31 Oktober 2017

Nuffnang On Going

Assalamualaikum. Selamat pagi. Pagi ni aku berkesempatan untuk log in akaun nuffnang. Rasanya dah lama kot tak login. Alhamdulillah, pagi ni tersenyum gembira. Nuffnang on going. Happy sangat! Sebab dah lama nuffnang tak singgah ke blog aku.

Okay, untuk pagi ni aku sempat berentri. Seperti biasa setiap pagi aku akan blogging kejap sebelum bersiap untuk pergi kelas. Biasanya, pagi-pagi aku lebih suka blogwalking. Sebab wifi waktu ni laju.

Untuk korang yang nak aku terjah bolehlah tinggalkan link korang kat bawah ni. InsyaAllah pagi esok aku akan blokwalking. 

30 Oktober 2017

Buktikan Rasa Sayang Bukan Hanya Sekadar Kata-Kata
Wanita itu sifatnya sgt suka pada kasih sayang. Sekuat mana pun seorang wanita cuba menolak cinta, keprihatinan seorang lelaki seringkali mencairkan juga hati wanita mereka.

Namun sayang, seorang lelaki seringkali silap dalam mengasihi sesorang wanita. Mereka yang pada awalnya sgt prihatin, penyayang dan sentiasa ada akan berubah 50% dari sikap awalnya setelah ssorg wanita itu menunjukkan rasa syg yang tidak berbelah bagi terhadap mereka. Mengapakah begitu wahai lelaki ??

Mengapa kalian tidak mampu menjadi orang yang sama selamanya?

Seorang wanita yg baru mengenal cinta akan mendambakan pasangan yg kacak, yang sado atau barangkali yang berkerjaya hebat.

Namun sebenarnya bukan itu yang diperlukan dalam sebuah alam bernama rumahtanggga!
Seorang isteri hanya memerlukan seorang lelaki biasa yang berperanan luarbiasa disisi mereka dan anak-anak.

Lelaki yang boleh merubah tangismu menjadi tawa, merubah dukamu menjadi bahagia, merubah hari-hari sulitmu menjadi hari yang sangat luarbiasa!

Dan bagaimana mungkin hanya perasaan sayang yg dipegang utk membina sesebuah hubungan. Semua org mampu berkata sayang tapi bagaimanakah sayang itu memainkan peranan? Adakah dia ada di sisi ketika dalam kesulitan? adakah dia menjaga kamu walaupun dari jauh ? Adakah dia ada untuk mendorong kamu ??

Sesungguhnya...

"Pilihlah suami yang baik agamanya.
Bila MARAH tidak akan MENGHINAMU.
Bila CINTA akan MEMULIAKANMU!!"

Lalu cinta itu akan membahagiakanmu bukan hanya buat kamu makan hati selalu....
Semoga kita memperoleh bakal suami dan suami yang dapat membimbing kita je jalan yang diredhai.  Sekaligus dapat menjadi bapa yg penyanyang dan penuh kasih sayang terhadap kita dan anak anak kita kelak.

Cinta itu indah jika di bajai dgn ikhlas. Wanita bila brsuara tentang perasaan, jiwa bagaikn hidup. Namun awas jgn hanyut dgn sang arjuna. Simpan juga utk protect kemudian hari..

Allah hadirkan org yang baik utk yang baik namun jika sebaliknya, itulah ujian buat kita. Redha itu nikmat..
Kisah Seorang Budak Lelaki Dan Pokok Epal
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki gemar bermain disekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu menyukai budak tersebut.

Masa berlalu, budak lelaki itu sudah besar dan menjadi remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu pada suatu hari dia datang pada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-main di sekitar ku", ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau", jawab remaja itu. 

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang membelinya", tambah remaja itu dengan wajah yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata“Kalau begitu petiklah epal dariku, jualkan untuk mendapatkan wang. Dengan itu dapat membeli permainan kau”.

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik buah epal dipokok epal itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Suatu hari, budak itu remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

“Marilah bermain disekitar ku”. Ajak pokok epal itu.

"Aku tidak ada masa untuk bermain-main. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku inginkan rumah sebagai perlindungan keluargaku. Bolehkah menolong ku?", tanya budak itu. 

"Maafkan aku, aku tidak mempunyai rumah tetapi kau boleh memotong dahanku yang besar dan kau bolehlah buat rumah daripadanya”. Pokok epal itu memberi cadangan.

Lalu budak itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak lelaki itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya budak lelaki yang selalu bermain dibawah pokok itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain disekitar ku", ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, aku bukan lagi budak yang suka bermain disekitarmu, aku sudah dewasa dan aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau membantu aku?". Tanya lelaki itu. 

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau tetapi kau boleh memotong aku untuk dijadikan bot", cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa sangat gembira dan segera memotong pokok epal itu.

Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembira dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun suatu hari seorang lelaki yang telah dimamah usia datang menuju kearah pokok tersebut. Dia ialah budak lelaki yang selalu bermain disekitar pokok itu.

"Maafkan aku, aku tidak mempunyai apa-apa lagi yang nak diberikan kepada kamu. Aku sudah memberikan buahku untuk dijual, dahanku untuk kau membuat rumah dan batangku untuk kau membuat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati", kata pokok itu dengan nada yang sedih.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi dan aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya. Aku berasa penat dan ingin berehat", jawab lelaki itu.

"Jika begitu, berehatlah di perdu ku", cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu berehat diperdu pokok epal itu. Mereka menangis kegembiraan. 

Nilai Baik
Lelaki itu sentiasa berusaha untuk mencapai cita-citanya dan dia juga mempunyai cita-cita yang besar. Pada mulanya dia amat menyanyangi tempat yang dia selalu bermain itu.

Nilai Buruk
Lelaki itu tidak menghargai jasa dan bantuan orang lain. Selain itu dia juga tidak mensyukuri nikmat yang diberi.

Sumbe : KisahTauladan


Take Note : Cerita ini ditulis untuk mengajak muda mudi masa kini untuk berfikir pengajaran cerita ini. Sebenarnya, pokok epal itu ialah kedua ibu bapa kita. Bila kita masih muda kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja kita perlukan bantuannya untuk terus hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan, apabila dalam kesusahan. Namun begitu mereka tetap menolong dan melakukan apa saja asalkan kita gembira dan bahagia dalam kehidupan. Anda mungkin terfikir budak lelaki itu kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itulah hakikatnya. Kebanyakkannya anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya menghargainya semasa menyambut hari ibu atau hari bapa setiap tahun.
Takbur Dan Kesombongan...
Di mana ada sifat dan akhlak yang terkeji.
Maka di situlah orang yang takbur itu mendekatkan diri,
Kerana ia serasi membesarkan diri.

Dan di mana ada sifat dan budi pekerti yang terpuji.
Maka di situ orang yang takbur itu menjauhkan diri,
Kerana ia takut kesombongannya mati dan hasad dengkinya berlalu pergi.

Janganlah takbur dengan keturunan kerana dari saripati yang hina kita di jadikan. Itik tak sudu dan ayam tak makan. Maka apalah sangat yang hendak di banggakan..

Janganlah takbur dengan kecantikan, kerana bukankah situ tempat segala penyakit dan kekotoran ? Sampai masa di cabut, di potong dan di buang. Sampai bila cantik itu hendak di banggakan ?

Jangan juga takbur kerana kekuatan.
Bukankah akhirnya tulang dan kulit sahaja yang melekat di badan ?

Tidak boleh juga takbur dengan ilmu pengetahuan kerana itulah penyakit yang sangat menakutkan . Buah dan inti sebenar dari ilmu pengetahuan adalah adab dan sopan bukan ilmu yang hendak di bangga - banggakan

Akhirnya jangan sesekali takbur dengan amalan. Bukankah tidak masuk Syurga orang yang ada takbur walau sekuman....?



sumber:krditutkPnSharipah.

29 Oktober 2017

Movie Janji Dengan Nyawa


Janji Dengan Najwa menceritakan pengorbanan seorang ayah setelah kematian isteri tercinta dan juga pengorbanan seorang abang sulung menjaga adik-adiknya. Setelah kematian isteri tersayang, Pak Uzir terpaksa menjaga 5 orang anaknya. Aliff merupakan anak yang sulung berusia 18 tahun, diikuti Aina 14 tahun, Akma 12, Ayie 10 dan Afiq 8. Baginya kelima-lima anak tulah tunjang kehidupannya. Kesetiaannya kepada Piah begitu agung dan rasanya dia tidak mahu mengkhianati cintanya. Biarpun ada dua tiga orang anak dara atau janda di kampong itu yang ingin mengambil tempat Piah. Malahan, baginya jika beristeri baru, tidak semestinya dapat menggantikan tempat ibu kepada anak-anaknya. Aliff merupakan seorang anak yang bijak. Keputusan peperiksannya amat memberansangkan dan berpeluang untukmelanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun, memikirkan adik-adiknya yang masih kecil dan kasihankan ayahnya, Aliff memendamkan sahaja hasratnya.

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku
SINOPSIS LELAKI ITU PEMILIK HATIKU


Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila.

Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya.

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea.

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.

Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

Sumber : Myinfotaip

28 Oktober 2017

Sinopsis Drama Raisha

SINOPSIS RAISHA 

Mengisahkan seorang gadis materialistik yang bernama Raisha (Diana Danielle). Raisha telah dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan. Ibu bapanya, Samsudin dan Arfah (Rahim Jailani dan Laila Nasir) yang telah berkahwin beberapa tahun, menghadapi kesusahan untuk mendapat zuriat. Namun, setelah berjaya melahirkan Raisha, Arfah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tragedi ini memberi impak yang amat dalam kepada Raisha.

Walaupun kehidupan Raisha di kampung serba kekurangan, Samsudin sentiasa memberikan pakaian dan barangan yang elok untuk puterinya itu. Masa berlalu dan Raisha sudah pun meningkat dewasa. Terbiasa dengan sifat ayahnya yang sentiasa menurut kehendaknya, Raisha membesar menjadi seorang yang kuat memberontak apabila permintaannya tidak diturutkan. Oleh itu, Raisha dan Samsudin sering tidak sehaluan dan mereka sering mengadu nasib di kubur Arfah.

Sifat manja Raisha semakin menjadi-menjadi apabila dia mula melanjutkan pelajarannya di sebuah institut pengajian tinggi swasta. Hal ini kerana, kebebasan tanpa pengawasan penuh ayahnya yang sentiasa diidamkan Raisha sudah pun tercapai. Di Kuala Lumpur, Raisha berkenalan dengan pelbagai jenis orang di kolejnya termasuk golongan kaya dan golongan industri fesyen. Berrbekalkan dengan kecantikan Raisha, Raisha sering ditawarkan untuk menjadi peragawati. Bermula dari situ, kehidupan Raisha semakin liar dan mula ke kelab malam dan bekerja sebagai peneman sosial (escort) bersama rakannya Melly. Namun, kebahagiaan yang dirasakan Raisha ketika itu mula berubah apabila kelab malam mereka dikepung pihak berkuasa dan menangkap semua peneman sosial termasuk Raisha dan Melly.

Bagaimanakah kesudahan kehidupan Raisha? Dapatkah Raisha memperbaiki kehidupannya?

Credit : Myinfotaip
Bahagia | Pentingnya Bahagiakan Diri Sendiri

Bahagiakan Diri Sendiri Pula !!

Adakalanya kita telah byk berusaha..
Namun segala usaha itu dicurah utk org lain.
Hingga kita tidak punya apa apa utk diri sendiri..

Sampai satu ketika...
Kita berasa bukan siapa siapa..
Kerana kita tidak punya apa apa utk diri sendiri..
Di satu sudut hati...adakalanya kita berasa sedih .
Namun tiap kali melihat kegembiraan org yg kita kasihi,
Segala kesedihan hati terpujuk dgn kebahagiaan mereka.
Melihat mereka bahagia..cukup utk membuat kita lupa tentang segala yg kita telah berikan.

Jika kita telah mendorong org lain utk mengecapi kebahagiaan dan kejayaan..
Kita juga perlu mencapai sesuatu utk diri sendiri juga..
Biarlah lambat...yg penting kita juga merangka sesuatu utk diri sendiri.
Dan perlu diingat kita juga perlu ada cita-cita dan keinginan.

Jadi...usahakanlah mencapai segala apa yg dicitakan.
Tidak ada istilah lambat dalam hidup..
In sha Allah org yg kuat,mampu mencapai apa yg diingini dalam hidup krn mereka telah biasa merangsang org lain utk berjaya dan bahagia.
Lalu bahagiakanlah diri sendiri pula !!


27 Oktober 2017

Jangan Makan Kalau Terjumpa Warna Putih Ni Kat Pisang ! Nak Tahu Kenapa??
Jangan Makan Kalau Terjumpa Warna Putih Ni Kat Pisang ! Nak Tahu Kenapa??
Hati-hati sebelum makan buah tu okay....


Korang pernah tak jumpa tanda putih kat kulit pisang sama seperti dalam gambar ni ??  Kalau pernah, tolong berhati-hati dan pastikan korang tak pegang apatah lagi makan pisang tersebut. Kalau korang nak tahu, tanda putih itu merupakan sarang telur labah-labah yang sangat merbahaya! 

Spesis labah-labah Wanderung Brasil merupakan sepsis labah-labah yang akan menyebabkan kematian pada manusia lebih kurang 1 jam sahaja selepas digigit.  Spesis labah-labah ini sangat suka bersarang dalam buah-buahan dan gigitan anak lebah sangat berbisa.. 


Pastikan korang periksa buah-buahan yang dibeli sebelum korang makan okay! 
Kawalan Motor Star Delta

Kali ni diberi tugasan untuk siapkan litar kawalan motor star delta. Mula mula dapat tugasan ni rasa blur lah jugak. Eh macam mana nak buat ni? Apa yang perlu dibuat dulu? Bla.. blaa.. blaaa.. blaaaa...

Bagi aku motor control ni mudah bila kita faham konsep dan litarnya. Tapi aku tak berapa faham sangat. Heheee.. matilanakkk exam dah dekat.

Motor control.. aku boleh baca litar pada drawing, aku boleh buat wiring pada panel tapi aku gagal buat drawing tanpa sebarang bantuan. Contohnya, kalau lecture bagi tugasan 'Lukis litar motor kontrol star delta. Dalam tu pastikan ada limit switch, guna selector switch dan blaa.. blaa.. blaaa'. Aku gagal! Gagal buatkan litar tersebut. Sedih!

Untuk kali ni, litar telah lecture sediakan. Tugas kami lukis kembali litar tu diatas kertas A4. Dah siap, tunjukkan hasil kerja tersebut oada lecture untuk disemak dan dicop. Setelah itu bolehlah mulakan kerja kerja wiring pada papan penal.

Untuk kali ni, kami menggunakan cable recycel. Cabel kitar semula. Ada cable yang panjang dan ada juga yang pendek. Jenis aku, kekemasan jatuh ke tempat paling bawah sekali. Yang penting wiring siap dan hidup. Hehee.. litar tu hidup bila ditest, itu yang paling penting. Sangat penting. Terpenting sekali.

Untuk drawing dan wiring kali ni aku mengambil masa sekurang kurangnya 2 hari. Alamakkk lamanya?? Eh, sebenarnya takde lah lama sangat. Buat kerja sambil santai santai. Hahaa buat sekejap pastu rehat punyalah lama. Sambung buat semula sekejap pastu kembali rehat dalam masa yang agak lama. Kihkihkihhh.. buat kerja sambil main main weh ! Tak sedar exam dengan Suruhanjaya Tenaga dah dekat !

Siap wiring. Tiba masa untuk pengujian. Pengujian menggunakan motor delta. Perasaan waktu nak test projek? Fuhh jangan ditanya. Cuak, takut, nervous itu memang ada. Aku orang pertama melakukan pengujian ini. Heheee cuak jugakk bila kita buat sambungan sambil diperhatikan oleh rakan sekelas dan lecture.

Alhamdulillah. Berjaya.

Bahagia | Memberi Bahagia Akan Membuatkan Kita Bahagia

Memberi Bahagia...

Setiap hati yang di beri rasa gembira akan mendapat pahala. 
Bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada semua makhluk yang bernyawa.
Siram pokok dapat pahala, beri haiwan minum dan makan pun dapat pahala. Malah ada yang di beri ganjaran Syurga. 

Perbuatan baik dan kasih sayang itu menjemput rahmat Allah Taala. 
Mungkin ramai yang anggap remeh berbuat perkara - perkara yang biasa seperti senyum, buang sampah, cuci tandas, ramah tamah dan beri salam tetapi impak nya sangat besar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik terlebih dahulu kepada diri kita. 

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Amal yang paling Allah suka setelah menunaikan yang fardhu adalah memberi rasa gembira kepada orang mukmin 
H.R.Imam Baihaqi
Allah buka banyak kesempatan kepada kita untuk berbuat perkara baik walau pun sebesar hama. 
Jangan pandang remeh akan kecilnya tetapi pandanglah rahmat Allah bersama nya. 

Setiap hati yang di beri gembira akan mendapat pahala. 
H.R.Imam Ibnu Syaiban, Imam Malik, Imam Abu Daud dan Imam Syaibani. 
Tiadalah daya upaya melainkan Allah membantu kita semua dengan rahmat Nya.

Sumber : C&P
Rawat Kulit Wajah Berjerawat Dengan Kulit Pisang

Khasiat Kulit Pisang

Pisang mempunyai banyak khasiat dan zat yang terbaik untuk kesihatan. Namun mungkin tidak ramai yang tahu bahawa kulit pisang juga mempunyai khasiat luar biasa untuk kecantikan kulit wajah.

Dipetik daripada Style Craze, kulit pisang dikatakan mampu mengatasi masalah kulit bermasalah seperti jerawat dan kulit kusam.

Caranya adalah seperti berikut:

1- Gosokkan kulit pisang pada wajah sehingga warna kulit menjadi hitam.

2- Lakukan proses ini selama 10 minit

3- Biarkan sisa-sisa kulit pisang tersebut melekat pada wajah untuk satu malam.

4- Ulang setiap malam sebelum tidur.

Selain wajah, kulit pisang juga mampu memutihkan gigi kuning.

Sapa nak cuba boleh cuba ye..


26 Oktober 2017

Cara Ubati Eczema Tanpa Mengambil Ubat
Tadi tengah berfacebook, terjumpa satu perkongsian oleh salah seorang sahabat. Katanya sebelum ni ni dia mengalami masalah kulit sensetif yang teramat sangat. Pelbagai cara sudah dicuba untuk mengubatinya tapi semuanya hampa. Jadi dia mengambil keputusan untuk buat uji kaji sendiri.. uji kaji eh...

"Saya nak share macamana cara mengubat eczema tanpa mengambil krim nda ubat dari klinik/hospital. Eczema terjadi apabila kulit kita terlalu sensitif dengan beberapa perkara seperti alergic terhadap habuk, pemakanan, bahan pencuci, sabun dan bahan-bahan kimia yang lain.

Kulit saya sensitif kepada tenusu dan bahan bahan kimia seperti pencuci muka, pencuci pinggan dan sabun mandi, lotion serta skincare yang lain. Saya menggunakan barang barang organik tu semula jadi atau klinikal skincare.

Solution:
Saya mnggunakan vaseline. Mudah dan senang. Losyen dan moisturizer muka. Say pernah guna krim yang diberi doktor tapi kesannya semakin teruk. Kulit jadi kehitaman. Jadi, saya cari solution sendiri dibantu dengan nasihat pharmacist dan doctor.

Alhamdulillh selepas seminggu eksperimen, ezcema di tangan saya beransur pulih tanpa pakai krim dari klinik dan tanpa makan sebiji ubat dari klinik/hospital."



Take Note : Kakyong salah seorang pengguna vaseline ni. Apa yang bagus tentang vaseline? 
Vaseline membantu atasi kulit muka yang kering menggelupas, membuang sel kulit mati yang ada pada celahan kuku kaki dan tangan. Vaselne ni sangat best sebab tidak berminyak. Sebelum ni pelbagai produk untuk muka yang dipakai tapi semua hampa. Sebab bila tepek tepek bedak, nampak sangat kepingan kulit menggelupas tu. Tapi sejak pakai vaseline ni, dah tak de masalah untuk tepek tepek bedak. Hahaaa suka sangat ! Sekarang ni sudah menjadi rutin setiap pagi, sebelum ke kelas, kakyong akan sapu vaseline pada muka. Lepas tu sapu bedak Johnson Baby Powder dan siap. Okay, gerak pergi kelas dengan muka yang gembira gitu. Huhuu...



Tawan Hati Suami Dengan Cara Paling Bijak Dan Mudah
Susahnya nak memahami hati seorang lelaki. Maklumlah golongan ini sukar berterus-terang dan tidak gemar meluahkan dengan kata-kata jika berlaku sesuatu yang tidak kena. Sebagai isteri, pasti anda gusar jika suami asyik bermasam muka tetapi anda tidak tahu di mana salahnya.

Perhatian dan belaian manja dari seorang isteri tercinta adalah antara perkara utama yang lelaki inginkan. Sebolehnya mereka mahu diberikan perhatian bertaraf lima bintang.jika tidak mulalah mereka mencari jalan keluar dengan mencari cinta baru hingga terjebak dengan cinta budak sekolah seperti yang viral baru-baru ini.


Jika anda tidak mahu perkara ini berlarutan, sila awasi tingkah laku suami anda dan lakukan perubahan mulai hari ini dalam menawan hati suami dengan cara paling class! 


1. Up to Date
Biar pun anda bergelar suri rumah sekali pun dan terlampau sibuk uruskan anak-anak. Jangan sesekali ketinggalan zaman, sentiasa up to date termasuklah dari segi berpakaian atau menggunakan gajet agar kamu tahu apa suami kamu lakukan dengan teknologi.


2. Ingatlah Suami Dalam Doa
Sebagai manusia yang lemah, jangan lupa Allah sentiasa bersama kita. Oleh itu, sentiasalah panjatkan doa agar hubungan suami isteri sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Sentiasa berdoa agar saling menyayangi dengan setulus hati.


3. Bersalaman
Biar pun dianggap remeh, jangan lupa untuk tegur dan salam tangan suami apabila dia sampai ke rumah dari tempat kerja sebelum kamu menyambung tugas-tugas lain di rumah. Respek, respek dan respek!


4. Buat Apa Pun Kena Bawa Bincang
Berlatih dan sentiasa menjadi pendengar yang baik untuk suami. Tidak kira mendengar masalahnya di tempat kerja ataupun berbincang mengenai hal keluarga sendiri.


5. Layan Hobi Suami
Sentiasa beri suami masa yang berkualiti untuk dia lakukan apa yang dia mahu contohnya melayari internet atau melihat apa yang dia suka di e-bay dan online dan sebagainya. Jangan jadi mandur dalam kegemaran dan hobi suami. Lebih indah jika anda dan si dia melakukan hobi itu bersama-sama.

6. Masakan Kegemaran
Selalu masakkan makanan kegemaran si suami, tidak susah dapatkan sahaja rahsia dari ibu mertua kesayangan anda. Melalui masakan sebenarnya anda boleh tambat hati suami dan memberikan kebahagiaan buat si suami. Tidak perlulah dia ke kedai mamak lagi jika perut berkeroncong

7. Elak Suami Rimas

Kerap menelefon suami adalah perkara yang merimaskan kaum lelaki. Apatah lagi di pejabat terlalu banyak tugas dia perlu selesaikan. Memadai hubungi sekali di waktu makan atau menghantar pesanan agar dirinya tidak terasa terganggu.

Credit : Mingguan Wanita


Bra Fat | Apa Itu Bra Fat Dan Bagaimana Cara Mengatasi Bra Fat

BRA FAT ??

Bra fat ialah lemak yang terkeluar dibahagian atas dan bawah tali bra yang dipakai.Masalah ini dialami oleh hampir semua wanita, walaupun mempunyai berat badan normal.


Meskipun tidak menganggu kesihatan namun lemak-lemak ini "merosakan" penampilan kita. Kan?

Berikut cara-cara mengurangi bra fat :-

1.Gerakan T.
Berdiri dengan kaki renggang dan tangan memegang dambel.Tekuk lutut dan bongkok kedepan.Gerakan lengan ke samping dengan membentuk T. Arahkan dambel ke pundak. Ulang 15 kali.

2.Gerakan Seakan Memanjat.
Dalam posisi berdiri ,angkat lutut kiri ke arah dada dan letak kembali. Ganti kaki kanan ke dada dan letak kembali. Ulang 30-60 kali seperti gerakan memanjat.

3.Rocking plank.
Dalam proses seperti push up dengan kekuatan otot lengan ,gerakan badan ke depan dan kepala berada di depan tangan.Ulang 10-15 kali.

4.Push Up.
Latihan efektif ini adalah untuk menguatkan otot punggung. Lakukan 30 kali.

5.Burpees.
Seperti posisi push up. Tarik tubuh hingga jongkok kemudian berdiri dan melompat dengan tangan ke atas. Ulang posisi push up sebanyak 10 kali dalam gerakan pantas.

6.Gerakan Mengangkat Dambel.
Letak tangan ke dinding dan condongkan badan kedepan.Sebelah tangan memegang dambel.Posisi dambel di depan perut dan angkat perlahan-lahan ke sisi. Ulang 10 kali kemudian ganti tangan sebelah lagi.

Credit : SINI


25 Oktober 2017

Drama Mr London Ms Langkawi
Persepsi Yang Mengukuhkan Keyakinan Wanita

Menurut Abdul Halim Abu Syuqqah dalam bukunya..
''Kebebasan Wanita pd Zaman Risalah'' ada 6 faktor pada perkembangan keperibadian Wanita.

1~WANITA TERMASUK ANAK ADAM YANG DIMULIAKAN ALLAH

'' Dan sesungguhnya KAMI telah muliakan anak2 ADAM '' ( Surah Al-Israk : 70 )

2~WANITA ADALAH MANUSIA YANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG SAMA DENGAN LELAKI DALAM PERBUATANNYA..

'' Barang siapa yang mengerjakan Amal Soleh baik Lelaki mahupun Perempuan dalam keadaan Beriman,..Maka sesungguhnya KAMI akan memberikan kepadanya Kehidupan yang Baik...'' ( Surah An-Nahl : 97 )

'' Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri ,.potonglah tangan kedua2nya...'' ( Surah Al-Maidah :38 )

'' Perempuan yang berZina dan Lelaki yang berZina maka sebatlah kedua2 dengan 100 kali sebat..'' ( Surah An-Nur : 2 )

3~ WANITA ADALAH MANUSIA YANG MEMPUNYAI KEPERIBADIAN TERSENDIRI,..BEBAS MEMILIH DAN BEBAS MENENTUKAN TEMAN HIDUPNYA.

'' Seorang Janda tidak boleh dinikahkan sebelum diminta izinnya dan seorang Gadis tidak boleh dinikahkan sebelom diminta izinnya..'' ( DiRekodkan Oleh Bukhari Muslim )

4~WANITA ADALAH SEORANG MANUSIA YANG SEMPURNA,.DAN PENDAMPING KAUM LELAKI DALAM KEHIDUPAN BERUMAH TANGGA. KAUM WANITA BUKANLAH SEKADAR PENGIKUT KAUM LELAKI SEHINGGA TIDAK BOLEH MEMILIKI KEMAHUAN SENDIRI.

'' Mereka adalah pakaian bagi mu dan kamu adalah pakaian bagi mereka..'' ( Surah Al-Baqarah : 187 ).

'' Wanita yang Solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri,..ketika suaminya tidak ada,..Oleh kerana Allah telah memelihara mereka..'' ( An-Nisaak : 34 )


5~WANITA ADALAH MANUSIA YANG CERDAS DAN MAHU MELIBATKAN DIRI DALAM KEGIATAN SOSIAL DAN POLITIK YANG BAIK SERTA BERMANAFAAT.

'' Dan orang beriman,..lelaki dan perempuan,..sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain..Mereka menyuruh mengerjakan yang Makruf,..mencegah daripada yang mungkar,..mendirikan Sembahyang,..menunaikan Zakat,..dan mereka taat kepada ALLAH dan RASUL-NYA..Mereka itu diberi Rahmat oleh ALLAH,..sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha BijakSana..'' ( Surah At-Taubah : 71 )

6~WANITA ADALAH PERIBADI YANG NORMAL,..YANG MEMPUNYAI KEKURANGAN DAN KELEMAHAN DI SAMPING KEKUATAN DAN KEISTIMEWAAN TERTENTU SEBAGAIMANA LELAKI..

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah.. 

Credit : Sahabat maya

Rockstar Junior | Tomok, Arrian dan Andra


Shah Indrawan (Ayah)
Rahayu Abas (Dibu)
Arrian Shah Akid (Anak pertama)
Andra Shah Iman (Anak kedua)

Rockstart junior akan memaparkan kisah kehidupan harian keluarga kecil Shah Indrawan (Tomok) dan juga isterinya, Rahayu Abas (Dibu) ketika membesar dan mendidik dua orang anak mereka iaitu, Arrian dan Andra. 
Muzik Video #RockstarJunior dengan lirik




[FULL] Episode 1 |
Syoknya Arrian menari Baby Shark | Rockstar Junior | Tomok | Arrian dan Andra



[FULL] Episode 2 |
Pandainya Arrian Mengaji... | Rockstar Junior | Tomok | Arrian dan Andra




24 Oktober 2017

Mencari Secebis Bahagia Bersamamu

"Jika aku bukan yang terbaik untuk dirinya. Kau hadirkanlah seorang insan yang mampu membahagiakan dirinya. Aku ingin dia bahagia.  Aku redha"

Kadang kala terfikir, adakah keputusan yang diambil ini satu keputusan yang tepat. Tepat ke keputusan ini? Entah. Kadang kala hati direntai rasa goyah. Mungkin ini keputusan yang salah. Salag ke keputusan ini? Entah. Aku takut untuk berfikir lebih lama.

Kebelakangan ini kerap kali bertengkar. Perkara yang kecil boleh dibuat gaduh. Alahaiiii... dah kenapa jadi macam gini plak. Mana salah dan silapnya percaturan kami. Mungkin ini salah satu dugaan untuk kami. Semakin hampir detiknya, semakin banyak dugaan yang menimpa.

Kesabaran. Kadang kala dirasakan kesabaran kian tipis. Hati ni, cuba untuk bersabar selagi mampu. Tapi sampai bila? Jarak yang jauh menuntut kami untuk saling mempercayai, saling jujur. Tapi kebelakangan ini, hati aku kira keraguan. Jujur ke dia? Setia ke dia kini?

Airmata. Airmata sebahagian dari jiwa aku kini. Entah. Tak dapat nak diungkapkan apa yang dirasai. Tapi yang pasti, jauh di sudut hati tersimpan satu perasaan. Sedih. Kenapa sedih? Entah, aku tiada jawapan untuk soalan itu.

Awak. Untuk kau. Jujur cakap, tak sangka sampai ke tahap ini. Macam tak percaya pun ada. Selama ni kaulah tempat aku mengadu, aku berkongsi cerita, aku bergaduh. Kaulah 'musuh' yang paling aku 'benci' dan kau juga someone yang paling aku harap. Bersama kau dapat aku jadi diri sendiri. Bebas melakukan apa saja. Kau melayan kerenah aku dengan sabar. Kau ikut kehendak aku walaupun kadangkala kau seakan tidak rela melakukan itu. Hahaa ! Thanks babe

Harapan. Banyak impian yang kita kongsi bersama. Banyak dongeng yang kita cipta berdua. Aku takut untuk bayangkan impian dan dongeng itu untuk beberapa tahun ke depan. Adakah tercapai atau tergantung. Hahaa ! Mampu ke kita gapai bersama. 

Sokongan. Terima kasih atas perhatian dan sokongan yang dihulurkan selama ini. Aku hargai. Dikala aku hampir tersungkur, aku ada disisi. Dikala aku tersenyum gembira, kau pun ada disisi. Terima kasih. Aku hargai sangat!

Kau. Aku harap kau faham apa yang cuba aku perkatakan. Aku tahu kadangkala kau stalker aku. Hahaaa ! Aku harap urusan kita dipermudahkan. Aku doakan perancangan kita berjalan lancar. Tapi aku takut. Takut tak mampu menjadi seperti yang kau harapkan. Hurmm... mampukah aku?


23 Oktober 2017

Kenapa Wanita Tak Layan Lelaki
Pernah tak korang nak tackle perempuan ni tapi dia tak layan. Dia tak pandang langsung korang. Reaksi korang tentulah, "Eh sombong, bukan lawa mana pun."

Tak semestinya perempuan tu reject korang, dia tu sombong, tapi ada sebab lain kenapa perempuan tak layan korang. Contohnya...

1. Kurang keyakinan diri 
Bukan korang, tapi si gadis tu sendiri. Dia mungkin insecure sebab rasa diri tak cantik atau tak menarik. Jadi bila lelaki cuba nak usha, dia rasa korang hanya menyakat je dan tak serius pun nak kat dia.

2. Ayat mengalahkan Mat Romeo 
Nak ayat seseorang kau suka memang tak salah tapi dia jadi salah bila kau ayat melebih-lebih bro. Pada pemikiran si gadis mungkin korang ni scaryyy. Contoh ayat yang over: "hai awak..awak comel sangat..awak buat saya termimpi-mimpi..nak wassap awak please3..saya single dan saya teringin sangat nak kapel ngan awak.." Selamat jalan la kalau macam ni.

3. Pengalaman lalu 
Ini normal la. Korang pun kalau dah lepas break dengan seseorang, mesti susah nak terima orang baru. Betul tak? Same goes to the ladies. Perempuan ni pun ambil masa lama untuk move on.

4. Tak cukup syarat 
Memilih! Korang mungkin tak menepati kriteria jejaka idaman si gadis. Mungkin korang terlalu hensem walhal si gadis hanya nak lelaki sederhana je. Yela perempuan ni takut kalau teman lelaki terlalu hensem, akan jadi rebutan awek-awek cun di luar sana. Atau pun kau ni hitam manis padahal si gadis nak yang qu puteh qu puteh. Contoh...

5. Setia 
Si gadis tak pandang korang sebab dia setia pada yang satu. Dia dah berpunya! Alahai melepas la korang.

Sumber : Baba.net

Take note : Kekadang aku nak salahkan sesetengah lelaki!! sebab terburu buru nak kan perempuan tu, padahal baru ja kenal sejam lepas, dh ajak couple. Wahai prempuan jadilah seperti baju yang mahal dan jangan jadi baju yg murah!! Kenapa?? kerana baju yang murah ramai pembelinya.....
Ketagih Curang Secara Online
Menurut kajian psikologi yang dilakukan oleh The Open University, internet telah menjadikan hubungan ibarat makanan segera. Ianya lebih kepada nakal, murah dan seronok dilakukan tanpa harus berfikir tentang kepentingan sosial masing-masing. Macam touch and go tu.

Salah seorang subjek yang dirahsiakan menulis dalam survey yang dilakukan secara online itu:


"Aku cuba berhenti tetapi kami tidak dapat melakukannya, ianya akan terjadi lagi dan oleh kerana ianya mudah dengan teknologi yang kita ada sekarang perkara itu sangat selesa dan perkara paling seksi untuk didapati. Dengan waktu kerja yang panjang hubungan secara online ini seperti makanan segera, bila kita nak dia ada, nakal, murah dan seronok dilakukan tanpa berfikir kepentingan sosial".

Antara faktor yang menggalakkan lagi curang secara online ini juga adalah kerana penggunaan persona.

Seorang wanita yang berkongsi tentang suaminya yang berbeza ketika online:

"Aku tidak percaya dengan internet, ianya menggalakkan kecurangan. Bekas suamiku asalnya lelaki yang sangat pemalu, tetapi di dunia online dia kelihatan yakin dan menarik perhatian perempuan lain. Aku percaya dia tidak akan ada hubungan yang lain tanpa internet".

Menurut keterangan Dr Vossler, kajian mereka menunjukkan lelaki dan wanita melihat kecurangan secara online adalah berbeza, bukan sahaja dari segi jantina malah dari segi pengalaman. Mungkin ada pasangan yang melihat kecurang internet ini perkara biasa namun begitu juga sebaliknya.

Sumber: SINI


Take Note : Mungkin inilah punca berlaku perceraian rumah tangga masa kini. Daripada rakan-rakan online, chat-chat online terus kepada 'gatal-gatal' online.. Jadi rosak institusi rumah tangga. Kepada semua, berhati-hati dan gunakanlah internet secara berhemah dan bukan ikut nafsu semata. 

22 Oktober 2017

Emosi Wanita Ketika Kecewa
Perasaan adalah ssuatu yang sangat sukar dijangka, sangat sukar dikendali dan sangat sukar diramal. Begitu jgk dengan emosi. Semakin kuat perasaan syg ssorg wanita itu pd ssorg yg dikasihi, semakin kuatlah dia beremosi ketika timbul sesuatu konflik.


Seorg wanita yg bijak mahu pun matang sekalipun seringkali kalah dgn emosi apabila membabitkan soal perasaan. Barangkali dia tidak bertindak keterlaluan dlm menyatakan rasa kecewa, namun seringkali tanpa sedar gara gara kecewa wanita begini gagal menyembunyikan kegalauan perasaannya.

Kerana emosi yg kacau, kerana rasa kecewa, byk luahan perasaan ditaip. Baik perkongsian pada umum, maupun pada si lelaki tersebut. Mengapa?? perasaan kecewa itu terlihat amat payah utk disorokkan, bukan?? tapi tanpa sedar tindakan demi tindakan berlandaskan emosi itu hanya memperlihatkan kebodohan diri. Tindakan meluah, merayu, memujuk, merendahkan ego demi meraih balik kepercayaan si dia seringkali hanya sia-sia. Malahan adakalanya semakin meningkatkan ego kelelakian mereka. Mereka berkata anda byk menceceh. Byk meluah perasaan. Merimaskan...Pada ketika itu mereka lebih senang dgn wanita wanita yang menyenangkan hati mereka dan anda pada mata mereka adalah wanita yg tidak matang.

Mengapa agaknya wanita beremosi keterlaluan apabila kecewa?? Nama pun kecewa... kecewa tentu bersebab, bukan? Antara sebabnya, kerana terlalu syg, terlalu yakin pd kesetian yang tidak akan berubah. Terlalu yakin pd masa dpn bersama yg dirancang. Terlalu yakin akn kekuatan perasaan masing2. Namun sekuat apa pun yg dijangka selama itu, ia ranap sekelip mata apabila timbul perselisihan faham. Nah..betapa kata2 manis itu sgt mudah menyakinkan ssorg wanita. Lalu ia jgk menjadi penyebab utk sebuah kekecewaan yg dlm.

Kenapa amat payah utk "move on" ?? Jawapannya krn perasaan syg itu bukan mudah utk diterbitkan pd semua org. Perasaan syg itu adalah perasaan yg berputik ats dasar kepercayaan. Kerana berasa ia pilihan yg tepat dan dia itulah yg terbaik antara terbaik.. lalu si dia itulah pilihan hati setelah cukup berhati-hati.

Apabila kesudahannya hanya mengecewakan... berhentilah melayan perasaan. Percayalah ia hanya seolah memperbodohkan diri. Mulakanlah hidup baru...wlw ia bukan mudah. Usah memperlihatkan lagi kekecewaan krn emosi yg terserlah itu semakin memperlihatkan kelemahan diri kita dlm beremosi. Juga tanda kegagalan mengendali emosi. Cinta selalu buat wanita hilang arah.. jadi kuatlah, jgn berserah dgn kekecewaan.

Credit : Jelita Wanita

Take Note : Kecewa.. ya kita kecewa. Cuma jangan terlarut dengan kekecewaan dan kesedihan. Kita terlihat lemah dan rasa terhina bila kita merendahkan ego, mengakui silap, merayu, dan meluahkan keinginan atas keyakinan dan kepercayaan yg telah kita berikan. Ada banyak sebab kita perlu bertahan dan mempertahankan, tapi sdh berkali kali terbuang, maka kita lepaskan..lepaskan..lepaskan dan merelakan..
Tarikan Utama Wanita Di Mata Lelaki
Ramai wanita yang menyangkakan bahawa mereka perlu cantik seperti model di dalam majalah untuk menarik perhatian lelaki.

Namun, ia sebenarnya tidaklah sesukar yang seperti mereka fikirkan. Apa yang cantik di mata lelaki adalah perkara yang mampu dilakukan oleh semua wanita dan bukannya hanya berbentuk fizikal 100%.

Mengikut suara majoriti lelaki, tarikan utama yang menarik pandangan mata mereka adalah..


1. Berambut panjang


Suara majoriti lelaki menyatakan bahawa wanita yang berambut panjang adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Ini berkemungkinan disebabkan oleh ia mampu menyerlahkan lagi sifat kewanitaan seseorang. Selain itu,rambut panjang juga lebih sinonim terhadap wanita dan akan mempengaruhi psikologi lelaki untuk berfikiran lebih positif.

2. Memakai kasut tumit tinggi

Mata lelaki amat gemar untuk melihat wanita yang memakai kasut tumit tinggi. Ia berkemungkinan disebabkan posture tubuh seseorang wanita itu akan berubah apabila memakai kasut tumit tinggi dan ia akan membuatkan mereka kelihatan lebih seksi.

3. Berpakaian tradisional

Seperti yang anda semua tahu, pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya atau sebagainya akan lebih menonjolkan sifat kesopanan dan keayuan terhadap si pemakainya. Dan pakaian ini sebenarnya telah berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Lelaki amat tertarik untuk melihat sesuatu yang terserlah sifat kewanitaannya mungkin disebabkan naluri semulajadi lelaki itu sendiri.

4. Bermekap

Mekap dapat membantu untuk menyerlahkan lagi kecantikan seseorang wanita. Seorang wanita yang bijak mengenakan mekap untuk dirinya sudah pasti akan berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Tetapi, sekiranya mekap yang dikenakan keterlaluan atau tidak bersesuaian, berkemungkinan ia akan membuatkan lelaki untuk mengelak daripada melihat wajah mereka.

5. Bertudung

Kebanyakan lelaki muslim terutamanya mengatakan bahawa wanita yang memakai tudung adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Faktor ini mungkin disebabkan penampilan wanita itu yang kelihatan lebih sopan dan lembut.

sumber:ohmymedia

21 Oktober 2017

Drama Dia Lakonan Janna Nick, Irwansyah

Drama Dia merupakan drama terbaru yang disiarkan di TV3. Membariskan pelakon seperti Irwansyah, Izara Aishah, Janna Nick dan Icha Anisa.

Mengisahkan Adit, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia dan telah dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia. Biarpun Adit sudah punya pilihan hati, tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya itu demi mereliasikan impian ayahnya itu. Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui untuk merealisasikan impian arwah bapanya.




Bagaimana Cara Atasi SPAM?
Dalam seminggu dua ni aku boleh dikategorikan sebagai salah seorang pemerhati yang baik dan sabar. Cewahhh gitu, masuk bakul lambung sendiri. Tapi itu cerita dua tiga minggu lepas.


Untuk pagi ni kesabaran aku hampir tipis dan kian tips lalu semakin tipis. Tipis! Diganti pula dengan sakit hati yang memuncak. Ishhhh orang muda, idok reti nak bersabar. Ada benda tak kena, Luahkan dengan kemarahan. Ishhhh laaaa.. tak bagus sungguhlah perangai gitu.

Dua tiga minggu ni, aku perhati je ada seketul malaun drop komen pada entri-entri aku. Blogger. Mula-mula aku fikir positiflah. Okay, beliau insan mulia yang sentiasa rajin blogwalking dan tinggalkan jejak pada setiap entri aku. Tapi bila dah lama-lama aku jadi pelik plak. 

Adakah itu SPAM? Kenapa dikatakan SPAM? Sebab akaun tersebut aku tak dapat nak detect. Tak tahu siapa empunya. Lepas tu dia punya komen macam pelik je. Bayangkan dalam masa sehari, berpuluh puluh komen dari dia. Fuhhhh geram pulak hati aku.

Aku ada search cara untuk hapuskan SPAM. Tapi setakat ni semua yang keluar entri berbahasa Indonesia. Aku try ikut step by step yang diajar tapi tak menjadi pun. Sedih.

Hurmmm... ada tak sesiapa yang boleh bantu aku? Mohon kongsi serba sedikit ilmu yang korang tahu. Aku nak sangat delete/ block makhluk SPAM tu. Semoga korang dapat bantu den. Wassalam.



20 Oktober 2017

Perkara Setiap Bakal Suami Perlu Tahu Tentang Wanita
#1: Rambut
......Apabila anda berkahwin kelak, anda akan jumpa banyak rambut di lantai, tandas dan merata-rata lagi, walaupun lantai baru disapu. Lebih-lebih lagi jika isteri anda berambut panjang. And nope isteri anda bukannya mengalami masalah keguguran rambut. Jadi jangan panik.


#2: Seluar Tidur Pasar Malam dan Baju Kelawar
......Imej wanita yang berbaju tidur mengiurkan dan sensasi dalam filem-filem agak tidak realistik. Wanita lebih sukakan sesuatu yang selesa dan memudahkan pergerakkan untuk tidur. Jika anda punya harapan dan jangkaan yang 'sensasi' juga. Turunkan sedikit jangkaan 'sensasi' anda. Seluar Tidur Pasar Malam/Baju Kelawar -1, Baju tidur seksi - 0.


#3: Bangun tidur
........Wanita tidaklah mengenakan make up sepanjang masa. Anda pun tahu bukan? Terutamanya apabila bangun tidur, mereka tidak akan terus kelihatan bombastik dan fantastik seperti biasa. Tapi ini tidaklah menafikan yang mereka tidak akan kelihatan cantik. Pastinya ratu hati anda akan sentiasa kelihatan cantik di mata anda. Tidak kisah bagaimana isteri anda kelihatan ketika bangun tidur, jangan lupa untuk berinya 'morning kisses' sebelum anda bersiap. That would easily be one of her favourite things in the morning!


#4: Masak
........Tidak semua wanita handal memasak. Mungkin yang asas ramai yang tahu. Namun, untuk betul-betul mahir, jika tiada bakat, proses menjadi handal itu akan memakan masa. Bagi bahagian ini, anda perlu bersabar dan berusaha menjadi 'orang eksperimen' isteri anda.


#5: Wanita tidak PMS hari-hari
........Seperti dinyatakan di atas, wanita tidak PMS hari-hari. Malah, ada setengah wanita tidak terkesan dengan PMS pun. Jadi, apabila pasangan anda agak 'moody' atau marah-marah, jangan dengan mudah buat kesimpulan yang pasangan anda sedang PMS. Mesti ada perkara lain yang mengganggu fikirannya. Tanya elok-elok dan berbincang jika perlu - (perkara yang anda tidak akan buat jika anda rasa pasangan anda sedang PMS)


#6: Bantal busuk
........Ada setengah wanita masih menyimpan bantal busuknya. Ada juga yang menyimpan plushie/selimut etc. Berkenalanlah dengan aset pasangan anda ini yang telah bertahun disimpannya. Besar kemungkinan, anda akan tidur dengan bantal/plushie/selimut busuk pasangan ini juga.


#7: Banyak produk untuk setiap anggota badan
......Wanita ada banyak produk untuk semua anggota badan.Rambut - Syampu, konditioner rambut, 'mask' rambut, 'leave-on' kontioner dan lain lain. Kulit muka - Pencuci muka, scrub, toner, moisturiser, cream dan lain-lain.
Apa yang dinyatakan di sini hanyalah yang paling asas. Jangan merungut jika bilik mandi dan meja solek anda didominasi isteri anda. Ini adalah pengorbanan seorang suami.


#8: "Siapa lagi gemuk, saya ke dia?"
.....*sambil menunjuk ke arah wanita yang tidak dikenali*

Adoi. Soalan ini lagi. Kalau tidak pasal gemuk, pasal siapa lagi cantik.
Wanita memang suka banding-membanding antara satu sama lain.


Take Note : Syukur sangat bila jumpa seseorang yang boleh sabar melayan karenah dan menerima siapa kita sebenarnya...

19 Oktober 2017

Cara Merawat Cirit Birit
Lemahnya badan bila cirit-birit ni. Cuba amalkan 5 cara ini merawatnya.

Alahai, lemahnya badan kalau diserang cirit-birit. Sekejap-sekejap, pasti mahu ke tandas. kalau dia rasa nak membuang tu, harus serta-merta serbu bilik air. Lembik badan dibuatnya!

Cirit-birit atau diarrhea adalah keadaan apabila berlaku kekerapan membuang najis lembut dan berair dalam tempoh singkat, sekali gus menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan tubuh menjadi lemah.

Pemakanan dan pengambilan makanan tidak sihat boleh menyebabkan sesiapa sahaja diserang penyakit ini. Dan kebiasaannya disertai dengan muntah-muntah, hilang selera makan, dan tubuh menjadi lemah.

Walaupun banyak ubat disediakan untuk mengubati cirit-birit, anda boleh merawatnya dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah anda.


1. Banyakkan minum air

Tubuh memerlukan banyak air untuk menggantikan cairan yang hilang dalam najis menyebabkan dehidrasi. Jadi, minumlah air dengan kerap selang 15 hingga 20 minit sekali.

Atau anda juga boleh minum jus buah-buahan kerana ia membantu memberi tenaga dan merawat cirit-birit lebih cepat.


2. Makan halia

Halia, sama ada mentah, kering atau jusnya sangat berkesan bagi merawat cirit-birit. Mengambil sedikit halia segar atau kering bersama sedikit garam bukit secara berulang dalam jarak waktu yang tetap akan menyembuhkan anda dalam masa beberapa hari.

ATAU anda boleh rebus sedikit air halia dan biarkan dua minit sebelum diminum.

3. Elak produk tenusu dan gula

Makanan sebegini sebenarnya boleh memburukkan masalah cirit-birit, tau. Jadi, sebolehnya elakkan makanan mengandungi hasil tenusu dan bergula seperti susu, cheese dan aiskrim.

Gula-gula, kek, pastri dan coklat juga boleh buat cirit-birit semakin teruk. Elakkan, ya?

Untuk itu, ambil makanan kurang pedas dan mudah dicerna.


4. Minum jus labu air

Jus labu air sangat berkesan untuk menyembuhkan cirit-birit sepenuhnya.

Jus ini sangat berkhasiat dan boleh diguna untuk menghilangkan dahaga dehidrasi ketika cirit-birit.

Tambahkan secubit garam dalam jus anda, dan lihat hasilnya.


5. Pisang

Siapa saja yang tak suka pisang, bukan? Bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, malah pelbagai variasi makanan diolah menggunakan pisang.

Pisang kaya dengan magnesium dan zat besi. Jadi, jika anda makan pisang setiap hari, penyakit cirit-birit akan dapat dikurangkan sehingga anda sembuh.

Sumber : facebook.com


Cara Buang Toksin Dan Lemak Dalam Badan
Amalkan Petua Ini Sebelum Tidur, Esoknya Segala Toksin Dan Racun Dalam Tubuh Badan Akan Hilang.


Bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yang perlu anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.

Antara manfaat bawang putih adalah menewaskan setiap jenis jangkitan kerana bawang putih mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat, melawan dan mencegah pelbagai jenis kanser, mengubati masalah pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, dan meredakan selsema.

Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari racun dan membantu anda menyelesaikan segala jenis penyakit yang anda hidapi. Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan racun dalam tubuh.

Potong beberapa hirisan bawang putih, kemudian tambahkan satu sudu air dan masukkan perahan air lemon dan kemudian anda boleh mula minum. Ulangi prosedur ini setiap hari dan minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh badan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.

Sumber dari Natural Healing Magazine

18 Oktober 2017

Kebaikan Solat Dhuha
🌾🏴🏳⚔🏴🏳⚔🏴🏳🌾
*BERBAHAGIALAH YANG SELALU ISTIQOMAH MENGERJAKAN SHALAT DHUHA.*

*Pertama* : orang yang shalat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. *"Barangsiapa yang selalu mengerjakan shalat Dhuha niscaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”*(HR. Turmudzi)

*Kedua : *barangsiapa yang menunaikan shalat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah. *"Tidaklah seseorang selalu mengerjakan shalat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”* (HR. Hakim).

*Ketiga : *orang yang menunaikan shalat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. *"Barangsiapa yang shalat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya delapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di surga untuknya.”*(HR. At-Thabrani).

*Keempat : *orang yang istiqamah melaksanakan shalat Dhuha kelak ia akan masuk surga lewat pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. *"Sesungguhnya di dalam Surga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan shalat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”* (HR. At-Thabrani).

*Kelima : *Allah mencukupkan rezekinya. *"Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan menyukupimu di akhir harimu.”*(HR. Abu Darda`).

*Keenam : *orang yang mengerjakan shalat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. *“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat Dhuha.”* (HR Muslim).

Astaghfirullahal azhim...
Allahumma sholli  'ala Muhammad...

*Yaa ALLah... mudahkanlah dan istiqomahlah kami untuk selalu mengamalkan sholat dhuha.*

Ya Allah, selamatkan dan bahagiakan kaum Muslimin di dunia dan akhirat...

Ya Allah, kami mengadukan kezhaliman yg ditimpakan oleh mereka yg tidak ingin syariatMu tegak kembali di bumiMu ini... Aamiin Allahumma Aamiin



Buah Pinggang Warga Emas Rosak Gara-Gara Campuran Daun Ketum

Penulisan ini ditulis Dr. Rafidah Abdullah, seorang Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi, di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi telah mendapat kebenaran mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama.

Pening kepala saya sampai ke Hospital lepas bercuti 2 minggu. Macam-macam ada!

Pakcik 56 tahun.

Pesakit Kencing Manis lebih 15 tahun; ada penyakit kronik buah pinggang tahap stabil; bacaan creatinine darah 150 umol/L sudah beberapa tahun.

Akan tetapi, pada temujanji Pakar baru-baru ini bacaan naik ke 350 umol/L (normal bawah 100 umol/L).
Kelam kelibut lah Doktor buat biopsi buah pinggang. Ianya adalah prosedur mengambil tisu untuk mengetahui sama ada masalah keradangan yang menjadi penyebab rosak buah pinggang teruk sekali.

interstitial nephritis

Bila tanya ada ambil apa-apa suplemen, katanya tak ada. Tapi bila keputusan biopsi balik: ada “interstitial nephritis”. Waduh, Ini adalah sejenis “alahan” kepada sesuatu. Lepas dapat bukti, baru lah Pakcik mengaku ada ambil campuran “daun ketum”.

Katanya ada Ustaz jual. Yang ini belum pernah saya dengar; ada pulak benda macam ini?

Ya Allah. Biar betul!

Daun ketum BUKAN rawatan penyakit buah pinggang. Campuran entah apa benda lagi dalam pil itu boleh memudaratkan.

Saya mohon sekali lagi :

1. Yang ada penyakit kronik mohon BINCANG dengan Doktor yang merawat anda. Jangan suka-suka ambil apa-apa, tak kira lah Ustaz yang jual ke atau tidak.

2. Mohon terus teranglah dengan Doktor; beritahu apa suplemen, atau rawatan tambahan yang anda ambil. Ia mungkin memudharatkan kalau campur semua bagai. Ini bukan BUFET makanan yang kita boleh campur-campur jadi sedap!

Tak pasal-pasal dah perlu rawatan Dialisis seumur hidup tak lama lagi.

Kami tidak guna ketum dalam rawatan untuk penyakit kronik di Hospital ya!

Credit : FB Dr. Rafidah Abdullah