Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Derita Si Penghidap Ekzema


Sebelum ni belakang tangan aku ni teruk sangat. Aku rasa gatal berpanjangan. Setiap kali gatal, mesti jari gian nak menggaru. Yessss! Garu punya garu sampai luka. Agak lama juga kejadian ni berlaku. Kalau tak silap aku bermula awal bulan Jun 2019. Waktu ni aku beranggapan yang aku alergik pada sabun pencuci baju. Kebetulan waktu tu, aku tukar jenis sabun pencuci iaitu daripada jenis cecair kepada jenis serbuk. Hurmmm.. Ada kawan kawan aku ynag beranggapan aku twrkena kurap! Oichhh... Derita sungguh weh! Rasa perit sangat tak terkata. Kejap elok. Kejap jadi balik. Pastu elok semula. Tak lam lepas tu, jadi balik dan begitulah berulang kali. Emosi aku pun maca yoyo disebabkan tahan sakit, tahan stress. Alhamdulillah, awal Jan 2020, keadaan belakang tangan aku semakin sembuh. Walaupun tak sepenuhnya, tapi adalah hasilnya. Dah tak kerap sangat gatal gatal seperti sebelum ni.

Dalam masa yang sama jari tangan aku turut mengalami perkara yang sama. Jari jadi kering lepas tu pecah pecah. Tak lama lepas tu jejari jdi luka dan berdarah. Hurmmm.. Ada juga yang bengkak. Sakit woiiii.. kekadang nak kerakkan jari pun terseksa tau. Jejari aku yang paling ketara adalah ibu jari dan jari tengah. Sakit yakmat! Terpaksa makan nasi pakai sudu. Kekadang pegang sudu pun tak berapa kuat sebab terasa sakit




4 ulasan

  1. Ada macam-macam jenis ekzema kan dan boleh berlaku di mana sahaja bahagian tubuh.

    BalasPadam
  2. Samalah kita. Kena dekat jari. Kejap baik, kejap datang balik. Sabar jelahkan..
    https://cikpuaneljourney.blogspot.com/2020/02/blogger-ke-vlogger.html?m=1

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Wrmbth Sis Ain. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    BalasPadam