30 Mei 2017

Cerita Ramadhan | Hari Ketiga

12:28 PG 0 Comments

Hari ketiga berpuasa. Hari ni takde apa yang menarik pun. Seperti biasa bersahur dengan kurma dan air kosong. Lepas sahur sempat aku baca novel kejap sebelum sambung tidur lagi sedikit.

Okay, hari ni masuk ofis aku menghadap buku log. Entah, tak tahu kenapa tetiba aku rajin plak bawa buku log ke opis arini. Hurmmm mungkin sebab dah timbul kesedaran dalam diri. Praktikal aku berbaki lagi lebih kurang tiga minggu. Buku log aku plak masih kosong, suci murni. Fuhhhh.. bila diingat tentang buku log tetiba rasa macam nak migrain. Macam banyak je je yang perlu dikarang dalam tu. Alahaiii malas, tapi sampai bila nak malas, kan. Maka aku pun merajinkan diri.

Hari ni sehari suntuk aku menghadap buku log. Berpandukan kepada gambar aku mula karang ayat satu . Leka menulis tanpa sedar lunch pun berlalu. Nasib baik bulan puasa, kalau tak sememangnnya rugi. Melepaskan  peluang untuk tidur ketika waktu lunch ! Kesudahannya sampai waktu balik aku menghadap log book tu.

Disebabkan petang tadi hujan, maka aku tak pergi ke TTJ. Berbuka di rumah sudah. Sorang sorang pun jadilah. Langsung tak kalut hari ni. Aku siap boleh sambung baca novel lagi sementara tunggu waktu berbuka. Fuhhh ! santai giler..

Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

12:12 PG 0 Comments


Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!


Syarat-syarat

1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.




2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.


Baca syarat-syarat lain di Entri Official Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz (Klik Disini)

SELAMAT BERSEGMEN

29 Mei 2017

Jom Bercuti Ke Sarawak | Sarawak Destinasi Percutian Syok

9:15 PG 2 Comments

 Aku rasa seronok sebab kat Malaysia ni ada banyak port-port yang best untuk pergi bercuti. Tak payah nak kumpul duit banyak-banyak untuk pergi oversea, kat Malaysia je tak habis pusing. Korang caya tak? Dari Utara sampai ke Selatan, dari Timur sampailah ke Barat. Dari seluruh pelusuk Malaysia ni kita kena jejak barulah boleh panggil anak Malaysia kan. Hehe, aku nak share sikit kat negeri Bumi Kenyalang ada satu Hotel yang kalau korang turun Kuching, wajib stay. Apa nama Hotel tu? Sudah semestinya Hotel Imperial Kuching.



Hotel Imperial Kuching, merupakan penambahan terkini kepada Imperial Group of Hotels yang semakin berkembang. Ia merupakan fasiliti bertaraf 4-bintang, terletak secara strategik di tengah Bandaraya Kuching. Imperial Hotel Kuching ni dapat rating yang agak tinggi di website Traveloka. Banyak orang komen macam-macam contohnya, tempat best, bersih dan senang nak ke mana-mana. So aku nak ceritakan kat korang yang Hotel ni memang betul-betul dekat dengan Kuching International Airport so kepada sesiapa yang turun flight tu boleh terus ke hotel ni. Hotel ni di tengah-tengah town Kuching so tempat shopping kat sekeliling pun banyak, belum cerita pasal makanan lagi kan.

3 bedroom apartment


Sebahagian dari bilik yang terdapat di hotel ini.
Hotel Imperial Kuching memiliki 339 bilik tetamu, serta kamar-kamar suite di Tingkat Eksekutif – kesemuanya berdasarkan rekaan praktikal dan keselesaan buat para penginap. Setiap bilik dihiasi dan dilengkapi khusus dengan citarasa yang terbaik, di samping kemudahan percuma akses Wi-Fi dan Internet berwayar.

Dalam setiap bilik hotel ini ada aircon so tidur confirm nyenyak punya, kalau menggigil selimut kan ada. Bilik mandi dan TV sudah semestinya wajib ada dalam bilik hotel di tengah bandar ni. Sesuai untuk bercuti sorang atau berdua atau dengan family atau dengan company tempat kerja korang untuk yang nak buat event annual dinner jauh sikit ke kan. Nak stay kejap atau lama no problem sebab memang tempat ni bagi servis yang tip top. Kaunter perkhidmatannya operate 24 jam so korang kalau ada apa-apa nak request pun tiada masalah. Room service pon 24 jam kalau perut meragam tengah-tengah malam boleh angkat fond an order. Tapi kalau selalu buat alamatnya perut pun naik la ye. 

Kat hotel ni jugak ada wifi so kepada sesiapa yang nak buat kerja pakai internet boleh, nak main game save data sendiri pon boleh, ikut korang la kan. Restoran pula takyah cerita sebab dari breakfast, lunch, dinner sampai la supper pun ada so aku janji korang takkan kebulur unless korang nak stay bilik atau puasa 24 jam yang tu tak dapat aku nak nolong. Untuk yang nak buat function kat sini ada ballroom, function room sesuai ngan kehendak korang nak macam mana. Pihak hotel akan tolong suggestkan dan siap tolong sediakan segala peralatan yang korang nak pakai untuk function. Swimming pool juga ada so jangan lupa bawak baju mandi sekali nanti ya. Kalau terlupa jangan risau shopping complex pun dekat juga.

Pusat Kecergasan mempunyai gimnasium lengkap, bilik sauna dan wap, serta kolam renang luar. Kemudahan ini adalah ideal bagi para tetamu melepaskan lelah dan beristirahat, di samping bersenam.

Imperial Garden Restaurant
Dibuka sepanjang hari, restoran ini dilengkapi stesen jurumasak dan menyediakan bufet sarapan pagi setiap hari. Ia juga menawarkan pilihan menu ala carte yang pelbagai, merangkumi citarasa Timur dan Barat, serta seleksi tempatan. Promosi hujung minggu termasuk bufet makan malam setiap Sabtu, dan bufet hi-tea setiap Sabtu dan Ahad. Waktu operasi adalah dari 6 pagi hingga 11 malam.



Kat hotel ini ada fitness center untuk korang tak lepaskan peluang menjaga badan korang dan exercise. Ada juga steam room dan sauna untuk keluarkan peluh. Senang cakap korang wajib singgah ke fitness centre dia ni. Laundry servis juga ada untuk korang nak basuh baju kot-kot baju korang terkena makanan yang sedap sampai korang tak sedar. Servis diorang memang dah terbukti dengan komen orang-orang yang pernah datang di www.traveloka.com. Bukan senang nak dapat tau review yang real kan. Tapi untuk yang memang obsess dengan kebersihan hotel imperial ini memang paling sesuai untuk korang based kepada kebersihannya yang memang terkenal dan famous dikalangan orang yang pernah datang ke sini.

Hotel ini memang sesuai untuk korang datang kerja di Kuching dan nak relax based kepada facilities yang ada. Medical centre juga dekat kalau ada kes emergency. Yang penting google dahulu kat mana medical centre tu jangan tersilap sampai ke Sabah sudah. Menangis nanti sebab duit poket korang dah kosong. Haa kalau duit poket kosong ATM pun senang nak akses. So standby duit banyak-banyak tau nak shopping, kalau takut simpan dalam bank nanti cucuk jer senang. Jangan lupa kasi gegar di Kuching dengan Imperial Hotel Kuching.


Cerita Ramadhan | Hari Kedua

2:21 PG 3 Comments
Hari kedua berpuasa. Bersahur seperti biasa. Kurma dan air kosong. Alhamdulillah, mampu bertahan sehingga petang. Hari ni aktiviti agak padat. Huhuuu sebenarnya takde lah padat mana. Sekadar ke hulu ke hilir cod Medina Desire Detox Tea. Alhamdulillah, rezeki bulan puasa melimpah ruah. Syukur.

Cod untuk hari ni sampai tersesat bagai. Jenuh memusing tempat yang sama. Alahai hati, sabarkan sahaja. Usaha mencari dan tawakal, akhirnya jumpa. Fuh !!! Settle cod, terus ke Terminal One, Seremban. Dari Senawang aku merempit ke Terminal One. Panas lit lit wehhh.. Time dekat trafik light.. perhhh rasa macam sepet mata tahan panas. Kihkihkihhh..

Sampai Terminal One, terus gerak ke kaunter bus S.P.Bumi. Malas dah nak lilau silau mencari. Memang kebiasaannya aku naik bus S.P.Bumi tu dari Seremban ke Terengganu dan begitulah sebaliknya. Sampai ke kaunter.. fuhhh.. beratur panjang wehhh.. sorang demi sorang.. sorang demi sorang.. kaki dah penat berdiri, akhirnya tiba giliran aku..

"Dik tiket bus S.P.Bumi ke Terengganu 16.6 ada lagi tak?"
"Hari Jumaat ork?"
"Hah? A'ah hari Jumaat. 16.6, ada lagi tak?"
"Ada kak"
"Bus double ke single erk? Banyak lagi tak kosong? Ada single seat tak?"
"Tak pasti bus single ke double kak. Tiket, kak tengok sendirilah skrin ni"
**Dalam hati berkata, alamakkkkk banyak tu je yang tinggal**
"Seat single ada tak dik? Yang ni trip malamkan? Nak 1 tiket dik"
"Hari Jumaat, 16/6/2017, pukul 9.30malam erk?"
"A'ah dik"

Maka tiket pun diprint. Sebelum bayar, aku check satu persatu detail. Tarikh, masa, no kerusi dan lain lain. Agak dah puas hati aku pun bayar. Alhamdulillah, lega! Settle bab tiket bas. Tiket untuk balik raya. Terus aku whatsApp family, siap hantar gambar tiket. Heheee semangat giler nak balik, kan.

Settle bab tiket. Misi seterusnya mencari tembikai. Petang semalam aku cari temikai tak jumpa. Frust weh, baru plan nak berbuka puasa dengan tembikai. Okay, untuk hari ni perlu jugak mencari. Agak gigih aku mencari sehingga ke kawasan jalan pantai. Cari punya cari, nampak satu kedai buahan. Terus singgah dan mencari. Tanya punya cari, pilih punya pilih, maka aku pilih tembikai kuning. Dalam kepala otak dah terbayang, balik nanti potong tembikai siap-siap lepastu simpan dalam peti ais. Nanti time berbuka puasa baru best makan, tembikai sejuk. Fuhhhh !!

Dah siap membeli, letak dalam raga motor, tetiba terpandang belakang motor. Eh, mana plat motor belakang aku?? Jatuh ke? Perhhh rasa maccam blur kejap. Alahai plat motor, akhirnya kau hilang juga setelah hampir dua minggu kau longgar crack. Baru plan lepas beli tembikai terus nak balik rumah. Skrg terpaksa ubah rancangan, mencari bengkel motor dan buat plat baru. Cari bengkel area jalan ke KTM.. satu bengkel tutup.. dua bengkel tutup.. tiga bengkel tutup.. oich patutlah, hari ni hari ahad, cuti. Maka aku terus ke Senawang, ke bengkel yang sebelum ni aku pernah buat plat. Buat plat yang dah hilang tu. *macam berbelit je ayat ni. Abaikan..*

Bengkel tu kebiasaannya memang ramai pelanggan. Kebetulan hari ni salah seorang pekerja mereka cuti, so terpaksalah menunggu giliran. Lama jugak aku tunggu, kalau tak silap lebih kurang satu jam. Yes,TJ, mintak tolong diaorang pasangkan untuk aku. Lagipun sebelum ni, waktu aku tukar plat, si "cicak" yang tolong pasangkan untuk aku. Heheheee..

Tengok jam dah dekat pukul 6petang. Malas dah nak singgah mana-mana. Bazar ramadhan? Oich tidakkk ! Malas dah aku nak singgah. Malas nak bersesak dengan segerombolan manusia. Maka aku pun balik hati yang lega. COD dah settle. Tiket dah settle. Tembikai dah beli. Plat pun dah buat yang baru tapi tak pasang lagi.

Sampai rumah lebih kurang pukul 6lebih. Okay, rehat kejap. Tetiba si wawa call. Katanya si Apih ajak berbuka puasa di TTJ. Katanya lagi, diaorang pesan air tebu. Baru je aku letak call tetiba masuk masej dari si apih tu.

"Mari TTJ lah. Buke pose rumoh kawe. Tolong beli air tebu."
"Ok. Lagi ada nak pesan gapo lagi dop?"
"Abg long kirim murtabak"
"Ok"

Tengok jam dah pukul 6setengah lebih. Fuhhh masa dah semput ni. Terus aku whatsAap si wawa, suruh siap siap dan kejap lagi aku datang jemput dia. Hahaaa kami singgah di Mydin Senawang sebelum ke TTJ. Beli tembikai dan ikan selayang. Petang semalam lepas berbuka puasa, si Alef ada request ikan celup tepung so hari ni aku cuba tunaikan keinginan dia. Huhuuu..

Agak kalut situasi aku dan si wawa. Tengok jam dah pukul 7. Murtabak dan air tebu mana nak cari. Area Mydin, tak de plak nampak si penjual air tebu. Murtabak, ada yang dah tutup gerak. Mati akal kejap. Mana lagi ni nak cari.. Dalam perjalanan ke TTJ, kebetulan ternampak Bazar Ramadhan di Senawang Jaya. Singgah kejap beli murtabak. Okay settle. Air tebu takda so perlu dicari lagi. Singgah plak di Bazar Ramadhan TTJ. Ada 3 gerai jual air tebu tapi semuanya dah habis dan yang tinggal hanya hampas tebu lalu aku pun hampa. Mati akal kejap so belilah air sunquick. Time ni memang masa kritikal giler dah. Dah dekat sangat waktu berbuka puasa. Aku pun dah malas memikir. Terus gerak ke rumah diaorang. Sedang molek sampai, parking motor dekat garaj pastu azan Mahgrib pun berkumandang. Hahahaa si Alef dah merepek bagai. Malas aku nak dengar so terus masuk rumah. Okay, nampak nasi dan lauk dah terhidang. Alhamdulillah rezeki. Hari kedua berbuka puasa masih dalam keadan kalut. Tapi kekalutan hari ni lebih baik sedikit berbanding kekalutan semalam. Hahahaaaa ! Sebelum balik, aku mintak tolong si Apis tampalkan plat motor. Sabar, tadah telinga pastu senyum. Heheee

Hari kedua puasa. Hari kedua berbuka di TTJ. Hari kedua berbuka bersama mereka.
Thanks weh ! Sek demo memang gilo tapi gilo demo hanya kawe yang tahu



Lirik Lagu Despacito - Despacito Melayu Female (Malay Version)

1:24 PG 0 Comments


Lirik Lagu Despacito - Despacito Melayu Female (Malay Version)

Pergi..
Siapa yang katakan aku tak sudi
Jangan cuba kau bohong lagi

Benci..
Tidak pernahku lafaz walau sekali
Dengar penjelasanku ini

Oh.. ku..
Pasti mengharapkan lebih darimu
Kenali amanah dalam hidupmu
Salahkah ku pilih yang terbaik untukku

Oh.. ya..
Sengaja caraku putus tidak formal
Selepas ini mungkin akan lebih jelas
Apa yang membuat hatiku tertutup

Ku keliru..
Jujur aku katakan aku keliru
Sejak pertama kali kita bertemu
Ku fikir ku tahu apa yang ku mahu

Ku keliru..
Buat keputusan yang terburu-buru
Terima lamaran tanpa fikir dulu
Sememangnya ada niat untuk beritahu

Jodoh dan pertemuan ini bukan mainan
Bukan senang untuk putuskan
Semua demi kebaikan

Jodoh dan pertemuan ini Tuhan tentukan
Segalanya suratan
Dia yang menjadi pilihan

Pada awalnya engkau pilihan
Untuk Teman kehidupan
Untuk bina masa depan
Untuk hari kemudian

Tapi bagaimana engkau ingin mengimankan
Kalau satu fardhu pun tak pernah kau kerjakan
Tapi bekas kasih aku buat perubahan
Got up get up walkaway
Dari segala yang diharamkan
Sehingga dekatkan dirinya kepada Tuhan
Itulah ciri-ciri pasangan yang ku idamkan

Berkesah berkeluh
Bila tiba subuh
Zohor ke Asar
Saja kau biarkan
Dan aku doakan
Kau temu keinsafan
Agar satu hari berlakunya perubahan

Berkesah berkeluh
Bila tiba Subuh
Maghrib ke Isyak
Saja kau tinggalkan
Dan aku doakan
Kau temu keinsafan
Namun sudah cukup aku beri kesempatan
sayang..

Ku keliru..
Jujur aku katakan aku keliru
Sejak pertama kali kita bertemu
Ku fikir ku tahu apa yang ku mahu

Ku keliru..
Buat keputusan yang terburu-buru
Terima lamaran tanpa fikir dulu
Sememangnya ada niat untuk beritahu

Jodoh dan pertemuan ini bukan mainan
Bukan senang untuk putuskan
Semua demi kebaikan

Jodoh dan pertemuan ini Tuhan tentukan
Segalanya suratan
Dia yang menjadi pilihan

Jujur aku katakan aku keliru
Sejak pertama kali kita bertemu
Ku fikir ku tahu apa yang ku mahu

Oh...
Berkesah berkeluh
Bila tiba subuh
Zohor ke Asar
Saja kau biarkan

Bukan senang untuk putuskan
Semua demi kebaikkan

Berkesah berkeluh
Bila tiba Subuh
Maghrib ke Isyak
Saja kau tinggalkan

Segalanya suratan
Dia yang menjadi pilihan

Inkognito..


Lirik Lagu Despacito - Cover By Dzar Ismail (Malay Version)

12:53 PG 0 Comments


LIRIK IGKOGNITO

Pergi
Sekiranya kau tak mahu diri ini
Jangan kau lukakan ku lagi

Benci
Cukuplah kau lafazkan ia sekali
Kau putuskan usah kembali

Oh
Ku tidak lagi mengharapkan kasihmu
Ramai lagi yang akan menunggu ku
Yang akan rugi bukan aku tapi kamu

Oh yeah
Teman-temanku katakan ni normal
Semakin dilayan aku akan lemas
Hanya tunggu masa untuk hatiku tertutup

Inkognito
Untuk memerhati perlu inkognito
Ku bukan lelaki jenis desperado
Kau kau tak sudi just go back to zero

Inkognito
Had kelajuan cintaku alegrato
Dalam fikiran ku kau hanya bonito
Tiap sindiran adalah manuscripto

Hati dan perasaan aku bukan mainan
Suka-suka kau remukkan
Ambil bila diperlukan

Hati dan perasaan aku bukan pinjaman
Senang saja kau robekkan
Kini minta dikembalikan

Segalanya sudahku sediakan
Dengan sepenuh harapan
Dan serba satu hantaran
Rombongan aku hantarkan
Dua puluh empat purnama tempoh ikatan
Dua purnama pun kau tak mampu kuotakan

Tapi bekas kasih engkau yang kamu dambakan
Get up get up gateaway
Hasutan playboy kau mahukan
Sehingga termakan dan tewas di persimpangan
Dimanakah setia yang telah engkau janjikan

Berkesah berkeluh
Kau kata kau jenuh
Mahu kebebasan
Tak pernah tak penuh

Dan aku turutkan
Dengan kerelaan
Sehingga kau sanggup untuk ambil kesempatan

Berkesah berkeluh
Kau kata kau jenuh
Mahu kebebasan
Tak pernah tak penuh

Dan aku turutkan
Dengan kerelaan
Sehingga aku pun sanggup engkau menduakan

Sayang

Inkognito
Untuk memerhati perlu inkognito
Ku bukan lelaki jenis desperado
Kau kau tak sudi just go back to zero

Inkognito
Had kelajuan cintaku alegrato
Dalam fikiran ku kau hanya bonito
Tiap sindiran adalah manuscripto

Hati dan perasaan aku bukan mainan
Suka-suka kau remukkan
Ambil bila diperlukan

Hati dan perasaan aku bukan pinjaman
Senang saja kau robekkan
Kini minta dikembalikan

Inkognito
Untuk memerhati perlu inkognito
Ku bukan lelaki jenis desperado
Kau kau tak sudi just go back to zero

Berkesah berkeluh
Kau kata kau jenuh
Mahu kebebasan
Tak pernah tak penuh

Suka-suka kau remukkan
Ambil bila diperlukan

Berkesah berkeluh
Kau kata kau jenuh
Mahu kebebasan
Tak pernah tak penuh

Senang saja kau robekkan
Kini minta dikembalikan

Inkognito


28 Mei 2017

Blog Under Construction

6:07 PG 0 Comments
Assalamualaikum,
Selamat bersahur dan salam subuh.
Baca tak tajuk diatas?
Tengok tak gambar di atas?
Yes, blog under construction
Kisahnya, malam tadi den tak dapat nak tidur
Lalu bukak laptop, bukak hotspot dan blogging
Ada beberapa giveaway yang den join
Ada beberapa blog yang sempat den blogwalking
Ada beberapa blog yang den sempat den tinggal komen
Tengah syok blogging tetiba terfikir..
rasa macam nak tukar background 
memanjang gunapakai hitam putih
rasa macam dah bosan
rasa macam nak warna warni plak lepas ni
rasa maca, bla bla bla blaaaa...
sambil mulut pot pet pot pet
sambil tangan gigih search background yang menarik hati
tetiba nampak satu template
julie....
Okay, hati dah berkenan
Mula mula macam was was jugak..
takut nanti ke laut jadinya
tapi takpe, kita cuba dulu
ini tahun 2017, kita perlu berani mencuba
cewahhhh puithhhh !
maka den pun cubaaa
dan inilah sebahagian dri hasilnya..
den gode gode gode
tanpa sedar masa berlalu
den tukar tukar coding
mata tertengok jam
fuhhh dah pukul 3 pagi
okay, mata masih segar so teruskan gode gode
bla bla bla blaaa tengok jam dah pukul 4.57pagi
terus bangun cuci muka kemudian sahur..
kurma dan air kosong..
lepas tu sambung menghadap lappy sampai sekarang..
azan Subuh baru sahaja berkumandang..
okay, mata dah mulai rasa mengantuk
dah menguap dua puluh tiga kali..
rasanya kerja kerja pembinaan terpaksa dihentikan seketika
mohon maaf kepada tetamu yang datang menjengah
ruangan blog den agak berterabur ketika ini...
muahh !

Cerita Ramadhan | Hari Pertama

2:18 PG 0 Comments

Hari pertama puasa..tak sempat nak bersahur sebab tak terjaga dari tidur. Tak dengar langsung bunyi alarm. Alhamdulillah, dapat bertahan sampai waktu berbuka.. Arini aku berbuka puasa sekali dengan Apis, Alef, Fais dan wawa. Tak terjangka pun sebenarnya, si Apis tu pelawa bukak puasa sekali. Apa pun, alhamdulillah rezeki.

Time berbuka tadi, kami agak kelam kabut. Tengah leka memasak tetiba dengar bunyi azan Maghrib berkumandang. Waktu tu semua terkebil kebil. Nasi dah masak tapi lauk masih atas dapur. Air panas masih dalam heater, menanti untuk dibuat tea o panas. Sabar je lah. Last sekali semua duduk ngap murtabak dulu.

Dah siap makan nasi, si Alef request ikan celup tepung plak. Eh orang tua ni mengidam ke apa. Kenyang makan nasi nak ikan plak dah. Haha katanya sedap pekena ikan celup tepung ari first puasa. Pulak dah.. Okay takpe, esok petang den tolong buatkan ye. InsyaAllah esok dah tak kelam kabut. Hehee.








Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom

12:23 PG 2 Comments


"Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom"


Apa itu SGshop Malaysia?

SGshop merupakan satu laman web shopping online antarabangsa dari China ke Malaysia dengan harga yang murah. SGshop ditubuhkan pada bulan Ogos 2011 dan sebuah syarikat tempatan yang berdaftar serta pakar dalam logistik supaya boleh menerima produk yang dikehendaki untuk dibeli dari laman web e-dagang China. Selain itu, pihak SGshop juga bekerjasama dengan pelbagai pihak bank untuk memastikan bahawa proses pembayaran selamat dan cekap.

Okay, jika u all nak menjadi salah seorang pemenang bertuah ini sila ikuti syarat-syarat seperti berikut:-

Syarat-syarat:-

  1. Terbuka kepada semua blogger 
  2. Copy code HTML di kotak bawah dan paste di blog anda dan tulis entri bertajuk "Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom"
  3. Follow Blog:FarahGlanzDotCom | IG:FarahGlanzDotCom | FB: FarahGlanzDotCom
  4. Like Fan Page SGShop Malaysia dan IG: SGshopMalaysia
  5. Nyatakan barang yang ingin dibeli dengan nilai RM100 Shopping Credit tersebut 
  6. Hantar penyertaaan berserta link blog anda di ruang komen di bawah. 

Tarikh Tutup
26 Mei 2017 - 09 Jun 2017
*Senarai pemenang akan diumumkan pada 12 Jun 2017 menerusi random.org

HADIAH :
10 x RM100 Shopping Credit SGshop Malaysia


Info:-Bagi pemenang yang bertuah nanti pastikan anda telah mendaftar akaun dengan SGshop Malaysia bagi memudahkan RM100 shopping credit SGshop Malaysia dikreditkan terus ke akaun anda nanti yer.. All the best and Good Luck!


Barang yang ingin dibeli dengan nilai RM 100 di SGshop??
Okay, Saya ni jenis yang suka shopping rak/kabinet/ almari dan seangkatan dengannya so saya akan grab item tersebut di SGshop. Yang pasti murah dan berbaloi !

Antara item yang akan dipilih adalah :


Harga : RM 40.28


Harga : RM 13.82

Semoga ada rezeki untuk kedua dua memiliki item yang comel tu, Aamin.

27 Mei 2017

SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway

11:36 PTG 2 Comments
Syarat-Syarat Penyertaan:
1. WAJIB register akaun anda di SGshop Malaysia 
2. Like Fan Page SGshop Malaysia
3. Copy banner giveaway diatas dan buat satu entry bertajuk "SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway"
4. Senaraikan Minimum 1 Produk yang anda teringin sangat beli jika anda menang RM100 Free Shopping Credit itu nanti. (lihat contoh entry sini)
5. Copy URL entry penyertaan diatas dan pastekan dibahagian komen dibawah.
6. Tempoh giveaway ini bermula 17 Mei hingga 31 Mei 2017, senarai nama pemenang akan diumukan pada 1 Jun 2017 jam8 pagi.

Apa yang nak dibeli jika saya menang RM100 Free Shopping Credit itu nanti???
Okay, disebabkan saya ni jenis yang suka kumpul rak/kabinet/almari dan seangkatan dengannya, so saya takkan lepaskan peluang ini untuk membelinya di SGshop. Semestinya murah dan berbaloi. 
Antara item yang akan saya beli adalah :

Harga : RM 47.90




Harga : RM 24.31

Semoga ada rezeki untuk memiliki kabinet comel ni. Fuhhhh.. kalaulah dapat yang ni, semestinya akan letak dalam bilik bacaan. Bolehlah abadikan koleksi novel kesayangan atas kabinet ni. Aamin.


GIVEAWAY BUSYRA TAKIYUDIN: SAYA NAK SHOPPING CREDIT RM1000!!

11:01 PTG 1 Comments
Syarat-syarat:

1. Buat satu entri (letak banner sekali)

2. Nyatakan satu barang yang korang nak beli dalam SGshop

3. Backlink kan ke entri ini

4. Tinggalkan link entri di ruangan komen

5. Share entri korang di laman sosial (facebook)


Barang apa yang saya nak beli di SGshop??
Heheee.. disebabkan saya ni peminat tegar pengumpul rak/kabinet/almari dan seangkatan dengannya so, semestinya saya takkan lepaskan peluang untuk membelinya di SGshop.
Antara item item yang akan dibeli adalah :

RM 13.82

RM 40. 28

RM 15.83


Semoga ada rezeki untuk memilikinya..
Lalalalalaaaa ~


Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul

10:02 PTG 0 Comments
Klik Banner Untuk Join
Klik Banner Untuk Join Tapi Pastikan Anda Ikuti Semua Syarat Yang DIsediakan. TQ syg!

Syarat-syarat penyertaan (wajib isi) ;

● Terbuka kepada blogger di Malaysia.
● Anda wajib daftar akaun percuma SGshop di SG Shop Malaysia. Pastikan sertakan username di entri anda.
● Like fan page SGshop Malaysia dan Follow IG @sgshop_malaysia.
● Follow blog saya, Google + dan FB page.
● Copy banner di atas dan tulis satu entri bertajuk "Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul".
● Tulis entri anda 'Barang yang ingin dibeli di SGshop Malaysia jika anda menang RM100'!
● Copy URL anda di bahagian komen untuk senarai penyertaan.
● Tag dua rakan anda (kalau mahu).
● Senarai pemenang akan diumumkan pada 1 Jun 2017 menerusi random.org.

Apa yang akan saya beli di SGshop Malaysia sekiranya saya menang ???
Disebabkan saya ni jenis yang suka kumpul rak/kabinet/almari dan yang sewaktu dengannya, so saya takkan lepaskan peluang ni untuk beli barang-barang tersebut di SGshop Malaysia.
Antara barang yang akan saya beli termasuklah :


RM 13.82


RM 15.83


RM 34.72


RM 13.81

Setelah dihitung, dikira dan ditambah, jumlah bagi kesemua item yang saya akan beli ni RM 78.18. Fuhh.. 4 item deli tapi tak sampai pun RM 100. Murah dan berbaloi sangat. 
Semoga ada rezeki untuk milikinya. 


26 Mei 2017

8 Tip Mudah Sahur Kevin Zahri

4:16 PTG 0 Comments

8 Tip Mudah Sahur. Apakah tips yang anda sendiri amalkan?

1) Jangan skip sahur.
Sahur penting untuk bekalan tenaga dan sunnah dalam amalan puasa.

2) Segenggam + Karbo
Penting kerana sumber utama badan.

3) Komplex karbo
Dapat berikan tenaga untuk tahan lebih lama. Jadi pilih karbo yang berserat.

4) Protein yang bersih
Pilih protien yang mengenyangkan anda.

5) Elak garam
Garam akan mempercepatkan dehydration. Pilih makanan yang ada potassium.

6) Elakkan kafien
Kafien pun mempercepatkan dehydration kerana ia diuretik.

7) Elakkan minuman gas
Minuman bergas juga mengandungi dehydration

8) Jangan minum terlalu banyak air
Lebih banyak air anda minum, lebih cepat ia akan dibuang.



6 Sebab Gagal Kurang Berat Badan

4:06 PTG 0 Comments

Masih sukar untuk kurangkan berat badan?

6 faktor berikut mungkin memainkan peranan:

1) Nafsu makan bergelora: cabaran utama dlm usaha anda utk kurangkan berat badan BUKAN LAH senaman tapi kebolehan anda untuk mengawal nafsu makan.

2) Anda stres! Badan akan tingkatkan fat storage ketika anda stres untuk "selamatkan anda" dari hadapi stres.

3) Diet terlalu extreme memang STRES mental dan pada badan secara keseluruhan.

4) Senaman memang stres fizikal jadi kalau bersenam setiap hari tanpa rehat, STRES!

5) Jangan pandang rendah kepentingan lawas untuk bantu anda kurang berat badan. Target 2x sehari.

6) Suplemen bukan kunci weight loss. Yes ia boleh membantu jangan dahulukannya berbanding pemakanan dan gaya hidup anda.

Apa-apa pun jangan STRES-STRES. Biar lambat as long as anda 1) mengawal dan 2) enjoy the journey.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...