Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Orang Ketiga Dalam Perhubungan

 Jika niatmu hanya untuk singgah, ku mohon bersikaplah seperti tetamu.

Agar yang ku hidangkan adalah kopi bukan hati .


Akhir akhir ni banyak sangat gosip pakcik/makcik bawang berkenaan penyondol rumahtangga orang. Hurmm.. naik risau pulak aku dengan situasi ini. Baik netizen mahupun artis, semuanya sama naik. Yang famous dan yang tak famous sama naik je semua. Risau wehhh ghisauuu.. tapi apa yang boleh kita buat?

Betullah tu, orang cakap semuanya berkenaan dengan hati. Kalau tak melayan, benda takkan berpanjangan. Kalau tak menggedik, benda takkan berlarutan. Well, bagi aku pokok pangkalnya hati kau sendiri. Kau dah ada bini/laki, so kenapa perlu melayan perempuan/lelaki lain? Jangan jadikan perkataan 'kawan' sebagai alasan untuk kau melebihi batasan. Ingat sikit kau ada tanggungjawab yang menanti dirumah. Mereka perlukan perhatian/kasih sayang dari kau jadi kenapa kau salurkan perhatian/kasih sayang tu pada orang lain? Entah, kekadang aku tak faham dengan sikap manusia ni. Nak kata pendek akal atau tak guna akal, ke langsung tak berakal. Terlalu fikirkan keseronokan dan pentingkan diri sendiri sehingga sanggup lukakan hati manusia lain yang bersusah payah dengan kau selama ini. Kalau rasa ada masalah, bincang sama sama. Kalau rasa dah tak boleh nak teruskan, ingatlah kembali saat susah senang orang suatu ketika dahulu. Belajar perbaiki mana yang kurang. Usaha hadirkan kembali keceriaan dalam perhubungan. Nak mulakan hubungan tu memang senang tapi nak pertahankannya bukan semudah memulakan sesuatu hubungan. Faham?

Disekeliling aku, banyak je situasi macam ni. Bahkan, kawan baik aku sendiri sekarang ni sedang alami situasi ni. Nak diluah mati mak, tak diluah mati anak. Nak bertahan, hati sendiri sakit. Nak melangkah pergi, fikirkan anak anak. Dah tu macam mana? Aku sebagai kawan hanya mampu menjadi pendengar setiap kali dia meluahkan kesedihan dia. 

Ingatlah, kalau dia boleh curang pada bini/laki dia. tak mustahil suatu hari nanti dia pun akan curang pada kau. Kau tak rasa bersalah ke cipta bahagia atas penderitaan orang lain? Tak rasa bersalah ke kau hancurkan rumahtangga orang lain. Janganlah sesekali jadi orang ketiga dalam hubungan orang lain. Bahagia yang kau dapat tu mungkin hanya sekejap sahaja. Fikirlah wahai manusia yang berakal...


Tiada ulasan