12 Januari 2016

Gila tapi berhati mulia | Kehidupan


Kekadang aku terfikir, apa sumbangan kita dalam hidup ni. Hurmmmm.. kita dikira normal. Cukup sifat, diberi akal yang sihat, mampu menguruskan diri sendiri tapi bagaimana dengan hati kita? adakah kita mempunyai hati yang bersih? adakah kita berperikemanusiaan.

Sebenarnya tanpa kita sedar, ada perkara yang tak sepatutnya telah kita lakukan. Sebagai contoh, peminta sedekah datang dekat kita untuk meminta sedekah. Apa reaksi kita? Hurmmm ada diantara kita yang mengusirnya dengan kasar. Ada yang caci maki mereka. Pada yang memberi tu, alhamdulillah. Entah.. bila aku fikir fikirkan, kekadang banyak kekejaman yang aku lakukan dalam sedar mahupun tidak..


3 ulasan:

  1. huhuhu deep. T_T tapi kalau selalunya peminta sedekah Lissa jarang bagi.. bukan kedekut. actually Lissa takut.. tapi ntah takut apa.. huhu kena muhasabah dini ni T_T

    BalasPadam
  2. Betul...kadang dalam kewarasan ada kurangnya...dalam kecukupan yang hanya sedikit ada kejernihan hati budi..

    BalasPadam
  3. Menginsafkan.. Yang waras selalunya kurang waras dalam tindakan..
    Yang kurang waras pula selalunya lebih waras dalam bertindak.. dunia dah semakin nazak..

    BalasPadam