Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Selamat Kembali Berblogging

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini pulang ke pangkal jalan, buka blog. Fuhhh, lama sungguh aku tak blogging ya. Bersarang labah labah, berhabuk debu, bersemak samun dan segala bagai terbiaran lagi muncul. Memang terabai terus rasanya blog ni. Kekangan masa agak kritikal tika dan saat ini. 

Banyak benda sebenarnya yang nak aku kongsikan. Tapi dari mana nak mulakannya terlebih dahulu? Ishhhh.. susah sungguh nak aku buat keputusan itu. Kihhhkihhhkihhh..

Okay, sebenarnya ada beberapa khabar gembira nak aku kongsikan. Semoga khabar gembira itu akan menjadi kenangan terindah untuk setiap tahun yang mendatang. Doakan semoga yang baik baik sahaja akan sentiasa iringi kita semua ya. InsyaAllah.

Untuk pengetahuaan korang, tidak lama lagi aku bakal bergelar ibu. Alhamdulillah, rezeki tidak salah alamat. Setelah hampir setahun menanti, akhirnya ada rezeki untuk aku dan suami. Sekarang aku masih di fasa mabuk kepayang dan mood mengada ada. Huhuu... nak perhatian lebih dari en.husband, pantang ada benda ta kena sikit mesti berjurai airmata. Kihhhkihhkihhh.. Kekadang aku pun tak pasti kenapa kejadian itu semua terjadi tapi itulah, memikirkan kemungkinan bawaan budak, so aku hanya mampu tersenyum. Semoga en.husband juga tabah dan redha melayan kerenah pelik pelik aku ni. 



1 ulasan

  1. Selamat kembali dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda. :)

    BalasPadam