatkn redha dan berkat dalam keluarga. InsyaAllah.. Supaya beroleh keluarga dan anak2 yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak