Motor Masuk Bengkel

"Motor dah ok ke belum?"

"Belum. Sadai kat rumah. Tulunnn tulunn tulun".

"Nak tlg apa hah dah mlm. Tolak motor p bengkel dululah"

"Ada motor kosong tak? Pinjam"

"Bawak ex5 balik dulu"

"Jap den pegi bengkel ambil motor y pastu p umah ko tunda motor p bengkel"

"Malam ni ke? Siyeh r"

"Sent loc dulu"

"Nak gerak, kabo"

"Dah gerak ni"

Nak dijadikan cerita, malam tadi 140819 sedang elok aku nak lelapkan mata tetiba whatsApp masuk. Halahhh.. halahhh.. dia dah muncul. Maksudnya dia dah sampai Senawang, dah balik dari kampung kot.  Aku sangkakan dia nak tolong settlekan masalah ni keesokan harinya. Sangkaan aku meleset. Malam tu juga settle. Tunda motor bawak ke bengkel. Alhamdulillah, kesayangan aku selamat masuk 'wad'. 


Sampai bengkel, sempat lagi dia buka inner motor, tengok  apa entahh.. Yes, memang ada campuran minyak dan air kat dalam tu. Hurmm ternyata betul sangkaan aku. Benda ni takde lah parah sangat tapi agak rumit. Lebih-lebih lagi motor LC, terpaksa buka itu ini terlebih dahulu.


Okay, hari dah jauh mlm so aku bawa EX5 balik rumah. Fuhhh.. gempak mak bapakk nyahh! Bunyi ekzos padu bak hanggg. Dari jauh boleh dengar bunyi ekzos tu. Hahaaa sis like it 😁


Keesokan harinya, aku bawa si EX5 tu pergi kerja. Yesss, bunyik ekzos memang padu. Member ditempat kerja semua macam pelik. Hahahaaa lantak koranglah weh, janji aku ada kenderaan untuk pergi kerja. Kalau idok, memang terpaksa ponteng kerjalah jawabnya untuk hari tersebut. Thanks Chottt, bagi pinjam motor 🤭

Seperti biasa, lepas habis kerja aku akan keluar cod Klubna Laleh. Kebetulan pula untuk hari tersebut ada 4 tempat yang perlu aku cod. Eh, jauh pulak tempatnya. Risau jugak sebenarnya, kot kot tengah cod tetiba motor habis minyak. Huhuu.. motor tu kuat makan minyak weh. Biasalah dah upgread itu ini so mestilah power lain macam sikit. Selesai cod lebih kurang jam 8.30malam, terus balik rumah. Penat.

Sampai rumah lebih kurang jam 9.00malam. Settle apa yang patut pastu lepak depan tv dengan housemeet. Tetiba whatsApp dari Ateh muncul. "Motor dah siap. Bila nak datang ambil?". Blur kejap. Wehhh aku dah sampai rumah baru kau whatsApp motor dah siap. Apeni Atehhhh 🤦‍♀

Maka bersiap siaplah aku dan terus gerak ke bengkel. Ikut hati memang dah malas nak keluar. Better ambil besok je. Tapi takot esok sibuk pulak, kang tak sempat nak singgah bengkel. Lagi huru hara 😁


Tadaaaaa kesayangan dah balik rumah. Alhamdulillah. Dah okay. 


3 ulasan

  1. Kita pun kadang2 pegi klinik jugak
    Samalah macam kenderaan tu.

    BalasPadam
  2. hahaha kelakar la baca part ekzos dari jauh boleh dengar tu. Jiwa motor betul

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Selamat dah motor.

    Marina tengah on giveaway. Jom join.

    https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1

    BalasPadam