Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Apa itu Eat Clean

Eat Clean
Eat clean adalah perkara yang paling penting dalam proses turunkan berat badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan 'tidak clean'. 80% kejayaan turun berat adalah pemakanan dan 20% lagi adalah senaman.


Amalkan
  • Makan whole food bukan proses food. Maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. Makan nasi bukan bihun, mee.
  • Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa
  • Masak seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protien  sahaja.
  • Makan 4-5 x sehari ikut keperluan kalori badan

Elakkan makan makanan ini
  • Semua makanan bergoreng
  • Kek, biskut, coklet, aiskrim
  • Semua jenis air manis
  • Fast food (kepsi, mekdi, pizza)
  • Semua jenis sos, kicap dan perasa
  • Kerepek kekacang yang bersalut
  • Makanan yang berasaskan gandum


Eat clean bukan saja dapat membantu cepatkan proses turunkan berat badan tetapi juga membantu bersihkan badan kita dari 'high fat' dan 'high sugar' yang selama ini jadi makanan ruji kita.

Betul ke eat clean boleh mengempiskan perut?

  • Ya sangat betul! selama ni puas buat senaman dan makan macam macam ubat kurus untuk kempiskan perut tapi tak berkesan?
  • Semua berbalik pada makanan dan minuman kita
  • Jangan mengeluh badan naik, baju ketat kalau masih lagi mengendong ai manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiow
  • Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi gais.

Air kosong adalah zero kalori. Sebelum makan apa apa minum air kosong dulu. Lepas makan pun minum air kosong. InsyaAllah, dapat kawal nafsu lapar 😂


Nak turun cepat takleh makan makanan berkuah. Kuah tinggi kalori. Kekadang timbang memang lambat turun tapi badan reshape.

Control makan tapi boleh buat tabata 2x seminggu.



Tiada ulasan