Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Dimanakah kedai baiki laptop di sekitar BBST, Nilai dan Seremban.

Assalamualaikum..

Hari ni pertamanya dalam sejarah aku update entri dengan menggunakan telefon. Alaa telefon pun tak adalah canggih mana tapi alhamdulillah. Telefon ni berharga dan berjasa untuk aku.

Hurmmm.. Kenapa aku tetiba update entri menggunakan telefon bimbit?

Alkisahnya nak dijadikan cerita, laptop aku buat perangai! Sakit sungguh rasa hati ni. Senak jiwa menahan kebimbangan yang bersarang dihati. Entah macam manakah agaknya segala hasik kerja yang aku simpan dalam laptop tu. Hurmmm.. Agak-agak terburn tak segala khazanah aku dalam tu?

Hurmmm.. Masalah bertambah! Area Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) Sepang, Nilai dan Seremban ni mana nak cari kedai komputer erk? Agak-agak ada ke yang  boleh siap dalam masa sehari saja.Contohnya, kalau aku hantar repair pagi, petang tu dah boleh ambil dan guna macam biasa. Ada ke? Tapi area mana ?

Sesiapa yang ada info dan cadangan mohon dikongsi ya. Aku tersangat memerlukan bantuan sekarang. Huhuu biasalah aku kan perantau dekat sini. Jadi aku tak berapa tahu sangat yang sekitar sini. Kalau area Kuaka Terengganu dan Kuantan tu, aku tahu lah jugak. Apapun semoga ada hamba Allah yang dapat membantu aku. Sekian.

Perumpamaan yang menarik untuk direnung

Assalamualaikum.

Sesuatu barang itu bernilai bukan terletak pada barang tersebut, tetapi keadaan yang menentukan nilainya.

Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai kapai kelemasan.


Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa. Tetapi ia akan
mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.


Demikianlah juga dengan pahala. Ia tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, yang semua benda tidak bernilai melainkan hanya pahala.

Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa saja amalan yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.


Take note : Alhamdulillah, pagi ni aku sempat dan berpeluang lagi untuk update satu entri. Kalau diikutkan sememangnya kekangan masa memang tidak pernah lari dari manusia. Tapi kita sebagai manusia seharusnya mencari masa dan cuba sedayanya membahaginya. Kenapa perlu masa yang mengawal kita. Sepatutnya kita yang mengawal masa. Oklah, aku pun taknak merapu lebih. Sekali imbas tengok jam pun dah hampir pukul 7:00 AM. Jadi, sebelum aku kalut diatas kelewatan ke kelas, better aku bersiap sekarang. Apapun, semoga apa yang aku kongsikan diatas dapat difikir dan direnungkan sejenak oleh kita. Wassalam.

Pesan mereka kepada kita

Assalamualaikum.

Aku nak kongsi sedikit pesanan dari mereka kepada kita.

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain. - Ustaz Azhar Idrus..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..." - Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat - Ustaz Haslin Baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun” - Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya" - Sheikh Abdullah Jahaf...

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. -Ustaz Dasuki Rani..

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah - TG Harun Din"..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. -Ustaz Pahrol...

Rasulullah bersabda, Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.


Take Note : Semoga bermanfaat buat kita semua.

CARA MANDI RASULULLAH SAW

Cara mandi yang diajarkan oleh Rasulullah SAW :

1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat. Kita akan merasakan seperti wap / angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.

Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi? Gelas akan retak !!!

Jika tubuh kita, apa yang retak? Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.

Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.




Take Note : Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah. InsyaAllah, dengan izin Allah, kita akan diberi kesembuhan.

Betul ke vaping lebih sihat berbanding rokok

 


Vaping is a healthier lifestyle. Kenapa aku cakap macam ni? Adakah sebab aku sendiri vaping? Taklah! aku pun sayangkan kesihatanlah. Aku faham mana benda yang rosakkan badan dan benda yang sihat. Siapalah yang nak sakit, betul tak?

Disini aku akan terangkan bnda yang dah terang. Bak kata pepatah yang terang lagi bersuluh. Aku akan terangkan satu persatu pasal vapers, mod, ejuice, coil dan budaya vaping.

Vape atau budaya vaping adalah satu trend baru kt Malaysia, walaupon di tempat lain sudah lama vaping ini diperkenalkan.

Ia adalah kombinasi dari bateri, chip board, kotak besi, kapas, coil wire dan kaca yang dibuat untuk menyimpan e juice dan disedut oleh vapers sebagai penghilang ketagihan nikotin dan dipanggil mod.

Mekanisme vaping adalah pemanasan coil yang dibekalkan kuasanya oleh bateri dan mengewapkan e juice untuk dijadikan wap air dan disedut oleh pengguna. Tidak dinafikan pernah terjadi vape meletup tetapi itu kerana menggunakan mod yg tidak berkualiti atau salah cara penggunaan. Setiap mod dijual dengan manual sendiri untuk mengajar pengguna cara menggunakan mod mereka.

E juice atau nma tempatan flavour terdiri daripada propylene glycol,vegetable glycerin, flavour, nikotin, sucralose, ethyl maltol, acid citrik atau acid malic. Bahan-bahan ini disahkan selamat dari segi penggunaan terhadap manusia. Kandungan nikotin adalah berbeza pada setiap e juice dari 0mg nikotin sehingga 24mg nikotin. Namun rata-rata pengguna tempatan menggunakan 6mg ke bawah nikotin untuk setiap 30ml e juice.

Coil wire yang digunakan untuk memanaskan e juice adalah kantal, nikel, titanium dan nichrome. Kantal terdiri daripada besi, aluminium dan chromium yang selamat pada manusia. Nikel adalah terdiri daripada 99.9% nikel dan menggunakan temperature control mode untuk mengelakkan bahaya nikel terhadap badan. Titanium adalah hard metal yang mempunyai takat lebur yang tinggi untuk mengelakkan bahaya pada manusia begitu juga nichrome wire.

Mod yg digunakan oleh vapers terdiri dari pelbagai jenis mengikut kualiti dan wattage, dari mech mod sehingga 200watt. Setiap mod mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri untuk memenuhi kehendak pengguna. Banyak ilmu-ilmu mengenai vape di ajar oleh 'senior' yg berpengalaman untuk membantu para 'newbies' untuk menggunakan mod dengan harapan mereka akan berhenti merokok seperti 'senior'.

Budaya vaping tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pengguna menyalahgunakan vaping lifestyle dengan vaping di mall, tempat-tempat awam dan ini memang mengganggu ketenteraman orang lain. Namun banyak vapers yang sentiasa berusaha utk membendung masalah ini. Underage juga merupakan satu masalah besar bagi vapers. Setiap vapers berganding bahu untuk menghalang wabak underage dari menular dikalangan vapers comunity.

Sedar lah wahai rakyat malaysia, janganlah menabur fitnah lagi terhadap vaping lifestyle dengan jantung berair, paru-paru berair, ganja dalam e juice, GERD sebab vape. Fahamilah konsep dan bertanya pada doktor mengenai patofisiologi penyakit-penyakit tersebut. Anda sebenarnya menampakkan kejahilan sendri terhadap sesuatu yang anda tidak tahu.

Dengan ini aku menyeru kepada semua vapers di luar sana, belajarlah mengenai vaping culture nie supaya anda tidak di bash oleh haters.

Sedikit persoalan yg aku sndri msih belum dapat rungkaikan, berapa banyak nikotin setiap kali sedutan oleh vapers didalam 6mg/30ml. Yang bijak pandai tu fikir-fikirkanlah...

Bendalah ni, 'Vape' ni bebudak kelas aku yang punya. Huhuu sempat lagi
aku tangkap gambar sekeping dua untuk dimuatkan dalam blog ni.
Aku tengok mereka bervaping tadi, giler kau nikmat semacam je.
Bau asap pun manis, ala-ala bau vanila straberry gitu.
Take Note : Segala apa bagai mengenai vape nie aku dapat dari bebudak kelas aku, katanya mereka si vaper tegar. Info yang mereka ketahui tentang vape ni dikongsi oleh rakan-rakan vape 'otai' mereka yang juga tegar seperti mereka. Bagi aku mungkin tak salah nak vaping tapi biarlah berpada. Jangan disedut sangat asap yang berkepul-kepul tu walaupun baunya terasa manis. 

6 Amalan untuk pahala berterusan walaupun selepas mati

Assalamualaikum..

Mati itu pasti. Kita tahu, kita yakin bahawa kita akan mati. Tapi persoalannya bila? Kita boleh mampu nak mengjangka dan mengagak dengan sebetulnya. Jadi sebelum kita mati, apa kata kita perbanyakkan amalan untuk dijadikan bekalan yang akan dibawa ke sana nanti.

Pahala, sebenarnya terlalu senang untuk kita mengumpulnya. Begitu juga dengan dosa. Terlalu mudah untuk kita melakukannya. Aku yakin dan pasti, kita manusia yang diberi akal fikiran. Kita mana, mana perkara yang baik dan mana perkara yang buruk. Kita tahu mana yang salah dan mana yang betul. Tapi biasalah, selagi kita digelar manusia pastinya kita sering kali melakukan kesalahan. Tapi rasanya, tidak patut dan tidak seharusnya kita ulangi setiap kesalahan dan kesilapan yang pernah kita lakukan. Apa kata kalau kita belajar dari kesilapan.

Di sini aku nak kongsi 6 amalan yang boleh kita buat untuk mendapat pahala secara berterusan walaupun selepas kita mati. Kiranya macam, inilah salah satu saham kita untuk dibawa ke akhirat kelak. Semoga bermanfaat untuk kita.

1 - Beri naskah Al-Quran kepada sesiapa. Setiap kali dia membacanya, kita turut akan mendapat pahala.

2- Derma wheelchair dekat hospital. Setiap kali pesakit menggunakannya, kita turut serta akan mendapat pahala.

3- Terlibat dalam pembinaan masjid walaupun sekadar menderma. Besar pahalanya jika kita menolong orang membina rumah Allah.

4- Letak water cooler di tempat awam. Setiap yang menggunakannya, kita turut mendapat pahala.

5 - Tanam pokok. Kita akan mendapat pahala jika orang atau haiwan duduk berlindung dibawahnya atau makan hasilnya.

6- Menyampaikan ilmu kepada orang lain. Selagi mana orang tersebut menggunakan ilmu itu ke arah kebaikkan, insyaAllah kita akan mendapat pahala berterusan daripada Allah.


Take Note : Sebenarnya banyak lagi benda yang boleh kita buat untuk dapat pahala berterusan ni sampailah kita mati. Fikir-fikirkanlah, macam mana nak dibuatnya. Selamat beramal (=

Hati-hati bermain hati


Kadang-kadang anda perlu melakukan apa yang terbaik untuk anda
dan kehidupan anda, bukan apa yang terbaik untuk orang lain.

Sometimes you have to do what's best for you and your life, not what is best for others.

Hati ini sering kali lelah memikirkan perasaan dan menjaga hati orang lain. Tapi pernahkah hati kita dijaga? Hati ini penat merintih tapi siapa yang mendengar rintihan tersebut. Bagi aku kenapa perlu kita terlalu menjaga hati yang lain, sedangkan hati kita rabak terluka. Tak salah sebenarnya menjaga hati yang lain tapi jangan sampai diabaikan hati sendiri.

Menyebut kisah hati, aku teringat pulak zaman cinta dulu kala. Hohoooo, disebabkan terlalu menjaga hati si dia sehingga hati sendiri terluka. Biasalah, ketika tu hati sedang sayangkan, so rasa sakit dihati mana jelas kelihatan. Sanggup saja memendam segala ketidak puasan hati demi menjaga hati dia. Entah apa-apa! Bila difikirkan balik, rasanya kesemua tu bagaikan tak berbaloi. Oichhhh tidakkkkk..


Take Note : Tak sangka pulak pagi ni aku sempat naikkan satu entri. Huhuuu sebenarnya dah lama rasanya aku tak berentri dipagi hari. Apapun, insyaAllah aku akan kembali seperti rutin sediakala. Setiap pagi akan update entri sebanyak satu, dua, tiga, empat, atau sebanyak mana yang sempat lah sebelum bersiap pergi kelas. Oklah, aku pun taknak berleter panjang. Tengok jam sekarang pun dah hampir pukul 7:00 Am. Jadi sebelum aku terlewat dan terlambat better aku bersiap dulu ye. Okbye. Wassalam.

CERPEN : Terjebak dalam ruangan masa


Memancing bukanlah satu hobi yang asing bagi Napi. Seawal umur tujuh tahun, Napi sudah mula memancing bersama rakan-rakan sebayanya. Lokasi yang mereka pilih biasanya sungai kecil di belakang rumah, terusan sawah atau lombong terbiar.

Joran yang dipakai mereka biasanya buluh kecil yang panjang melentur atau pelepah sawit yang diraut kemas. Ikan yang ditangkap mereka juga merupakan spesis biasa bagi ikan sungai seperti sepat, keli, haruan, puyu atau sesekali apabila bernasib baik, dapatlah ikan belida atau udang sungai yang beratnya setakat 100gram.

Namun itu semua sudah cukup menggemmbirakan mereka, anak-anak kampung yang masih belum lagi pandai menonton televisyen atau bermain ‘games’ pada telefon bimbit yang pintar seperti budak zaman sekarang. Kalau tidak memancing, mereka akan memanjat pokok buah-buahan atau pergi melastik burung punai yang banyak ketika musim menuai tiba.

Napi masih lagi terkenang pada satu kejadian aneh yang berlaku ketika dia, Mie, Faizal dan Zamree pergi memancing di sebuah ‘bonda’ (panggilan pada terusan kecil yang mengairi kawasan sawah. Ia adalah dialek orang Minangkabau di kawasan Kuala Pilah). Mereka pergi memancing sebaik sahaja pulang dari kelas mengaji Tuan Haji Hamdan. Napi rasa waktunya dalam pukul 5.30 petang. Berbekalkan umpan cacing yang dimasukkan ke dalam tin susu yang mereka  sediakan sebelum itu, mereka meredah semak belukar untuk mencari port memancing yang sesuai.

Kawasan itu memang sunyi. Hanya terdapat sebatang pokok ara yang tumbuh melangit dengan akarnya yang terjuntai. Nun di kejauhan, terbentang sawah padi sedang menghijau. Kalau diikutkan cerita orang tua-tua terdahulu, kawasan disitu agak keras. Banyak peristiwa pelik dan aneh yang berlaku disitu terutamanya pada waktu senja dan tengah malam. 

Namun pada mereka, budak-budak lasak dan nakal yang baru berusia Sembilan tahun, hanya keseronokan yang tergambar di fikiran. Apatah lagi apabila mengenangkan ikan keli masak lemak kuning yang dimasak kuahnya pekat-pekat atau ikan gemuk goring berlada. Itu semua menambahkan lagi semangat mereka untuk meneruskan  aktiviti memancing pada petang itu.

Memang rezeki mereka agak murah pada petang itu. Selain port yang strategik, Napi tidak tahu mengapa setiap kali mereka melabuhkan jorang batang buluh dengan berumpankan cacing tanah, ikan-ikan darat seperti keli, sepat dan haruan galak memakan umpan mereka seolah-olah tidak memilih bulu. Setiap 2, 3 minit pasti mereka akan menaikkan ikan yang agak besar. Ini membuatkan semangat mereka bertambah membara sehingga mereka berempat seakan-akan berlumba untuk menaikkan ikan terbanyak.

Dalam keasyikan memancing itu, Napi dan kawan-kawan seakan terleka dengan perubahan cuaca yang berlaku. Hari sedah remang senja. Kawasan sekitar mula diterpa dengan kegelapan malam namun keasyikan mereka berempat meneruskan aktiviti memancing tanpa rasa takut atau curiga. Di dalam kepala hanya satu yang mereka fikirkan, mahu memancing seberapa banyak ikan untuk dibawa pulang. Ketika itu baru mereka terpinga-pinga serta saling berpandangan sesama sendiri. Ikan yang ditangkap bagaikan tiada erti apabila mereka dapati di sekitar mereka adalah satu kawasan gelap yan sungguh asing pada pandangan mereka. Ketika itu, Napi rasa bagai mahu menangis. Terkenang akan mak, ayah dan adik-adik di rumah. Napi taka pat mengagak waktu ketika itu. Mungkin pada firasat Napi baru pukul 7.30 malam.

Suara azan berlaung lag. Zamree dan Mie menjerit sekuat hati memanggil ‘Mak’. Napi pula perlahan-lahan membaca surah An Nas bersama ayat Qursi. Napi cuba menenangkan diri dan membaca ayat-ayat itu di dalam hatinya.

Tidak sampai sepuluh minit, kami ternampak suluhan lampu bersimpang siur di hadapan mereka. Rupa-rupanya suluhan lampu-lampu itu datangnya dari sekumpulan pemuda kampung yang datang mencari mereka berempat. Mereka dipeluk dan dicium dalam keadaan mereka terpinga-pinga kehairanan.

Tiba di rumah, barulah Napi tahu kisah sebenar yang berlaku. Apabila mereka tidak pulang ke rumah sehingga jam 7.45 malam, ayah mengambil keputusan untuk  memberitahu Tok Empat Kampung tentang hal ni. Apatah lagi bila bapa Mie, Zamree dan Faizal memberitahu perkara yang sama. Operasi mencari bermula pada jam 8.00 malam dan mereka hanya dijumpai pada jam satu pagi!

Sejak hari itu, Napi dan kawan-kawan tidak lagi berani keluar memancing di kawasan ‘bonda’ berkenaan. Napi tidak tahu mengapa dia langsung tidak terasa sudah duduk memancing sambil bertinggung di kawasan itu hampir tujuh jam lamanya. Namun, Napi bersyukur, Napi dan kawan-kawannya selamat. 

Walaupun memori itu sudah hampir 15 tahun berlalu, namun ia segar dalam ingatan kerana itulah kali terakhir dia memancing bersama kawan-kawan baiknya di kampung.

Sesungguhnya, benarlah kata orang-orang tua dahulu, selain kita sebagai penghuni dunia, ada lagi makhluk Allah yang berkongsi bumi yang sama, Wallahualam.


Take Note : Cerita ni sebenarnya diceritakan oleh salah seorang daripada kawan abang aku. Katanya inilah pengalaman yang tak mungkin akan dia lupakan. Aku ceritakan balik disini dengan menokok tambahkan serba sedikit. Selamat menghayati :)

Volkswagen yang lawak !


Seorang lelaki Jawa masuk ke sebuah balai polis untuk membuat report tentang kehilangan keretanya.
Wak : Tuan, saya nak buat report kereta saya hilang.
Polis : Okey, apa jenis kereta Wak?
Wak : Wak segan la.
Polis : Tak perlu nak segan-segan la Wak. Apa jenis kereta Wak?
Wak : Udah Wak cakap Wak segan tadi. Setelah puas berbalah antara polis dan Wak, akhirnya Wak disuruh menulis jenis keretanya di atas kertas dan Wak menulis ‘VOLKSWAGEN’.
Polis : Oh! Lain kali sebut la betul-betul. Ini Wak segan, Wak segan. Jadi, apa nombor platnya?
Wak : Biji u dua-dua nampak (BGU 2264)
Polis : ?%!?


Take Note : Sekadar hiburan semata-mata. Okbye!

Sakit hati kembali ke asrama

Setelah hampir dua minggu aku bercuti raya, akhirnya hari nie kembali ke hostel. Oichhh tidakkkk! Rasa macam tak ready lagi nak pergi kelas besok. Rasa macam tak ready lagi nak belajar. Hurmmm..
Time ni apa yang aku sedang buat? terbaring atas katil sambil mengadap laptop. Ikutkan hati, aku tengah lapar tapi entah. Tak terasa nak makan. Mungkin sebab teringatkan family kowt. Tak pun sebab aku tengah sakit hati. 

Nak dijadikan cerita, aku sebenarnya baru balik dari roll call tadi. Macam apa entah! Sakit pulak hati aku. Orang lain yang buat salah tapi aku pulak yang terkena sekali tempiasnya. Apa salah aku weh? Apa silap aku weh? Sehabis mungkin aku cuba patuhi setiap peraturan dan arahan. Sedaya mungkin aku cuba elakkan dari melakukan kesalahan dalam kolej. Tapi entah! Sakit hati.

Secara keseluruhannya, roll call tu sekadar untuk mengesan berapa juta student lagi yang tak laporkan diri. Yalah, esokkan dah start kelas seperti biasa so kenalah laporkan diri, balik ke hostel hari ni. Tapi entah.. dah namapun manusia. Semestinya ada silap dan salah. Kedegilan dan ketegaran yang jelas ternyata kowt. Dah diberitahu, kesemua pelajar wajib balik ke hostel hari ni tapi ada jugak yang ingkar arahan. Aku pun tak tahu spesis apakah mereka. Degil nak mampus! Ikut kepala sendiri. Menyampah aku!

Bagi aku, sepatutnya semua masalah ni tak sepatutnya wujud kowt. Masing-masing dah besar, dah reti bahasa, dah pandai berfikir jadi tak seharusnya kesemua isu ni timbul. Dah namapun pelajar jadi pandai-pandailah sedar diri. Ikutlah arahan, patuhilah peraturan. Kalau ye pun nak redah, fikirlah pelajar-pelajar lain jugak. tak pasal-pasal disebabkan segelintir pelajar yang bermasalah, pelajar lain semua terkena tempiasnya.

Hurmmm.. entah! ikutkan hati ni banyak benda yang aku nak luahkan. Sakit hati. Panas hati. tapi rasa macam tak berkesudahan je. Dari pada aku merapu panjang berjela rasanya better aku stop kat sini. Kan nanti ada yang terbaca, dan ada yang terasa. Btw, aku tak ada mention nama sesiapa kan so pada sesiapa yang baca tu mohon terasa lah ye. Bak kata pepatah, siapa makan cili, dialah yang terasa kepedasan tu. 


Take note :  Sebagai seorang pelajar, sila patuhi segala arahan dan peraturan. Niat dihati nak belajar, nak timba ilmu so buat cara yang sepatutnya. Jangan menggedik nak susahkan orang lain untuk ikut serta dengan masalah yang dihadapi. Mohon jangan pentingkan diri sendiri.

Tip tukar tayar kereta

Sahabat saya semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan yang tak boleh digunakan.... (Expired)

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan.. Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar 65 = Tinggi R = Radial 15 = Saiz / Rim 94 = Had Maksimum Bebanan H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / J

Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah; S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..

Contoh 0514..

Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..

Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan.. Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..

Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini.. Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..

Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014); 2012 = 40% 2011 = 60% 2010 = 80% 2009 = Percuma




Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar. Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua..

Tetamu membawa berkat


Ada seorang lelaki yang senang kedatangan tetamu. Namun isterinya menunjukkan sikap sebaliknya. Setiap kali ia membawa tetamu ke rumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik. Orang itu mengeluhkan keadaan ini kepada Rasulullah saw. Mendengar itu,

Rasulullah saw bersabda,

"Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah saw dan beberapa orang sahabatnya akan
bertamu ke rumah kita."

Rasulullah saw berpesan kepada orang itu,

"Katakan kepada isterimu supaya ia memerhatikan tetamu pada saat keluar rumah."

Isteri lelaki itu melakukan apa yang diperintahkan Rasulullah saw. Pada saat tetamu masuk, ia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak dan pada saat keluar mereka membawa keluar ular dan kala jengking yang begitu banyak.

Rasulullah saw bersabda,

"Kedatangan tetamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana."

Dengan menyaksikan hal itu, wanita itu pun berubah menjadi orang yang suka menerima ettamu.

Rasulullah saw bersabda,

"Sesungguhnya seorang tetamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut."

Imam Ali bin Musa ar-Redha berkata,

"Orang dermawan adalah orang yang memakan makanan orang lain agar orang lain dapat memakan makanannya. Adapun orang kikir adalah orang yang tidak memakan makanan orang lain agar orang tersebut tidak memakan makanannya."

Rasulullah saw bersabda,

"Suatu majlis ( pertemuan ) tidak akan terasa sempit dengan adanya orang-orang yang saling mencintai di dalamnya."

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw bersabda,

"Setiap rumah yang tidak dikunjungi tamu, maka malaikat pun tidak akan mengunjungi rumah tersebut."

Imam Jaafar ash-Sadiq berkata,

" Barangsiapa mengunjungi sahabatnya semata-mata kerana Allah, nescaya Allah SWT mengutus 70 ribu malaikat untuk menyertainya. "

Para malaikat itu berkata,

''Syurga untuk kamu." ( Mizan al Hikmah )


💫Sesungguhnya beruntunglah rumah-rumah yang sering kedatangan tetamu, maka itu janganlah mengeluh jika ada orang yang ingin bertamu.

7 Sunnah Hebat



🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

🌝 Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Kawan makan kawan. Kenyang ke?

Apa yang aku rasa sekarang ni? Entah!
Kenapa entah? Tak tahu!
Ehhh, kenapa tak tahu pulak.

Sebenarnya aku malas nak ambil peduli tapi entah. Alaa tak payah nak entah sangatlah beb. Aku okay je pun. Tak ada rasa frust mahupun sedih pun. Cuma aku terkilan. Terkilan dengan sikap kawan-kawan yang aku kenal. Hahaaa macam hampeh je broo!

Nak dijadikan cerita, tadi aku buka facebook. Aku stalk home yang dah beberapa hari aku tak usik. Aku ralet stalk sampailah aku ternampak beberapa keping gambar. Mujur tak terbeliak biji mata aku. Fuhhhh!
Tak tahu sebenarnya aku nak bagi reaksi macam mana. Hahaa hanya mampu berkerut dahi dan ternganga mulut. Terkejut beb.

Aku buka gambar tu satu persatu. Sah! Serius! Aku macam kenal je minah dua orang nie. Ya, dua-dua aku kenal. tapi setahu aku jalan ceritanya bukanlah seperti yang aku lihat sekarang. Tapi kenapa tetiba jadi acam ni. Hati dan pemikiran aku gagal untuk mencerna cerita terbaru dengan sesegera mungkin. Oichhhh.. dah kenapa tetiba aku jadi lambat loading broooo..  !

Hati kecil aku berkata, ' Ini ke yang dipanggil kawan? Ini ke nilai sebuah persahabatan? Ini ke nilai yang harus dibayar untuk bercinta? Ini ke yang perlu dilalui untuk bahagia?'. Terlalu banyak perkataan 'ingin' yang bermain dalam kelapa hotakk aku ni. macam susah untuk aku proses satu persatu.

Sekarang baru aku faham kenapa Si A dan Si B tidak lagi berkawan. Berkawan pun tidak, nak bersahabat apatah lagi. Padahal mereka bersahabat sedari banku sekolah kowt. Kemana pergi mesti berdua, melepak bersama, berjalan bersama dan segala macam bersama lagi. Tapi kerana Si C, semuanya berubah. Semua bagaikan terlerai. Perhhhh , hebatnya penangan cinta kau beb!

Bagi aku perkara ni tak sepatutnya berlaku kowt. Si A dan Si B dah lama berkawan. Si A pun tahu Si B dan Si C tu couple. Kenapa mesti Si A kacau relation Si B dan Si C. Dan Si C kenapa mesti melayan Si A. Ishhh tak faham aku.

Btw, aku kesian dekat Si B sebenarnya. Si B sungguh-sungguh sayangkan Si C kowt tapi sygnya Si C berpaling tadah. Tak sangka aku yang Si A dan Si C tu sanggup ada relation di belakang Si B. Oichhh tidakkkk.. Aku yang tahu semua ni pun mcm dah kusut. Macam ape entah!


Take note : Aku simpati dengan kawan yang menerima nasib sebegini . okbye!

Bukan mahram yang tidak boleh salam

Nak dekat Raya ni moh kita saling mengingati ye. Bukan Mahram yang tidak boleh salam:

Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak

Ada yang tak tahu, dan kadang-kadang kita terlupa. Nampak mcm boleh tp sbnrmya tak boleh. Hahahaaa.. nampak cantik tp tak leh sentuh. Ni bila dah tahu, faham-faham sendiri sudahlah ye..

Cerpen | Ramadhan yang bakal pergi


Aku lihat RAMADHAN seperti kejauhan...
Lalu kusapa ia..."Hendak ke mana?"

Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, JAUH &  LAMA. 

Ramadhan berbicara lagi, "Tolong sampaikan pesanku untuk semua orang MUKMIN:
"Syawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya, dakap eratlah ISTIQOMAH saat ia kepenatan dalam perjalanan TAQWA, bersandarlah sekuat2nya pada TAWADHU saat kesombongan menyerang dari pelbagai hala, mintalah nasehat QUR'AN & SUNNAH di setiap masalah yang dihadapi... 
Sampaikan juga salam & terima kasihku untuk para mukmin karena telah menyambutku dengan kesyukuran dan sukacita dapat mengumpul ganjaran berganda dan melepas kepergianku dengan pilu dan derai air mata... Semoga Allah menerima segala amalan kalian...
Kelak akan kutunggu dgn setia dan kusambut di SYURGA dari pintu AR RAYAN..."

Sahabat2 yg dicintai sekalian,
Selamat meraih pahala terbaik di detik-detik terakhir RAMADHAN...
Masih ada beberapa hari lagi untuk bercengkerama dan bersahabat dengan RAMADHAN...

Doaku buat semua yg dikasihi:
"Ya ALLAH, andai di hari ini ada diantara hamba2-Mu yang akan Engkau angkat darjatnya, akan Engkau ampuni dosa2nya, akan Engkau lapangkan rizkinya, akan Engkau muliakan keturunannya, akan Engkau indahkan akhlaknya, akan Engkau berkahi segala hartanya dan akan Engkau lepaskan dari semua kesulitannya terutama dari bakaran api neraka...  
Maka dengan izinMu yg Maha Pemurah, Maha Mengasihani dan Maha Mulia, jadikanlah daku dan seluruh ahli keluargaku dan juga sahabat2ku yg sdg membaca ini beserta keluarganya sebaik2 hambaMu yg memperolehinya...
Amin....


Take note : Cerita diatas aku dapat dari group ws family. Salah seorang saudara share cerita ni dalam group tersebut dan aku terpanggil untuk mempublishnya di sini. Semoga sedikit sebanyak kita dapat ambil segala kebaikan yang cuba untuk disampaikan disebalik cerita ini.

Cerpen | Cinta itu buta


Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu.

"Encik, saya kan buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yg telah digunakan pengunjung restoran ini, saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tau masakan apa yg enak untuk dipesan," kata lelaki buta.

Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yg belum dibasuh dan berikannya kepada lelaki tersebut.

"Saya nak ikan patin masak asam, daging goreng kicap, sayur keladi masak lemak cili padi," kata lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan.

Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para pengunjung restorannya!
Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang lagi dan meminta utk mencium sudu-sudu yg sudah digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yg telah digunakan utk makan menu lainnya.
Amin pun berikan sudu itu kpd lelaki buta tersebut.

 "Bau sudu yg ini sedap juga, seperti baru digunakan utk makan kerabu sotong gan sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa..." kata lelaki buta.

Tepat sekali! Lelaki buta itu utk ketiga kalinya datang semula ke restoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia datang pd waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yg datang. Ketika itu juga tidak ada sudu bekas diguna yg boleh diberikan utk dihidu oleh lelaki buta.

Tiba-tiba Amin terfikir utk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi ke dapur dan menghampiri isterinya yg menjadi tukang masak di restoran itu.

Amin berikan sebatang sudu dan berkata, "Yati, garu sudu ni kat ketiak awak tu."

Yati terkejut. "Apalah abang ni, mengarut je!" kata Yati, tidak faham.

 "Alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni," balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan menggonyoh- gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yg berpeluh.

Amin membawa sudu tersebut kpd lelaki buta yg sedang duduk menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang kempis. Mukanya berubah.

Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata...
"Saya tak sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?"
Muahhhahahahah...!!! Kan cinta itu buta...


Rahsia Zuhud


Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?
Beliau menjawab: Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. 
Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. 
Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH........ 

Duhai sahabat-sahabatku,

           Jangan tertipu 
        dengan usia MUDA 
        kerana syarat Mati 
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan 
        tubuh yang SIHAT 
       kerana syarat Mati 
       TIDAK mesti SAKIT.

   Jangan terperdaya dengan 
        Harta Kekayaaan
                Sebab 
    Si kaya pun tidak pernah  
     menyiapkan Kain Kafan 
             buat dirinya 
      meski cuma Selembar.

      Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK, 
   Memberi nasihat yang BAIK
 Meskipun TIDAK banyak orang 
      yang mengenalimu dan 
   Tidak suka dgn Nasihatmu.

        Cukup lah  اللهِ yang 
     mengenalimu lebih dari 
           pada orang lain. 
      Jadilah bagai Jantung 
        yang tidak terlihat, 
     Tetapi terus berdenyut 
     setiap saat hingga kita 
 terus dapat hidup, berkarya 
     dan menebar manfaat 
       bagi sekeliling kita 
     sampai diberhentikan 
              oleh NYA.

            Duhai sahabt-sahabatku,

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga 
      matahari terbenam, 
  'Amalku tidak bertambah 
            sedikitpun, 
  padahal aku tahu saat ini 
       umurku berkurang"
        (Ibnu Mas'ud r.a)


Take Note : Nasihat ini untuk diri sendiri, keluarga tercinta dan perkongsian bersam kawan-kawan. Semoga Allah memberkati & meredhai kita. Aamiin..

Ramadhan | 7 nama Ramadhan yang mulia


Ramadhan berasal dari akar kata  Arab  ramidha  atau ar-ramadh yang berati panas terik matahari dan kering. Dari akar yang sama ada ramdhaa maknanya pasir yang panas.

Dalam erti bebas pengertian Ramadhan adalah bulan yang panas bagi manusia membakar segala dosa yang telah dilakukannya.

Ramadhan merupakan suatu bulan yang sangat utama, yang sangat dinantikan bagi orang yang yang beriman  suatu bulan sebagai penghulu segala bulan.

Sebagimana yang disebutkan dalam Hadis Nabi SAW:
“Bulan yang paling utama adalah bulan Ramadhan, dan hari yang utama adalah hari Jumat”. Selanjutnya Nabi bersabda ”Ramadhan telah datang kepada kalian, bulan yang penuh keberkatan, pada bulan itu Allah SWT memberikan naungan-Nya kepada kalian. Dia turunkan rahmat-Nya, Dia hapuskan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa), dan dia kabulkan do`a, pada bulan itu Allah SWT akan melihat kalian berlomba melakukan kebaikan. Para malaikat berbangga dengan kalian, dan perlihatkanlah kebaikan diri kalian kepada Allah SWT. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang pada bulan itu tidak mendapat Rahmat Allah SWT”. (HR. Ath-Thabrani)

Ramadhan mempunyai  beberapa nama gelaran yang mulia diantaranya:
1. Syahrul azhim (bulan yang sangat agung).
Azhim merupakan salah satu nama dan sifat Allah. Adalah juga untuk menunjukkan kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Ramadhan mulia dan agung, karena Allah SWT sendiri telah mengagungkan dan memuliakan bulan Ramadhan ini.

2. Syahrul Barakah (bulan yang penuh keberkahan).
Ramadhan Bulan penuh berkat, berdayaguna dan bermanfaat. Setiap detik waktu yang berjalan pada bulan suci ini, ia bagaikan titik cahaya keimanan, rangkaian mata berlian yang sangat berharga bagi orang beriman.
Karena semua apa yang dilakukan baik secara sembunyi maupun nyata akan  diberkahi dan amal ibadahnya dan dilipatgandakan pahalanya.
Khutbah Rasululah SAW pada akhir bulan Sya`ban
“Wahai manusia, bulan yang agung, bulan yang penuh berkat telah menaung. Bulan yang didalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang padanya Allah SWT mewajibkan berpuasa. Qiyamullail disunnahkan. 
Barang siapa yang pada bulan itu mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu kebaikan, nilainya seperti orang yang melakukan perbuatan yang diwajibkan pada bulan lainnya. 
Dan barang siapa yang melakukan suatu kewajiban pada bulan itu, nilainya sama dengan tujuh puluh kali lipat dari kewajiban yang dilakukannya pada bulan lainnya. Keutamaan sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan" (HR. Bukhari danMuslim).

3. Syahus Shiyam (bulan melaksanakan puasa).
Pada bulan Ramadhan setiap muslim yang mampu diwajibkan untuk berpuasa, perjalanan bulan Ramadhan dari awal hingga akhir adalah keharusan kita menegakkan satu dari lima rukun (tiang) Islam yang sangat penting, yaitu shaum (puasa).
Keberkatan yang Allah SWT limpahkan terhadap orang yang melaksanakan puasa Ramadhan yang  telah dijanjikan Allah SWT.

4. Syahrul Ijabah (bulan di makbulkan doa)
dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Ada tiga macam orang yang doanya tidak ditolak, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam yang adil ,dan orang yang didzalimi, diangkat oleh Allah SWT sampai di bawah awan di hari kiamat nanti, dan dibukakan baginya semua pintu langit, lalu Allah SWT berfirman : demi Kemuliaan-Ku, Aku benar-benar akan menolongmu.” (HR. At-Tirmidzi).
Dari Abdullah bin Amr RA, Rasulullah SAW bersabda:
”Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbukanya terdapat doa yang tidak tertolak”. (HR. Ibnu Majah).
Abu Sa’id al-Khudri RA berkata,  bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengetahui batas-batasnya, dan ia menjaga diri dari segala apa yang patut dijaga, akan dihapuskanlah dosanya yang sebelumnya." (HR Ahmad dan Baihaqi).

5. Syahru nuzulil Qur'an.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانَِ
Ertinya:
,“Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia, penjelasan bagi petunjuk, dan furqan (pembeda).” (QS. Al-Baqarah : 185).

Keutamaan membaca Al-Qur’an pada bulan Ramadhan adalah merupakan suatu kebaikan yang dijanjikan akan dilipatkan gandakan pahalanya oleh Allah Yang Maha Pemurah dibandingkan dengan membacanya pada hari-hari biasa, sebagaimana sabda Rasulullah mengenai keutamaan membaca Al-Qur’an.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam sat"
Take Note : Semoga perkongsian ini serba sedikit bermanfaat untuk kita semua. Wassalam


Fakta ke auta | Hukuman menyeberangi sempadan


Hukuman menyeberangi sempadan

1) Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akan mendapat 12 tahun kerja keras.

2) Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda dipenjara 100%.

3) Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akan ditembak.

4) Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat.

5) Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda mungkin tidak akan dilihat lagi.

6) Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akan dikenakan bayaran sebagai pengganas.

7) Jika anda menyeberangi sempadan Rusia secara haram, anda akan dijenamakan sebagai mata-mata dan dihukum gantung.

8) Jika anda menyeberangi sempadan British secara haram, anda akan ditangkap, didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.

9) Jika anda menyeberangi sempadan Cuba secara haram, anda akan dibuang ke dalam penjara politik reput.

10) Jika anda  menyeberangi secara haram sempadan Malaysia, anda berpeluang tinggi untk mendapat:
- Mykad sementara atau
-Status PR Penduduk Tetap
- Lesen Memandu
- Hak Mengundi
- Tempahan Kerja
- Keistimewaan Khas Bumiputera setelah fasih berbahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu.
- Kad kredit
-bolej buka akaun di mana2 bank
- Pendidikan Percuma
- Penjagaan kesihatan dgn kos minimal
-jadi tauke kedai runcit.
- jadi bos org tempatan
- beli rumah
- beli tanah free hold
- kahwin orang tempatan
Dll.

Take note : Agak-agak betul ke tidak erk statment tu. Kalau korang tanya aku, aku sendiri pun tak tahu nak jawab apa. Bendalah ni pun aku dapat dari group ws. Hahaaa biasalah kan, belia muda remaja ada saja benda yang nak dishare dalam group tu. Tapi, kekadang aku terfikir jugak, macam ada betulnya je sedikit sebanyak statment yang ni sepuluh tu. Tapi entahlah.. Malas nak banyak bunyi. Bimbang nanti lain pulak yang jadinya. Btw, apa yang aku typing dlm nie just sekadar perkongsian ok. So jangan nak tersalah memahami pulak niat aku. Apapun aku sayang Malaysia. Tanah tumpah darah aku. Wassalam

Ramadhan | Pengalaman yang tak mampu aku lupakan Part 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang dan ruang untuk merasai nikmat Ramadhan untuk kali ini. Semoga tahun depan dan seterusnya, aku masih diberi kesempatan untuk melaluinya lagi. InsyaAllah. 

Bagi aku Ramadhan tahu ni ada kemanisan yang tersendiri untuk aku dan keluarga. Apakah? sebab Ramadhan tahun ni kami menyambutnya bersama-sama. Alhamdulillah. 

Untuk pengetahuaan korang, tahun lepas aku dan family lebih banyak menghabiskan bulan Ramadhan di hospital. Apa yang aku rasai time tu hanya Allah yang tahu. Sungguh kadang kala hati ni merasai keletihan tapi tatkala aku melihat wajah mak, ayah dan adikadik.. aku cuba untuk kuatkan semangat aku. Terdetik dihati, kalau aku lemah, mak dan ayah apatah lagi. Kalau aku lemah, siapa lagi yang mampu untuk diharapkan. Abang aku? Oich.. kebetulan time tu dia masih di Sarawak kowt. Lagipun ayah sendiri dah pesan awal-awal, jangan bagitahu abang apa yang berlaku sebab tak nak susahkan dia. Jauh kowt dia nak balik ke Semenanjung. Seakan banyak faktor yang menghalang. Hurmmm.. itulah ayah. Sebolehnya semuanya nak dihadapi sendiri. Tak nak susahkan anak-anak. Aku pun kebetulan waktu tu dah habis study, kalau tidak tak tahulah. Apapun, alhamdulillah apa yang berlaku ada hikmahnya.

Ramadhan tahun lepas, bagi aku begitu besar ujian dan dugaan buat aku sekeluarga. Sungguh, kami sendiri tak pernah bayangkan akan melaluinya. Bagi aku hospital bagaikan rumah kedua. Disitulah aku berpuasa, disitulah aku berbuka, disitulah aku mandi dan disitulah juga aku tidur. 

Hari ni tanggal 14 Ramadhan, seakan peristiwa lepas kembali dikenang. Masih segar di ingatan, 14 Ramadhan pada tahun lepas, adik aku excident. Sebulan lebih di hospital, hampir 15 hari di icu. g Alhamdulillah, umur adik kesayangan aku tu masih panjang. Bagaikan diberi peluang kedua untuk menjalani hidup ini. 

Pengalaman yang tak dapat aku lupakan ketika menjaganya di hospital. Ketika dia di icu, hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa. Saban hari, akulah yang menjaganya. Saban hari menunggu detik untuk masuk melawatnya. Melihat wayar berselirat, melihat darah dan air mengalir, mendengar bunyi mesin, menunggu detik dia sedar dari koma, semua tu seakan satu mimpi ngeri pada aku. Hampir 15 hari dia di icu, terlalu banyak benda yang aku alami. Alhamdulillah, Allah menguatkan hati aku untuk terus berbakti pada keluarga. Bagi aku tak kisahlah apa pun nak jadi tapi biarlah aku yang menjaga dia. Daripada aku duduk rumah tapi teringatkan di hospital, lebih baik aku terus menjaga dia di hospital. Lagipun siapa lagi yang dapat diharapkan selain aku.

Mak? Kalau mak yang menjaga dia di hospital, habis yang dekat rumah macam mana. Ayah? Ayah dah letih dengan kerja kowt. Lagipun ayah pun tak berapa sihat. Aku tak nak nanti dgn ayah sekali turut jatuh sakit kowt. Bagi aku, biarlah aku yang korbankan masa dan tenaga demi keluarga.

- BERSAMBUNG -