Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Jiwa Memberontak Bila Kata kata Tidak Terluah

Kerja.
Bila memikirkan tentang kerja aku kusut
Bila memikirkan tentang kerja aku stress

Kenapa?
Entah. Tidak pandai untuk aku rungkaikannya.
Sejuta satu persoalan bermain di hati dan akal aku
Tapi semuanya tiada jawapan
Persoalan tinggal persoalan

Siapa yang salah?
Kami atau mereka ataupun dia??
Kami ke yang salah
Semua yang kami buat tak kena dimata mereka dan dia
Habis, apa lagi yang perlu kami lakukan.
Apa salah kami sebenarnya.

Rasis.
Boleh ke aku gunapakai perkataan itu untuk mereka dan dia.
Rasanya mungkin tidak keterlaluan kot untuk mereka.
Mereka terlalu kejam.

Ya, kini mereka kejam.
Jujur, aku benci dengan suasana itu sekarang.
Aku benci bilamana apa yang dilakukan dipersoal.
Aku benci bilamana bukan salah aku tapi aku yang dipersalahkan
Aku benci bilamana aku yang dijadikan mangsa luahan hati mereka.

Weh, aku manusia ada hati perasaan.
Aku manusia yang ada jiwa.
Aku manusia yang ada akal.

Sabar aku kian hilang.
Tabah aku semakin berkurangan.
Setiap hari aku berkata pada diri
'aku mampu, aku kuat, aku sabar, aku tabah'
Tapi hakikatnya kini, semua tu kian bersepai
Menunggu masa untuk aku rebah ke bumi

Aku suka kerja disitu.
Tapi aku benci dengan pengurusannya.
Aku benci melihat mereka menindas!
Aku benci melihat mereka memarai sesuka hati.
Aku mahu menolong tapi aku ak mampu..

Sedih.
Semoga aku kuat dan terus kuat.
Semoga aku bertahan dan terus bertahan
Semoga aku dapat kerja baru dalam masa terdekat
Semoga segala uruasan aku dipermudahkan
Semoga rakan sekerja aku juga tabah dan sabar melalui semua ni
Semoga kami kuat dan terus kuat disitu.


Tiada ulasan