Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Dilema | Nak ambil dropship ke tidak 2016

Assalamualaikum

Aku merupakan salah seorang agent detox tea Medina Desire. Sejujurnya, aku sendiri tak pernah terfikir nak berbisness. Serius ! Tak pernah bermimpi nak main jual jual. Kihkihkihhh

Alhamdulillah. Walaupun aku bidang terjun dalam berbisness ni tapi sambutan sangat menggalakkan. Dah beberapa kali aku restock produk. Alhamdulillah, syukur sangat.

Orang kata berbisnes ni mudah. Dengan berbisnes, kita boleh cepat kaya. Ye ke? Hehee dulu duluan aku pun fikir macam tu jugak. Asal bisness ye kaya. Asal jual jual ye banyak untung. Cewahhhh, nampak tak pemikiran aku takat mana waktu dulu kala 😉

Sejak terjebak dalam dunia jual jual ni, baru aku rasainya. Bukan mudah untuk aku handle jual jual ni. Untuk permulaan jual jual, aku nak perkenalkan barangan aku pada semua orang tu memang agak mencabar. Ada sebilangan kawan aku siap perli lagi. Serius sentap giler wehh. Tapi takpe, aku malas nak peduli unsur negetif yang wujud disekitar aku. Kihkihkihhhh

Bermula dari instagram, aku mula bina page facebook kemudian aku linkkan sekali ke twitter dan tumblr. Aku cari serba sedikit ilmu dari pakcik google. Aku belajar cara nak simpan untung rugi, bagaimana cara nak sediakan akaun. Almaklumlah, aku ni bukan budak akaun. Aku budak current weh.  Memang langsung takde ilmu perakaunan. Terima kasih pada pakcik google yang sedekahkan ilmu kepada aku.

Dalam instagram aku post satu persatu. Agak botak jugak kepala aku nak bina caption yang menarik. Mujur ada stokis yang bantu serba sedikit. Permulaaan aku bertatik memang agak lambat. Sejujurnya, aku memang lambat giler nak meroket pada permulaan jual jual. Alhamduliah, follower instagram semakin bertambah, like semakin banyak, komen semakin meriah dan yang paling penting dah ada yang direct massange bertanyakan detox tea yang aku jual tu. Serius happy giler rasa. Bangga pun ada. Kihkihkihh tapi bukan riakk tau 😉

Rasanya dah hampir 3bulan aku berbisnesss. Cewahhh bisness lah sangat woiii.. 😂 . Sekarang ni aku terfikir nak open dropship. Rasa macam nak sangat ambil dropship. Setekat ni oun ada beberapa orang yang tanya aku berkenaan dropship tu. Huhuu

Masalahnya sekarang, aku nak ambil dropship tapi aku tak yakin. Tak yakin dapat handle ke tidak nanti. Aku takut tak terhandle. Ya lah, sekarang ni aku pun dah nak habis latihan industri untuk semester ni tapi buku log aku tak sentuh pun lagi. Entah bila aku nak siapkannya. Mood menulis tak mai lagi wehhh. Lepas tu sekarang ni aku fikir tentang latihan industri untuk semester depan pulak. Aku dapat praktikal di Seremban. Jauh giler wehh dari Terengganu. Takpe lah mungkin rezeki aku disana. Cukuplah dua semester dah aku praktikal di Terengganu. So sekarang dalam kepala aku ni macam macam benda yang aku fikir. Motor bila nak siap servis. Bila nak pos ke sana. Bila aku nak beli tiket bus ke sana. Macam mana nak angkut barang bawak pergi sana. Poning poning poning eden weh laguni.

Tapi dalam poning pun aku tetap rasa nak cuba ambil dropship. Nak cuba pengalaman handle dropship tu. Aci x? 😂 cehhh macam buang tabiat aku ni! Kan? Nak berdropship bagai pulak dah. Boleh dianggap macam takde masalah tapi gedix cari masalah. Hah gitu!!

Tapi.. rasa macam nak jugak cuba berdropship. Tapi macam takut plus risau pun ada. Takut satgi tetiba stock dalam tangan aku ni tak cukup. Mampusss!! Dah laa aku plan nak habiskan semua stock yang sedia ada ni. Dan lepas tu tak nak restock lagi stock yang baru. Sebab aku takot kalau restock nanti kang tetiba banyak plak yang tak habis. So jenuh plak aku nak angkut semua tu bawak pegi Seremban. Matilanakkkk.. barang aku sendiri pun dah banyak. Nak ditambah lagi dengan tea tea ni semua. Ishh iahhh mahu menangis aku nak angkut beg banyak banyak bawak naik bus nanti 😅

Korang yang berminat nak cuba detox tea boleh 📲 whatsapp 013-6462960 . Nak tanya lebih detail tantang detox tea pun boleh. InsyaAllah aku bantu mana yang termampu ye

Kisah penukaran kad CIMB

Assalamualaikum | Selamat pagi sayang 😍

Awal pagi aku update enteri.. terkejut tak ? Pelik tak ? Alaaa tak payah nak pelik sangat.. mood berenteri secara rambang sedang berleluasa ni... kihkihkihhh

Nak dijadikan cerita, pagi ni aku ponteng kerja.. kihkihkihh macam tak sesuai je guna perkataan ponteng tu.. tapi takpe tetap juga dalam kategori ponteng.. 😉

👆⬆ Nak pak tak gambar kat atas tu? Nampat tak nombor angka giliran berapa? Awesome kan !!! Kihkihkihhh mereput aku nak hadap nombor satu persatu.. Nombor giliran aku 3333 *cantikk plak nombor tu* dan nombor terkini 1023... boleh agak tak ada lagi berapa nombor sebelum tiba nombor giliran aku ??

Sebelum ni aku pernah 3 kali pergi ke CIMB bank.. niat hati nak tukar kad tapi hampa.. katanya borang habis.. katanya nombor habis.. katanya limit untuk sehari hanya 300 keping sahaja.. okiesss tak sempat aku nak fikir.. limit 300 keping sedangkan pengguna kad CIMB di sekitar Terengganu ni berapa puluhan orang.. fikir kejap..

Kalau tak silap aku.. CIMB untuk sekitar bandar Terengganu takde cawangan.. maksudnya semua orang akan tertumpu di CIMB bank utama.. perhhh ramai giler kowt..

Ikutkan hati aku nak gerak balik terus.. malas nak menunggu.. tapi bila fikir secara normal.. habis tu bila lagi aku nak settlekan penukaran card CIMB ni plak?? Nanti kan tak pasal pasal tak boleh nak guna CIMB.. hahahaa haru biru lah nanti... sudahlah card CIMB tu agak penting untuk aku.. penting sangat ke? memang penting pun.. sebab setiap hujung bulan duit akan masuk dalam tu.. so kalau card tak boleh nak buat transaksi.. macam mana aku nak keluarkan duit duit tu.. hehee duit duit ye.. acah acah banyak duit plak kan..

Aku masih menunggu.. masih menanti dengan sabar.. giliran aku entah jam berapa gamaknya.. apapun akukan semoga setiap urusan kami semua betjalan dengan lancar. Semoga dipercepatkan segala urusan.. cepatlahhhh tak larat dah nak menunggu.. dengan keadaan kesihatan yang tak betapa nak sihat ni...




Detox Tea Medina Desire

Detox Tea dari Medina Desira

🌷 SLIMMING & DETOX TEA:-
✔MELANGSINGKAN BADAN
✔MENGECILKAN PERUT BUCIT/BOROI
✔MENURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH
✔KENCING MANIS
✔DARAH TINGGI
✔GOUT/URIC ASID TINGGI
✔KOLESTROL TINGGI
✔OBESITI
✔ANGIN DALAM BADAN
✔PELBAGAI LAGI MASALAH DALAMAN DAN LUARAN

🌷 KAKICANTIQ TEA(LEGS TEA)
Kakicantiq tea adalah dirumus khas daripada 100% dry herbs dan tiada kimia untuk mengecilkan peha dan lengan. Juga utk membuang air berlebihan dalam badan dan melawaskan kencing

🌷Gabungan KCT & SDT akn buat badan korang rasa ringan dan sihat. Dah detox badan tu jgnlah makan secara bermaharajalela plak tau!

🍁 Woww kesannya seawal 3-5hari. Ada yg sampai 5kg 5hari. Wow sangat kan!




Untuk sebarang pertanyaan / order, boleh Whatsapp 013-6462960 . Korang boleh ke instagram kami untuk lihat testimoni dan feadback dari coustmer @teatoxganu @ orangkecik . Pistttt jangan lupa singgah dan like page facebook kami tau , Detox Tea Muroh @ @detoxteamuroh

Jom amalkan gaya hidup sihat. Buang toksin dengan selamat 👍

Sebab Mengapa Semua Wanita Dan Isteri Suka Dipeluk Suami

Gambar hiasan pakcik google taw :)

Apabila suami buat tidak tahu pada isteri, pasti isteri akan merajuk. Kadang-kadang, suami tidak faham kenapa isteri merajuk. Pada isteri, pelukan itu suatu yang cukup penting. Kenapa sebenarnya isteri suka dipeluk suami?. Apa kesan pelukan hangat suami isteri dari sudut psikologi pula?



1. Mahu rasa disayangi Wanita mahu tahu yang dirinya disayangi setiap masa. Bagaimana lelaki boleh menunjukkan yang dia sangat sayang pada wanita itu? Mudah sahaja, berikan pelukan. Namun, perlu pastikan yang pelukan itu ialah pelukan yang tidak bernafsu. Isteri akan lebih berterima-kasih dengan pelukan santai, bukan dengan pelukan ajakan ke atas katil. Apa salahnya sambil peluk, berikan pujian ikhlas pada isteri.


2. Melegakan fizikal dan emosi Sentuhan yang berlaku semasa pelukan ialah sentuhan fizikal. Biasanya, sentuhan fizikal akan merangsang nafsu. Namun dalam hal ini, pelukan juga dapat melegakan emosi isteri itu sendiri. Isteri akan berasa lebih relaks disamping suami. Bayangkan seharian isteri membuat kerja-kerja rumah, tentunya pelukan spontan dari suami sedikit-sebanyak akan menghilangkan penat lelah. Dari segi psikologi, ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormon oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan lebih semangat dan lebih tenaga pada isteri.



3. Lambang kesetiaan. Pelukan bukan sahaja simbolik pada kasih sayang. Ia juga simbolik pada kesetiaan. Suami yang selalu memeluk isteri dikatakan lebih setia. Isteri tidak mahukan seorang suami yang suka mencari kegembiraan di luar. Biarlah isteri sahaja yang dapat memberi kebahagiaan pada suami, bukannya perempuan lain di luar sana.


4. Mahu rasa dihargai. Penghargaan yang diberi oleh suami dalam bentuk material seperti hadiah, tidak sama dengan pelukan. Rasa ‘appreciation’ itu tidak sama dan mempunyai perasaan yang berbeza. Nikmat pelukan itu sukar digambarkan oleh isteri.Kesimpulannya, suami perlu memperbanyakkan memeluk isteri. Benda yang sudah halal, kenapa mesti malu? Mulakan dengan membelai rambutnya, main-main dengan helaian rambut isteri. Isteri suka diperlakukan sebegitu. Sentuh wajah isteri yang lembut itu sambil memandang tepat pada matanya. Sentuh wajah isteri sambil menggosok lembut lengannya. Kaitkan jari-jemari tangan dengan jari-jemari isteri. Gosok lembut punggungnya dengan bersahaja. Ingat, ketepikan nafsu buat seketika. Jangan jadikan ia alasan untuk atau tiket untuk mengajak isteri membuat hubungan intim. Isteri hanya mahu saat-saat santai. 

Buat para isteri di luar sana, jangan menunggu suami memeluk anda. Suami selalunya kurang peka dengan kehendak isteri. Jika sudah lama tidak dipeluk suami, apa kata isteri juga memulakan langkah dengan memeluk suami selepas habis membaca artikel ini.“Good Luck”

credit : SINI

Migrain Bukan Sakit Kepala


Migrain, berbanding dengan sakit kepala, boleh menyebabkan kesakitan yang melemahkan tubuh bagi ramai orang yang menghidapnya, yang boleh berlarutan selama berjam-jam dan adakalanya berhari-hari.

Sakit kepala, sebaliknya, tidaklah teruk atau kronik, tetapi ia juga tidak selesa sebagaimana migrain.

Migrain boleh diiringi oleh beberapa gejala lain termasuk: gangguan penglihatan, rasa loya, muntah, pening, menjadi sangat sensitif pada bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan rasa menyengat atau kebas pada bahagian muka.

Migrain dianggap sebagai satu sindrom dan selalu digambarkan sebagai “satu koleksi gejala-gejala yang timbul dari satu punca biasa dan diklasifikasikan mengikut kumpulan gejala-gejalanya.

Oleh kerana gejala-gejalanya adalah sangat berbeza, migrain sering tersalah didiagnos.

Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.

Ujian menentukan kategori sakit kepala


Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:

Adakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?

Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?

Adakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?

Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain.

Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju.

Malangnya, tiada penawar untuk migrain pada ketika ini. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan rawatan yang boleh membantu untuk mengurangkan beberapa kesakitan dan gejala-gejalanya ada boleh didapati.

Berundinglah dengan doktor anda jika anda menghidap migrain bagi membantu menentukan rawatan terbaik.

siapa pernah sakit migrain ni?
biasa aku petang smpai ke malam tanggung sakit :'(

Kelebihan Makan Epal Hijau



1. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Membantu menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal.

3. Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.

4. Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.

5. Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.

6. Mencantikkan dan menghaluskan kulit wajah.

7. Sesuai dijadikan makanan pre workout dan post workout. Energy booster!



FAKTA : Harga 6 biji epal hijau lebih murah berbanding 1 set KFC atau MCD.
Nak hidup sihat, jangan cipta pelbagai alasan.