Hai readers, salam Jumaat, penghulu segala hari.
Untuk hari ni, sebenarnya tade idea pun aku nak blogging tapi saja duk gatal tangan nak bertaip jugak. Hahaaa, sakai, kan!
Sebenarnya entry aku kali nie aku dedikasikan untuk seorang sahabat sempena ulang tahun kelahiran dia yang ke XX.
Dear Nurul Ain Nadia Mahadi,
Happy birthday sayang. Aku doakan kau panjang umur, murah rezeki dan sentiasa tersenyum bahagia di sisi insan-insan yang menyayangi kau. Sempena birthday kau kali ni, aku saja aje buat entry nie. Hahahaaa, entahlah! tetiba pulak aku terkenangkan kisah lalu kita. Sekali sekala bila difikir-fikirkan balik, mesti aku akan tersenyum sorang-sorang.
Nadia,
Kau ingat tak lagi first time kita kenal? macam mana kita boleh jadi kawan? macam mana kita boleh jadi rapat? dan macam mana kita boleh jadi giler-giler? Hahaaa! Oich terlalu lawak bila aku ingatkan balik semua tue. Dalam tak sedar, hampir 6tahun sudah kita berkawan, kan? mula-mula kita kenal, waktu pendaftaran dekat Ikip International Collage. Hahaaa, waktu tu kita kalut-kalut dengan urusan pendaftaran asrama. Aku ingat lagi, kita bertegur-tegur sapa dekat depan kaunter. Hahaa ramahnya bukan main lagi, padahal baru kenal dan nama pun tak tahu. Tapi tak sangka pulak, nak dijadikan cerita, kita ditempatkan di bilik yang sama. Dan disitulah bermulanya episod kau, aku, Dura, Nana, Eqa dan Lin.
Terlalu banyak suka duka sepanjang kita bersahabat. Mula-mula masuk study, kitalah student yang paling skema, nerd kata orang. Pergi kelas sopan aje, balik kelas pun sopan aje. Ya, kitakan budak baik, budak yang tak campur adukkan life sebagai budak kampus dan budak remaja. Hahaaa.. Nadia, kau ingat tak lagi kisah kita panjat pagar hostel? Heheeee.. Insiden tue takkan aku lupakan sampai bila-bila. Alkeah pak guard, tak dengar kita panggil, gara-gara dia tidur mati, akhirnya kita terpaksa panjat pagar untuk masuk ke hostel. Hahaa lawak giler kowt bila aku ingatkan balik. Dah laa pukul dua tiga pagi, baru sampai pulak dari kg, dengan beg yang penuh barang segala bagai, last-last sekali terpaksa panjat pagar.
Nadia, kau ingat tak insiden kita pegi Pantai Teluk Chempedak dalam hujan semata-mata nak makan Mc'd? Hahaaaa.. time tue dah laa malam. Ye, aku ingat sampai ke hari nie. Macam-macam benda yang kita lalui sebelum dapat makan Mc'd. Seram pun ada gara-gara diganggu mat rempit. Hahahaa katanya nak number telefon, nak berkawan. Olalalaaa.. gile, kan? Apapun untuk malam tue, akhirnya kenyang jugak perut pekena Mc'd.
Nadia,
Ingat tak kes yang kita gaduh dengan Dura gara-gara salah faham. Hurmmm waktu tue hanya kau, aku dan Allah saja yang tahu apa perasaan kita, kan. Dari awal Semester lagi kita rapat bertiga, tup-tup jadi musuh sekejap. Hurmmm.. waktu tue semua benda yang kita buat rasa macam serba salah. Semua orang memandang macam kita yang salah. Yalah, mana tidak nya, selalunya di dalam kampus tu, kita bertiga akan berkepit. pantang habis kelas mesti lepak bersama. Tiap pagi, sebelum masuk kelas mesti breakfast nasi lemak kat Taman Gelora bertiga. Bila tengah hari, mesti lunch pun bertiga. Bila petang, mesti keluar berjalan pun bertiga tapi untuk seketika tu, hanya kau dengan aku tanpa Dura.Hurmmm. sedih kowt bila diingatkan balik kisah tue, disebebkan salah faham kita bertiga bermasam muka. Tapi apapun alhamdulillah, semua benda dah settle.
Nadia,
Rasanya aku dah merapu berjela-jela kowt. Hahaaa entah kau baca ke tidak entry aku nie. Kalau ikutkan hati nie, banyak lagi benda yang nak aku tulis. Benda-benda yang dah menjadi kenangan antara kau dan aku. Cewahhh.. Hahaaa even kini kau dah pun sambung study di UniMap dan aku insyaAllah akan sambung study juga awal bulan depan, aku harap persahabatan yang terbina antara kita akan kekal dan utuh selamanya. Walaupun jarang bertemu, jarang bertanya khabar tapi akan sentiasa diingati di ingatan. Akhir kata semoga bahagia milik kau, kawan. Happy Birthday To You, sayang!
Tiada ulasan