Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Antara Dia Dan Kita

Bila kita sayangkan seseorang, semestinya kita nakkan yang terbaik untuk dia. Kita akan usaha lakukan yang terbaik untuk dia. Kalau boleh, kita taknak dia sakit. Kita taknak tengok dia bersedih. Kita taknak orang sakitkan dia. Kita jaga dia dengan rapi. Tanpa kita sedar sebenarnya kita terlalu mengongkong dia. Hurmmm...

Kita seakan sekat kebebasan dia. Kita kawal setiap tingkah laku dia. Segala rutin dia kita ambil tahu. Dia diam seribu bahasa, mengikuti setiap apa yang kita perkatakan.

Kita hanyut dengan kemanisan kasih sayang itu. Kita pergi terlalu jauh. Tanpa sedar kita sesat dalam sebuah dunia yang penuh dengan mainan emosi. Sekejap senyum bahagia. Sekejap menangis kesedihan. Tetiba gelak ketawa gembira. Tetiba meratap meraung kedukaan. 

Akal tidak lagi dapat berfungsi dengan waras. Hati bagai berada di cabang dunia. Akal dan hati tidak lagi seirama. Mana harus dipilih. Mana harus dijaga. Mana harus dibuang. 

Dialah dunia buat kita. Semua benda dialah keutamaan. Dia didahulukan dalam semua aspek. Dia.. Dia.. Dan dia.. Tanpa kita sedar, hanya dia dunia yang kita ada. Mereka yang lain makin kita lupakan. Makin kita jauhi. Pernah mereka persoalkan kewujudan dia antara kita. Kita tersenyu riang lalu berkata, dialah yang kita sayang. Kita senang habiskan masa dengan dia. Kita bahagia bila dia sentiasa bersama disisi kita. 

Kejamkah kita? Lupakan mereka kerana dia. Dia wujud seketika cuma sedangjan mereka sudah berabad bersana kita. Hurmmm...

Kita tidak pasti. Yang pastinya, dunia kita hanyalah dia.  Celik mata kita mencari dia. Sebelum pejam mata, dialah orang terakhir yang muncul diruangan mata. Senyman dia, tingkah laku dia, rinag tawa dia.

Sesungguhnya kita terlalu menyayanginya. Semoga dia sentiasa dalam lindunganNya. Semoga dia sentiasa bahagia dan gembira. Sesungguhnya kegembiraan dan kebahagiaan dia adalah nyawa kita.




1 ulasan