Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara Service ACB (Air Circuit Breaker)

Prosedur Menutup Dan Memulihkan Bekalan Dan Kerja-Kerja Senggaraan ACB

Langkah Pertama
1. Dapatkan surat kebenaran kerja terlebih dahulu daripada penyelia, jurutera atau orang kekompetenan berkenaan.
2. Berikan surat notis kepada pengguna bahawa bekalan akan diputuskan sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal.
3. Kerja-kerja senggaraan mestilah dilakukan dalam kumpulan sekurang-kurangnya 2 orang iaitu ( seorang chargeman dan seorang pekerja)

Langkah Dua
(Langkah keselamatan dalam bilik pencawang P.S.U)

1. Tikar getah Rubber Mate dihadapan papan suis hendaklah dalam keadaan kering & tidak berminyak (5mm tebal & panjang mengikut saiz papan suis)
2. Alat pemadam api berada pada tempatnya & boleh digunakan
3. Bilik pencawang bersih & tiada sebarang gangguan & halangan
4. Gambarajah skematik pendawaian berkeadaan baik dan boleh dibaca
5. Carta pertolongan cemas berada pada tempatnya dan boleh dibaca.
6. Buku log berada pada tempatnya , dicatat jenis kerja yang dibuat untuk semakan masa hadapan.
7. Pastikan alat-alat kelengkapan kerja dalam keadaan baik, mencukupi dan selamat digunakan.

Langkah Tiga
(Kerja-kerja Senggaraan) (Shut Down)

1. Sebelum bekalan diputuskan, ambil bacaan pada Ammeter, Voltmeter, PF meter dan catatkan dalam buku kerja harian Chargeman.
 2. Maklumkan kepada pengguna yang terlibat bahawa bekalan akan diputuskan supaya kerja – kerja yang sedang dijalankan tidak terganggu oleh sebab penutupan bekalan.
3. Matikan outgoing feeder ke beban iaitu semua fius, suis yang ada di papan suis utama itu, matikan daripada kecil ke besar.(Tujuannya supaya tidak berlaku percikan arka yang tinggi semasa bekalan diputuskan pada ACB ini – bacaan pada Ammeter menunjukkan 0 tetapi pada bacaan voltmeter masih mempunyai bacaan.
4. Tripkan ACB & bacaan pada voltmeter 0
5. Bukakan pintu ACB, ambil handle ACB yang telah disediakan dan masukkan pada ACB dan tarik ACB keluar.
6. Terdapat 3 kedudukan  dalam ACB iaitu kedudukan servis, test dan isolated di mana kedudukan isolated diperlukan untuk tujuan kerja – kerja senggaraan.
7. Nota : Untuk menguji samada Shunt trip coil berfungsi atau tidak tekan butang ON dan OFF
8. Bila ACB berada dalam kedudukan selamat dan sedia untuk dikeluarkan, angkat ACB dan letak di atas (Rubber mate)
9. Akhir sekali letak tanda amaran (BAHAYA) pada papan suis untuk mengelakkan dari sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Langkah Empat
1. Bersihkan habuk-habuk atas ACB , arc chute dengan menggunakan kuasa angin (blower) atau vacum .
2. Ketatkan bolt dan nut yang mana longgar dan periksa kesemuanya
3. Letakkan minyak gris pada rel (Esso Q2) 2/3.
4. Minyakkan kesemua mekanisma-mekanisma mekanikal (switching mechanism) dengan minyak WD40.
5. Cucikan main contact dan arcing contact dengan menggunakan kertas pasir halus dan kikir halus.
6. Cucikan roller isolating contact dan lapkan dengan kain yang bersih dan sapukan dengan minyak vascaling (PETROLEUM JELLY).
7. Periksa semua bushing, periksa jika ada yang retak dan ini boleh mengurangkan penebatan pada bushing itu.

Langkah Lima
(Kerja-Kerja Ujian Ke Atas ACB)

A)    UJIAN KESERATAAN
Letakkan kertas putih dan lapikkan kertas karbon kepada sesentuh utama dan ON kan ACB, kita akan mendapat tanda pada kertas putih itu samada baik atau tidak sesentuh utama itu.

B)    UJIAN PENEBATAN
Uji dengan alat Insulation tester – 1 kv dan bacaannya mestilah tidak kurang daripada  1 mega Ohm di antara fasa dengan fasa dan fasa dengan bumi.

C)    UJIAN KETERUSAN
Uji dengan alat micro ohm meter atau multimeter dengan skil X1 dan bacaannya mestilah 0 diantara roller incoming dan outgoing contact bagi setiap fasa dan ACB di dalam keadaan ON kan.

D) UJIAN PENGLIHATAN.

Langkah Enam
1. Masukkan ACB tadi ke dalam papan suis utama dengan mengikut step tadi.
         a.       Kedudukan selamat (safe position)
         b.      Kedudukan mengasing (Isolated position)
         c.       Kedudkan Ujian (test position)
         d.      Kedudkan sambungan (service position)
2. Periksa semua shunt trip fius, voltmeter fius dalam keadaan baik.
3. Resetkan OCR (over current relay) oil Dashport (jenis minyak di dalamnya – mineral oil SAE 30)
4. Resetkan EFR (earth fault relay)
5. ON kan ACB
6. Periksa dan dapatkan bacaan pada voltmeter dengan menggunakan selector switch dari fasa ke fasa ialah 415 volt.
7. Maklumkan kepada pengguna bahawa bekalan akan dipulihkan semula.
8. ON kan semua fius suis dari besar ke kecil. Pastikan Amp meter ada bacaan, ini menunjukkan bahawa bekalan telah digunakan dan pastikan PF (power factor meter) menunjukkan bacaan 0.85 ke atas.
8. Voltan variasi yang dibenarkan tidak boleh melebihi +5 dan – 10 daripada voltan yang sebenar.

Langkah Tujuh
1. Tunggu dalam masa 2 hingga 3 minit dan catitkan kerja-kerja yang dibuat di dalam bilik suis utama iaitu tarikh, masa mula dan masa tamat  di dalam buku log dan jenis-jenis senggaraan yang dibuat tadi.Kemaskan peralatan kerja dan bersihkan bilik pencawang.
2. Jikalau tiada berlaku  kerosakan, bolehlah tinggalkan bilik pencawang dan beritahu kepada ketua penyelia atau jurutera bekenaan bahawa kerja-kerja senggaraan telah siap dan batalkan permit kerja-kerja senggaraan tadi.


Take Note : Aku baru je belajar berkenaan PSU ni beberapa hari lepas. Semoga apa yang aku pelajari ini akan aku ingati sampai final exam dengan Suruhanjaya Tenaga bulan 12 nanti dan seterusnya akan sentiasa ingat untuk alam pekerjaan nanti. Aamin.

4 ulasan