Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Pesanan Untuk Lelaki

Masyarakat - khususnya suami dan keluarga terdekat jangan pandang remeh bila seorg wanita kelihatan sudah mula beremosi.

Bantu dia.
Ratibkan zikir dan doa di dlm hati.
Peluk.
Pujuk.

Wanita ketika sdg penat atau tidak sihat sgt mudah beremosi.
Wanita yg sdg emosi sgt perlukan perhatian.
Jgn ditinggalkan.
Kalau dia mahu luah perasaan,
biar dia luahkan.
Dgr saja.
Jgn bantah apa2..

Wanita ketika sdg beremosi hanya perlu melepaskan apa yg terbuku di dadanya.
Dia ingin keluarkan rasa sesak yg mengganggu.
Ketika ini,
otaknya tepu.
Jiwanya beku!

Maka jgn masukkan apa2 lagi.
Ini bknlah masa yg tepat utk memberikan nasihat,
Apatah lagi utk berdebat..

Waktu seorg wanita sdg diamuk perasaan,
syaitan berkerumun di sekelilingnya.
Waktu ini,
Setinggi mana pun ilmunya,
Mgkn terbang entah ke mana..
Sekukuh mana pun imannya,
Mgkin dia akan tewas juga. .

Jadi jgn marah seorg wanita ketika dia sdg marah.
Bantu dia melepasi saat sukarnya.
Jgn umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yg akhirnya dia sendiri sesali.
Tenangkan saja seorg wanita yg sdg dirasuk emosi.
Peluk.
Pujuk.

Nanti bila dia sudah tenang,
bila fikirannya sudah kembali rasional,
bila apa yg tersumbat di dadanya sudah keluar,
sudah lega,
Nasihatilah dia.
Insya-Allah ketika ini,
nasihat akan masuk spt air.
Cair dan mengalir.

Seorg wanita itu dianugerahi Allah sifat yg sgt teliti.
Krn teliti,
dia blh menguruskan byk hal2 rumahtangga secara terperinci.
Namun krn teliti juga,
adakalanya dia menyusahkan diri sendiri.
Hal2 yg kecil bagi seorg lelaki mgkn dianggap besar baginya..

Tegurlah jika dia tersalah.
Tapi tegurlah pada masa yg betul..

Sungguh sifat seorg wanita dan lelaki tidak sama.
Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama.
Maka cubalah fahami perbezaan ini.
Insya-Allah,
Byk masalah dan musibah dpt dijauhi..

"Wanita itu dijadikan dari tulang yg bengkok.
Kalau dibengkokkan,
Semakin bengkok.
Kalau diluruskan,
ia patah.
Kalau dibiarkan,
ia terus bengkok.
Maka nasihatinya dgn kata2 yg baik."

Ini Rasulullah yg pesan.
Saya cuma sampaikan.
Pesanan yg sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorg wanita..

Justeru,
Berhikmahlah..

Lelaki,
Jgn cuma mahu terima seorg wanita dlm keadaan cantik manisnya saja.
Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya..

Terima org lain seadanya spt mana dia juga menerima kita seadanya kita.
Insya-Allah,
mudah melentur bahagia..


Pulau Perhentian Terengganu






Cara Ubati Resdung

DAUN KETUMBIT UBATI RESDUNG

Mungkin ada yang tidak tahu pokok ketumbit yang hidup di sekitar kawasan rumah kita sebenarnya boleh dijadikan ubat untuk penyakit resdung.

Caranya: Petik 5 atau 7 helai daun ketumbit dari pokok yang berembun iaitu diwaktu pagi. Kemudian pusarkan daun tersebut dengan kedua tapak tangan sehingga daun itu layu dan mengeluarkan bau.

Kemudian letakkan di hujung hidung dan sedut bau daun di hidung sekuatnya sambil menutup sebelah lubang hidung.

Amalkn setiap pagi, insyaAllah penyakit gatal di dalam hidung akan sembuh.



Sakit Yang Boleh Di Sembuhkan Dengan Limau Kasturi

Ramai yang menggunakan limau kasturi untuk menambah rasa masam pada hidangan atau paling tidak dijadikan minuman yang cukup menyelerakan. Tapi tahukah korang bahawa limau kasturi juga mempunyai banyak khasiat dan kebaikan yang ramai tidak mengetahuinya.

Namun begitu, berikut adalah khasiat limau kasturi yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dalam merawat beberapa masalah kesihatan.

1. Batuk
Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.

2. Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam.

Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar.

Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

4. Lelah
Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.

5. Kegemukan
Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat.

Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

6. Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir.

Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap.

Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

7. Kepala Berbau
Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih.

Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.

Semoga memberi manfaat.



Sumber : SINI


Ubat Tradisional Tanpa Kimia

Ubat tradisional tidak diproses secara kimia. Ubat tradisional diturunkan daripada nenek moyang. Sumber ubat tradisional diperoleh terus daripada tumbuhan (herba) atau haiwan.


1. Lidah buaya
Fungsi
- Merawat penyakit kulit
- Melegakan luka pada kulit akibat terkena benda panas

Cara merawat
- Sapu pada badan

2. Bawang putih
Fungsi
- Merawat tekanan darah tinggi
- Mencegah kanser
- Mencegah selesema

Cara merawat
- Makan

3. Kunyit
Fungsi
- Merawat kurap
- Mengubati cirit-biri
- Merawat penyakit hati

Cara merawat
- Sapu pada badan/makan


Tips Memikat Hati Mertua

Kebahagian bukan sahaja dengan pasangan anda sahaja malah dengan keluarga baru anda. Lebih lebih lagi mertua.

Jangan tersilap langkah dalam mengambil hati ibu bapa pasangan kita.

Jom kongsi tip bagaimana memikat hati mentua dan keluarga baru anda.



 First Impression 
Ingat bagaimana kali pertama anda bertemu dengan bakal suami dulu? Macam itu jugalah persiapan untuk bertemu dengan bakal mentua. Fizikal harus kemas dan sopan. Tidak semestinya lengkap berbaju kurung buat bakal mentua menyukai anda, dengan gaya kasual sekalipun, asalkan kemas dan tidak terdedah sana sini sudah memadai.

 Tutur 
Harus rendah suara dan ringan mulut. Orang tua kalau kena cara dilayan mereka akan cepat dekat dengan anda. Komunikasi berkesan tentu sahaja mampu membuatkan hubungan anda dengan mentua erat. Tawan hati mereka dengan tutur kata lembut dan penting untuk anda sentiasa mendengar apa pun cerita yang mereka ingin kongsikan. Jika mereka sudah mula mahu bercerita dengan anda maknanya mereka sudah percaya akan chemistry yang tercipta.

 Jadi Diri Sendiri 
Susah untuk jadi diri sendiri depan mentua? Tidak juga, kuncinya mudah, anda hanya perlu faham cara mereka. Apa yang disukai dan tidak. Jika anda betul² faham tiada masalah untuk anda menjadi diri sendiri dan perlahan-lahan mentua akan melihat juga menerima siapa anda dengan janji lakukannya dengan jujur bukan terpaksa.

 Sense Of Humor 
Berbalik soal komunikasi. Fakta yang perlu anda tahu, orang tua suka diusik jika isunya dekat dengan apa yang mereka suka. Jika perbualan yang dikongsi membosankan anda, ‘twist’ cerita mereka dalam nada bergurau tetapi jangan berlebihan dan kalau boleh berpakat dengan pasangan bagi meyakinkan setiap ‘jenaka’ yang cuba dijual untuk memikat hati mereka.

 Bangun Awal 
Sesekali bila pulang ke rumah mentua jangan lewat bangun tidur. Rajinkan diri untuk yang pertama bangun dan yang terakhir tidur. Bunyinya mungkin sukar tapi ini merupakan praktis terbaik untuk anda menjadi isteri dan menantu yang faham akan maksud tanggungjawab. Tidak sukar sebetulnya, lama kelamaan hal ini akan menjadi rutin yang berguna terutama apabila sudah masa menimang cahaya mata nanti.


Disebalik Usia Yang Kita Lalui

 *Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.*

 *Semakin berusia semakin kabur matanya kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.*

 *Semakin berusia semakin sensitif kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.*

 *Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya.*

 *Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.*

 *Semakin berusia semakin rambut putih kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.*

 *Begitu juga hati, semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.*

 *Akhirnya, hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.*

Didoakan semoga kita semua:-

● *Diberkati usia*
● *Dimurahkan rezeki*
● *Ditetapkan keimanan*
● *Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik*
● *Kesihatan yang baik*
● *Berjaya di dunia & akhirat*
● *Sentiasa mendapat rahmat dariNya*

Amiin ya Robbal alamin.
*آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن.*

#


Harimau tidak selamanya mengaum
Ayam tidak seharian berkokok
Manusia tidak selamanya muda
Dan tua bukan syarat untuk mati



Ya Haiyyu Ya Qayyum

Ya Haiyyu Ya Qayyum

اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ ،

Ya Allah, berilah kami petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk

وَعَافِنَا فِيمَنَ عَافَيْتَ

Selamatkanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau telah pelihara

وتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ،

Uruslah kami di antara orang-orang yang telah Engkau urus

وَبَارِكْ لَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ ،

Berkahilah kami dalam segala sesuatu yang Engkau telah berikan

وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ ،

Hindarkanlah kami dari segala bahaya yang Engkau telah tetapkan

إِنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ ،

Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan

وَإِنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ،

Sesungguhnya tidak akan jadi hina orang yang telah Engkau lindungi

تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ

Engkau wahai Rabb kami adalah Maha Mulia dan Maha Tinggi.

(HR Thabrani 3/123)

اللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلَامَ وَ الْمُسلِمِين

Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin

اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَاننَاَ الْمُسلِمِين وَ المُجَاهِدِينَ فِي فِلِسْطِين

Ya Allah, tolonglah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestina

اللَّهُمَّ ثَبِّتْ إِيمَانَهُمْ وَ أَنْزِلِ السَّكِينَةَ عَلَى قُلُوبِهِم وَ وَحِّدْ صُفُوفَهُمْ

Ya Allah, teguhkanlah Iman mereka dan turunkanlah ketenteraman di dalam hati mereka dan satukanlah barisan mereka

اللَّهُمَّ أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَ المُشْرِكِينَ

Ya Allah, hancurkanlah kaum kuffar dan kaum musyrikin

اللَّهُمَّ دَمِّرِ الْيَهُود وَ إِسْرَآئِل وَ شَتِّتْ شَمْلَهُم وَ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ

Ya Allah, binasakanlah kaum Yahudi dan pasukan Israel dan cerai-beraikanlah kesatuan mereka

اللَّهُمَّ انْصُرْ المُجَاهِدِينَ عَلَى أَعْدَائِنَا أَعْدَاءَ الدِّين

Ya Allah, menangkanlah kaum Mujahidin atas musuh kami musuh agama

بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ

dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasih

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ

Dan sampaikanlah Sholawat kami kepada Nabi Muhammad.




Cara Memilih Tembikai Yang Bagus

Pernah beli tembikai? Tahukah korang ada beberapa cara untuk memilih tembikai? Asyik duk citer camna nak pilih jodoh ja. Haa, ini antara tips yang boleh korang gunakan semasa membeli tembikai

1. Field spot. 

Asal bagi semua tembikai adalah hijau. Perasan tak warna kuning atau krim ada pada kulit tembikai. Perubahan warna ini berlaku kerana bahagian itu tidak terdedah cahaya matahari. semakin pudar warna menandakan semakin lama masa antara buahnya dipetik. Jadi elakkan field spot yang sudah putih.

2. Tangkai


Warna tangkai tembikai menunjukkan kematangan buah. Elakkan dari mengambil tangkai yang masih hijau. Sebaiknya ambillah tangkai yang agak kering dan agak layu menandakan buah sudah masak baik untuk dipetik.

3. Bunyi bahagian bawah tembikai.

Jangan pelik kalau tengok orang duduk ketuk masa beli tembikai. Ada bunyi tertentu menunjukkan bahawa tembikai itu masak atau tidak. Bagi yang kurang masak atau terlebih masak akan menghasilkan bunyi yg agak tak menarik.

4. Jantina.

Tembikai pun ada jantina tau. Kalau agak lonjong itu jantan dan yang agak bulat itu betina. Ikutlah citarasa anda, kalau jantan lebih sweet, kalau betina lebih banyak air.

5. Saiz.

Terserahlah. tapi biasanya yang besar tak selalu manis. Sederhana lebih baik. Tengok juga beratnya, saiz yang sama tapi berat berbeza menunjukkan perbezaan air dalam tembikai.

6. Urat pada tembikai.


Urat pada tembikai terhasil dari berapa banyak lebah bersentuh dengan bunganya semasa proses persenyawaan. Lebih banyak urat menandakan lebih banyak lebah bersentuh dengan bunga. Urat yang lebih banyak biasanya adalah lebih manis.


Okay, korang dah tahu cara pemilihan tembikai yang betul. Jadi lepas ni, bolehlah praktikkannya ketika sesi membeli tembikai ye :)


Cara Mudah Tanam Cili Di Rumah

Korang yang suka kepedasan semestinya tidak asing lagi dengan cili. Di musim perayaan, harga cili agak melambung. Jadi, apa kata kita cari altenatif. Tanam sendiri cili tersebut. Nanti bila tiba masanya, kita boleh petik dan nikmatinya dengan penuh kepuasan.

Dibawah ni ada beberapa tip untuk menanam cili dirumah. Semoga bermanfaan untuk korang.

1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.

2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.

3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.

4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.

5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.

6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.

7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.

8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.

9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.

10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.

11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.

12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.

13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.

14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.

15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.

16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.

17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.

18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.

19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.

20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.

21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.

22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.

23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.

24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.

25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.

26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.



Tips Memilih Durian Yang Terbaik

Dua tiga menjak ni ramai yang up status yang berkaitan dengan durian. Wow ! tengok si raja buah tu memang kecur ayaq liur. Nampak dari jauh durian tersebut seperti sedap, tapi bagaimana rasa kita tak pasti lagi.

Korang tahu tak, sebenarnya ada beberapa tips yang boleh jita cuba ketika sesi memilih durian. Tapi masih ada yang belum tahu tips cara pilih durian yang terbaik. Semoga lepas ni korang dapatlah makan durian pilihan korang sendiri tanpa mengharap penjual tu pilihkan lagi.

1. Duri
Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis.Kuis guna kuku jari dengar bunyi garing tanda masak ranum.Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

2. Bentuk Buah
Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis, dan berbiji kurus.

3. Bau
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan telah diperam.

4. Kulit
Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan.
Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.

5. Goncang Durian
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncangkan durian dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan.
Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

Sumber : SINI



Sapa suka makan durian? Kita geng!! 


Kalimah Penghapus Dosa

Barang siapa hafal tujuh kalimah, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebesar lautan:

①. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

②. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 

③. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut. 

④. Mengucap Insya Allah jika . merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.

⑤. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

⑥. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

⑦. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. 

″Semoga allah melapangkan rezeki dan kebahagiaan yang melimpah buat sahabat yang mengucapkan ″

wallahua'lam.



Apa Yang Wanita Perlu Tahu Ketika Period /Datang Haid.

Antara perkara yang wanita perlu tahu ketika period/ datang haid ialah:
.
1. Jangan minum air ais, air bergas, dan air kelapa. Semua minuman sejuk tidak boleh diminum kerana boleh menyebabkan darah menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim. Selepas 5-10 tahun akan menyebabkan kanser rahim. Minuman bergas separti cola, pepsi dan apa saja yang bergas adalah tidak digalakan sama sekali diminum ketika haid. Malah air kelapa juga tidak boleh diminum disaat sedang datang haid kerana air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim anda sejuk.
.
2.Jangan memcuci rambut kerana liang kepala sedang terbuka ketika datang haid dan boleh menyebabkan sakit kepala/ kepala masuk angin. Sakit kepala ini boleh dirasa orang muda dan tua. Jika ingin mencuci rambut perlulah menggunakan air panas/suam, dan segera keringkan menggunakan pengering rambut. Anda juga digalakan mandi air panas/suam ketika datang haid.
.
3. Jangan makan timun ketika sedang period kerana getah yang ada pada timun akan menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim..
.
4.Ketika haid tubuh tidak boleh terhantuk, terjatuh, dan terpukul dari benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, rahim boleh terluka.
.
5.Jangan makan panadol/ ubat tahan sakit ketika haid. Anda sepatutnya mengamalkan minum air suam. Seseorang yang mengamal minuma air suam akan kurang merasa sakit ketika haid, malah tidak merasa sakit perut lansung. Makan panadol ketika haid menyebabkan anda senang keguguran.





Calon Isteri Yang Berlagak

" Syg.... you nk mkn apa? " soal si lelaki.

" I nk mkn seafood, I suka sgt....." bls si gadis. Raut wajah lelaki tu berubah mendung.

" Sorry syg.. Mak I masak lauk ni je, nasi, telor, kicap jr.. Ini jr yg mampu Mak I sediakan utk you." Balas lelaki itu rasa serba salah. Lalu membuka tudung saji di atas meja di hadapan mereka. Gadis yg tadi bgitu manja terus bertukar berang, wajahnya kemerahan ....

" Ehh... ini jer ke yg  Mak kau masak untuk aku? Alah klu setakat ni baik xpayah susah-susah nk undang org datang rumah!! Buat malu jer..." Balas gadis itu penuh sinis. Lelaki muda itu tersentak... Gadis itu lantas berlalu sambil mencapai beg tangannya. Tiba_tiba terdengar lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Gadis itu menoleh..

" You..I gurau jer lah. I tau la selera you. Mak I dh masak macam-macam dh tu ada kt ruang meja utama tu...Ahahaha..." Lelaki itu terus ketawa. Gadis itu terus tersenyum.

"You ni, suka tau gurau...eee...geramnya.." gadis itu merengek manja. Gadis itu terus menarik tangan lelaki itu.."Jom.."

" Ehh..jap. Nak ke mana?" Soal lelaki itu.

" Ehh you ni, nak makan laa, I dh lapar ni..." kata gadis tu.
Lelaki itu tersenyum pahit.

" Aku rasa aku dah buat satu kesilapan besar. Betul ckp mak..klu nk cari isteri carilah yg boleh mkn nasi blaukkan telor dan kicap, klu mkn semua itu tanpa merungut, Inshallah dialah calon yg terbaik yg boleh menerima kita di saat kita jatuh, bkn saja di saat kita senang..." Gadis itu tergaman....lelaki itu tersenyum...

"Maaf.... kau bukan calon isteriku..... Kau bukan gadis yg selayaknya utk mjadi menantu kpd ibu ku.....kau boleh pergi skrg......kita putus..." Gadis itu tergaman, gadis itu merayu.....tapi lelaki itu tetap dgn keputusannya.Si Ibu sdg memerhati dari kejauhan, air mata si ibu menitis. Akhirnya gadis itu berlalu dgn kdaan yg penuh 1001 penyesalan....

Moral of the story, nk cari teman hidup, carilah yg boleh menerima kita seadanya.. dlm keadaan susah dan senang, yg paling penting carilah yg boleh menerima dan menghormati ibu mu... Inshallah... bahagialah hidupmu.....

( Sekadar renungan bsama)

kredit cintaku wardah ze

Sumber : Siakap Keli


Perpisahan Dalam Pertemuan


Rindu. Hanya itu ungkapan yang mampu aku ucapkan. 
Rindu. Terlalu banyak kenangan yang tercipta antara kita
Rindu.. sungguh aku rindu

Team Raya Di Perantauan


Selamat Hari Raya dari kami #teamrayachargemanA1

Hari ni, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang telah mengadakan majlis Hari Raya bersama pelajar dan turut dihadiri oleh alumni. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Untuk majlis hari ni, kami telah membuat persiapan selama tiga hari yang lepas. Majlis kali ni sedikit unik. Kenapa? Sebab tahun ni, setiap jabatan perlu mengambil bahagian/ handle sebuah booth. Setiap jabatan perlulah menyediakan menu mengikut pilihan sendiri. Menu pilihan untuk Jabatan Senggaraan adalah buah-buahan dan pasembur. Alhamdulillah, pasembur laku keras. Kihkihkihhh.. Buah-buahan pun hanya tinggal sedikit sahaja di penghujung majlis. 

Kemeriahan majlis raya memang terasa. Tapi aku tak sempat nak merasai semua tu. Sedis.. sedis.. tak sempat nak menghayati kemeriahan yang diberikan. Kenapa? Sebab aku sibuk handle booth. Layan tetamu yang berkunjung ke booth kami. Oichhh lupa nak cakap, kali ni ada pertandingan booth tercantik tau. Antara kateria yang dipertimbangkan termasuklah, layanan kepada pengunjung, kekemasan booth, kemeriahan booth, kebersihan booth dan beberapa ciri yang lain lagi. Alhamdulillah, booth kami menang tempat ketiga. Okaylah tu.. tapi macam tak percaya pun ada. Sebab kami settlekan semua ni dalam masa tiga hari sahaja. Sebenarnya tak mengharapkan apa-apa pun. Alhamdulillah, booth kami berjaya menambat hati juri. Menang tempat ketiga. Yesss team chargeman A1 berjaya !!! :)


Tiga hari yang lepas, kami diberi kotak dan juga beberapa item yang lain. Okay, kami cuba kreatifkan diri waktu kepala sedang tepu. Sebearnya waktu ni, kami tak tahu menahu pun tentang booth tu. Last minute dapat tahu, memang kelam kabut. Tak cukup masa dan tenaga. Menggunakan kotak tu kami plan untuk buat rumah 3D. Huhuhuuu.. buat.. buat.. buat.. kelam kabut.. dengan bahan yang tak berapa nak cukup. Time ni kamu buat dalam bilik lecture. Perhhh nikmat sungguh, buat kerja dalam aircond. Kihkihkihhh..


Sementara siap kan rumah 3D, sebahagian dari kami sedang gigih berusaha siapkan booth dalam dewan. Waktu ni, mereka sedang sibuk deco meja untuk letak buah-buahan dan juga pasembur. Gunalah kretiviti yang ada untuk mencantikkan meja tu.


Hari ketiga, akhirnya rumah 3D kami siap. Sangat simple sebenarnya tapi kami puas hati. Puan Lin, lecture yang handle kami pun puas hati. Alhamdulillah. Inilah team kami yang design rumah 3D. Pisttt korang lepas ni, kalau ada yang nak bina rumah bolehlah rojer kami ye. Heheheheee...


Tadaaaa... Siap sebahagian dari hiasan booth kami. Gunalah segala macam bahan yang ada dipersekitaran untuk hiasan. Waktu ni kami sedang kalut nak dirikan rumah 3D kami. Huhuuu..


Rumah 3D hasil kretiviti kami. Simple je. Tapi inilah yang menarik perhatian juri dan pengajar-pengajar yang lain. Inilah port lepak mereka waktu majlis berlangsung tadi. Fuhhh.. kami sibuk layan tetamu di booth, pengajar sibuk lepak depan rumah 3D kami, di belakang booth.


Kawasan kami agak sempit. Kenapa? Sebab booth sebelah dah ambil sedikit kawasan kami. Hurmmm, sakit hati jugak sebenarnya. Sesuka hati je ambil bahagian orang, dah lah tak minta izin, tak minta maaf. Kami terpaksa adjust balik kedudukan booth kami. 


Siap. Inilah hasil yang tercipta dengan sedikit tenaga yang kami sumbangkan.


Pengajar sedang lepak. Itulah port lepak diaorang sepanjang majlis berlangsung tadi. Rumah 3D kami menjadi pilihan mereka. Bukan sahaja pengajar dari jabatan kami tau, pengajar jabatan lain pun turut sama melepak dekat sini. 




Menu kami, pasembur dan buah-buahan. Untuk buah-buahan aku tak sempat nak tangkap gambar. Sedis. Sebab time ni dah mula kalut melayan tetamu. Tak sempat nak pegang telefon.

Ini je yang sempat posing sebelum muka masing-masing comot berpeluh. Huhuuu, sebahagian dari rakan sekelas. Selamat hari raya dari kami #teamrayachargemanA1.

Ini merupakan jamuan raya terakhir kami di IKTBN, Sepang. InsyaAllah lepas ni dah boleh join alumni IKTBN, Sepang. Huhuhuuu.. doakan kami semua berjaya ye. Tak sabar nah habis belajar !

Tanda-Tanda Lelaki Serius Dalam Perhubungan


1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.


HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

Aku Ikhlas Menyayangimu

Maafkan jika kehadiranku mencipta derita..
Antara engkau dan dia..
Sering kali hati ini bertanya..
Di mana silapnya..

Maafkan aku jika kehadiranku membuatkan dirimu tak selesa..
Ketahuilah olehmu..
Bukan niatku mencipta derita..
Namun aku menusia yg punya rasa cinta..
Dan rasa itu merupakan anugerah daripadaNya..

Jika kehadiranku..
Membuatkan engkau membenci padaku..
Aku terima kebencianmu..
Aku redha dengan ketentuan itu…
Namun satu yg aku mahu kau tahu…
Dulu, kini dan selamanya..
Aku tak pernah beniat merampasnya daripadamu..

Kisah kasih ini memerlukan dua insan..
Dan aku lah yg harus pergi dari kisah ini..
Dan itulah yg sedang aku laksanakan..
melepaskan segala rasa dan cinta yg pernah tercipta di hati..

Cukuplah sedetik cuma aku merasa bahagia..
Cukuplah pandangan serong orang yg kurasa
Jika inilah yg harus kuterima..
Aku redha dengan ketentuanya..

Aku manusia yg punya rasa
Getar hati anugerah yg maha esa
Kini ia memberikan derita
Pada dirimu dan dia..

Mulai saat ini..
Ku lepaskan hatinya..
Semoga engkau dapat mencipta bahagia..
Yang berkekalan selamya..

Jaga hatinya..
Sesunggahnya dia anugerah yag tak terhingga..
Usah mencipta alasan bersamanya
Kerana hanya keyakinan yg akan mencipta bahagia..

Maafkan diri ini..
Membuatkan air matamu menitis lagi
Usaha lah ada sangsi lagi…
Tentang cinta yg dia beri..

Usah lah ragu dengan dirinya
Kerana sejujurnya dia..
Amat mengasihimu..
Tak kira sejauh mana halangan menimpa untuk kau bersamanya..

Mafakan dirimu..
Ini mungkin yang terakhir buatmu..
Andai benci itu milik diriku…

Untuk kau tahu..
Aku tak kan memilih dia untuk bersama ku..


Dihukum Kerana Rindu

Aku terhukum kerana menyayangimu,
seperti gerimis yang hanya mampu kulihat,
di sebalik jendela dan kau pergi menjinjing,
semangat yang larut dalam deras hujan,
di penghujung perjalanan kita,

Aku pun enggan berterusan menanti,
gerimis ini membasahi laman jiwa,
aku mengejarmu yang tidak juga,
kupaksakan untuk berhenti,
melihat ke dalam diri sendiri,

Kau hukumlah aku kerana menyayangimu,
biar hujan menghilangkan jejak rindu,
hari ini aku nekad untuk terus menantimu,
doaku agar kita bertemu,
walau hanya dalam segumpal mimpi,
tergantung di langit yang tinggi,

Aku harus menunggumu lagi,
kerana itu adalah segunung bahagiaku,
yang mampu kubawa bersama,
dalam cerita lara kita..



Senaman Yang Sesuai Untuk Kecilkan Peha


Best thigh slimming Exercises

1) Lunges
2) Side lunges
3) Dumbbell deadlift
4) But bridge
5) Wall sit
6) Squats


Antara ibu dan kekasih

Antara ibu dan kekasih.. bagi kau siapa lagi penting?

Ada manusia yang terus melupakan ibunya setelah bertemu kekasih, konon kekasih sejatilah tu.
Ada manusia yang bahagia disisi ibu tersayang walaupun tidak mempunyai kekasih.

Ibumu akan mencintaimu dan membiarkanmu melakukan apa yang terbaik untukmu, menurutmu, memberi semangat serta berusaha membimbingmu menjadi anak baik..

Kekasihmu akan mencintaimu tetapi takkan membiarkanmu untuk melakukan apa yang terbaik untukmu, menurutmu, cenderung mengatur hidupmu.. dan bila kau berusaha menolak, dia akan marah!

      Ibumu akan terus mencintaimu walau kamu jauh darinya, bahkan ketika kau telah tiada..
Kekasihmu akan berkurang cintanya, bahkan habis ketika kau jauh, apalagi ketika kau telah tiada..

     Ibumu akan menerimamu dengan tangan terbuka walau kau telah menyakiti hatinya yang terdalam..

 Kekasihmu juga akan menerimamu, tapi sebelum itu, kau harus berlaku manis!

      Ibumu takkan pernah menuntut apapun darimu walau ia telah mencintaimu sejak kau dilahirkan..

 Kekasihmu yang baru saja mencintaimu akan menuntut balasan dari rasa cintanya..

       Ibumu akan meberimu ruang sebesar mungkin untuk berbagi cinta kepada temanmu, orang disekitarmu..bahkan kekasihmu

 Kekasihmu cenderung tak memberimu kesempatan untuk menyebar cinta kepada insan lain, kalaupun kau tak bermaksud curang, kerana dia akan selalu menganggapmu curang!

         Ibumu akan benar-benar memberimu cinta yang paling ikhlas di muka bumi ini..

 Kekasihmu?? Tidak!!

 Pada saatnya nanti kita semua memerlukan kedua cinta tersebut dalam cinta masing-masing.. kerana tanpa kedua cinta tersebut, hidup akan terasa hampa..Ya, cinta dari Ibumu dan cinta dari kekasihmu.

 Bijaklah dalam mencintai dan dicintai, dalam mengertikan cinta kerana segala sesuatu akan indah bila pada waktunya...
Wahai anak,
Ibu tak mungkin romantik seperti kekasihmu,
tapi ibu selalu berusaha melakukan yang terbaik walaupun
tanpa meluahkan kata kata yang indah di telingamu

Selamat Pagi Dunia

Assalamualaikum, Selamat pagi.

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ni. Ucapkan rasa kesyukuran kita kepada-Nya.

Pagi ni, rutin harian aku seperti biasa. Bangun pagi, berebut tandas. Hahaaa adatlah situasi di asrama, kan. Tapi seperti kebiasaannya juga, aku merupakan salah seorang yang terawal bangun di aras aku jadi takde lah bersesak sangat toilet waktu tu.

Pagi ni, seperti biasa selepas perhimpuan pagi jam 7 setengah pagi nanti aku akan terus ke kelas. Berdebar.. cuak.. takut pun ada ni. Pagi ni aku ada kuiz untuk subjek Matematik Kejuruteraan. Fuhhhh ! Baru minggu lepas start kelas, minggu ni dah ada kuiz. Kau rasa?

Apapun aku harap aku mampu lakukan yang terbaik. Disebabkan semester ni merupakan semester terakhir, jadi aku perlu berusaha dengan lebih gigih lagi. Subjek-subjek semester ni pun majoriti killer sangat jadi, tabahlah wahai diri.

Okaylah, tak guna berleter panjang pagi ni. Huhuuu jam pun dah pukul 7 pagi. Jadi ada lagi setengah jam untuk aku perhimpunan pagi. Semoga hari ni berjalan dengan mudah dan indah. Semoga aku tabah melalui hari ini dan hari-hari mendatang. Sesungguhnya, tiada kejayaan tanpa usaha. Morning gais