21 Disember 2016

Dilema | Nak ambil dropship ke tidak 2016

Assalamualaikum

Aku merupakan salah seorang agent detox tea Medina Desire. Sejujurnya, aku sendiri tak pernah terfikir nak berbisness. Serius ! Tak pernah bermimpi nak main jual jual. Kihkihkihhh

Alhamdulillah. Walaupun aku bidang terjun dalam berbisness ni tapi sambutan sangat menggalakkan. Dah beberapa kali aku restock produk. Alhamdulillah, syukur sangat.

Orang kata berbisnes ni mudah. Dengan berbisnes, kita boleh cepat kaya. Ye ke? Hehee dulu duluan aku pun fikir macam tu jugak. Asal bisness ye kaya. Asal jual jual ye banyak untung. Cewahhhh, nampak tak pemikiran aku takat mana waktu dulu kala πŸ˜‰

Sejak terjebak dalam dunia jual jual ni, baru aku rasainya. Bukan mudah untuk aku handle jual jual ni. Untuk permulaan jual jual, aku nak perkenalkan barangan aku pada semua orang tu memang agak mencabar. Ada sebilangan kawan aku siap perli lagi. Serius sentap giler wehh. Tapi takpe, aku malas nak peduli unsur negetif yang wujud disekitar aku. Kihkihkihhhh

Bermula dari instagram, aku mula bina page facebook kemudian aku linkkan sekali ke twitter dan tumblr. Aku cari serba sedikit ilmu dari pakcik google. Aku belajar cara nak simpan untung rugi, bagaimana cara nak sediakan akaun. Almaklumlah, aku ni bukan budak akaun. Aku budak current weh.  Memang langsung takde ilmu perakaunan. Terima kasih pada pakcik google yang sedekahkan ilmu kepada aku.

Dalam instagram aku post satu persatu. Agak botak jugak kepala aku nak bina caption yang menarik. Mujur ada stokis yang bantu serba sedikit. Permulaaan aku bertatik memang agak lambat. Sejujurnya, aku memang lambat giler nak meroket pada permulaan jual jual. Alhamduliah, follower instagram semakin bertambah, like semakin banyak, komen semakin meriah dan yang paling penting dah ada yang direct massange bertanyakan detox tea yang aku jual tu. Serius happy giler rasa. Bangga pun ada. Kihkihkihh tapi bukan riakk tau πŸ˜‰

Rasanya dah hampir 3bulan aku berbisnesss. Cewahhh bisness lah sangat woiii.. πŸ˜‚ . Sekarang ni aku terfikir nak open dropship. Rasa macam nak sangat ambil dropship. Setekat ni oun ada beberapa orang yang tanya aku berkenaan dropship tu. Huhuu

Masalahnya sekarang, aku nak ambil dropship tapi aku tak yakin. Tak yakin dapat handle ke tidak nanti. Aku takut tak terhandle. Ya lah, sekarang ni aku pun dah nak habis latihan industri untuk semester ni tapi buku log aku tak sentuh pun lagi. Entah bila aku nak siapkannya. Mood menulis tak mai lagi wehhh. Lepas tu sekarang ni aku fikir tentang latihan industri untuk semester depan pulak. Aku dapat praktikal di Seremban. Jauh giler wehh dari Terengganu. Takpe lah mungkin rezeki aku disana. Cukuplah dua semester dah aku praktikal di Terengganu. So sekarang dalam kepala aku ni macam macam benda yang aku fikir. Motor bila nak siap servis. Bila nak pos ke sana. Bila aku nak beli tiket bus ke sana. Macam mana nak angkut barang bawak pergi sana. Poning poning poning eden weh laguni.

Tapi dalam poning pun aku tetap rasa nak cuba ambil dropship. Nak cuba pengalaman handle dropship tu. Aci x? πŸ˜‚ cehhh macam buang tabiat aku ni! Kan? Nak berdropship bagai pulak dah. Boleh dianggap macam takde masalah tapi gedix cari masalah. Hah gitu!!

Tapi.. rasa macam nak jugak cuba berdropship. Tapi macam takut plus risau pun ada. Takut satgi tetiba stock dalam tangan aku ni tak cukup. Mampusss!! Dah laa aku plan nak habiskan semua stock yang sedia ada ni. Dan lepas tu tak nak restock lagi stock yang baru. Sebab aku takot kalau restock nanti kang tetiba banyak plak yang tak habis. So jenuh plak aku nak angkut semua tu bawak pegi Seremban. Matilanakkkk.. barang aku sendiri pun dah banyak. Nak ditambah lagi dengan tea tea ni semua. Ishh iahhh mahu menangis aku nak angkut beg banyak banyak bawak naik bus nanti πŸ˜…

Korang yang berminat nak cuba detox tea boleh πŸ“² whatsapp 013-6462960 . Nak tanya lebih detail tantang detox tea pun boleh. InsyaAllah aku bantu mana yang termampu ye

18 Disember 2016

Kisah penukaran kad CIMB

Assalamualaikum | Selamat pagi sayang 😍

Awal pagi aku update enteri.. terkejut tak ? Pelik tak ? Alaaa tak payah nak pelik sangat.. mood berenteri secara rambang sedang berleluasa ni... kihkihkihhh

Nak dijadikan cerita, pagi ni aku ponteng kerja.. kihkihkihh macam tak sesuai je guna perkataan ponteng tu.. tapi takpe tetap juga dalam kategori ponteng.. πŸ˜‰

πŸ‘†⬆ Nak pak tak gambar kat atas tu? Nampat tak nombor angka giliran berapa? Awesome kan !!! Kihkihkihhh mereput aku nak hadap nombor satu persatu.. Nombor giliran aku 3333 *cantikk plak nombor tu* dan nombor terkini 1023... boleh agak tak ada lagi berapa nombor sebelum tiba nombor giliran aku ??

Sebelum ni aku pernah 3 kali pergi ke CIMB bank.. niat hati nak tukar kad tapi hampa.. katanya borang habis.. katanya nombor habis.. katanya limit untuk sehari hanya 300 keping sahaja.. okiesss tak sempat aku nak fikir.. limit 300 keping sedangkan pengguna kad CIMB di sekitar Terengganu ni berapa puluhan orang.. fikir kejap..

Kalau tak silap aku.. CIMB untuk sekitar bandar Terengganu takde cawangan.. maksudnya semua orang akan tertumpu di CIMB bank utama.. perhhh ramai giler kowt..

Ikutkan hati aku nak gerak balik terus.. malas nak menunggu.. tapi bila fikir secara normal.. habis tu bila lagi aku nak settlekan penukaran card CIMB ni plak?? Nanti kan tak pasal pasal tak boleh nak guna CIMB.. hahahaa haru biru lah nanti... sudahlah card CIMB tu agak penting untuk aku.. penting sangat ke? memang penting pun.. sebab setiap hujung bulan duit akan masuk dalam tu.. so kalau card tak boleh nak buat transaksi.. macam mana aku nak keluarkan duit duit tu.. hehee duit duit ye.. acah acah banyak duit plak kan..

Aku masih menunggu.. masih menanti dengan sabar.. giliran aku entah jam berapa gamaknya.. apapun akukan semoga setiap urusan kami semua betjalan dengan lancar. Semoga dipercepatkan segala urusan.. cepatlahhhh tak larat dah nak menunggu.. dengan keadaan kesihatan yang tak betapa nak sihat ni...




Detox Tea Medina Desire

Detox Tea dari Medina Desira

🌷 SLIMMING & DETOX TEA:-
✔MELANGSINGKAN BADAN
✔MENGECILKAN PERUT BUCIT/BOROI
✔MENURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH
✔KENCING MANIS
✔DARAH TINGGI
✔GOUT/URIC ASID TINGGI
✔KOLESTROL TINGGI
✔OBESITI
✔ANGIN DALAM BADAN
✔PELBAGAI LAGI MASALAH DALAMAN DAN LUARAN

🌷 KAKICANTIQ TEA(LEGS TEA)
Kakicantiq tea adalah dirumus khas daripada 100% dry herbs dan tiada kimia untuk mengecilkan peha dan lengan. Juga utk membuang air berlebihan dalam badan dan melawaskan kencing

🌷Gabungan KCT & SDT akn buat badan korang rasa ringan dan sihat. Dah detox badan tu jgnlah makan secara bermaharajalela plak tau!

🍁 Woww kesannya seawal 3-5hari. Ada yg sampai 5kg 5hari. Wow sangat kan!




Untuk sebarang pertanyaan / order, boleh Whatsapp 013-6462960 . Korang boleh ke instagram kami untuk lihat testimoni dan feadback dari coustmer @teatoxganu @ orangkecik . Pistttt jangan lupa singgah dan like page facebook kami tau , Detox Tea Muroh @ @detoxteamuroh

Jom amalkan gaya hidup sihat. Buang toksin dengan selamat πŸ‘

16 Disember 2016

Sebab Mengapa Semua Wanita Dan Isteri Suka Dipeluk Suami

Gambar hiasan pakcik google taw :)

Apabila suami buat tidak tahu pada isteri, pasti isteri akan merajuk. Kadang-kadang, suami tidak faham kenapa isteri merajuk. Pada isteri, pelukan itu suatu yang cukup penting. Kenapa sebenarnya isteri suka dipeluk suami?. Apa kesan pelukan hangat suami isteri dari sudut psikologi pula?



1. Mahu rasa disayangi Wanita mahu tahu yang dirinya disayangi setiap masa. Bagaimana lelaki boleh menunjukkan yang dia sangat sayang pada wanita itu? Mudah sahaja, berikan pelukan. Namun, perlu pastikan yang pelukan itu ialah pelukan yang tidak bernafsu. Isteri akan lebih berterima-kasih dengan pelukan santai, bukan dengan pelukan ajakan ke atas katil. Apa salahnya sambil peluk, berikan pujian ikhlas pada isteri.


2. Melegakan fizikal dan emosi Sentuhan yang berlaku semasa pelukan ialah sentuhan fizikal. Biasanya, sentuhan fizikal akan merangsang nafsu. Namun dalam hal ini, pelukan juga dapat melegakan emosi isteri itu sendiri. Isteri akan berasa lebih relaks disamping suami. Bayangkan seharian isteri membuat kerja-kerja rumah, tentunya pelukan spontan dari suami sedikit-sebanyak akan menghilangkan penat lelah. Dari segi psikologi, ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormon oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan lebih semangat dan lebih tenaga pada isteri.



3. Lambang kesetiaan. Pelukan bukan sahaja simbolik pada kasih sayang. Ia juga simbolik pada kesetiaan. Suami yang selalu memeluk isteri dikatakan lebih setia. Isteri tidak mahukan seorang suami yang suka mencari kegembiraan di luar. Biarlah isteri sahaja yang dapat memberi kebahagiaan pada suami, bukannya perempuan lain di luar sana.


4. Mahu rasa dihargai. Penghargaan yang diberi oleh suami dalam bentuk material seperti hadiah, tidak sama dengan pelukan. Rasa ‘appreciation’ itu tidak sama dan mempunyai perasaan yang berbeza. Nikmat pelukan itu sukar digambarkan oleh isteri.Kesimpulannya, suami perlu memperbanyakkan memeluk isteri. Benda yang sudah halal, kenapa mesti malu? Mulakan dengan membelai rambutnya, main-main dengan helaian rambut isteri. Isteri suka diperlakukan sebegitu. Sentuh wajah isteri yang lembut itu sambil memandang tepat pada matanya. Sentuh wajah isteri sambil menggosok lembut lengannya. Kaitkan jari-jemari tangan dengan jari-jemari isteri. Gosok lembut punggungnya dengan bersahaja. Ingat, ketepikan nafsu buat seketika. Jangan jadikan ia alasan untuk atau tiket untuk mengajak isteri membuat hubungan intim. Isteri hanya mahu saat-saat santai. 

Buat para isteri di luar sana, jangan menunggu suami memeluk anda. Suami selalunya kurang peka dengan kehendak isteri. Jika sudah lama tidak dipeluk suami, apa kata isteri juga memulakan langkah dengan memeluk suami selepas habis membaca artikel ini.“Good Luck”

credit : SINI

Migrain Bukan Sakit Kepala


Migrain, berbanding dengan sakit kepala, boleh menyebabkan kesakitan yang melemahkan tubuh bagi ramai orang yang menghidapnya, yang boleh berlarutan selama berjam-jam dan adakalanya berhari-hari.

Sakit kepala, sebaliknya, tidaklah teruk atau kronik, tetapi ia juga tidak selesa sebagaimana migrain.

Migrain boleh diiringi oleh beberapa gejala lain termasuk: gangguan penglihatan, rasa loya, muntah, pening, menjadi sangat sensitif pada bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan rasa menyengat atau kebas pada bahagian muka.

Migrain dianggap sebagai satu sindrom dan selalu digambarkan sebagai “satu koleksi gejala-gejala yang timbul dari satu punca biasa dan diklasifikasikan mengikut kumpulan gejala-gejalanya.

Oleh kerana gejala-gejalanya adalah sangat berbeza, migrain sering tersalah didiagnos.

Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.

Ujian menentukan kategori sakit kepala


Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:

Adakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?

Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?

Adakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?

Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain.

Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju.

Malangnya, tiada penawar untuk migrain pada ketika ini. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan rawatan yang boleh membantu untuk mengurangkan beberapa kesakitan dan gejala-gejalanya ada boleh didapati.

Berundinglah dengan doktor anda jika anda menghidap migrain bagi membantu menentukan rawatan terbaik.

siapa pernah sakit migrain ni?
biasa aku petang smpai ke malam tanggung sakit :'(

Kelebihan Makan Epal Hijau



1. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Membantu menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal.

3. Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.

4. Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.

5. Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.

6. Mencantikkan dan menghaluskan kulit wajah.

7. Sesuai dijadikan makanan pre workout dan post workout. Energy booster!



FAKTA : Harga 6 biji epal hijau lebih murah berbanding 1 set KFC atau MCD.
Nak hidup sihat, jangan cipta pelbagai alasan.

29 November 2016

15 Kemuliaan & Keutamaan Wanita



*1. Doa seorang isteri yg taat memiliki kekuatan 70 wali*

*2. Isteri yg membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 x khatam Qur'an.*

*3. Masakan isteri yang dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do'a suami yg memakan masakannya menjadi do'a yg diijabah.*

*4. Isteri yg membangunkan suami untuk sholat atau mengingatkan sholat berjamaah di masjid pahalanya 27+1*

*5. Isteri yg kelelahan bangun malam karena anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur*

*6. Seorang ibu yg menyusui setiap tetes susunya senilai 200 x sholat khusu dan doanya di ijabah' (fadilah wanita)*

*7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama Isteri dalam keridhoan suami.*

*8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.*

*9. Bila seorang wanita hamil sholatnya dua rekaat adalah lebih baik dari 80 rakaat sholat wanita yg tidak hamil.*

*10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun sholat dan 70 tahun puasa.*

*11. Wanita yg mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat.*

*12. Wanita yg menyusui anaknya, maka setiap tetesan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA wajib bagi nya".*

*13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.*

*14.Apabila ia membaca pd hr pertama keluar haid* *"Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi" Maka Allah Swt akan membebaskannya dr jahanam, shirat & adzab.*

*15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dgn pahala 40 orang mati syahid apabila ia berdzikir.*

Credit : SINI
.


Data roaming


Apa itu roaming?

Selalu tertanya2 apa itu roaming..."roaming is subscribed services can be used when moving from 1 region to another region" maksudnye roaming ni adalah servis bile kita gerak daripada 1 tempat ke satu tempat.. servis call & data la kiranye.. call tu fon macam biasa.. data tu.. bila kita surf tenet...Roaming is divided by two. Regional roaming is when roaming in the same country with home operator.

Roaming berlaku dalam negara kita.. contoh..aku guna digi.. maka home operator aku digi..kalau contoh kawasan tu takde coverage, maka kita akan automatic gune celcom network..jadi line internet yang slow tu boleh try benda ni mungkin sebab kawasan korang memang coverage telco lain jadi dia akan juga coverage telco tu. Faham tak?


Tips Yang Membantu Anda Atasi Masalah Berdengkur Semasa Tidur



Tidakkah anda benci apabila anda mempunyai pasangan yang berdengkur semasa tidur? Atau, anda orang yang berdengkur dan pasangan anda tidak boleh tahan? 

Cuba tips-tips yang menakjubkan ini, anda pasti berhenti berdengkur dan semua orang boleh tidur dengan aman sepanjang malam.

Guna Beberapa Bantal

Lebih banyak udara yang melalui di kerongkong semakin kurang seseorang itu akan berdengkur. Cuba letakkan beberapa bantal di bawah kepala anda sambil berbaring disisi kerana ini bukan sahaja akan membuat tidur anda lebih selesa malahan ianya juga dapat membantu anda bebas dari dengkuran.

Terdapat juga bantal khas yang anda boleh beli dimana ianya dicipta dengan mempunyai kontur di bawah leher untuk orang yang berdengkur. Fungsi Kontur ini adalah untuk membuka kerongkong anda semasa tidur.

Secara umum ianya direka khas untuk membantu masalah berdengkur tidak kira di mana kedudukan pendengkur itu tidur.

Namun bantal ini agak mahal dan adalah lebih baik akan melakukan penyelidikan sepenuhnya sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.

Dapatkan Jalur Hidung (Nose Strips)

Bukan sahaja jalur ini berkesan untuk ramai orang malahan ianya juga murah. Tidak perlu menggunakan jalur tersebut di siang hari anda hanya perlu memakainya sewaktu hendak tidur. Apabila digunakan, jalur membantu lubang hidung terbuka luas dan mampu bernafas tanpa halangan secara langsung menghentikan dengkuran.

Menyanyi Atau Membaca Quran Dengan Berlagu

Ya, menyanyi atau membaca Quran dengan berlagu boleh membantu anda berhenti berdengkur. Apabila anda menyanyi atau membaca Quran dengan berlagu secara langsung anda sedang melakukan senaman otot kerongkong anda.

Anda menggunakan otot tersebut setiap hari samasa bercakap tetapi otot tersebut akan berkerja lebih kuat lagi apabila anda menyanyi atau membaca Quran dengan berlagu.

Ini adalah otot sama yang digunakan apabila seseorang itu berdengkur. Jika otot tersebut lemah anda mungkin lebih cenderung untuk berdengkur.

Akutekanan (Akupunktur Semula Jadi)

Akutekanan dikenali sebagai cara alternatif untuk penyembuhan bagi orang-orang yang mempunyai masalah berdengkur.

Kuncinya adalah tekanan pada jari anda. Dengan mengenakan tekanan kepada jari anda mekanisme yang menyebabkan pendengkuran akan dihalang. Anda boleh berjumpa dengan pakar-pakar seni akutekanan untuk mendapatkan rawatan tersebut.

Satu lagi pilihan ialah dengan memakai alat yang menghasilkan tekanan pada jari kecil anda sepanjang malam.

Jangan Mengambil Pil Tidur

Tidak kira betapa buruk masalah pendengkuran anda, pastikan anda tidak menggunakan mana-mana pil sama sekali.

Tujuan pil bukan untuk membantu anda berhenti berdengkur, ianya hanya untuk merehatkan badan anda.

Cara terbaik adalah dengan mencari punca masalah yang menyebabkan anda berdengkur dan cuba salah satu tips di atas.


korang rasa, korang berdengkur tak?



26 November 2016

Personaliti Warna Melalui Tarikh Lahir


Personaliti seseorang berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir? Macam menarik sangat kan. Malah sikap diri sendiri pun boleh kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu pada 27hb Julai, bermakna kamu mewakili warna merah jambu. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.

23 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
1 April hingga 10 April – Biru Laut
11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April – Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)

MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.

KRIM
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.

MERAH JAMBU
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

HIJAU
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!

EMAS
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

KUNING
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!

TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.

MAROON
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

OREN
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

UNGU
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi.

LIME (WARNA BUAH LIMAU)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

PERAK
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

HITAM
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

PERANG
Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?

KELABU
Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

BIRU
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

BIRU LAUT
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

PUTIH
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

(AQUA) BIRU KEHIJAUAN
Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.

Jangan Mencari Kesempurnaan

Jangan mencari kesempurnaan
Tapi sempurnakanlah apa yang kita ada



Suatu hari, aku bertanya kepada guru

Aku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?" 

Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"

Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, aku kembali dengan tangan hampa.. 

Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun..??" 

Aku : "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!" 

Sambil tersenyum,
Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.." 

• Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sukar & sulit, jangan membenci. 
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan mengkeji.
• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina. 

"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN
tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita"..





Sayang Aku RIndu - Bahrain Rahman


Percayalah ku setia
Jangan pernah ragu cintaku
Yang selalu memanggil namamu
Di setiap detak jantungku

Hampa mengunci jiwa
Saat jauh dari kasihmu
Benar-benar aku tak mampu
Hidup tanpamu memelukku

Maafkanlah diriku
Yangs pernah selalu melupakan
Setiap kasih yang kau beri
Setiap cinta yang kau bagi

Sungguh sepi malamku
Tak seperti saat denganmu
Tika kau ada di sisiku
Menghiasi mimpi indahku

Sayang sayang
Aku rindu
Setengah mati padamu

Sayang sayang
Ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu

Engkaulah bintang di malamku
Cahaya di setiap gelapku
Dirimulah cinta sejati

Sayang sayang
Aku rindu
Setengah mati padamu

Sayang sayang
Ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu

Percayalah ku setia
Jangan pernah ragu cintaku
Yang selalu memanggil namamu
Di setiap detak jantungku

Aku rindu


Zahir Tak Terucap - Nash



Nyata bukan khayalan
Apa yang aku alami
Kau jelma setelah menghilang
Kini berdiri di lamanku

Teramat getir keadaan ini
Nak kubiarkan tak sampai rasa di hati
Andai ku sambut itu bererti
Berdosanya diriku ini

Aku terpaksa kuburkan
Walaupun kasihku ada
Harus kau terima hakikat
Dia masih memerlukanmu

Nyata bukannya khayalan
Apa yang aku alami
Kau jelma setelah menghilang
Mengharap suatu yang tak mungkin

Terbongkar kini yang dulu terkunci
Namun semua itu sudah tak bererti
Silapnya kita saling memendam
Sukar meramal perasaan

Aku sememangnya ada
Menyimpan kasih padamu
Cuma zahir tak terucap
Kerna dibayang rasa sangsi


Ku Redha Sendiri - Klthom



- Ku Redha Sendiri -

Aku bukan aku yang kau kenali dulu
Engkau bukan engkau yang pernah memukau
Dihadapan kita dua insan berbeza
Yang mencari cari arahnya sendiri

Suara senada seia sekata
Tiba saatnya bercanggah jua
Kita yang bersifat baru 
Berubah dengan waktu
kau dan keangkuhanmu
mencabar kesabaranku

Kemana kelembutan bicara yang bersopan
Diriku dikasarkan oleh pengalaman
Andainya berjauhan rahmatnya kedamaian
Biar kau pergi biarku disini


Monolong | Part 16


- Andai Jodoh -
Semakin jauh dan semakin laju
Langkah ini ku susun rapi 
Ku cuba sedaya upayaku
Membawa diri ini pergi

Bukan mudah namun harus ku berpura
Selindungan titisan airmata
Pilu sepilunya hatiku terasa
Namun ku yakin kau juga rasa sama

Kerana kita saling cinta
Namun pertengkaran sering saja
Terjadi didalam hubungan ini
Hingga harus kita berpisah

Tapi ku yangkin ini sementara
Andai jodoh ini milik kita
Pasti disuatu hari nanti
Kita kan bertemu kembali...



Aku kecewa.. entah hari ini merupakan hari yang keberapa.. aku lupa.. aku tak ingat.. dan rasanya tak penting untuk aku ingat.. alhamdulillah.. hati aku makin tenang.. sedih.. memang aku sedih tapi rasanya kesedihan tu semakin berkurangan.. melupakan.. hurmmm rasanya terlalu mustahil untuk aku lupakan semua ni dalam sekelip mata..

Kadangkala bila sendiri mesti aku teringatkan dia.. terbayang kenangan aku dan dia... keluar pergi situ.. keluar oergi sana.. bergurau senda.. marah.. ketawa.. merajukk.. semualah.. berderai airmata.. sedih.. tak sangka ini yang aku dapat akhirnya..

Dikala hati aku sakit dengan tindakan dia.. aku masih tak mampu untuk lupakan dia.. membenci.. jauh sekali untuk aku benci dia... aku tak mampu untuk membenci dia.. sebab sepanjang aku kenal dia.. dia sentiasa ada dikala aku sedih dan happy.. banyak masa dan tenaga dia bazirkan untuk aku.. hurmmmm... dalam jahat dia banyak kebaikan dia yang aku nampak..

Jodoh... sememangnya mustahil untuk kami bersama.. ya aku tahu semua tu.. aku sedia maklum dengan situasi kami.. tapi bukan ini pengakhiran yang aku harapkan.. entahlah.. bila ingat semua ni buat hati aku makin sakit.. sakit tak terkata... sebab tu aku ambil pendekatan untuk diam..

Sebenarnya banyak benda yang aku nak bertanyakan kepada dia.. tapi aku tak mampu.. aku diam sebab aku tak nak hati ni semakin sakit.. ikutkan hati aku.. nak ws dia.. nk massage dia.. nak tanya khabar.. sihat ke dia.. dah makan ke belum.. macam mana dengan kerja.. family dia macam mana.. mak dia apa khabar.. hurmmm tapi semua tu tak mampu untuk aku tanya lagi..

Aku harap suatu hari nanti.. aku kuat untuk bersemuka dengan dia.. untuk tuntut penjelasan dari dia.. huh penjelasan lah sangat..  apa pun aku doakan semoga dia bahagia dan happy selalu.. harap dia dapat stop smoke slow2.. sungguh walau sekuat mana aku benci dia.. jauh dasar hati aku tetap ada sekelumit sayang untuk dia.. Semoga bahagia milik dia.. bpc

24 November 2016

Suatu Pagi Yang Sibuk


Okies awal pagi arini aku update blog.. mesti pelik kan.. aku ni tak kerja ke.. laju sangat ke wifi dekat opis time mcm gini.. alah tak payah nak pelik sangat lah.. aku tak masuk kerja pun lagi pagi ni... kuikuikuiii eh dah kenapa? Pistttt jangan ingat aku ponteng tau.. tak baik tuduh tuduh.. hahaaaa *merapu*

Sebenarnya sekarang ni aku ada dalam Bank Simpanan Nasional cawangan Kuala Terengganu... wahhh rajin pulak aku berkampung dalam bank dipagi hari nan indah ni.. kan.. biasalah demi tanggungjawab ioll.. wah gituuu sejak bila aku ni jadi insan yang bertanggungjawab sangat eh.. winkkk winkkk blinkkkk!

Alkisahnya pagi ni aku tergerak hati nak pergi pejabat TM caeangan Kuala Terengganu. Sebenarnya niat tu dah lana ada tapi masa dan situasi yang tak mengizinkan. Jadi untuk pagi nan indah ni, aku paksa jugak diri. Awal pagi semangat aku gerak dari rumah. Sampai bandar Terengganu, tak jumpa plak cari bangunan TM. Alamakkk sesat beb. Hihiii..

Aku pusing pusing dalam bandar hinggalah akhirnya sampai depan BSN. Aku nampak penunggu macam tak ramai je. Macam tak de sambutan je dekat BSN cawangan Kuaka Terengganu ni. Jadi aku ambik keputusan untuk singgah dan buat pertukaran card BSN yang baru. Okiessss andaian aku meleset. BSN yang dijanga buka pukul 8.30 pagi rupa rupabya buka jam 9.00 pagi. Hampir sejam lebih kot aku tunggu depan BSN tu. Semakin lama semakin ramai penunggu yang join aku. Fuhhhh tetiba rasa macam menyesal plak.. nanti mesti proses tu lambat kan.. tapi alang alang dah tunggu so teruskan saja..

Yeyehhh akhirnya pinru BSN dibuka. Perhhh para penunggu terus serbu kaunter pertukaran card baru. Okies mmg ramai.. agak ramai.. dan sangat ramai... mula mula berebut si penunggu depan kaunter... aku? hahaaa masih relek beratur belakang pakcik mana entah.. last2 aku dengar akak kaunter tu cakap.. silalah beratur.. saya ambil ic yang bahagian beratur je.. yg tepi ni saya tak nak ambik.. hahaaa ambikaw padam muka.. maka satu demi satu terlepas dgn borang dan angka giliran. Sampai turn aku.. okiesss no 31.. matilanakkk nak tunggu sorang demi sorang... tapi takpe demi cemard baru.. yang orang warwarkan katanya lagi cantik dari card lama.. aku rela menunggu.. walaupun penantian satu penyeksaan. Cewahhh gitu...

Okies aku masih menanti hingga saat ni. Harap urusan BSN ni siap secepat mingkin. Aku plan lepas ni nak pergi TM. Nak settlekan urusan TM pulak. Lepas tu kalau sempat aku nak ke CIMB. Nak settkejan urusan pertukaran card CIMB pulak. Lepas tu, kalau sempat lagi aku nak pegi Maybank pylan. Nak buka akaun untuk Maybank pulakkk.. wahg banyak kan aku punya plan pagi ni. Hahaaa harap sempat masuk kerja petang ni. Okbye.

23 November 2016

Praktikal di Kilang SwitchBoard - Part 2


Hari masih pagi tapi aku dah mengantuk tahap tak terkawal.. bosan pun ada.. hari hari duduk dalam kilang mengadap switchboard... sebenarnya bukan bosan mengadap switchboard.. tapi bosan sebab barang takde.. kerjanya kalau diikutan memang banyak.. tapi disebabkan takde barang maka segala ketja tertangguh.. setakat kerja sikit sikit tu ada lah.. tapi itu pun kadangkala tak dapat nak settlekan sepenuhnya jugak.. sebab ada sesetengah barang yang takde...

Pagi ni aku masih blur.. pedih mata sebenarnya.. mungkin sebab malam tadi banyak sangat airmata keluar.. menangis... hahaaa giler! 

Pagi ni aku masuk kerja lewat dari kebiasaan. Alaaa lewat 5minit je pun.. eh tetap lewat juga.. kan?.. 

Bosan.. mengantuk.. takde mood.. kerja mana kerja... kekadang aku pun naik feadup nk pergi kerja.. kenapa.. sebab selalu sangat barang takde.. so pergi kerja melangut hadap switchboard.. nak fitting cable takde.. nak setting barang.. barang takde.. dah tu nak buat apa.. kesudahannya ramai ramai tenung swtichboard yang kosong tu.. kihkihkihhh 

22 November 2016

Tanda Anda Semakin Bertanggungjawab!


Semakin anda dewasa, semakin banyak tanggungjawab yang anda harus pikul. Banyak tanggungjawab tak bermaksud anda seorang yang bertanggungjawab. Kenapa? Ada orang lepas tangan daripada tanggungjawab mereka.

Apakah tandanya anda semakin bertanggungjawab dalam hidup dan anda laksankan tanggungjawab anda?

1. Ibu bapa anda tidak lagi mengingatkan anda tentang menjadi seorang yang dewasa.

2. Simpanan anda semakin bertambah.

3. Anda tidak bertangguh untuk melakukan sesuatu perkara.

4. Anda lebih mengambil berat tentang kesihatan anda.

5. Anda faham betapa pentingnya berkomunikasi.

6. Anda tidak ada masa untuk berdrama

7. Anda akui kesilapan anda.

8. Anda ingin luangkan lebih banyak masa dengan ibu bapa.

9. Anda gembira dengan kerja anda.

10. Anda terasa tua (ini aku tambah sendiri)

Adakah anda rasa makin bertanggungjawab? Sila check melalui tanda-tanda di atas!

Monolog | Part 16


Aku yang tak pernah biasa bila jauh darimu
Aku tak ingin engkau ada disamping yang lain
Bila waktu izinkanku untuk terus bersamu
Aku kan slalu menjagamu disetiap nafas hidupku

Bila kau jauh ingat aku
Dakap bayangku bersamamu
Bila kau dekat peluk tubuhku
Janjilah padaku tetap setia

Aku tak ingin engkau pergi
Aku tak ingin engkau jauh
Aku sangat mencintaimu
Sungguh-sungguh ku cinta kamu

Bila waktu izinkanku
Untuk terus bersammu
Aku kan slalu menjagamu
Disetiap nafas hidupku

Bila kau jauh ingat aku
Dakap bayangku bersamamu
Bila kau dekat peluk tubuhku
Janjilah padaku tetap setia

Aku tak ingin engkau pergi
Aku tak ingin engkau jauh
Aku sangat mencintaimu
Sungguh-sungguh ku cinta kamu

Ku hanya ingin kau mengerti
Ku hanya ingin kau fahami
Ku harap kau tetap disini
Untuk sama-sama setia



Berderai jugak airmata aku malam ni.. sudahlah hati dirundum pilu.. dengar pulak suria.fm malam ni.. dia punya lagu sikit lagi nak buat aku jadi gila.. tabahlah hati.. kalau malam tadi aku menangis.. aku meratapi sedih.. untuk malam ni aku mampu bertahan.. duhai airmata jangan pernah kau menitis lagi.. tapi hari ni memang sehari suntuk aku mad mood dekat tempat kerja.. maafkan aku wahai rakan seperjuangan.. disebabkan aku bad mood korang plak terkena tempiasnya.. apapun thanks sebab cuba happykan aku.. kata-kata nasihat korang.. walaupun ayat makan dalam tapi ada betulnya.. dalam pada aku bersedih korang masih sempat layan lagu-lagu jiwang masa seperti hari-hari sebelumnya kan.. sejujurnya ada sesetengah lagu yang membuatkan airmata aku hampir menitis siang tadi.. tapi aku masih mampu menampungnya...

Apa yang aku rasai saat ini sama seperti empat tahun lepas... tapi rasanya untuk kami ini lagi sakit kowt... kenapa? sabab aku terlalu sayangkan kau beb.. sayang aku tak terkata.. walaupun kita jarang contact.. walaupun kita selalu gaduh.. walaupun sering kali pendapat kita berbeza.. walaupun kita bagaikan anjing dan kucing.. tapi sayang aku untuk kau tak terucap.. aku tahu sebelum ni lama sangat kau tunggu aku.. tapi kenapa kau kejam!!! tatkala aku buka hati untuk kau.. tatkala aku mula sayangkan aku.. terlalu sayangkan kau tiba-tiba kau berubah.. hurmmmm.. aku macam tak terkejut tapi blur... kebelakangan ni memang aku perasan perubahan kau.. kau janrang contact aku.. takde lagi wish morning.. tade lagi wish night.. tade lagi kata rindu.. tade lagi kata sayang.. rindu dan sayang aku pun kau tak balas.. aku pelik tapi malas nak persoalkan semua tu.. sebab aku tak nak gaduh.. nanti mesti aku cakap.. aku ni fikir bukan-bukan.. ternata skrg fikir bukan-bukan aku menjadi nyata.. 

Tipu sangat kalau aku cakap aku tak kecewa.. tipu kalau aku cakap aku tak terkilan.. aku tak mampu tipu hati aku sendiri.. aku sedih.. tapi tak terucap.. aku cuba sibukkan diri tapi ayat kau macam terngiang-ngiang di telinga aku.. aku baca ws kau... aku suruh kau jujur.. sebelum ni kenapa kau elak... susah ke nak jujur.. ouh mungkin susah sebab kau yang mulakan ketidak kejujuran tu..

Aku tak salahkan kau dalam hal ni.. aku tahu kau tak salah.. yang salahnya aku.. aku yang terlalu bodoh sebab tersayang kan aku.. aku yang terlebih bodoh sebab percaya segala kata-kata kau.. aku yang bodoh sebab percaya janji janji aku.. ingat lagi tak janji kau?? kau cakap nanti kita pergi cameron sama-sama.. kau janji nanti kita pergi langkawi sama-sama.. kumpul duit pergi langkawi.. kau tahu tak.. aku dah kumpul duit tu.. hurmmm bertapa aku percayakan kau... bodohkan aku ni... 

Kebelakangan ni aku sering terfikir kemana hala tuju kita... kau seakan makin jauh dan kian jauh.. jauh bagaikan aku tak mampu nak gapai lagi.. luluhnya hati aku baca ws kau.. dah ada orang lain yang kau sayang.. habis aku ni sapa bagi kau skrg... tunggul ke.. kayu ke.. musuh ke.. huh kau masih nak berkawan dengan aku... kawan?? agak-agak kau aku ni masih mampu ke nak terima kau sebagai kawan.. lepas apa yang dah kau buat.. kau tahu tak mcm mana leburnya hati aku.. kau tahu tak banyak mana airmata aku mengalir disebabkan aku.. kau tahu tak semua tu... kau senang kan nak berkawan dengan aku...

Sejujurnya bagi aku kau sdgn atok sama je. dua dua kejam!.. dua dua buat aku merana.. dua dua buat aku kecewa.. dua dua.. empat tahun lepas atok cakap "cu boleh tak kita jd atok dgn cu mcm sebelum ni".. tanpa aku tahu apa silap dan salah aku.. berjuta kali aku mintak penjelasan tapi langsung takde.. dan untuk malam kau pulak cakap " sy dah ada org yang sy syg".. apa salah aku pada kau.. apa silap aku.. aku tahu aku banyak salah.. aku tahu aku banyak silap.. aku tahu kau banyak makan hati dengan sikap aku.. itu ke alasan kau untuk hancurkan hati aku?? itu ke alasannya?? kau kejam! kau lebih kejam dari manusia yang aku kenal sebelum ni.. penjelasan?? bagi aku lepas apa yang berlaku.. aku dah tak perlukan penjelasan kau... agak-agak kau dah berapa lama kau buat perangai tak semegah tu erk... konon rindu.. konon syg.. konon kalau rindu call lah... blaaa lahhh... semua tu tipuuuu kan!!! kau tipu aku.. kau tak jujur dgn aku .. kau jahat.. kau mungkir janji kau.. kenapa.. kenapa kau buat aku macam ni.. bodoh sangat ke aku ni sampai terlalu percayakan aku... aku tahu kau hide monent wechat dari aku... konon alasan delete moment sebab jarang on wechat... blaa lahhh... aku tahu semua tu.. tapi aku diam.. sebab aku malas nak persoal nanti mesti akan jadi gaduh.. kau kata kau sibuk kerja.. aku terima alasan tu.. walau pun ada kala macam tak logik.. aku nampak aku on9.. aku tunggu chat kau.. tapi habuk pun takde.. aku tunggu kau reply chat aku tapi hampa... kau boleh chat orang lain.. kau boleh reply komen orang lain.. tapi kenapa tidak aku... okay.. kau bz.. aku faham... penjelasan.. maaf aku tak mampu nak dengar penjelasan kau.. kalau kau betul jujur.. kau sendiri akan jelaskan pada aku dengan rela hati.. kau takkan tunggu sampai tahap aku desak kau untuk berlalu jujur.. berjuta kali aku cakap dekat kau.. aku tak kisah apa pun kau buat.. cuma tolong jujur.. aku tak kisah mana kau nak pergi cuma tolong jujur... kau sendiri tahu kan kisah aku empat tahun lepas.. kau sendiri tahu aku benci manusia yang penipu.. jadi kenapa kau masih nak tipu aku.. kenapa.. walau apa pun alasan kau.. aku tak mampu nak dengarnya lagi.. aku tak mampu nak terima.. aku tak mampu nak hadam.. aku benci kau.. aku benci kau.. berjuta kali mulut aku cakap aku benci kau sejak aku tahu kau tak jujur... tapi berjuta kali jugak hati aku menidakkan semua tu.. sebab aku sayang kau bangang.. aku sayang aku.. terlalu sayangkan aku.. bodohnya aku.. 

Awak,
Terima kasih untuk segalanya sepanjang kita kenal. Terima kasih selama ni bertahan dengan kerenah saya. Terima kasih selama ni bersabar dengan baran saya. Saya tahu banyak awak makan hati dengan sikap cemburu saya. Ya memang saya jenis kuat cemburu sebab cembur tanda sayang. Nilai sendiri sikap saya sebelum saya cakap saya sayangkan awak dan selepas saya cakap saya sayangkan awk. Nilai sendiri sikap saya ketika saya anggap awk hanya seorang kawan dan selepas dianggap lebih dari kawan. Tahu, awk banyak pendam rasa dengan kerenah giler saya. Huhuuu giler mmg giler.. Terima kasih sebab banyak berhabis untuk saya. Terima kasih untuk segalanya. Saya mohon jangan muncul lagi depan saya lepas ni. Please... saya tak kuat untuk hadap awal lagi. Hati ni terlalu sakut bila teringat semua chat2 awak. Sakit sangat awak. Sakit yang tak terucap. Saya cuba terima semua ni, Bagi saya masa untuk hapuskan awak dari hati saya. Apa yang jadi, saya tak salahkan aku. Semua salah saya. Ya, salah saya. Saya doakan awak bahagia dengan dia. Siapa dia. Lantak awak lah, saya malas nak ambil peduli buat bertambah sakit hati nanti. Biarlah segalanya terhenti disini. Semoga awk bahagia dengan dia. Semoga dia dapat jaga awak dengan lebih baik berbanding saya. Anggaplah kita tak pernah kenal sebelum ni. Semoga kita takkan jumpa lagi lepas ni. Awak jaga diri leklok ya. Jaga kesihatan tu. Please jangan smoke banyak sngat. Kalau boleh cuba kurangkan. Stop terus lagi bagus. Ingatlah walau apa pun jadi saya tetap sayang awak jauh disudut hati saya. Saya benci awak sbb awk buat sy terlalu sayangkan awak.. berjuta kali pun sy cakap benci hakikatnya hati masih sayang. Semoga saya dapat lupakan awk secepat mungkin. Take care awak.


18 November 2016

Segmen Blog Review Safirul Amar


Selamat Bersegmen ❤

Tamat : 20 November 2016

Praktikal di Kilang SwitchBoard - Part 1


BAHAYA / DANGER / 240 V/ 415 V

Kenapa tiba-tiba aku tayang gambar danger tu? Buang tabiat ke?
Eh bukanlah. Okies meh sini aku jelaskan ye.
Sebenarnya baru-baru ni ada seorang seseorang tanya aku
"weh kau student kan"
"ambik couse apa"
"kau praktikal kat mana"
"kau praktikal buat apa je"

Ya, aku memamg student. *belajar tak pernah habis*.
aku ambik couse Penjaga Jentera Elektrik A1. Pernah dengar nama couse tu?
Alaaa nama tu tak famous mestilah korang tak tahu
tapi kalau aku sebut chargeman Al, tahu? *kihkihkihkihhh*
Aku praktikal di Terengganu.
Untuk semester ni aku praktikal bahagian switchboard.

Dengar macam pelik ke?
Tapi itulah hakikat
Kerja aku hari-hari memang mengadap switchboard pun.
Mula-mula dulu, aku terfikir jugak, boleh tahan ke tidak dengan cabaran dekat kilang tu,
mampu ke aku lalui 6 bulan disitu, mampu ke aku settlekan semua tugasan yangs supervisor berikan nanti, mampu ke, mampu ke dan mampu ke???

Alhamdulillah, hampir 5 bulan dah aku praktikal dekat situ. Berbaki lagi sebulan untuk aku tamatkan latihan industri bagi semester 4. Next semester, next praktikal, insyaAllah aku akan pilih bahagian motor induction atau underground cable plak untuk 6 bulan akan datang. 









Jualan Online Revolution Sale Lazada


CLICK GAMBAR DIATAS UNTUK TERUS SHOPPING DI LAZADA

Lazada Membawa 1000 Jenama untuk Jualan dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara
Lazada Malaysia menawarkan jenama terkemuka
dengan tawaran yang hebat untuk rakyat Malaysia

“Online Revolution”  Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.

Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.

Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.

“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.


Untuk tahun ini, Lazada Malaysia telah membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.

(Brand for All)

Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'OrΓ©al, NestlΓ©, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, iaitu Hans-Peter Ressel,  “Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.

“Pada hari ini, kami mempunyai demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan lebih subbandar. Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami berusaha untuk menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana itulah kami menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaku kami termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur”, ujar En. Ressel di hujung kata.

Semasa acara ini, para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif.  Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016.

Untuk pengetahuaan semua, Lazada Group mengendalikan  Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).

Berminat untuk shopping di Lazada, anda bolehlah melayari website http://www.lazada.com.my/online-revolution/ .

Dilancarkan pada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.

Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.

Kita dah shopping Seagate Backup Plus Slim External Hard Drive 2TB Blue.
Korang bila lagi nk shopping??

Yeyehhh Power Bank! Kita dah grab Pineng PN-920 20000 mAh Power Bank (Black)
Korang bila lagi nak shopping??
Okies, Kita dah shopping 2 item setakat ni.
Item seterusnya tunggu next week ye. ❤☺

Untuk maklumat lebih detail mengenai Online Revolution, anda bolehlah layari website Lazada Malaysia Online Revolution 2016 @ terus ke http://www.lazada.com.my/online-revolution/.  Terdapat banyak barangan berjenama dengan harga yang awesome. Rugi sangat kalau korang tak grab sementara sale masih berlangsung ni. Pastinya kemeriahan dalam berbelanja dirasai. Hanya di Lazada Malaysia

Korang dah tengok iklan TVC Lazada yang terbaru ?
Boleh klik link di bawah