Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Makan Berendam & Risiko Jangkitan Kuman Kencing Tikus


[ISU] Makan Berendam & Risiko Jangkitan Kuman Kencing Tikus.

Apakah tidak cukup tanah di daratan sehingga mahu menghidangkan makanan di dalam sungai?
...

Sejak akhir akhir ini banyak lokasi kawasan rekreasi mula memperkenalkan restauran di dalam sungai atau restoran berendam. Trend yang semakin popular ini menjadi perhatian masyarakat berikutan keunikan menikmati juadah sambil kaki bermain air dan ditemani nyanyian unggas-unggas rimba.

Persoalannya, selamatkah restoran berendam ini dari sudut kesihatan?
.

Baru baru ini 9 sekeluarga telah di syaki di jangkiti Kuman Kencing Tikus (Leptosiprosis) selepas mereka bercuti di Pusat Rekreasi Hutan Lipur Gunung Belumut, Kluang. Siasatan yang di jalankan mengesahkan air sungai sungai di kawasan tersebut telah di cemari dengan kuman tersebut.

Leptospirosis adalah antara masalah penyakit berjangkit utama di Malaysia dan wajar diberi perhatian. Pada tahun 2015, terdapat 5,632 kes leptospirosis telah di kesan di Malaysia. Penyakit yang epidemik di Malaysia ini berpunca dari pencemaran air oleh kencing tikus (atau haiwan lain).

Kajian epidemilogi telah mengenalpasti mengapakah penyakit ini banyak berlaku di Malysia. Faktor persekitaran yang panas dan lembab, haiwan pembawa yang banyak dan kekerapan bencana banjir merupakan antara faktor yang menyebabkan peningkatan kes Leptospirosis di Malaysia.   Faktor pekerjaan, aktiviti rekreasi air, bencana banjir dan tikus (rodent) yang banyak merupakan antara punca jangkitan di Malaysia.

Mengetahui risiko dan peningkatan jangkitan kuman maut ini di Malaysia, langkah pencegahan perlu di lakukan sebaik mungkin.

Persoalan yang ingin kami utarakan dalam artikel ini adalah,  adakah Restoran Berendam merupakan faktor risiko kepada jangkitan kuman kencing tikus?

.

Trend makan berendam ini MUNGKIN boleh menjadi faktor risiko kepada jangkitan kuman kencing tikus kerana;

1. Makan berendam menjemput TIKUS
Walaupun pihak pengusaha premis telah berusaha untuk memastikan kebersihan persekitaran terjamin namun sudah pasti ada sisa makanan yang terjatuh ke dalam sungai.

Sisa makanan ini akan menjemput haiwan pembawa kuman seperti tikus untuk datang ke kawasan tersebut. Kehadiran tikus akan meningkatkan risiko pencemaran kencing tikus di kawasan berkenaan sekaligus meningkatkan risiko jangkitan kepada manusia.

2. Kaedah Penularan Kuman
Kuman Leptospirosis merebak melalui makanan atau minuman yang telah tercemar dengan air. Menikmati hidangan di dalam sungai yang (mungkin) dicemari kuman  akan meningkatkan risiko jangkitan kepada pengunjung.

3. Saliran Tidak Lancar
Kebiasaannya, restoran berendam akan di bina di kawasan air cetek yang tidak deras. Faktor ini akan menyebabkan kuman berkumpul di kawasan tersebut berikutan saliran yang tidak lancar.

Mampukah penularan penyakit ini dicegah?
.

Kaedah untuk mencegah jangkitan dan penularan penyakit ini.

Kunci utama bagi pencegahan penyakit ini adalah faktor KEBERSIHAN. Tikus tidak akan hadir ke kawasan tersebut jika tiada sisa makanan di tinggalkan di kawasan tersebut.

Di sesetengah kawasan rekreasi di luar negara, peraturan ketat di wujudkan untuk melindungi kawasan rekreasi. Pengunjung bukan sahaja disarankan untuk membawa pulang semua sampah sarap malah ada juga kawasan rekreasi yang tidak membenarkan langsung makanan dibawa.

Malaysia bertuah kerana dikurniakan dengan kepelbagaian dan keindahan flora dan fauna. Namun malangnya kesedaran mengenai penjagaan kebersihan seringkali diabaikan pengunjung.

Sekiranya kita lebih prihatin dalam menjaga kebersihan persekitaran, bukan sahaja Leptospirosis, penyakit penyakit berjangkit lain juga dapat dicegah.

.

Wajarkan Trend Restoran Berendam Dihentikan?

Melihat kepada angka kes Leptospirosis yang melibatkan taman rekreasi di Malaysia, PHM berpendapat, trend restoran berendam ini wajar di hentikan ataupun dikawal dengan peraturan peraturan tertentu.

Sekiranya trend ini mahu diteruskan, pemeriksaan premis berkala perlu dilakukan dan ujian pensampelan air juga perlu di pergiatkan untuk memastikan kawasan rekreasi bebas pencemaran kuman kencing tikus.

Pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen juga perlu mewujudkan garis panduan khas untuk mengawalselia aktiviti ini bagi memudahkan proses pemantauan dan melindungi flora dan fauna.

Selain itu, KEBERSIHAN. KEBERSIHAN. KEBERSIHAN!

Mungkin ada yang kurang bersetuju jika rakyat Malaysia digelar sebagai pengotor. Namun lihatlah masalah sampah sarap, pencemaran sungai, sampah haram, kebersihan tandas di Malaysia.

Sesungguhnya penyakit itu datang akibat perbuatan dan sikap manusia itu sendiri..

Usah di salahkan tikus kencing merata rata, jika bukan kita MANUSIA yang menjemputnya.

Untuk info lanjut berkenaan Leptosiprosis

Rujukan

Garba B, Bahaman AR, Khairani-Bejo S, Zakaria Z, Mutalib AR. Retrospective Study of Leptospirosis in Malaysia. Ecohealth. 2017;14(2):389-398. doi:10.1007/s10393-017-1234-0.

Benacer D, Thong KL, Min NC, et al. Epidemiology of human leptospirosis in Malaysia, 2004–2012. Acta Trop. 2016;157:162-168. doi:https://doi.org/10.1016/j.actatropica.2016.01.031.

Costa F, Hagan JE, Calcagno J, et al. Global Morbidity and Mortality of Leptospirosis: A Systematic Review. Small PLC, ed. PLoS Neglected Tropical Diseases. 2015;9(9):e0003898. doi:10.1371/journal.pntd.0003898.

Leptospirosis in Malaysia: Avoid dining or recreational activities in unsanitary areas and stop littering drains https://today.mims.com/leptospirosis-in-malaysia--avoid-dining-or-recreational-activities-in-unsanitary-areas-and-stop-littering-drains

Credit : Public Health Malaysia

4 ulasan

  1. Ada sesetnegah manusia terlebih kreatif mencari keuntungan tanpa memikirkan risiko dan kesan negatif akibat perbuatan mereka.

    BalasPadam
  2. saya pun hairan juga..kawasan berair yang airnya mengalir pun masih tercemar..

    mungkin tempat lain kot..

    kawasan yang bertakung ada kemungkinan dengan syarat airnya memang sikit..

    apa-apappun itulah pandangan saya berkaitan isu kesihatan

    BalasPadam
  3. Nak makan berendam ke, makan atas angin ke yang penting kebersihan perlu diutamakan. Janganlah lepas makan buang sampah merata-rata terutama di kawasan air.

    BalasPadam