Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara Miliki Hati Yang Tenang

Manusia yang kaya dan beruntung sebenarnya adalah mereka yang memiliki hati yang tenang dan lapang.

Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu Allah yang pegang.

Dan lupa bahawa rasa ketenangan itu Allah lah yang berkuasa mencampakkan ke dalam hati kita.

Kita selalu beranggapan bahawa kita akan gembira bila mendapat apa yang kita mahukan.

Tapi sebenarnya kita silap.

Gembira sahaja tidak cukup tanpa hati yang tenang. Hati yang tenang akan menjadikan kita aman dan sentiasa lapang walaupun mempunyai banyak kekurangan dan masalah.

Sedangkankan rasa gembira itu hanya bersifat sementara.

Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah diikuti dengan menjaga hubungan dengan manusia yang lain.

Semoga kita semua dapat miliki hati yng tennag untuk jalani hidup yang lebih bahagia dan gembira.


2 ulasan

  1. amin, amin amin!
    semoga dimiliki qalbun salim. Selamat berpuasa ain ^_^

    BalasPadam
  2. teringat kata2 prof Dr Muhaya. hati yang tenang akan menang =)

    selamat berpuasa~

    BalasPadam