Aku nak pindah rumah. Tapi tak tahu nak packing barang bermula dari mana. Pelik kan? Tapi itulah aku. Terkial kial bila bab pindah randah ni. Penat memikir nak packing apa dulu. Takut nanti dah siap packing tiba tiba barang tu nak digunakan pulak. Halahh jadi satu kerjaan pulak nak mencari nanti!
Okay, aku nak pindah rumah. Mengikut plan asal, aku sepatutnya pindah awal bulan March aritu tapi disebabkan kekangan masa maka aku anjakkan ke minggu ni. Tak tahulah sempat ke tidak packing dan angkut barang sebelum tiba hujung minggu ni. Harap harap sempatlah.
Dah dua tiga empat hari sebenarnya niat dihati nak packing barang tapi masih tak berkesempatan. Alhamdulillah, malam ni ada masa tersenggang sikit. Jadi bolehlah belek belek mana yang patut.
Apa yang nak dipacking dulu? Okay, aku packing dulu seluar baju yang memang dah takkan dipakai lagi. Itu je yang dapat dipacking setakat ni. Kihkihkihhhh... kusut kepala memikir nak pindah ni. Tapi apa boleh buat, laluinya dengan sabar.
Apapun, aku harap segala plan berjalan lancar. Packing barang siap siap. Jumaat malam, angkut brng masuk rumah baru. Sabtu habis kerja boleh rehat bersenang lenang. Ahad tibalah masa untuk hikinggggg!! Yeyehhh masa untuk aku hilangkan stress!
Semoga rancangan aku berjalan lancar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
memahami sangat. jenuh jugak la nak susun. hehe. memang kena bersabar ^_^
BalasPadam