01 Mac 2016

Assalamualaikum



Korang mesti pernah dengan tentang hot dan kasanova kan. Nak tahu macam mana untuk mengenali lelaki hot dan kasanova? Jom baca ciri ciri nie.

** HIPOKRIT
Haa yang ni kalau aku jumpa memang rasa nak belasah habis habisan. Mula mula dia akan menjadi insan yang paling mulia dimata korang. Korang nak BMX, dia bagi. Korang nak henset Nokia 3315, dia bagi. Alahh biasalah kan nak ngorat kene ada cara yang terbaik. Dah lama lama, siaplah dia akan tunjuk taring dia yang sebenar kat korang.

** POKET KOSONG
Bak kata orang, orang cakaplah okay, bukan aku yang cakap, “biar papa asalkan bergaya”. Pepatah ini memang sesuai dengan orang macam ni. Diluar bukan main lagi smart, tapi poket kosong. Orang perempuan dah tak kisah sangat yang smart ni, sebab kalau yang smart sangat takut dyorang tu gay. Kan dah naya.. hahaaa

** TAK PATUH PADA JANJI
Lelaki kasanova ni tak pernah patuh pada janji. Kalau sekali dua, maybe boleh dimaafkan, dipertimbangkan. Tapi kalau dah berkali kali macam gitu, agak agak boleh dipercayai lagi ke tidak janji janji palsu tipu dusta tu? Sampaikan setiap kali nak dating, korang pulak yang terpaksa tungu dia. Dahlah tunggu berjam jam lepas tu banyak pulak alasan dia. Siap salahkan korang dengan kesalahan yang tak logic akal.

**BANYAK ALASAN
Diaorang ni kalau bab bab cipta alasan memang tade tandingan. Terror tahap pendeka penyu kowt. Bila korang dapat detect  kesalahan dia, mulalah dia nak putar alam. Belit sana, belit sini, last sekali dia salahkan orang lain pula atas kesalahan dia. Hampeh kan. Ishhh, tak pasal pasal orang lain pulak yang terlibat sama.

** BRANDED
Metroseksual, yang ni lebih sesuai dengan lelaki seperti ini. Lagaknya mengalahkan orang orang berada tetapi ingat, itu hanya taktik semata mata. Pakaian hanya nak yang berjenama saja, maklumlah nak memikat ramai mangsa.  Hello girls, jangan ingat nak yang kaya saja ok.

** BERLAGAK MACHO
Huh.. yang ni memang tak boleh blahh. Konon nak tunjuk macho depan korang lah tu. Siap tak tegur perempuan lain depan korang sebab nak tunjuk yang dia setia serta tak curang. Padahal gurl yang tegur dia depan kau tu kawan dia jugak. Kau pun maybe kebetulan kenal gurl tu.

**BERANI BERTINDAK DILUAR BATASAN
Ciri yang ni buat emosi aku tak stabil je *sabarlah duhai hati*. Baru kenal tak sampai seminggu, sudah berani nak sentuh sentuh di bahagia yang sensitive. Sengaja nak goda korang untuk pergi lebih jauh lagi lettuw. Okay, dalam situasi macam ni, korang standby ke sepit ketam. Kalau tangan dia dah gatal menjalar, korang cubit je kuat kuat. Eh, jangan korang merelakan pulak. Jangan korang pun gatal sama.

** KAKI KIKIS
Tengok, dah Nampak sikap dia yang sengkek ni. Mulalah nak meminjam minjam, buat muka paling manis kat korang. Setiap kali dating, korang yang hulur duit. Pergi mana mana, korang yang keluarkan duit. Sampaikan dia nak beli barang sendiri pun mintak duit dengan korang. Duit dia, harem jadah nak bagi kat korang.

** GUNA PARAS RUPA
Lelaki kasanova biasanya memang hensem hensem. Kalau tak hensem, siapalah yang nak pandang kan. Eh, bukan nak kutuk yang tak hensem. Just bagi perumpamaan sikit je. Hehee. Diaorang ni memang pakej lengkaplah sebab ada wajah yang kacak. Ada rupa senang cerita. Jangan mudah percaya pada wajah. Nilai dan pandanglah hati dia.

** PERAHSIA
Ok, yang ni last sekali. Lelaki jenis ni kebanyakannya perahsia sangat. Dia jarang nak cerita pasal keluarga apatah lagi nak bawak korang jumpa mak bapak diaorang. Korang je yang beriya ia nak jumpa family dia tapi dia buat derkk je. Banyak sangat alasan yang dia bagi kat korang. Kata nak ajak tapi ajak ajak ayam.



Take note : Tak semua lelaki hot seorang kasanova dan tak semua lelaki kasanova handsome.

Previous Post
Next Post

post written by:

1 ulasan:

  1. sakit hati tgk entri ni heheheh teringatkan ngn ex yg pnh dating dlu ciri - ciri dia sama adushh sabarlah harap x jumpa lelaki mcm ni lg

    BalasPadam