30 September 2017

Bisik Pada Langit

Mengisahkan pengorbanan Wak Selamat sebagai seorang ayah yang dilihat begitu menyayangi anak perempuannya dan sanggup menunaikan segala kehendak permata hatinya ini bagi memastikan kebahagiaan dikecapi beliau pada setiap masa. Siti Hajar merupakan satu-satunya anak perempuan dari tiga beradik. Sama seperti ayahnya, abang beliau, Zaidi dan adiknya, Ikram turut perlu berkorban semata-mata demi memastikan cita-cita Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran di Perth, Australia dapat direalisasikan. Walaupun dalam keadaan berat hati, Wak Selamat perlu membenarkan anaknya pergi dengan harapan Siti Hajar dapat membawa pulang segulung ijazah seterusnya membantu keluarga yang selama ini hidup dalam serba kekurangan.

Harapan Wak Selamat musnah apabila Siti Hajar dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Perth. Lebih meremukkan hati Wak Selamat adalah apabila beliau hanya mengetahui akan hobi anaknya yang gemar menunggang motosikal selepas dari kecelakaan yang menimpa Siti Hajar, namun pada masa yang sama, semua ahli keluarga sudah mengetahuinya sejak dari duhulu lagi. Siti Hajar kini berada dalam keadaan kritikal dan koma di negara asing yang menjadikan keluarganya di Malaysia tidak senang duduk dan ditindih keresahan.

Tidak cukup sekadar memanjatkan doa agar dipermudahkan segalanya, Wak Selamat terus berusaha mencari jalan agar beliau dapat pergi ke Australia untuk melihat sendiri keadaan anak kesayangannya itu. Tanah yang ada digadaikan, rumah pula dipajakkan, saudara mara ada yang membantu tetapi kebanyakkan dari mereka dilihat lebih banyak mencemuh kerana tidak setuju akan keputusan Wak Selamat untuk pergi melawat anaknya di Australia kerana ia diandaikan sebagai satu pembaziran kepada mereka yang terang-terangan hidup susah di sini. Wak Selamat dan keluarganya dinasihatkan untuk terus menanti akan keputusan doktor dengan penuh pasrah di Malaysia. Tetap berdegil dengan keputusan beliau, Wak Selamat terus dengan pendiriannya untuk pergi ke Australia melawat anaknya. Namun begitu, adakah usaha Wak Selamat selama ini bakal menemui jalan buntu, dan adakah Siti Hajar akan kembali sedar atau Wak Selamat terlewat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya?
Perempuan Paling Bahagia
Cara Buang Lemak Untuk Mereka Yang 'Gemuk Air'

Membuang Lemak Bagi Mereka Yang ‘Gemuk Air’

Pelbagai jenis ‘gemuk’ yang dapat dikenalpasti. Antara masalah kegemukan yang sering melanda masyarakat di Malaysia ialah gemuk air.

Apakah itu gemuk air? Adakah ia berpunca kerana anda meminum air terlalu banyak?

Gemuk air sebenarnya berpunca akibat badan anda kekurangan air. Ia terjadi kerana apabila otak mendapati empunya badan  jarang mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi. Jadi, secara automatik otak akan mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada waktu kecemasan nanti.

Antara punca lain gemuk air adalah kerana terlalu banyak garam di dalam badan, terutama mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila  seseorang itu mengambil makanan masam dengan kuantiti yang banyak ia menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan membuatkan badan mula kekurangan kuantiti air.

Jadi, apakah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah gemuk air ini?

Untuk mengatasinya, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan sendiri. Mudah saja!

1. Minum Banyak Air Kosong 


Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi. Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.

2. Kurangkan Makanan Bergaram


Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi  garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.

Menjelang waktu menstruasi, anda disarankan menghindari pengambilan garam. Sodium meningkatkan retensi cairan pada tubuh. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan junk food sememangnya cukup banyak mengandungi garam.

3. Amalkan Bersenam


Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga. Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.

4. Perbanyakkan Pengambilan Sayuran Dan Buah-Buahan 


Pengambilan sayur-sayuran dan  buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.

Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.

5. Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori 


Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan pizza. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.

6. Makan Pisang

Tambahkan pisang dalam menu harian anda. Potongannya pisang boleh dimasukkan dalam bijirin, dibuat smoothie atau dikupas dan dimakan macam biasa. Pisang mengandungi banyak potasium yang membantu mengurangkan retensi air. Jika anda tidak menggemari pisang, pilihan lain yang terbaik adalah kismis.

7. Yoghurt


Terlalu banyak menikmati makanan manis boleh menyebabkan perut kembung. Jika anda berlebihan makan makanan yang manis dan mula merasakan efeknya, cubalah makan yoghurt rendah lemak yang mengandung kultur aktif. Fungsi kultur aktif ini adalah meningkatkan bakteria baik dalam perut.


Sumber: Taiko Tv

29 September 2017

Burung Hantu Yang Seram Tapi Comel
Burung hantu, bunyinya menyeramkan tapi mereka sangat comel. Burung hantu termasuk di dalam golongan haiwan jenis Strigiformes. Burung ini dikelaskan sebagai binatang liar dan pemakan daging (karnivor). Burung ini biasanya keluar pada waktu malam, tidak hairanlah jika burung ini dipanggil haiwan malam. Dan malam biasalah dikaitkan dengan hantu kan

Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 222 spesies burung hantu yang telah dikenal pasti, terdapat di seluruh dunia kecuali Antartika, sebahagian besar Greenland, dan beberapa pulau terpencil.

Di dunia barat, haiwan ini dianggap simbol kebijaksanaan. Walau bagaimanapun, di beberapa kawasan di Malaysia dan Indonesia, burung hantu dianggap sebagai pembawa kematian. Tambahan pula, jika dia bertenggang di atas pokok atau rumah, maka ramai orang percaya akan ada ahli keluarga yang meninggal dunia. Jadi tidak hairanlah jika ia dipanggil burung hantu.

Matanya yang sangat tajam. Adakah ia berjaya membuat anda terpesona dengan burung hantu ini?

Lihatlah, bulu matanya seperti agak membosankan dan mengantuk! Tetapi, dia masih mempunyai aura yang kuat untuk membuat anda jatuh cinta kepadanya!

Pada waktu malam, burung hantu akan terbang ke sana-sini. Tetapi, pada waktu siang, ia akan tidur nyenyak!

Begitulah sedikit sebanyak tentang burung hantu...Okay jom kita tgok gambar-gambar di bawah.Adakah anda setuju burung hantu adalah spesis yg comel ???







Info Fiqh Wanita | Antara Kerjaya Dan Rumahtangga
Dalam kajian psikologi secara saintifik, akhbar El-Youm yang diterbitkan di Kaheran pada 11 April 1997, menyiarkan perkara berikut.


  • Wanita di dunia menjawat sebahagian daripada jawatan tinggi. Tetapi sekiranya dibanci nisbah perbandingan lelaki dan wanita pada tugas-tugas ini, kita mendapati lelaki memonopoli kira-kira 90% daripadanya.
  • Ahli psikologi menyatakan, wanita tidak menjawat jawatan tinggi pada kadar menyamai nisbah lelaki, bukan disebabkan mereka ini tidak tekun ataupun kurang bijak, tetapi ada faktor-faktor lain yang memandu kehidupan dan tabiatnya; iaitu tuntutan menjalankan tugas-tugas rumahtangga. Ini yang didambarkan oleh setiap individu dalam keluarga.
  • Sekiranya wanita mengorbankan seluruh waktunya pada tugas, dia merasakan dirinya berdosa. Ini kerana ada kalanya rumah mereka tidak teratur, dengan itu, perasaan mereka menjadi tidak tenteram. Rumahlah tempat tinggal dan matlamat sebenar mereka, walau setinggi mana sekalipun jawatannya, rumahlah yang menaungi kerajaannya. Ia berlainan bagi lelaki.
  • Wanita berasa tidak tenang sekiranya meninggalkan anak dan suami tanpa makanan. Justeru itu, mereka lebih suka dirinya sendiri menguruskan rumahtangganya.
  • Wanita tidak mengimpikan kejayaan seperti mana kejayaan yang diimpika terhadap suami dan anak-anaknya. Malah dialah yang mencipta kejayaan untuk mereka. Ini tabiat yang lahir seiring dengan kewanitaannya. Tiada lagi awapan lain yang dapat mentafsirkan berkenaan tabiat wanita lebih daripada ini.
Manakala, Dr. Azizan Baharuddin menulis di dalam bukunya Martabat Wanita, Perbandingan dengan Dunia Luar, "Keluarga adalah sumber inspirasi wanita yang tidak mungkin putus sepanjang zaman (everlasting). Oleh itu, janganlah sampai keluarga itu kehilangan wanitanya."




Sumber : Sebuah novel tauhid karya Fatimah Syahra Mohd Noordin.

Kenapa Mudah Marah Ketika Lapar

5 SEBAB ANDA MUDAH ‘NAIK ANGIN’ & BERPERANGAI PELIK KETIKA LAPAR

Orang kata, bila perut lapar, semuanya jadi serba tak kena. Mungkin ramai yang ingat dengan iklan coklat Snickers, di mana mereka menggunakan ayat trademark, ‘anda lain macam bila lapar’.

Adakah ini sekadar tanggapan atau bersandarkan fakta yang kukuh?

Sebenarnya, semua ini adalah berasaskan pemerhatian bahawa kelaparan akan membuatkan seseorang itu menjadi kurang bersemangat dan ada juga yang bersikap aneh. Malah bagi sesetengah orang, ia boleh menjejaskan hubungan serta menggangu prestasi kita.

5 SEBAB ANDA MUDAH ‘NAIK ANGIN’ & BERPERANGAI PELIK KETIKA LAPAR

Untuk menghuraikan kejadian ini, mari kita lihat apa yang berlaku kepada tubuh apabila seseorang berasa lapar.

1. NALURI SEMULAJADI UNTUK ‘SURVIVE’

Secara semulajadinya, setiap manusia sebenarnya memerlukan naluri ini untuk meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya, dalam keadaan kritikal, ia memberi ‘kekuatan’ kepada seseorang untuk memenuhi keperluan tubuhnya. Malah, kelaparan juga boleh mendorong anda untuk bertindak agresif demi menyelamatkan nyawa. Menurut sumber juga, salah satu emosi yang paling sukar untuk dikawal dalam otak adalah rasa lapar.

2. OTAK MENTAFSIRKAN RASA GELISAH

Menurut Paul Currie, pakar psikologi yang mengkaji tabiat pemakanan di Reed College, beliau menjelaskan, perut dan otak mempunyai hubungkait yang rapat. Buktinya, apabila diserang rasa lapar, hormon ghrelin akan dirembeskan di dalam perut. Namun reseptornya ada di seluruh tubuh, termasuklah pada bahagian hipotalamus otak. Selain memicu rasa lapar, hormon ini juga menyebabkan reaksi gelisah yang dapat dihilangkan dengan memakan sesuatu.

3. DERIA KITA SEMAKIN SENSITIF

Penelitian juga mendapati bahawa apabila kita lapar, kesemua deria kita yang lain akan menjadi lebih sensitif. Muzik atau suara orang sekeliling terasa lebih kuat, cahaya terasa begitu terang, dan sedikit bau-bauan di sekeliling pun mampu membuat anda rasa kurang selesa.

Respon ini juga mungkin salah satu sebab mengapa kita mudah berasa marah dan agresif terhadap keadaan dan orang yang berada di sekeliling kita.

4. KEKURANGAN GLUKOS MEMACU HORMON STRES

Makanan adalah penting untuk menstabilkan paras glukos. Sekiranya paras glukos terlalu rendah, otak kita akan menghasilkan hormon stres.

5. TEMAN BAIK SERING MENJADI ‘MANGSA’

Bila kita lapar, seseorang lebih cenderung untuk melepaskan kemarahan tersebut kepada seseorang. Proses ini adalah salah satu usaha yang diisyaratkan oleh otak untuk mengawal emosinya.

Namun, hasil penyelidikan menjelaskan kebarangkalian seseorang untuk melahirkan sikap aneh dan perasaan marah ini adalah lebih tinggi terhadap org yg kita syg.

Jadi, kalau kita selalu jadi mangsa kemarahan orang yang lapar, janganlah cepat terasa hati. Itu adalah salah satu tanda dia sayangkan kita.


JANGAN BIARKAN KEMARAHAN MENGAWAL DIRI ANDA

Apabila lapar, makanlah sesuatu untuk mengalas perut. Jangan biarkan emosi marah menguasai diri sehingga merosakkan hubungan dengan orang sekeliling.

Sumber : Fakta atau Auta

Drama Awak Suka Saya Tak?

28 September 2017

Sinopsis Drama Awak Sayang Saya Tak

SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK
Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia.

Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.


Soya Mencegah Kanser Payudara
Soya Mencegah Kanser Payudara
Pengambilan soya dalam menu seharian boleh mengurangkan risiko kanser payudara.


Satu kajian secara klinikal yang telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payudara yang dilakukan oleh profesor di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang profesor dari Jabatan Biostatistik di Universiti Tokyo, Dr. Yasuo Ohashi.

Para saintis mendapati pengambilan soya dan susu kultur minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota, Yakult secara berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payudara.

Bakteria dalam minuman itu dapat dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak di dalam usus,dan telah membantu penghadaman isoflavon yang ada dalam soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan kanser payudara.

Pada tahun 2012, kajian Am J Clin Nutr. 2012 Jul;96(1):123-32 ke atas 9514 orang bekas pesakit kanser payudara juga menunjukkan dengan pengambilan soya sebanyak 10ml seharian, risiko untuk kanser payudara ini dari berulang telah turun sebanyak 25%.

Perlu faham bahawa soya bukan kaedah rawatan kanser payudara. Ia amalan pencegahan.

Soya atau makanan yang sering dikatakan meningkatkan risiko kanser dan penyakit lain adalah jenis yang telah diubahsuai genetiknya atau dikenali sebagai GMO (Genetically Modified Organisms).

Jadi, adalah penting untuk dapatkan makanan semulajadi yang bebas GMO.

Kesimpulannya : Soya mampu membantu mencegah kanser dan bukan penyebab kanser.

Sumber : kesihatan

27 September 2017

Tips Kekal Langsing Dan Cantik

PETUA KEKAL LANGSING

10 Tips Langsing Cepat dan mudah

Sebenarnya, mengurangkan berat badan bukannya mudah, tapi juga tidak mustahil. Dengan tips pelangsingan yang betul anda mungkin akan terkejut dengan hasilnya pada bentuk badan anda. Namun harus diingat, setiap usaha menurunkan berat badan haruslah mendapatkan nasihat dari doktor tidak kira apa jua program yang anda ikuti. Jika anda pasti anda sihat, maka boleh teruskan program diet anda.



TIP LANGSING # 1: KUASA AIR.
Kita biasa mendengar bahawa kita harus minum lapan hingga sepuluh gelas air sehari. Tapi apakah anda sedari bahawa dengan minum segelas air sebelum anda makan dapat mengurangkan nafsu makan anda? Hasilnya nanti anda akan sukar makan terlalu banyak kerana perut anda sudah penuh air.

TIP LANGSING #2: MINUM PETANG (green tea).
Tip ini mirip dengan yang pertama. Seringkali pada waktu malam, kita akan mula merasa lapar. Jika anda tunduk pada godaan ini, di situlah bermulanya masalah. Kerana apa sahaja yang anda makan di malam hari, menjadi penyebab tambahan berat badan kerana anda tiada masa untuk bekerja dan memproses jumlah kalori yang diambil. Jadi penyelesaian untuk mengatasi rasa lapar di malam hari adalah dengan meminum secawan teh hijau kegemaran anda di siang hari.

TIPS LANGSING #3: SEKAT KEINGINAN.
Telah terbukti bahawa jika anda berkeinginan besar untuk makan pizza atau aiskrim atau apa sahaja makanan berkalori di luar waktu makan harian anda,.. salah satu langkah terbaik adalah memberikan diri anda 15 minit untuk menolak isyarat lapar. Seringkali sebelum 15 minit berakhir, anda akan terkejut betapa perasaan “keinginan yang tak tertahankan” akan hilang.

TIP LANGSING #4: MAKAN LEBIH KERAP.
Dengan mengambil 5-6 hidangan sederhana kecil makanan sehari, kita akan mengarahkan kadar metabolisme untuk membakar kalori lebih cepat dari biasa berbanding jika anda makan tiga kali sehari.

TIP LANGSING #5: AMBIL HIDANGAN BESAR LEBIH AWAL.
Berapa ramai di antara kita yang mengambil hidangan besar di malam hari? Badan kita mempunyai masa yang terhad untuk memproses kadar kalori tinggi dari hidangan makanan besar yang kita ambil pada waktu malam. Kita tidak akan melakukan aktiviti fizikal yang banyak bada malam hari kerana biologi fizikal kita akan menurun pada waktu malam. Kadar kalori yang berlebihan ini akan berubah menjadi lemak. Tidakkah anda nampak makan hidangan malam lebih awal itu adalah lebih praktikal?

TIP LANGSING #6: SENAMAN PAGI.
Dengan bersenam pagi, sebaiknya sebelum sarapan, anda boleh mempercepatkan kadar metabolisme anda lebih cepat berbanding senaman di waktu petang.

TIP PELANGSING # 7: MAKAN MAKANAN YANG SEDAP JIKA BERJAYA TURUNKAN BERAT
Idealnya anda ingin mengikuti strategi ini selepas anda mengikuti diet ketat untuk beberapa waktu. Selepas anda berfikir anda telah berjaya, anda boleh memilih untuk memberikan diri anda hadiah makan satu atau dua hidangan besar sesekali sebagai hadiah kerana berjaya menurunkan berat badan. Ini akan menghidupkan waktu makan anda dan itu akan menjadi hadiah khusus untuk kerja keras yang anda lakukan. Ditambah ia juga akan membantu mencegah tekanan berdiet atau rasa bosan.

TIPS LANGSING #8:JANGAN BERHENTI MENCUBA.
Sangat penting untuk menyedari bahawa anda hanya manusia dan anda akan membuat kesalahan dengan program penurunan berat badan anda. Tetapi kerana anda membuat kesalahan bukan alasan untuk terus berhenti. Teruskan kembali usaha anda.

TIP LANGSING #9: SELALU BERSENAM.
Sangat penting untuk terlibat dalam beberapa bentuk latihan kekuatan dan latihan berasaskan cardio. Kekuatan latihan membina otot tanpa lemak, yang membakar kalori pada tahap yang lebih cepat. Dan cardio membantu dengan cepat membakar kelebihan kalori.

TIPS LANGSING # 10: JANGAN LAKUKAN SENAMAN KASAR/BERAT.
Jika anda seorang wanita tertarik untuk memiliki bentuk feminin bagus, maka berhati-hatilah tentang latihan kekuatan. Terlalu banyak, hanya akan membina otot di bawah lemak yang ada. Sesetengah wanita lebih mudah membentuk otot daripada yang lain. Dan setelah berminggu-minggu di gym dan diet akan mendedahkan mereka dengan bentuk fizikal yang lebih besar. Dalam hal ini, sangat penting untuk mengurangkan jumlah latihan kekuatan yang anda lakukan.

Petua minum air..
Caca BismiAllah, kemudian minum seteguk air dan ucap Alhamdulillah, minum seteguk lagi baca BismiAllah dan ucapkan Alhamdulillah hingga 3 teguk air. Insyallah, jin atau syaitan tak berani duduk dlm badan org yg amalkan minum air begini..Wallahu Ta'ala Aklam


9 cara Hilangkan Gatal Badan Dengan Pantas Dan Semulajadi
Amalkan 9 cara hilangkan gatal dengan hanya menggunakan bahan yang boleh dijumpai di dapur anda.



1. SODA PENAIK

Jadikan pes dengan mencampurkan satu sudu air bersama tiga sudu soda penaik. Sapu pada bahagian gatal. Lakukan setiap hari hingga rasa gatal hilang.


2. OATMEAL

Masukkan sedikit air ke dalam satu cawan oatmeal. Sapu pada bahagian yang gatal dan tutup dengan kain selama setengah jam. Kemudian bilas.


3. AIS

Balut ais dan lalukan pada bahagian yang gatal. Jika tiada ais, basahkan tuala dan tekapkan.


4. LEMON

Basahkan bebola kapas dalam jus lemon dan sapu pada tempat gatal. Biarkan ia kering dan bilas. Lakukan dua kali sekali.


5. CUKA EPAL

Sama seperti jus lemon, guna bebola kapas dan sapu pada tempat gatal.


6. GEL ALOE VERA

Sapu gel aloe vera pada bahagian yang gatal dan biarkan sehingga kering.



7. DAUN BASIL

Daun ini selalunya digunakan dalam masakan seperti spageti atau pizza.

Tumbuk sehingga lumat dan tekap pada tempat gatal. Lakukan sekerap mungkin.


8. DAUN THYME

Rebus satu sudu daun thyme dalam periuk. Tapis airnya kemudian basahkan kain pada air itu. Lap pada tempat yang gatal.


9. MINYAK PEPPERMINT

Tambahkan dua titis minyak ini pada minyak kelapa atau minyak zaitun dan sapu tempat yang gatal. Urut perlahan-lahan agar ia dapat menyerap ke dalam kulit.



BANYAK CARA HILANGKAN GATAL

Lain kali bila ada ruam atau gatal-gatal di badan, jangan melatah. Anda boleh guna bahan-bahan yang murah dan mudah didapati ini.

Tapi, kalau gatal-gatal melarat hingga menjadi kudis dan luka kenalah cepat-cepat berjumpa doktor.

Dikhuatiri ada jangkitan atau penyebab lain.

Sumber : kesihatan

Perkara Yang Wajar Kita Tahu Dalam Hidup

Perkara Yang Wajar Kita Tahu Dalam Hidup

1. Tersedak makanan, 
2. Kram Kaki,
3. Salah Bantal,
4. Kaki Kebas @ Semut2

In Shaa Allah pengetahuan ini berguna untuk kita & menolong orang lain...
Caranya adalah seperti berikut:

*1. Jika tersedak makanan* 
Hanya perlu “mengangkat tangan”.

*2. Kram kaki*
Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih selesa.

*3. Salah bantal*
Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati telah tersalah bantal, iaitu merasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki shj, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.

*4. Kaki semut2 @ kebas*
Ketika kaki kiri semut2, goncang @ ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan semut2, goncang @ ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga...

Jangan simpan saja info ini. Siapa tahu kita mungkin dapat membantu orang lain. Semoga bermanfaat..

*Perkongsian dari FB Dato' Dr. Fadhilah Kamsah:*




26 September 2017

Kuku Adalah Kunci Kesihatan Anda.
Tahukah anda, kuku anda memberitahu banyak perkara mengenai kesihatan anda.

Percayalah, bentuk, saiz, warna dan garis-garis pada kuku anda cukup untuk memberitahu doktor mengenai kesihatan anda.

Warna kebiruan
- Penyakit paru-paru setara dengan asma atau emfisema, pada masa yang sama sebagai coretan biru menunjukkan liang dan kanser kulit.

Coklat keperangan
- Boleh menjadi satu isyarat asid folik kekurangan

Warna krim gelap
- Masalah dalam hati dan organ dalaman lain

Jalur-jalur putih
- Menyebabkan penyakit hati

Warna hijau atau biru
- Biasanya simptom kelemahan yang lebih berkesan seperti hipersensitiviti atau ketegangan.

Kesan putih
- Kerap disebabkan oleh kekurangan protein, Zink atau besi

Jalur-jalur hitam
- Sakit jantung atau melanoma malignan.
biasanya terjadi pada orang berkulit lebih gelap daripada orang yang berkulit cerah, kerap muncul di seluruh bahagian kuku berhampiran nail bed dan biasanya sangat kecil.

Warna kekuningan
- Mengalami masalah seperti gangguan sistem limfa, kencing manis, gangguan hati dan lain-lain

Warna merah jambu di hujung
- Gejala yang jelas dalam penyakit sirosis.


Sumber : Jelita

Semoga bermanfaat


Kenalpasti Masalah Kesihatan Melalui Mata

10 keadaan mata yang dapat mengenalpasti masalah kesihatan anda


Dengan melihat mata seseorang kita dapat mengetahui masalah kesihatannya. Mata merupakan organ yang penting bagi kita. Anda akan dapat mencegah dengan lebih awal jika anda dapat mengesan dengan awal gejala kesihatan anda. Berikut merupakan 10 keadaan mata yang dapat dikaitkan dengan masalah kesihatan anda:


1) Lingkaran hitam

Jika terdapat lingkaran hitam dibawah kelopak mata anda semasa anda bangun pagi, mungkin terdapat racun-racun atau toksik yang terkumpul didalam tubuh badan anda. Kulit kelopak mata merupakan bahagian yang sensitif berbanding kulit dibahagian lain. Ia juga dikatakan bahagian yang dapat mencerminkan keadaan fizikal seseorang.

Jika lingkaran hitam muncul dalam jangka masa yang pendek, faktor utamanya mungkin disebabkan keletihan dan kurang tidur. Namun jika ia muncul dalam jangka masa yang panjang, ada kemungkinan anda mempunyai masalah gangguan saluran air kencing atau sistem reproduksi ginjal.

Disyorkan supaya tidak berjaga malam, makan makanan bernutrisi dan lebihkan memakan makanan bergandum.

2) Kulit disekitar mata bengkak

Keadaan ini selalu terjadi jika anda meminum air dengan kuantiti yang banyak sebelum tidur. Namun jika anda tidak minum air sebelum tidur tetapi kulit disekitar mata anda bengkak, berkemungkinan ginjal anda mempunyai masalah. Bukan lelaki sahaja akan mempunyai masalah ginjal, perempuan juga boleh menghadapi masalah yang sama. Disyorkan untuk meminum air yang cukup pada waktu pagi.

3) Muncul bintik-bintik seperti lemak dibawah atau sekitar mata

Jika anda menyedari disekitar mata anda terdapat bintik-bintik putih, makin lama makin banyak, ini menunjukkan tahap kolesterol di dalam tubuh badan anda tinggi.

Anda disarankan untuk menggunakan krim mata bebas minyak. Kurangkan memakan makanan berkolesterol tinggi dan melebihkan sayuran didalam makanan harian anda.


4) Mata berurat merah

Ini mungkin disebabkan darah tidak lancar, keletihan dan tidak cukup rehat. Titiskan ubat penyegar mata seperti eye mo menyegarkan kembali mata anda. Pengambilan vitamin C juga digalakkan.


5) Ketumbit

Ketumbit boleh dikaitkan dengan jangkitan bakteria, kerana imun badan yang tidak kuat untuk melawannya. Bakteria mudah merebak dibahagian akar bulu mata. Ketumbit kebiasaan akan sembuh setelah sebulan, jika tidak sembuh, segera berjumpa doktor utk mengambil antibiotik.


6) Bahagian putih mata bertukar kekuningan

Masalah ini mungkin ada kena mengena dengan saluran hempedu atau fungsi hati. Ia juga merupakan tanda-tanda kanser pankreas. Segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.


7) Kebiruan disekitar biji mata hitam

Ini menunjukkan tubuh badan anda kekurangan zat besi, dan anemia (kekurangan sel darah merah). Disarankan untuk memakan kacang tanah dan makanan yang dapat menambah darah seperti kerang.


8) Muncul gumpalan hijau kemerahan di mata putih

Ini merupakan gejala-gejala seperti sembelit atau masalah sistem pencernaan.


9) Muncul tompok kuning di mata putih

Masalah ini dipanggil pinguecula, sering terjadi pada orang-orang tua. Ia juga sering terjadi pada orang yang banyak menghabiskan masa dibawah sinar matahari atau sinaran UV.

Ia juga terjadi disebabkan iritasi oleh debu, asap dan angin. Pinguecula adalah tidak berbahaya dan tidak mempunyai kesan negatif kepada penglihatan.


10) Muncul lingkaran putih atau bintik-bintik di iris mata

Sangat berisiko kepada pemakai kanta sentuh, ia mungkin tanda infeksi pada kornea mata. Ia disebabkan oleh luka kecil kerana pemakai kanta sentuh tidak memakai dengan berhati-hati.

Walaubagaimanapun, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Semoga info-info ini bermanfaat kepada semua.

Sumber : Info kesihatan mata

Take Note : Orang selalu kata mata yang kena ketumbit ni sebab suka mengintai atau tengok benda bukan-bukan. Pernah kena juga hari tu. Lepas tu mak tuduh kita tengok video yang bukan-bukan. Padahal kita tertekan 'Like' macam Ahmad Idham saja. Tak paham betul la mak ni.
Cara Atasi Masalah Kelumumur

Masalah kelemumur?

Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut.
Cara untuk mengatasinya ialah :-

1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.

2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.


Selamat mencuba!

Take Note : Biasanya hujung minggu den akan perah dan ramas limau nipis ke atas kepala. Sambil tu urut-urut kepala supaya limau tersebut meresap ke kulit kepala. Memang rasanya sedikit pedih. Tapi bila kita dah bilas rambut, kepala terasa ringan dan segar. 


25 September 2017

Kenapa Berat Badan Naik Mendadak
“Amboi, sejak akhir-akhir ni, makin berisi tengok. Makin bahagia kamu sekarang ya?”

Ramai orang yang ingat kalau badan kita makin berisi, itu maknanya kita tengah bahagia. Namun sains membuktikan sebaliknya.

Kajian menunjukkan berat badan mudah naik disebabkan gagal menangani stres. Nak tahu kenapa? Ini 6 buktinya.

BADAN ‘NAIK’ BUKAN SEBAB BAHAGIA, TAPI SEBENARNYA STRES. INI 6 BUKTINYA

Stres bukan sahaja membebankan minda, tanpa disedari ia juga memberi kesan buruk kepada tubuh badan seseorang.

Di bawah disenaraikan beberapa sebab mengapa stres boleh menjadikan seseorang mudah gemuk.

1. STRES MENINGKATKAN SELERA MAKAN. RASA NAK ‘BAHAM’ SEMUA!

Bila otak terlalu risau, tubuh akan terdorong untuk merembeskan hormon grehlin. Hormon inilah yang menyebabkan minda terangsang untuk makan makanan kegemaran yang tidak sihat.

Sebab itulah kita akan rasa nak makan makanan yang menenangkan seperti coklat atau minuman kegemaran – kononnya untuk stress-relief atau reward diri. Situasi ini selalu terjadi kerana tindakbalas yang berlaku dalam badan kita sendiri.

Terdapat juga kajian sebuah jurnal di Science Direct telah membuktikan bahawa comfort food seperti coklat boleh menjadi ‘jalan keluar’ yang pantas bagi mengurangkan rasa stres.

2. PROSES PEMBAKARAN LEMAK TERHALANG

Walau sekuat mana pun kita bersenam dan berdiet, tetapi berat badan masih tidak turun-turun. Badan pula ‘naik’ bagai dipam-pam. Nak kata makan banyak sangat, tidak juga. Rutin senaman pun masih diteruskan seperti biasa. Tapi kenapa susah betul nak turunkan berat badan? Cuba periksa semula kadar stres anda.

Tahukah anda, stres juga menyebabkan badan sukar memproses lemak untuk bertukar menjadi tenaga. Suatu penelitian mendapati bahawa apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh akan menghasilkan protein yang menghalang enzim yang berfungsi untuk membakar lemak.

Oleh itu, selain bersenam, jangan lupa tumpukan minda pada santapan rohani dan belajarlah menguruskan emosi. Dengan cara ini, barulah lemak dapat dibakar dengan lebih efektif.

3. STRES PEMUSNAH DIET

Memang betul diet bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi jika sudah terbiasa dengan pemakanan yang tidak sihat. Dalam keadaan stres, tekak lebih terasa mahu makan makanan sedap-sedap. Mungkin ramai menyangka bahawa ini hanya alasan bagi yang mudah mengalah, namun terdapat bukti yang dapat diterangkan secara saintifik dalam soal ini.

Menurut hasil kajian oleh jurnal Neuron, terdapat satu bahagian dalam otak yang berfungsi untuk merekod matlamat jangka panjang dan meyakinkan diri supaya kekal ke arah matlamat tersebut sehingga tercapai. Bahagian kecil ini juga menyimpan maklumat supaya minda berpihak kepada pilihan baik, selari dengan misi yang ingin dicapai. Apabila kerap stres, bahagian otak tersebut tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

Kesannya, kita akan mudah beralih kepada diet lama yang memudaratkan kesihatan.

4. STRES MERANGSANG HORMON YANG MENGGEMUKKAN

Stres di tempat kerja membuatkan ramai tidak mendapat tidur yang berkualiti akibat minda yang berkecamuk. Kekurangan tidur mengurangkan rembesan hormon leptin, iaitu hormon yang merangsang minda supaya berhenti makan ketika kenyang. Kekurangan tidur juga boleh meningkatkan paras hormon yang membuatkan kita cenderung terhadap makanan.

Rasa stres dalam aktiviti harian turut meningkatkan produksi hormon kortisol. Paras kortisol yang tinggi ini mampu menjadikan tubuh kita aktif memproduksikan glukos, lalu meningkatkan paras gula dalam darah. Apabila proses ini sering berlaku, ia akan menyebabkan berat badan anda meningkat.

5. METABOLISME BADAN SEMAKIN PERLAHAN

Hari yang sibuk sama ada di rumah atau di tempat kerja kadang-kala membuatkan kita lupa untuk makan. Bila dah pukul 4 petang, baru makan tengah hari kerana terlalu asyik membuat kerja. Tabiat sedemikian dapat mengurangkan tahap metabolisme dalam badan.

Metabolisme yang seimbang penting untuk fungsi badan yang sihat secara menyeluruh. Pakar juga menyarankan untuk mengikut waktu pemakanan yang tetap untuk mengekalkan berat badan yang seimbang.

6. IA ‘MENYERAP’ TENAGA SEMASA BERSENAM

Sebenarnya tujuan untuk bersenam ialah untuk meningkatkan stamina dan tenaga dalam badan. Namun begitu, tanpa kita sedari kadangkala kita menjejaskan diri sendiri dengan melakukan dua perkara dalam satu masa. Klu brsenam sambil risaukan kerja di pejabat, tubuh anda akan menjadi lebih cpt letih

Info : Kesihatan


Take Note : Kalau sakit tapi makan banyak tu normal ke tak? Selalu macam tu. Sakit mesti rasa nak makan KFC la, Pizza Hut la. Kalau normal tak apa. Kalau tak normal, buang tabiat gamaknya.


Cara Zip Baju Yang Betul
Bila kawan kau minta tolong zip kan baju dia.
Dah usaha gigih zip kan tapi tak berjaya
Baju tu yang kecil atau kawan kau tu yang besar
Eh? Nak salahkan yang mana satu..
Nanti ada yang terasa hati
Maka kau pun gigih zip kan juga
Usahakan tangga kejayaan :)
Tak kisah dengan apa cara
Yang penting kejayaan

Tapi yang aku musykil
Apa jantina diorang eh?
Lelaki ke perempuan?
Compius -_-"


Sumber : Group lawak FB

MYLARA Skincare
Klikk gambar di atas untuk join giveaway :)

Tamat 15 Oktober 2017

Masih mencari produk yang sesuai?
Apa kata Cuba MYLARA Skincare ini..
Nak tahu lebih lanjut mengenai MYLARA Skincare?? Jom Baca ini sampai habis..


Mengenai MYLARA SKINCARE
MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan.

Berkesan merawat
1. Kulit kusam
2. Kulit berminyak
3. Jerawat
4. Jeragat
5. Parut jerawat
6. Hiperpigmentasi

Kelebihan MYLARA
SELAMAT
Mylara diformulasi oleh YANG PAKAR tanpa bahan kimia bahaya dan telah mendapat kelulusan KKM dan dijamin halal

PROVEN
Mempunyai lebih daripada 99 testimoni terkumpul

MUDAH DIGUNAKAN
Hanya menggunakan 4 item asas penjagaan wajah. Tak sampai 5 minit dah boleh look amazing

KULIT WAJAH SEMAKIN SIHAT 
Kulit sentiasa terawat dan Mylara meminimumkan pertumbuhan jerawat/jeragat/parut.

TIADA KESAN SAMPINGAN
Menggunakan 98% bahan organic dan mempunyai 0.01% risiko menyebabkan alahan atau kesan sampingan di wajah.

4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)
Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.

Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:
- Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
- Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.
Facial Toner (60ml) 
Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.

Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering; 
- Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas. - Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.

Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)
Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.

Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.
Revitalizing Night Cream(7g)
Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.

Cara Penggunaan : Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner.

Kenapa MYLARA SKINCARE pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dan ingin merawat kulit mereka? 

Ini kerana MYLARA SKINCARE memiliki doktor dan staff-staff yang mahir di bidang masing-masing. Dengan adanya kumpulan serba mahir ini, MYLARA SKINCARE memberi jaminan produk dan perkhidmatan yang bakal membuat anda selesa dan yakin menggunakan produk yang berasas sumber alam yang diiktiraf selamat.

MYLARA SKINCARE membawa aspirasi Awaken Your Best Skin khusus buat para remaja serta wanita dan lelaki untuk menampilkan sisi terbaik anda dengan bahan-bahan dari alam semula jadi. Kecantikan dan keyakinan berhak anda miliki. Keselesaan dan keselamatan pengguna adalah matlamat MYLARA SKINCARE.

MYLARA SKINCARE memiliki produk dan perkhidmatan yang berasaskan ekstrak tumbuhan dan buah berkualiti. Diformulasi dengan teknologi terkini di kilang yang diiktiraf GMP pasti bakal memberikan hasil yang optimum dan selamat untuk kulit para remaja, lelaki dan juga wanita.

Dekat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?
Boleh juga whatsapp terus ke 013-9200960
atau e-mail ke mylaraskincare@gmail.com

Guide dari Dr.Mai sendiri dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh tanya secara terus dekat beliau.. Terbaik perkhidmatan yang diberikan oleh MYLARA Skincare..