30 Oktober 2015

Stress | Macam mana nak buang iklan yang menyemakkan
Assalamualaikum

Nampak tak tajuk dekat atas tu? Ye, memang aku tengah stress dengan kehadiran iklan yang menyemakkan google chrome, mozilla firefox dan Torch aku dua tiga hari ni. Aku tak pasti samaada aku sorang je yang menghadapi masalah ni ataupun korang pun mengalami masalah yang sama. yang penting sekarang aku stress dengan iklan tu semua. Memberatkan lagi loding aku.


Nampak tak anak panah kaler merah tu? Hah tu lah antara iklan-iklan sesat yang muncul. Tak kiralah aku sedang blogging ke, twitter ke, tagged ke, bla bla bla ke, iklan-iklan tu memang akan muncul. Kalau macam aku sedang blogwalking, iklan tu pun tetap akan muncul jugak. Entah! Aku pun tak tahu macam mana iklan tu boleh wujud dalam dunia maya aku ni. 



Dari lima dah tinggal empat? Hah, itu disebabkan aku tekan pangkal iklan tu. Hurmmmm tapi kebiasaannya, bila aku tekan pangkah, mesti automatik akan ke new page. Maksudnya, secara automatik aku akan ke page iklan yang dipaparkan tu. Ishhh sakit pulak hati aku.


Aku terpaksa pangkah iklan tu satu persatu. Giler kau stress! Susah weh nak tekan pangkah tu. Iklan yang paling atas sebelah kanan tu lah yang paling susah nak pangkah. Asal tekan ke new page, asal tekan je new page. Sakit pulak hati aku. Berapa kali entah aku automatik ke new page bila tekan pangkah tu.



Untuk yang anak panah tu pulak memang aku langsung tak boleh nak hide kan. Macam mana nak hide kalau buttun pangkah pun tade. Dah sasau aku mencari tapi tade pun.

Sebenarnya aku pelik, macam mana iklan-iklan ni boleh muncul. Adakah aku saja yang mengalami masalah ni? Korang ada tak yang berdepan dengan masalah yang sama? Macam mana nak delete terus iklan-iklan tu erk? Aku try juga mencari penyelesaiannya tapi tak jumpa pun. Bila dah jadi macam ni, memang sangat mengganggu untuk aku blogging dan bertweet-tweet. Nak settlekan iklan-iklan ni pun dah hampir 15 minit. Itu yang membuatkan aku rasa malas nak blogging. 

Ada sesiapa yang tahu tak kenapa jadi macam ni dan macam mana nak settlekan masalah ni. Mohon otai-otai yang sudi semoga dapat membantu. Dah stress tahap gaban dah ni. Aku ingatkan dua tiga hari je masalah ni, lepas tu iklan-iklan ni akan hilang dengan sendiri tapi macam meleset je pemikiran aku tu. Sebab sampai ke hari ni iklan-iklan tu masih lagi menyibuk.

Iklan-iklan tu semuanya dari Sonic Train Ads
Mohon bantuan kawan-kawan yang tahu untuk membantu.

Renungan Jumaat yang indah

"Orang yang kamu sayang juga milik Allah,
mereka tetap akan pergi walau dengan cara yang menyakitkan.
Pujuklah hati, bersabarlah"

Aku tahu kau sayangkan aku.. aku juga sayangkan kau.. tapi aku milik Allah.. sama seperti kau.. kau dan kau.. bila tiba masanya nanti aku pasti akan pergi juga.. namun yang tak dapat aku pastikan ialah.. sama ada kau atau aku yang akan pergi terlebih dahulu.. aku tahu kau sayangkan aku.. aku juga begitu.. aku tahu kau impikan hidup berpanjangan disisi aku.. aku juga begitu.. tapi kita hanya merancang.. dan Dialah yang akan menentukan.. sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah perancangan dariNya untuk kita.. siapa kita.. kita tiada hak untuk menidakkan ketentuanNya.. belajar redha dan terima semuanya dengan ikhlas.. mungin dihati rasa payah.. tapi cuba ikhlaskan diri.. insyaAllah nanti segalanya akan dipermudahkan.. sesungguhnya apa yang berlaku pasti ada hikmah.. pandang dari sudut yang positif.. kehilangan aku nanti mungkin bukan menyedihkan kau sebaliknya menggembirakan.. mungkin bukan membuatkan kau sepi sebaliknya semakin meriah hidup kau nanti.. aku tahu masih ramai yang menyayangi kau selain aku.. hargai mereka yang menyayangi kau..hargai mereka yang ada disekeliling kau.. merekalah sumber kekuatan kau sebenarnya tanya kau sedar.. sesungguhnya walau kita terpisah nanti.. kau tetap utuh dihati aku..

29 Oktober 2015

Erti sayang dan rindu


jika kasih itu boleh ku buktikan...
akan ku ukir namamu di lautan...
biar dirimu lihat betapa kuatnya kasih yg ku berikan...

jika sayang itu boleh ku buktikan..
akan ku ukir namamu di awan...
biar kau dapat lihat betapa luasnya syg yg ku persembahkan..

jika rindu itu boleh ku buktikan...
akan ku minta kau kira pasir di tepian pantai..
biar kau dapat nilai betapa byk rindu yg aku rasakan...
mengucapkan..tak sama seperti merasakan...

namun di kala ini, jika kau minta aku buktikan segalanya...
aku hanya mampu ucapkan selamat tinggal....
kerna kau tak mampu menilai rasa yg ku persembahkan...
buka hatimu....nilai perasaan ku..

jgn di tanya sebanyak mana sygku padamu..
jgn di tanya..sekuat mana kasihku padamu..
dan jgn di tanya sebanyak mane rinduku padamu...
aku tak mampu menjawapnya padamu...

ku biarkan persoalan itu...
bukan bererti aku tak menyanyangimu..
namun ku berikan kau waktu untuk menilai perasaan ku..

maafkan aku....jika kerana ini kau tinggalkan aku...
aku lepaskan dirimu tanpa rasa ragu....
kerana ku tak mahu kau terus begitu...
meragui kasih yg ku berikan padamu....

Aku nak rajin bukan malas
Assalamualaikum
Kalau diikutkan hari ni aku banyak giler kerja.. tapi macam tade hati lagi nak siapkan.. hurmmm macam nak tanggu dan tangguh je lagi tapi esok dah kena hantar.. alahaiii kusut masai pulak rasa hati ni.. bila fikir pasal kerja sekolah mesti hati jadi gundah gulana..bukan aku tak suka nak buat kerja tu tapi sekarang ni kemalasan terlampau kuasai diri.. mungkin sebab dah lama sangat melepak dalam kelas kowt..

Waktu aku sedang tulis entri ni.. hujan tiba-tiba turun.. guruh berdentum dentum.. langit pun dah gelap semacam.. aku tahulah, dah dekat nak maghrib.. tapi ni bukan gelap sebab nak malam tau.. ini gelap sebab nak hujan.. dekat sini, sekarang ni hampir setiap petang hujan.. oichhh kesejukan yang dirasai menusuk sampai ke tulang beb.. memang best kalau dapat tidur.. dah lah kipas siling berputar laju.. angin kencang giler kowt.. almaklumlah baru je bersihkan habuk-habusk kipas.. hehehee

waktu-waktu macam ni memang aku tade hati nak mengadap buku-buku.. bukan kata mengadap, nak tengok buku pun rasa macam taknak.. oichhh pemalas giler kowt aku sekarang ni.. tak sedar ke apa final exam dah dekat.. lagi sebulan wehhhh.. sedarlahhh.. rajinlahhh.. bangkitlahh.. kuatkan semangat.. lawan sikit rasa malas tu.. buang sifat malas tu.. tanamkan azam dalam diri.. ingat balik apa tujuan aku datang sini.. aku nak belajar.. aku nak berjaya.. aku nak konvo dengan pointer yang cantikk.. aku nak gembira dan bahagiakan hati mak dan ayah.. aku nak bahagiakan keluarga aku.. aku nak perkara-perkara yang positif..

Eh, cakap memanglah senang.. tapi yang menanggungnya aku.. yang menghadapnya aku.. semua aku bukan kau.. kau.. dan kau yang lalui.. tapi sememangnya aku patut sedar diri... aku ni student.. tak boleh hanyut dari dunia student.. kembali ke visi dan misi asal aku.. aku nak berjaya dalam pelajaran.. cewahhh.. hahaaaa.. apapun daripada aku merapu dekat sini better aku siapkan kerja sekolah.. kan.. hahaa lawan perasaan malas tu mesti aku muncul perasaan rajin.. yeyehhhhh.. semangat.. semangat.. semangat..


28 Oktober 2015

Benci | TNB yang mengjengkalkan aku!

Sakit hati dengan TNB sebenarnya
Bengang pun ada jugak
Hurmmmm.. perhidmatan yang entah apa-apa
sorry lah pada mana-mana TNB yang terasa tu
yang aku nak story nie tentang TNB yang aku berurusan

Kalau diikutkan dua bijik lampu jalan depan rumah aku
tu dah hampir tiga bulan tak menyala
ROSAK!!! kau faham tak rosakkk!!
dah laa lampu jalan berbayar
bulan-bulan bayar kowt tapi perhidmatan macam apa entah
balik-balik tak menyala, balik-balik rosak

aduan kerosakan?
rasanya dah naik berbuih mulut aku buat aduan tapi macam hareeeem!
dah beberapa kali aku call 15454
bercakap dengan operetor bahagian kerosakan lampu jalan
katanya dalam masa 48 jam akan siap dibaiki
tapi batang hidung pun tak nampak
choiii! aku bengang sebab janji 48jam tu tak ditunaikan
aku benci penipu dan orang yang tak tepati janji
okay, aku masih boleh relek..

anggapan aku maybe TNB tu sibuk
maybe lagi sehari dua akan dibaikki
rupanya janji tinggal janji
janji dalam tong sampah
dalam tak sedar rupanya dah tiga bulan.

malam tadi ayah kesayangan aku ada call
ayah mintak tolong aku call TNB tu lagi sekali
giler kau tak terkejut aku.
aku ingatkan lampu jalan tu dah settle
rupanya tak settle-settle lagi
ayah cakap dah dua kali ayah pegi pejabat TNB bahagian Marang
siap bawak resit bayaran lampu jalan tu bulan-bulan lagi
janji dalam masa 8 jam akan dibaiki
tapi pundek! langsung tak nampak bayang

alahaiii panas menyirap pulak hati aku
usaha ayah aku macam sia-sia jae kowt.
aduan melalui telefon ak dipandang
sampaikan ayah terpaksa pergi pejabat TNB Marang bahagian kerosakan sendiri
tetap si TNB tu tak datang-datang jugak repair lampu tu
serius aku menyirap.

malam tadi ayah ada jugak mengadu
risau sebenarnya bila lampu tu tak menyala
bergelap je depan rumah
risau dekat mak dan adik-adik, kalau ayah balik kerja lewat malam
ya lah, rumah kami kan jauh sikit dari jiran tetangga
so kalau apa-apa yang berlaku siapa yang susah.
yang ada dekat rumah skrg ni
hanya ayah, mak dan dua orang adik aku yang masih sekolah
kalau ayah kerja, balik lewat malam tinggallah mak dengan adik-adik
aku, abang dan adik aku yang lagi seorang dah lah jauh
so sapa lagi yang boleh dipertanggungjawabkan

tadi aku call TNB 15454 lagi sekali
untuk sekian kalinya aku bercakap dengan operetar
dah naik muak sebenarnya aku call TNB ni
sebab isu dan masalah yang sama je
suara aku mula-mula coooll td tapi tetiba teremo plak
aku tanya selalu mmg dlm masa 48jam ke akan dibaiki kerosakan
operetar tu pun jawablah ye.
aku pun cakaplah,
ouh ye ke, tapi kenapa aduan saya dah hampir 3 bulan
dan langsung tade tindakbalas ye.
dah berpuluh-puluh kali saya call, buat aduan yg sama je,
ayah saya siap pergi pejabat TNB lagi tapi tetap sama jugak.
ni bukan 48jam dah siap makan bulan lagi.
ops! opereter tu maybe terkejut kowt tetiba kene sembur
panjang berjela aku meleter tadi tapi dia diam je.
dengar luahan kemarahan hati aku ni hah
last sekali opereter tu bagi no telefon TNB cawangan Marang.

aku call TNB cawangan Marang 09-6182810
dua tiga empat lima kali aku call
call yang ke enam baru angkat
dahlah suara tak ramah mesra
aku tanya ni TNB Marang bahagian kerosakan ke
bole plak dia jwb dengan kasar
tak, call no ni 09-6185887
tak sempat aku nak respon, dia dah letak
macam haremmmmm, dah laa salam aku tak dijawab!

aku call 09-6185887 TNB cawangan Marang bahagian kerosakan
berpuluh kali aku call tapi tak diangkat.
hampeh! Tak tahu mane pergi sume kakitangan TNB
takkkan sume sibuk repair kerosakan kowt
takkan tinggal office kosong kowt
ishhhh.. membara pulak hati aku

rasanya aku dah buat aduan disaluran yang betul
aku dah ikut step by step yang betul
tapi kenapa aduan aku masih tidak dapat disettlekan
siapa yang salah dalam hal ni
TNB ke aku yang salah???

Allah ada tapi kita yang melupakanNya


bila mana dunia tak mengizinkan kau untuk menikmati bahagia - jangan mati
bila dunia tak izinkan kau punya orang yang boleh digenggam erat percaya - jangan mati
bila suara kau tak pernah di dengari walaupun dengan yang terdekat paling dekat denganmu - jangan mati

bila semuanya sentiasa tak adil bagimu
walaupun sedaya upaya
sedaya kudrat kau goncangkan jiwamu lahirnya syukurmu
tolong jangan patah

bila semua hati berkehendak busuk padamu
jangan lemah
kekal teguh

bila semua seolah mebuangmu
biarkan mereka
tetaplah utuh dirimu

bila bilah berkilau seksa meraung raung meminta nadi
mengilai n\ngilai manja kegairahan darah
jangan pernah kau pergi

bila nikotin terlalku seksi bermain main dimata dan bibir
jangan pernah kau dekati
bimbang nanti merana datang bertimpa

bila kelongsong sempit penuh kegelapan merayau rayau
meliuk liuk menggoda kau untuk terpelosok kedalamnya
jangan sesekali kau hampiri
mibang kau akan terjerumus

bila semua yang ada berkehendakan kau sendiri
rayu aku jangan mati
jangan bunuh jiwa itu
belai perlahan lahan
duakan jiwamu
rapatkan mereka
bersahabatlah dengan mereka

satukan dengan Tuhannya
sesungguhnya Tuhan sedang memanggilmu
untuk menghampiri dan duduk denganNya

kerana mungin kau sudah terlalu jauh berjalan tanpa henti
Tuhanmu merinduimu
minta pulang ke dalam pelukan paling hakiki

27 Oktober 2015

Perkara yang lelaki perlu tahu tentang bakal isteri


Selain memiliki sifat yang manja dan suka melenting atau terlampau sensitif, terdapat banyak lagi perkara sebenarnya yang kaum adam ni tidak tahu perihal sifat dan tabiat seorang wanita. Gitchew! Semua perkara yang akan dibicarakan ini nanti adalah perkara umum. Jadi, wahai lelaki sekalian, tak perlulah anda terkejut sangat kerana ibu anda pun mungkin terjebak dengan sifat-sifat yang berkenaan.

Tetapi, sebagai seorang lelaki, sememangnya mereka harus peka dan bersedia untuk berdepan dengan tabiat-tabiat si isteri. Dipetik daripada filem How I Met Your Mother, “If I’m marrying you, I’m marrying your problems too.” Nah, romantis bukan?

Apa dia 8 perkara yang bakal suami perlu tahu tentang perempuan? Jom kita lihat!

#1 Rambut

Secara dasarnya, keguguran rambut dan wanita tidak dapat dipisahkan. Nak nak lagi jika wanita itu bertudung dan berambut panjang, amboi kalau boleh rambut tu nak gugur sentiasa. Payah! Kadang-kadang perempuan itu sendiri pun tertekan apabila melihat rambutnya bersepah di atas lantai rumah, dalam bilik air dan kamar beradu, apa lagi perasaan orang lain kan? Jadi, para lelaki haruslah tahu, itu adalah perkara biasa. Ianya terjadi kepada semua wanita. Tak perlulah anda menyoal isteri anda berkenaan rambut gugur itu pula nanti. Kalau isteri kecil hati nanti siapa yang susah? Apa kata anda merajinkan diri untuk menyapu helaian rambut isteri anda. Bukannya susah sangat pun. Tonjolkan sifat gentleman anda! Barulah isteri kagum dan anda mungkin digelar Suami Perefct 10!

#2 Seluar Tidur Pasar Malam & Baju Kelawar

Hmm ralat rasanya untuk kita-kita ini mengeluarkan wang yang banyak hanya sekadar membeli pakaian tidur. Lagi selesa pakai baju kelawar dan seluar tidur RM10 pasar malam! Betul tak kaum hawa? Kalau betul sep sikit! Ya, janganlah si suami itu terlalu mengharapkan si isteri berpakaian tidur seperti dalam kebanyakan filem-filem barat pula. Kemain, nak isteri pakai satin slip dress ya? Kalau sekali sekala tak mengapa. Si isteri pun apa salahnya pakai yang cantik-cantik untuk suami. Tetapi lelaki harus terima bahawasanya, seluar tidur pasar malam dan baju kelawar tetap menjadi idaman hati para wanita! Terimalah baik buruk isteri anda! Mereka tetap yang terbaik!

#3 Bangun Tidur

Ha! Ni lagi satu, janganlah terlalu mengharapkan isteri anda untuk terus jadi seperti Kim Kardashian sejurus terjaga daripada lenanya. Mana ada perempuan normal yang memakai alat solek ketika tidur! Kalau ada pun mungkin dia itu bersifat diva dan terlalu obses nak kelihatan cantik sentiasa. Ehem, Kim Kardashian sendiri pun tidur tanpa make-up okay! Jadi, anda yang lelaki tu jangan lah terkejut pula kalau muka isteri anda pucat. Itu sebelum dia mandi dan bersiap. Pastinya ratu hati anda akan sentiasa kelihatan cantik di mata anda. Tidak kisah bagaimana isteri anda kelihatan ketika bangun tidur, jangan lupa untuk berinya ‘morning kisses’. Itu adalah yang terbaik!

#4 Masak

Tidak semua wanita itu dikurniakan dengan kebolehan memasak secara handal. Setakat memasak telur kicap itu mungkin tiada masalah, tapi kalau dah hidangan ala barat atau apa sahaja masakan yang tidak biasa si dia makan atau masak, janganlah anda runsing pula. Anda harus kekal bersabar menjadi ‘orang eksperimen’ isteri anda dan beri masa pada si isteri anda untuk belajar memasak dengan sempurna. Jika termasin atau terkurang rasa tu, maafkanlah dia. Walau apa pun, cuba beri isteri anda pujian. Perempuan sukakan pujian! Anggap dia masih dalam proses pembelajaran menuju kearah gelaran isteri mithali. Nak lagi seronok, anda turut sama membantu isteri anda di dapur!

#5 Pre-Menstrual Sindrom (PMS)

Jika isteri marah-marah atau secara tiba-tiba bertukar menjadi singa betina, melenting tak tentu pasal pada anda, janganlah terlalu cepat anda membuat andaian bahawa isteri anda sedang datang bulan dan berada didalam mood PMS. Tidak munasabah sama sekali. Perempuan tidak mengalami PMS setiap hari. Ambil masa untuk relaks, biarkan isteri anda sejuk dan reda dahulu. Selepas itu, baru anda mulakan proses memujuk dan mengambil hati si dia. Ini pasti menenangkan kedua belah pihak. Jangan pula ada memekik terlolong pula pada si dia. Itu bagai simbah minyak ke api namanya. Perempuan memang cepat melenting, tetapi dalam masa yang sama, mereka cepat sejuk. Percayalah.

#6  Bantal Busuk

Hmm tidak dapat dinafikan lagi, zaman yang serba moden sekarang ini pun masih ada lagi jenis perempuan yang tidur sambil memintal bucu bantal peluk! Jangan ketawa, ini serius. Kadang-kadang kita sebagai manusia ini tidak boleh lari daripada tabiat-tabiat yang ketagih sebegitu. Ya lah, ada orang yang tak boleh tidur tanpa bantal busuknya. Bakal suami jangan lah marah pula ya, jika isteri anda tergolong diantara manusia yang masih tidur ditemani bantal busuk. Bertabahlah! Lama kelamaan, anda akan dapat menerima sifat dan tabiat isteri anda itu nanti. Ingat, jika anda mengahwini isteri anda, bermakna anda mengahwini masalah, tabiat, sifat dan personaliti isteri anda juga!

#7 Produk dan Kosmetik Yang Berlebihan

Wanita memang gemarkan kecantikan. Memiliki produk kesihatan dan kosmetik berlebihan itu adalah normal! Syampu sampai tiga botol termasuk rangkaian perapi. Pencuci muka ada dua tidak termasuktoner, scrub, moisturizer dan lain-lain. Sabun badan pula ada lima jenama berlainan. Semuanya memenuhi ruang kamar mandi! Eleh, tak perlu heranlah, memang wanita bersifat begitu. Apa yang dinyatakan di sini hanyalah yang paling asas BAGI SEORANG PEREMPUAN. Jangan merungut jika bilik mandi dan meja solek didominasi oleh si isteri. Ini adalah pengorbanan seorang suami. Nak jadi Suami Perfect 10 tak?

#8 Siapa Lagi Gemuk? Saya ke Perempuan Tu?

Ah sudah! Dia dah mula dah. Ini adalah salah satu perkara yang lelaki sangat-sangat akan tertekan. Ya, apabila si isteri cuba menyoal teka-teki yang mungkin ermm menjengkelkan. Tetapi sebenarnya, si isteri cuma mahukan pujian dan ingin rasa disayangi. Walaupun secara realitinya anda telah berkahwin dengan si dia, dia masih dahagakan apresiasi daripada anda. Hargai lah dia. Layankan sahaja soalan psiko isteri anda tu. Wanita memang suka banding-membanding antara satu sama lain. Pastinya bapa anda juga pernah diasak soalan sebegini oleh ibu anda. Sabar sajalah. Katakan sahaja yang dia adalah wanita bagaikan bidadari paling sempurna di atas muka bumi ini. Anda mencintai baik buruk dia dan oleh itu, anda mengahwininya. Tadaa!

Sediakan fizikal dan mental sebelum melangkah ke alam perkahwinan
Perkara yang lelaki mahukan tapi di diamkan

Sudah terang lagi bersuluh, kalau nak dibandingkan antara wanita dan lelaki, kaum wanita ni lebih gemar berterus-terang. Si lelaki pula selalunya pilih untuk memendam dari mengungkapkan kemahuan mereka yang mereka nak tu. Apa daaaaa! Hehe.

Ada kemungkinan juga si lelaki tu nak menjaga hati anda, al-maklumlah wanita ni kan sensitif orangnya. Cakap sikit melenting, cakap sikit terasa hati, cakap sikit “hantar saya balik rumah mak!”. Tu yang kaum adam lebih rela simpan dari cuba menimbulkan pertengkaran yang tidak masuk akal.

Oleh itu, apa salahnya kalau anda ambil masa untuk relaks, tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan, fikirkan apa yang sebaiknya untuk pasangan. Mereka juga punya perasaan dan ingin dimanja. Wah gitu ayat! Hahaha.

Antara kehendak mereka yang diselindung:

#1 Rasa Hormat

Wanita diibaratkan tulang rusuk laki-laki. Kaum adam itu wali dan imam. Ertinya, gelaran mereka adalah lebih tinggi dari kita si wanita ni. Mereka mahukan rasa hormat daripada seorang wanita. Bukan sebagai hamba tetapi sekadar individu yang benar memahami si lelaki ni. Mereka mahukan rasa hormat tetapi mereka tidak memintanya daripada kita. Bertolak-ansurlah. Hormat yang dimaksudkan ini adalah dari segi berikan idea, sokongan, tingkah-laku dan perasaan yang mulia anda terhadap si dia. Anggap si dia penting dan tonjolkan melalui perbuatan anda. Jangan nak selfish sangat ye, wanita!

#2 Kekaguman

Dah kata tadi, mereka juga ingin rasa disayangi dan dimanja. Walau sekasanova mana pun sifat mereka, sesado mana pun badan mereka, ya! Mereka masih mahu dibelai. Cuba susun ayat dan khabarkan ayat puitis manis anda untuk mereka seikhlas hati anda. Nyatakan kekaguman anda pada dirinya sebagai token apresiasi. Jangan tidak ikhlas pula. Mereka kadang-kala mempunyai deria yang dapat menghidu ketidak-ikhlasan hati anda. Jaga-jaga. Hahaha! Banyak songeh la si lelaki ni pula kan!

#3 Wanita Sebagai Peneman

Lelaki gemar berdampingan bersama wanita yang dicintainya. Dia mungkin mahu anda menemannya pergi melakukan aktiviti kegemaran seperti perlawanan persahabatan futsal, bina badan di gym, berjoging, menonton filem aksi dan sebagainya. Tunjuk yang anda sentiasa menyokong minatnya dari belakang. Dia pasti berterima kasih kepada anda kerana sentiasa menjadi “cheerleader” yang sejati. Sejati angat-angattttt..!

#4 Mahukan Bidadari

Seperti wanita, lelaki juga suka yang cantik-cantik. Oh tidak, maksud bidadari disini bukanlah meminta anda untuk menjadi sempurna dari segala segi. Maksudnya disini, kalau boleh anda cari masa dan letak sedikit usaha untuk kelihatan kemas dan cantik untuk pasangan. Bukan untuk orang lain, ianya khas untuk dilihat pasangan anda. Tak minta untuk ada menjadi seorang supermodel. Cukuplah sekadar memakai pakaian yang sedap mata memandang, kebersihan diri yang rapi dan berbau harum. Dia pasti kagum dengan usaha anda untuk menambat hatinya.

#5 Bercakap Dalam Nada Lemah Lembut

Kalau tengok cerita klasik dulu-dulu, bukan main lagi semua perempuan bertutur dengan cara hemah dan lemah-lembut. Seolah bercakap dalam selimut. Zaman sekarang ni, nak jumpa seorang perempuan yang lemah-lembut je pun susah. Semuanya jenis cakap dari 10 batu dah dengar.

Ha, yang ada pasangan tu, jangan lah buat si dia macam kawan-kawan anda pula. Berkata-katalah dalam kadar yang lemah-lembut, sopan-santun. Tidak dinafikan, lelaki tidak suka perempuan yang plastik atau buat-buat. Kita jadi diri kita, tetapi apabila berkomunikasi atau bertindak denganya, cuba anggap diri kita ni ibarat perempuan melayu terakhir. Okay? Kajian membuktikan seseorang akan bertindak balas lebih baik kepada lawannya apabila mereka berkata-kata dengan tona suara yang lebih lembut.

#6 Galakan

Lelaki suka mendapat galakan, lebih-lebih lagi daripada orang yang disayanginya. Terasa lebih bermotivasi! Jika mereka berada dalam situaasi yang genting atau sedang bersedih, cuba beri mereka semangat dan galakan. Kepercayaan anda terhadap dirinya adalah mustahak. Mereka fikir, kalau anda meletakkan kepercayaan terhadap dirinya, mereka pasti boleh menghadapi apa sahaja cabaran. Ingat, kita adalah “cheerleader” mereka! *pakai ala-ala pom pom girl*

#7 Penghargaan

Lelaki ingin dihargai. Ucapan terima kasih yang ringkas disertai senyuman manis daripada anda sudah cukup untuk buat hatinya girang. Walaupun dia cuma menolong anda memegang beg tangan sementara anda pergi ke tandas pusat membeli-belah atau tolong membukakan pintu kereta untuk anda, ucaplah terima kasih. Penghargaan dapat menimbulkan rasa cinta anda terhadapnya. Tengoklah, dia pasti tidak jemu untuk tolong anda lagi lain kali melihatkan sifat anda yang sering menghargainya.

#8 Beri Ruang

Mereka sememangnya seorang yang gagah. Tetapi kadang-kala berilah mereka masa untuk lakukan kehendak diri mereka. Beri dia masa untuk lepak bersama kawan-kawannya atau habiskan masa untuk dirinya sendiri. Jangan anda kongkong hidup mereka. Itu mengundang kecelakaan namanya. Lelaki tidak suka dikongkong, begitu juga anda kan? Alaaa ngaku jela uolls!

#9 Diperlukan

Lelaki sudah sedia tahu yang anda mahukan dirinya, tetapi apa salahnya kalau anda tunjukkan! Lelaki mahu rasa diperlukan. Jika dia tidak rasa dirinya diperlukan oleh anda, ini boleh mengganggu-gugat keyakinan dirinya. Romantis dengan dirinya dan buat dia rasa yang anda begitu teruja dan rasa beruntung untuk mendapatkannya dalam hidup anda!

Credit : SINI

PERINGATAN : BUKAN WANITA SAHAJA ADA HATI DAN PERASAAN!
Bertengkar kerana rindu

Kita bertengkar soal yang remeh sahaja
Kita bertengkar soal yang mudah sahaja

Tentang lambat membalas sms
Tentang tidak kata i love you di hujung panggilan
Tentang cara bercakap dah tak macam selalu

Kita mula ungkit siapa yang lebih banyak berkorban
Siapa yang lebih cinta siapa
Siapa yang sudah mula berubah

Tiada apa-apa
Kita sebenarnya elok-elok
Cuma kita rindu sesama kita

Takpa, nanti kita jumpa

26 Oktober 2015

Status mukabuku hari ini
pagi tadi aku sempat menaikkan satu entri
entri tu sekadar untuk meluah rasa amarah dihati
daripada aku pendam amarah tu better aku luahkan
dah tak tahu nak diluah pada siapa
jadi aku luahkan kat sini
lega sikit rasa hati lepas meluahkan
tapi apapun maaflah atas kekasaran bahasa yang digunakan
moga memahami situasi ketika dan saat itu ye.
disebabkan amarah tu aku ada update beberapa status di mukabuku
agak banyak komen yang aku terima
alhamdulillah, kawan-kawan banyak bagi kata-kata semangat
kalau ikutkan rasa hati
memang aku tak puas hati
tapi itulah, aku bukan budak-budak untuk diajak bergaduh
tapi aku juga bukan manusia yang tiada perasaan
apapun alhamdulillah, kesabaran aku masih ada untuk aku bersabar
akal aku pun masih mampu digunapakai ketika hati tak stabil pagi tadi
tapi.. mulut aku ada jugak tersembur sebijik dua
mohon maaflah ye..



Take Note : Entri ni dicipta untuk melepaskan apa yang terbuku dihati. Maaf diatas kekasaran bahasa yang digunakan. 


Kawan bangang buat aku bengang

Pagi ni ingatkan dapat masuk kelas dengan mood yang ceria
almaklumlah dah hampir seminggu cuti sebab jerebu
maknanya hampir seminggu jugak tak jumpa bebudak kelas
tapi lain pulak jadinya pagi
choiiii ! ada saja makhluk giler yang menyakitkan hati aku
perangai serupa apa entah
saja nak naikkan darah aku pepagi hari
ceritanya, pagi ni aku pergilah barisan pagi macam sediakala
tetiba ada kwn au tegur pasal masej di ws group hostel
katanya ada yang viralkan salah satu moment wechat aku
perhhh tetiba hati jadi bengang
bangang manalah yang bodoh sangat tade kerja tu
bila aku tanya kenapa perlu dipostkan kat situ. motif??
boleh plak dia cakap ada yg tersalah send dlm group mpp.
bodoh! habis tu kau nak buat-buat salah send dlm group tu pulak.
spesis bangang tade otak ke apa.
perlu ke kau nak jaga tepi kain orang.
doe, kau ingat semua benda boleh dibuat gurau ke?
ikut hati aku nak je menjawab tapi fikir tak kemana pun.
sah bangang abadi, dah buat salah tak reti nak mintak maaf.
kau dengan mpp kau boleh pergi mampus
berlagak serupa pokok nak goyang padahal langsung tak bergerak
aku tak hadap lah beb.
life aku happy je kowt tanpa kau.
maybe betul apa yang aku dengar selama ni tentang kau.
suka jaga tepi kain orang, suka mintak simpati dlm laman sooooosial!
pesanan aku cuma satu je,
hidup ni biar berakal jgn nak berlagak
dah tahu diri tu bodoh, bawak-bawaklah berlajar bukannya jadi sombong
jenis aku pun senang je
mohon jangan usik mood aku, mohon jangan kacau privcy aku
tu je, tak susah pun. jgn menggatal nak cari masalah dengan aku.


Take note : Sorry diatas kekasaran bahasa yang digunakan. Entri ni dicipta untuk meluahkan ketidak puasan hati. Hahaaa, ikut hati nak je maki hamun, sembur si pesalah tu tapi itulah. Masih diberi kesedaran dan akal untuk digunapakai. Jadinya, diamkan sajalah. Sejujurnya, dalam hati ni memang masih tak puas hati tapi apa boleh buat. Kalau berbincang dengan spesis yang bodoh sombong ni memang susah sikit. terang dan nyata kesalahan yang dilakukan tapi taknak mengaku pulak sebaliknya tegakkan benang yang basah lagi. Choiiii.. 

25 Oktober 2015

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Hati tengah sayu sebenarnya
Kenapa?
Sebab Kak Dayah dah balik Kedah
Hurmmmm sedihnya
Tapi adatlah pertemuan bernoktahkan perpisahan
tapi itu bukan bererti putusnya persahabatan
hanya jarak yang memisahkan kami
tapi dekat tetap dihati
kenangan bersama takkan luput ditelan jarak
cewahhhhh..
bila aku bermadah, habis keluar semua sastera
tapi hati tetap sedih
lepas ni dah tade geng giler-giler
dah tade geng nak kecoh kecoh
dah tade geng aci langgar je
dah tade geng yang slamber
sedih woiiii!
aku kenal Kak Dayah pun bukannya lama sangat
tapi tulah, maybe sebab sikap dia yang giler-giler
tu buat aku selesa berkawan dengan dia
sebenarnya dia tu kakak senior aku
tapi kalau ikutkan dari segi umur aku tua dari dia
tapi disebabkan ramai yang panggil dia Kak Dayah
so aku pun panggillah dia Kak Dayah jugak..
Heheee nampak mcm aku muda sikitkan.
Aku kenal dia baberapa bulan je pun
mula-mula aku tade lah rapat sangat dengan dia
tapi lepas majlis hari raya anjuran department kami
kami jadi rapat
dan kebetulan dia pernah mintak tolong aku untuk
tolong dia repair lampu sportlight untuk final projek dia
dari situ kami jadi rapat
tapi aku tak berkesempatan pun nak tolong repairkan lampu tu
sebab time tu sibuk dengan traning bola jaring dan kelas
tapi apapun alhamdulillah
kak dayan and the geng berjaya settlekan final projek tu.
hurmmm tengah hari tadi kak dayah dah gerak balik kedah
malam tadi kali terakhir aku lepak dengan kak dayah
sampai pukul 1 pagi kowt kami lepak..
hehee sambil tu, aku tolong kak dayah packing barang
sayu hati tengok kak dayah kemas barang
rasa macam nak nangis pun ada 
tapi itulah adat pertemuan pasti ada perpisahan
apapun aku harap persahabatan kami berpanjangan
semoga kak dayah berjaya tempuhi alam pekerjaaan
nanti kerja elok-elok ye kak dayah
hehee ada masa nanti contact orang taw.
thanks sebab layan kerenah orang kat sini
semoga kak dayah tabah dan happy dalam dunia pekerjaan.
Muahhh cikit.

Pegi Pasar Malam Taman Chempaka, Nilai Negeri Sembilan dengan Kak Dayah (tudung oren) dan
Kak Wawa (tudung purple). Happy giler kowt time ni. Penat kaki melangkah, rambang mata tengok bundle depan mata.
23102015


Bakso Pasar Malam Taman Chempaka, Nilai Negeri Sembilan. Setiap kali pergi pasar malam ni, memang wajib akan
pekena bakso ni. Sedap! Kepedasan yang terlampau. Huhuuu makan bakso dengan Kak Dayah. 23102015

Charkuewtiow Specil yang kesedapan. Ni makanan yang kami pekena waktu lepak malam tadi.
Heheee memang makan tanpa kata-kata. 24102015
Sempat selpih dalam Bus Airport Liner. Time ni dalam perjalanan balik ke hostel dari Pasar malam Taman Chempaka.
Sedih bila diingatkan Kak Dayah dah habis study. Hehee sementara ada kesempatan, kami selpih banyak-banyak.
Peduli apa orang disekeliling sebab nanti Kak Dayah dah balik Kedah, tak dapat nak selpih dah. 23102015




24 Oktober 2015

23 Oktober 2015

Monolog | Part 14
Izinkan saya bahagiakan awak walaupun hanya untuk seketika
Awak,
Maaf sebab tak reply masej tu. Maaf sebab tak reply ws awak. Hurmm bukan tak nak reply tapi entah. tade jawapan sebenarnya untuk soalan awak tu. Maaf. Tak tahu nak dijawab macam mana. Saya selesa kawan dengan awak. Kita kawan pun dah bertahun. Kawan, hilang sekejap, muncul balik. Huhuuu gaduh? gaduh tu adatlah kan tapi tak pernah pulak sampai putus kawan. Saya selesa kawan dengan awak. Awak sentiasa ada ketika saya susah. Hurmmm saya je yang sentiasa tade ketika awak susahkan. Macam waktu awak excident hari tu. Saya tade pun kan. Maaf. terkilan jugak sebenarnya tapi tulah. Perkara dah lepas, benda dah jadi. Maaf. Untuk malam ni, sebenarnya saya tak bajet pun awak tetiba akan tanya soalan ni. Tah, tak tahu nak jawab apa. Sebenarnya, sejujurnya hati ni, saya tak nak couple. Bagi saya couple tu melemahkan saya. Kenapa? Sebab bila saya couple, mesti airmata saya akan jadi murahan. Mesti jiwa akan jadi sensitif. Mesti hati akan cepat terusik. Sebab tu saya tak nak couple. Bukan taj jelous tengok orang lain bahagia. Tapi, itulah.. Saya memang lemah dalam bab couple. Hurmmm nanti mesti memanjang berendam airmata.

Awak,
Kita berkawan dah lama. Saya selesa berkawan dengan awak. Saya tahu, dah agak lama awk propose saya dan balik balik jawapan sama yang saya berikan. Saya tahu awak banyak makan hati dengan sikap dan perangai saya. Saya tahu awak banyak berkorban untuk saya. Awak banyak habiskan masa dan duit untuk saya. Maaf, kalau saya menyusahkan awak selama ni. Sejujurnya, sekarang saya mula sayangkan awak. Dah selesa dengan sikap awak. Saya pun dah faham dengan perangai awak tu. Suka usik memanjang. Saya boleh terima dah sikap dan ragam awak. Saya mula sygkan awak. Tapi maaf, kalau boleh saya tak nak couple. Pengalaman lepas banyak mengajar saya. Saya tak nak realy yang tak tak kekal. Nanti relay ke mana dan awak pun kemana. Bagi saya, bila dah sayang cukuplah sayang tu dihati. Saya tak nak nanti saya kehilangan awak sebagai seorang kawan. Entah tak tahu nak jelaskan macam mana. 

Awak,
Saya tak tidur pun lagi ketika ws kedua awak masuk. Hurmmm.. just saya tak baca dan reply je. Tak tahu nak reply apa. Maaf, sbb buat awak menunggu. Tetiba rasa mcm nak nangis pulak. Entah tak tahu nak cakap apa. Banyak sangat benda yang nak di cakap tapi tak tercakap. Kalau betul awak sayangkan saya, harap awak bersabar dengan sikap saya. Harap awak bertahan dengan perangai saya. Saya pun kekadang tak faham dengan sikap dan perangai sendiri. Kekdang buntu pun ada bila fikirkan sikap dan perangai sendiri. Harap rasa sayang awak tu bukan gurauan. Hurmmm.. entah! Tak tahu nak cakap macam mana.

Tak tahu sebenarnya nak cakap apa. Sebab rasa macam semuanya tak terucap. Dapat masej tu, tetiba jadi kaku. Tak mampu untuk aku bukak. Hanya mampu bacanya di notification. Hurmmm.. apa yang nak direply. Hati tetiba blur. Tak tahu nak reply apa. Takut pun ada sebenarnya. Tak nak hampakan hati orang. Tapi dalam masa yang sama tak nak bagi harapan palsu. Nanti sakitnya tu, aku pun turut rasa tempiasnya. Macam mna erk? Mata terus cerah ni. Dah hilang rasa mengantuk yang tadi menggiler minta ketiduran. Whatsapp pun dah tak bukak. Tak nak di lihat last seen aku. Nanti dia mesti persoalkan last seen tu. Aku online tapi kenapa tak reply ws dia. Glurp! Aku tade jawapan untuk soalan tu. Aku tade jawapan untuk ws dia tu. Okaylah, tengok jam sekrang pun mcm dah lewat je. Esok aku ada kelas. Tade dah cuti-cuti disebabkan jerebu. Hurmmm.. tidur dulu erk. Esk pulak fikir tentang masalah ni. Assalamualaikum.

22 Oktober 2015

Tangisan Sebatang Tamar


Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Take Note : Lagu ni aku dengar daripada salah seorang kawan. Pertama kali dengar, hati tetiba rasa sayu. Aku dengar sambil melihat video klipnya sekali. Hurmmm mendalam maksud lirik lagu ni. Sebak sebenarnya. Tetiba terdetik dihati 'Sebatang Tamar dapat bersama Rasulullah, kita dapat ke tidak erk'. Terasa bertapa kerdilnya diri ni. Masih terlalu banyak lagi kelemahan yang aku miliki. Masih terlalu banyak lagi yang perlu aku perbaiki sebelum terlambat. Tangisan Sebatang Tamar.
Dunia Sementara, Akhirat Selamanya



Wahai Manusia..
Jangan Engkau Tertipu Daya
Oleh Dunia Yang Fana 
Sebagai Tempat Ujian Bagi Kita 

Dunia Sementara 
Akhirat Selama-Lamanya 

Orang Kaya Mati
Orang Miskin Mati
Raja-Raja Mati
Rakyat Biasa Mati

Semua Pergi Menghadap Ilahi
Dunia Yang Dicari 
Tak Ada Yang Berarti 
Takkan Dibawa Mati 

Jangan tertipu daya dunia
Akhiratlah tempat akhir kita 

21 Oktober 2015

4 waktu terbaik minum air masak selain ketika haus

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita. 

#3 Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!

Credit : SINI
Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? 

Jangan upload gambar bayi bawah usia 40 hari

UNTUK DIKONGSI DENGAN SAHABAT-SAHABAT, MUNGKIN ADA YG LEBIH MEMAHAMINYA......WALLAHU'ALAM

Al Ain : Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi Al Ain Bukan Perkara Main-main.

SalaamULLAHu Alaykum... Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan. Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:

"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). " Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi. Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain.
Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).
Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin). Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1.Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi? Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa.

NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le) Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.
Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas. Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ

Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia. (HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424.

Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H). Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku: Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya). Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu.

NauzubILLAHi min zalik. Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka. Wassalam.

Credit : SINI
Semoga bermanfaat

Along, Angah, Adik, Mak dah tak ada
:: ALONG.. ANGAH.. ADIK.. MAK DAH TAKDE ::


Satu hari nanti ALLaH akan amek mak kita balik..
Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..

Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..
Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..
Cakap dalam hati...

"Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecikkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..
Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak... Aku sayang mak..
Camne kalau pasni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"

Amek peluang terakhir ni..
Usap rambut mak...mcm mak usap rambut kita..
Cium pipi mak.. mcm mak cium pipi kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..
Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak..
Nanti mayat mak sakit..
Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?

Anak-anak lelaki pulak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..
Masuk rumah.. Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..
Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..
Cakap dalam hati..
"Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan taik aku..
Mak dukung aku.. mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?

Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"
Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau takleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..
Dulu mak selalu suruh kita semayang..
Arini kita semayangkan mayat mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..

Takkan mayat dia kita tanak pikul?
Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu,
ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Skrg kita nak hantar mak pegi jauh..

Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu.. Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat.. Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut... jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..
Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..

Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."
Dengar bebetul talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..

"Ya ALLaH.. aku redha Kau amek mak aku.. Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku.. Dia sayang aku, Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak.. Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."
Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh jaga adik beradik..
Jangan gaduh..
Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..
Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takk

Take Note : Petikan kat atas tu aku dapat dari dlm beberapa group ws. Hurmmm sedih bila baca. Terbayang wajah mak dekat rumah. Sungguh, aku rindu mak. Rindu sangat-sangat dekat mak. Rasanya dah hampir sebulan kowt tak balik kampung jenguk mak, ayah dan adik-adik. Bukan aku tak nak balik kampung tapi keadaan tidak mengizinkan lagi. Aku hanya cuti hujung minggu je sekarang ni. Kalau nak balik hujung minggu macam tak cukup masa je. Nanti hanya menghabiskan masa dalam bus je. 10 Jam balik kampung dan 10 jam untuk datang kembali ke sini. Jadi kira lah sendiri, hanya banyak mana masa yang aku ada untuk bersama family tercinta. Mak, ayah dan adik-adik, biar pun jauh di mata namun tetap dihati. iLOVEu family! Muuuuah setepak!

Koleksi Simple sunnah 1-16


Simple Sunnah#1
1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan (^_^)
2.Tutup Kepala bila masuk tandas.

Simple sunnah#2
1.Kibaskan Tempat tidur
2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3.Kepala menghadap kiblat.
4.Baca doa tidur (^_^)

Simple sunnah#3
1.Minum dengan tangan kanan.
2.Minum duduk
3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Simple sunnah#4
1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid. (^_^)

Simple sunnah#5
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk
3. Masuk tandas xboleh lama2.
4. Jangan makan n minum dalam Tandas (^_^)

Simple sunnah#6
1.Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2.Kemas tempat tidur.
3.Bersihkan diri.

Simple sunnah#7
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah (^_^)

Simple Sunnah#8
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

Simple Sunnah#9
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

Simple Sunnah#10
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

Simple sunnah#11
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yg ingin membentuk anak2)

Simple sunnah#12
1.Basuh tangan sebelum makan.
2.Makan buah dahulu baru makan nasi.
3.Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lg berkat rezeki 2.
4.Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.

Simple sunnah#13
1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

Simple sunnah#14
1. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa isnin dan Khamis.

Simple sunnah#15
1. Baca bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas untuk sejukkanya.
4. jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

Simple sunnah#16
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT
2. Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam
3. Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW

Semoga bermanfaat   

Monolog | Part 13
Assalamualaikum
hari ni cuti disebabkan jerebu
semalam cuti disebabkan jerebu
malam semalam cuti pun disebabkan jerebu
maknanya dah 3 hari cuti disebabkan jerebu
hurmmm 3 hari aku mereput dalam bilik ni
nak keluar macam malas
jerebu teruk sangat kowt
itu yang malas nak outdoor sangat
kalau diikutkan aku punya cuti dah 5 kowt
minggu lepas aku dapat mc dua hari, khamis dan jumaat
sabtu dan ahad sememangnya cuti hujung minggu
dan minggu ni, isnin, selasa, rabu cuti sebab jerebu
kalau aku tahu awal-awal lagi aku dah balik kampung
hurmmm ruginya aku menghabiskan masa cuti dekat sini
kalau dekat kampung kan best
dapat jumpa mak, ayag dan adik-adik
tapi itulah, arahan cuti diberikan last minute kowt
so aku tak dapat nak plan apa-apa
terkilan pun ada bila difikir-fikirkan balik
mereput je dekat hostel ni tanpa apa-apa aktiviti
buang masa dengan mengadap laptop je lah
khatam cerita-cerita korea ni hah -_-'