Kebebasan Sebuah Layang Layang

"Betul lah orang cakap. Benda yang makin kita kejar, makin jauh dia dari kita. Stop chasing things. Stop chasing people to love you. Start love yourself even more. Life will figure it out the best for you."

"Dunia ni ibarat bayang bayang, Lagi kita kejar lagi dia menjauh. Kejarlah Allah maka dekatlah kita dengan Allah."

Bagaikan layang layang. Makin aku tarik makin dia meronta untuk terbang lebih tinggi. Penat aku menarik, makin ganas dia meronta. Mungkin tiba masanya untuk aku lepaskan tali. Bukan putuskan tapi cuma lepaskan.

Biarkan ia berterbangan bebas. Pergilah kemana yang nak pergi. Singgahlah kemana yang nak disinggah. Tapi jangan sesekali lupa aku disini yang setia menantimu.

Tak pernah walau sedetik aku lupakan kau. Tak pernah walau sesaat kau hilang dari akal fikiran aku. Aku lepaskan tali memberi kau ruang, peluang dan masa. Hargailah segala apa yang aku bagi itu. Jangan sesekali kau tersilap langkah. Jangan sesekali kau hancurkan kepercayaan aku.

Semoga kau terbang bebas wahai layang layang. Nikmatilah kebebasan yang kau dapat dengan akal fikiran yang waras. Bertindaklah dengan bijak. Fikirlah sebelum kau bertindak dalam sesuatu perkara. Harapan aku, semoga kegembiranan dan kebahagiaan sentiasa kau rasai walaupun bukan dengan aku.




1 ulasan

  1. Moga ita semua peroleh kebahagiaan yang DIA redhai.Aamiin.

    BalasPadam