Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Derita Itu Indah

Derita hari ini,
simpan baik-baik dalam hati.
Usah diceritakan kepada sesiapa.

Yakinlah bahawa suatu hari nanti,
Allah akan gantikan derita itu dengan bahagia pula.



Aku Mencari Damai Di Hati

Aku mencari kekuatan
Aku mencari damai dihati
Aku mencari sebuah harapan
Aku mencari secebis kebahagiaan

Tak banyak yang aku pinta
Cukup cuma mampu membahagiakan aku
Bukan emas permata yang aku impikan
Tapi cuma ketenangan dihati

Senyum
Jangan pernah menangis
Jangan pernah mengalah
Jangan pernah melatah
Kebahagiaan hak milik setiap insan

Kuat
Jangan sesekali rebah
Jangan sesekali tersungkur
Jangan sesekali berundur
Teruskan langkah demi langkah

Kesakitan bukan selamanya
Kebahagiaan bukan selamanya
Disebalik kesakitan terselit kebahagiaan
Disebalik kebahagiaan terselit penderitaan..

Aku mencari damai dihati..

- ien -