TIPS TEMUDUGA
Kekemasan untuk LELAKI
Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai.
Baju berlengan panjang yang berwarna lembut. (Contoh :warna putih atau biru muda).
Berseluar gelap dan memakai stoking berwarna gelap.
Memakai tanda nama.
Kekemasan untuk WANITA
Berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.
Menggunakan make-up yang sesuai dan tidak berlebihan.
Berkasut bertutup penuh (court shoes).
Memakai tanda nama.
Keterampilan
Berambut pendek dan kemas (untuk lelaki).
Jika bermisai, berjambang atau berjanggut, hendaklah didandan kemas (untuk Lelaki)
Pastikan kebersihan dan kekemasan diri.
Persediaan Minda
Membuat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon.
Mengemaskini pengetahuan mengenai Jabatan dan pengetahuan am semasa.
Mendapatkan panduan dan khidmat nasihat daripada rakan atau mereka yang berpengalaman atau berpengetahuan.
Berkeyakinan dan tidak gemuruh.
Membuat latihan temuduga (mock interview) bersama rakan jika perlu.
Mendapat maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga.
Beranggapan temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu
Berdoa untuk kejayaan.
Persediaan Dokumen
Pastikan dokumen-dokumen berikut disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya dalam folder lut sinar (transparent).
Surat panggilan temuduga.
Kad pengenalan.
Sijil-sijil kelayakan akademik.
Sijil-sijil kemahiran.
Sijil-sijil kursus.
Sijil atau surat penghargaan.
Dokumen sokongan lain, jika ada.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tq kongsi ainn..
BalasPadam