Cara Transformasikan Diri Sendiri

Motivasi diri

1.🚫Asal : Aku takde duit nak berniaga.
✔Ubah : Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.

2.🚫Asal : Aku mana ada bakat berniaga.
✔Ubah : Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.

3.🚫Asal : Keluarga aku mana ada berniaga.
✔Ubah : Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.

4.🚫Asal : Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.
✔Ubah : Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.

5.🚫Asal : Aku takut gagal, tak laku dan malu.
✔Ubah : Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.

6.🚫Asal : Aku takut sombong bila kaya.
✔Ubah : Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.

7.🚫Asal : Aku banyak hutang.
✔Ubah : Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.

8.🚫Asal : Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.
✔Ubah : Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga.

9.🚫Asal : Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua, tiga atau empat.
✔Ubah : Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk berjaya dalam bidang bisnes.

10.🚫Asal : Bila masa sesuai untuk berniaga?
✔Ubah : Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok. In Syaa ALLAH. Aamiin.

Jom Ubah ! Transformasi kan diri kita!

👆Ubah cara pemikiran kita ! fikir positif dapat positif fikir negatif dapat negatif


1 ulasan